Monday, April 2, 2012

Seminar Celik Momz (sharing notes)

Antara intipati yg disentuh oleh Prof Muhaya dlm Seminar Celik Momz:

Tujuan kita punya anak: Kenapa mahu anak? Sebab anak adalah pencen akhirat. 3 perkara yg kita tinggalkann apabila mati adalah harta, sedekah jariah dan anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan kita.Maka didik dengan ilmu agama, jangan terlalu menerapkan keduniaan kepada anak (mesti dapat straight As, kerjaya bagus semua) sehingga melupakan terapan agama yang mana lebih penting. Banyak anak2 derhaka sekarang sebab keterlaluan menerapan duniawi - maka mereka sibuk kejar dunia dan menganggap ibu bapa yg tua ini jadi gangguan/beban. Jangan bandingkan anak-anak dengan orang lain - sifat berbanding ni akan menyebabkan kita berlumba-lumba mahu anak kita lebih bagus dari orang lain, akan menyebabkan anak-anak turut berlumba antara satu dengan yang lain untuk menjadi yang terbaik. Sistem kekeluargaan bole musnah sebab 'perlumbaan ego' ini.

Hubungan dengan suami: Walau tinggi mana jawatan, pendidikan, dengan suami jangan ego. Jangan memperkecilkan suami. Hormat lelaki yang bernama suami ini. Syurga isteri di kaki suami. Kalau suami tak redho, maka apa yang kita buat tak berkat.

Sebagai wanita: Jaga aurat, jaga tingkah laku dan adab. Jaga mulut, jangan bercakap perkara yang tidak baik dan sekiranya berkumpul dengan kawan-kawan, kalau ada yang mula nk bersembang perkara tidak baik (mengumpat) tukar tajuk perbualan atau keluar dari kumpulan tersebut. Mulut kalau suka bercakap perkara 'kotor', hati juga akan jadi 'kotor'. Hati yang kotor (dengki, iri hati, ego, macam bagus) susah nak dibersihkan kemudiannya. Cakap perkara yang elok-elok, perkara yang positif. If we give good thing, good thing will come back to us. Kehidupan adalah untuk memberi bukan untuk diri sendiri.

Kesimpulan: Apa yang kita buat, agama jangan lupa. Allah swt jangan lupa. Sebagai wanita, keluarga adalah penting. Berkat suami, ayah ibu. Dunia sementara, mati itu pasti. Maka, dahulukan mana yang utama. Kita kat dunia sebagai ujian, dan kita mahu lulus cemerlang dalam ujian ini untuk mendapat jannah Allah swt.

3 comments:

  1. thanks for sharing neeza..mohon di share yer notes ni..

    ReplyDelete
  2. neeza, bestnyer awak selalu attend seminar-seminar macam ni.. macam mana boleh tak tau eh.. +_+'
    neway thanks for the sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks neeza for the sharing. keep posting about all these good info ;) i like...

    ReplyDelete