Khamis, 10 Disember 2009

Kalau aku tak kerja

Ni seperti menjawab entry Mai (heheh):

Kalau aku tak kerja 8-5, apa aku akan buat:

Well, mesti korang akan ingat aku akan bukak kedai jahit kan.. heheheh.. TAK.. aku takan bukak kedai jahit atau jadi tukang jahit. Sebab, aku rasa menjahit memerlukan konsentrasi yang sangat tinggi. Aku kalo tak kerja main thing that I wanna do is to take care of my children. Aim tu takan tercapai kalo jadi tukang jahit. Bole nak jaga anak dan menjahit, kena tunggu anak-anak tido baru bole menjahit but then bila anak tido, waktu tu la aku nak rehat jugak.. heheheh.. aku bukan robot.

So, apa yang aku akan buat mostly adalah berniaga sarapan pagi, spesifiknya buat nasi lemak.
Actually benda ni, my mom dah pernah buat dulu. Late 80s adalah zaman kemerosotan seMalaya. Papa hanyalah seorang cikgu lulusan maktab yang gaji takla besar mana manakala mama memang surirumah. So, untuk menampung kehidupan banyak kerja part-time yang mereka buat. So, antaranya mama buat nasi lemak dan kemudiannya dihantar ke sekolah Papa untuk dijual di kantin. And I remembered aku pon penah bawak some of the nasik untuk dijual ke kawan-kawan di sekolah. Kenapa aku akan jual sarapan? Sebab bagi aku jual sarapan agak senang – bangun jam4 dan mula masak, jam6 siap semua dan akan deliver ke tempat jualan dan by jam8 rumah/dapur pon dah bersih kembali seperti sediakala. Kalo ada baby, aktiviti memasak bole dijalankan sambil babywearing and as for Zahra (aktiviti biasa yang dia buat kalo aku tengah masak) dia bole sibuk kat situ sambil bergendang dengan pinggan mangkuk.

Tentang keuntungan pulak, lets say sebungkus nasi lemak, aku tolak dengan harga rm1 and I managed to make 100 bungkus sehari, so pukul rata sehari bole dapat rm100: 5 hari bekerja = rm500: 4 minggu bekerja bole manage to get rm2000: tolak rm500 (untuk roll sebagai modal), then the keuntungan bersih would be rm1500.

And since kerja memasak biasanya settle by 8am every morning, the rest of the day, still can making money dengan jaga anak orang. Lets say amik 2 baby (2 is enuff), sorang rm250 (harga pukulrata area putrajaya), so 1 bulan can get rm500.

Total wang yang bole dibuat jika aku tak kerja makan gaji adalah rm2000. Sedikitla compare to gaji aku yang sekarang (yang juga tak banyak mana tu) but kira still untung sebab tak perlu anta anak ke taska, tak keluar duit minyak, dan lain-lain duit untuk tatarias diri di tempat kerja.

So, apa korang akan buat kalo korang bukan bekerja 8-5 di pejabat?
Suka aku nak tag:
Yumyum
Ira
Dd lala
Zoora
, dan
Wani (sila jawab di ‘e-blog’ ko.. heheh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan