Tuesday, April 27, 2010

Persediaan berpantang

OK, persediaan untuk berpantang kali ni agak beria-ia. Mungkin sebab excited nak berpantang sendiri, tetapi rasa nyer lebih excited nak menguruskan badan. Hohoh..

Let’s see, what I’ve already got for me:


1. Bengkung
Previously, memang dah ada OPPO Abdominal binder Model 2260, dan suka la sangat-sangat dengan bengkung ni sebab mudah dipakai dan tak lari bentuknya. Kali ni beli OPPO Abdominal binder Model 2162, yang ni jenis pakai sarung which is for me quite good if I want to breastfed in public – kalo selak baju tu tak la nampak badan instead nampak bengkung ni. Hopefully serve well just like the previous bengkung.

2. Gel Sirehemas
Ni beli dari mamamodern.com. Dah pernah pakai dah produk ni, diper-suggest-kan oleh DidieLala, dan my own testimony, produk ni memang hangat sesangat, tapi aku suka. Rasa macam jalan la dia nyer efek.

3. Stokin
I’ve wore this socks previously during my chemo session (sebab sakit tumit ya amat) dan Alhamdulillah sangat la ok, dan kaki terus baik. Mula beli hari tu harga stoking ni sangat mahal (sepasang rm88 cm tu), mula tak nak beli pon, but since ada 50% discount kat Watson, terus pergi amik dan bayar.



4. Set Bersalin Mustika Ratu
Set bersalin sebenarnya tak ada dalam list benda yang patut beli, sebab terasa macam tak la beriya nak memakainya, but again since ada 50% disc kat Wats*n (menjadikan harga nya semurah rm35) terusla rembat tanpa berfikir panjang.

5. Pati Ikan Haruan Maspati
Masa Zahra dulu I drank 42 bottles of pati ikan haruan jenama Polenney. Kali ni beli Maspati sebab lebih murah dari Polenney.. hahah.. harga memainkan peranan penting betul dalam urusan pemilihan barangan bagi aku. Beli 5 set dulu (consists of 30 bottles), cukupla kot for the time being.. later nak tambah baru difikirkan. Btw, beli kat farmasi Ca-ring 1 set adalah rm27.90.

6. Oat drink Biogreen
Ini memang makanan ruji walopon bukan masa berpantang. Sangat essential bagi aku sebab selain menambah dan memekatkan susu, juga baik untuk diet low cholesterol sekaligus bole menguruskan badan.. ameen.

7. Air gamat Orang kampong
Yang ni orang kata bagus untuk mengubati luka dalaman, dan since ada sale jugak kat Wats*n tu, aku pon beli jela. Harga after sale adalah rm7.

8. Supplement / milk booster
I bought Shatavari Himalaya, Fenugreek GNC dan Autumnz Milk booster tea. Autumz ni beli sebab ada sale kat mybabystore.com ari tu. Previously masa ngan Zahra tak minum/makan supplements macam ni sbb lack of knowledge however susu adalah melimpah ruah. For this time around, susu tak keluar (kecuali dipicit: maknanya tak la macam dulu tido malam basah), so agak risau skit. And since due date for all the items adalah lambat lagi (2012) so no harm rasa nye beli sekarang sebagai persediaan.
Update.. update: Alhamdulillah, susu dah keluar, malam ku kini adalah kebasahan.. ekekeke…

Rasanya itu jela barangan yang disediakan untuk berpantang kali ni. The lists tak la se-detailed lists from farrahar, but ok la kan.. heheh. Btw, harga barang yang ditunjukkan adalah harga semasa pembelian. Kot la sesapa pegi Wats*n dan mendapati harga barangnya adalah berbeza, saya tak tanggung la ye. And somemore, harga ditonjolkan disini bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak berkongsi, so that kalo korang nak beli, bole buat estimation (plus minus) budget korang la. Dan saya pon tak kata barang yang saya beli ni wajib ada sebagai persediaan berpantang. Lain orang lain citarasa, so ikut masing-masing, ok. To those yang sedang membuat survey, hope tis help :-)

3 comments:

  1. bengkung + stokin tu yg menarik perhatianku la! beli kat mana? org yg x bersalin pon teruja nak 'terai' hehehe..

    ReplyDelete
  2. aik?? my name pun ada? lol!

    share la pasal stoken tuu..

    ReplyDelete