Sabtu, 7 April 2012

Zikir berteraskan AsmaulHusna

Selama ni kalau berzikir, saya selalu hanya menyebut Alhamdullillah, Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah.



Baru ni saya ada baca buku 99Q- Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna. Secara amnya buku menceritakan 99 nama Allah secara terperinci - menandakan kebesaran dan keesaan Allah swt. Setiap satu perkara terjadi adalah melalui kehendakNya, tidaklah mampu kita menghalang atau mengawal.



Diakhir setiap chapter (chapter based on nama Allah, eg: Ar-Rahman, Ar-Rahim) ada diselitkan zikir nama tersebut utk kita jadikan amalan, beserta fadilatnya.



Baru ni, masa pergi Konvensyen Bidadari, Ustazah Fatimah Syarha turut menyentuh pembacaan dzikir nama Allah ini secara surface. Katanya, kalau mahu dimurahkan rezeki sebut Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki) 1000x sehari, sebut dengan mata hati, sambil buat kerja dan sebagainya. Jika kita hantar anak kita pada jagaan orang dan khuatir sesuatu buruk menimpa, dzikir dengan menyebut Al-Hafidz atau Al-Wakil (Yang Maha Pemelihara).



Semoga dengan meletakkan segala nya ke tangan Allah swt, menjadikan kita insan yang lebih tawadduq dan bersifat kehambaan. InsyaAllah.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. zikir Alhamdullillah, Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah adalah zikir terbaik. sentiasa berpandukan Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah..kita perlu pastikan segala amalan dan doa ada dalil atau hadith yg sahih :)

    BalasPadam