Tuesday, October 16, 2012

Membuat keputusan

I received an email. 'Pembaca' yang bertanya kepada saya, how do I make that decision - to quit working - with the goverment - and become a housewife.

Tak reti macamana nak cerita dengan bahasa mudah. So I wrote this karangan. A serious karangan paper Bahasa Melayu level SPM. Hehee..

***

Membuat Keputusan

Dalam dunia ini, kita tidak akan lari dari untuk tidak membuat sebarang keputusan. Setiap perkara yang dilakukan biasanya akan terbit pelbagai pilihan yang menghendaki kita untuk memilih. Seperti mahu bekerja atau menonton tv dan bersenang lenang. Mahu keluar atau diam sahaja di rumah. Mahu membeli ini atau itu. Itu adalah antara contoh mudah dalam memilih dan membuat keputusan. Dan kita biasanya cenderung untuk memilih mana yang terbaik dengan kita pada situasi tersebut.

Dan dari membuat keputusan perkara kecil, kita akan diuji untuk membuat keputusan perkara yang besar. Misalannya, setelah tamat UPSR, ada antara kita yang diuji dengan pilihan samada untuk kekal di sekolah lama atau ke sekolah berasrama penuh, setelah tamat PMR pula kita sekali lagi diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke bidang Sains atau Sastera dan terakhirnya yang terbesar adalah setelah tamat peringkat menengah tertinggi, kita diberi pilihan untuk memilih pengajian yang mana yang akan tertulis pada sijil peringkat paling tinggi yang akan kita jaja untuk mendapatkan pekerjaan yang akan menjadi sumber pendapatan kita nanti.

Di dalam kekalutan kita untuk memilih, seringkali kita terlupa bahawa sebagai umat Islam, sebenarnya rezeki kita telah pun tertulis sejak azali lagi. Kita seringkali takut keputusan yang kita buat itu salah, sekaligus menggelapkan masa hadapan.

Ayat 6 surah Hud:
"Dan tidak satupun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediaman dan penyimpanannya. Semua itu tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). "

Jadinya, apa yang paling utama dalam memilih dan membuat keputusan adalah adakah jalan tersebut akan menghampirkan kita kepada Yang Maha Esa atau menjauhkan kita dengan Nya.

Saya mempunyai kelulusan dalam bidang Mikrobiologi. Alhamdullillah, diberi olehNya untuk mudah mendapatkan pekerjaan. Tidak pernah sekali saya menganggur setelah tamat pengajian. Kesempatan itu juga menyebabkan saya menjadi agak oppurtunist. Saya kerja, bosan, berhenti dan bekerja di tempat lain yang mana  menawarkan lebih gaji atau kemudahan. Sepanjang 2 tahun tamat pengajian, saya melompat kerja di lebih dari 3 syarikat yang mana akhirnya saya settle-down sebagai seorang Mikrobiologist di sektor awam.

Saya kerja, berkahwin, punya anak dan akhirnya saya sekali lagi diuji dengan untuk membuat pilihan: meneruskan kerja atau berhenti.

Pilihan kali ini bukanlah disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan dari kompeni lain. Tetapi lebih kepada apa yang saya mahu sebenarnya. Hakikat saya berpindah kerja dahulu juga begitu. Apa sebenarnya saya mahu: menjadi pensyarah (2 kompeni terawal yang saya berkhidmat ada lah kolej swasta sebagai pensyarah) atau berkhidmat sebagai Mikrobiologist (saya pernah berkhidmat di makmal swasta dan di kilang ayam sebelum berakhir di jabatan kerajaan).

Saya kaji semula keputusan yang lepas. Kenapa sebenarnya saya bertukar 5 tempat kerja dalam tempoh 3 tahun dan apa sebenarnya yang saya mahu. Kali ini keputusan yang saya buat dibantu oleh suami. Istikharah, katanya. Biar Allah swt yang pilih kan untuk kita kerana itu yang terbaik.

"Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketetapan dan kepastian dengan kekuasaanMu. Engkaulah yang berkuasa dan hambaMu  ini tidak punya kuasa. Engkau mengetahui sedang hambaMu ini tidak. Ya Allah, jika perkara ini adalah yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatan ku ini, dan ia juga terbaik untuk ku di masa terdekat juga masa hadapan, maka tetapkanlah ia untukku dan permudahkanlah. Jika ia tidak baik padaku dan menjauhkan aku denganMu, Ya Allah, maka jauhkanlah ia denganku. Tetapkanlah kebaikan di mana kebaikan itu berada dan redhakanlah hatiku dengannya."

Alhamdulillah, saya peroleh petunjuk itu, berjaya membuat keputusan yang pada saya terbaik untuk semua. Saya lepaskan kerjaya saya yang tidak dinafikan terjamin masa tua (di mana saya telah berikrar janji untuk menerima wang pencen setelah cukup tempoh/tamat bekerja kelak), untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun saya tidak berpendapatan tetap, saya gembira. Hidup sangat terasa bermanfaat, jika dibandingkan dengan masa bekerja dahulu.

Jadi di sini, pertama sekali membuat pilihan biarlah, ia mendekatkan kita dengan Ilahi. Sebelum mahu bertukar kerja, melanjutkan pelajaran, berhenti kerja dan sebagainya, berhenti dan berfikir, sejauh mana keputusan yang bakal diambil akan mendekatkan kita dengan Ilahi. Adakah dengan menerima surat kenaikan pangkat akan memberi kita lebih ruang untuk beribadat atau tidak? Adakah dengan bertukar tempat kerja akan memberikan kita lebih masa untuk solat berjemaah? Adakah dengan berhenti kerja membolehkan kita beribadat dengan lebih banyak atau sebaliknya?

Dan apabila membuat keputusan, kita seringkali dipengaruhi dengan keadaan sekeliling: pendapat orang luar juga keadaan ekonomi semasa. Sungguh perkara seperti ini perlu diberikan perhatian. Jangan membuat keputusan secara melulu. Timbang tara semua aspek.  Biar kita yang mengawal keadaan dan jangan terlalu mengikut nafsu. Saya ada terbaca tentang ibu yang bekerja diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di luar negara, lantas beliau pergi meninggal suami dan anak-anak yang masih kecil untuk mengejar cita-citanya itu. Mungkin saya tidak faham kerana tidak berada di dalam situasi beliau, tetapi saya menjadi curious, ingin tahu, adakah course yang ingin dipelajari tidak ditawarkan di peringkat tempatan, adakah sekeping sijil itu begitu bermakna sehingga sanggup meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, adakah jika menolak tawaran tersebut akan menjejaskan peranan beliau sebagai ibu, isteri dan wanita Islam.

Perkara kedua dalam membuat keputusan adalah kita perlu jelas dengan tanggungjawab semasa kita. Tanggungjawab sebagai seorang umat, suami, isteri, anak dan keseluruhannya. Tanggungjawab itu penting kerana perkara itulah yang akan ditanya di sana kelak.





Ok, rasanya cukup dulu untuk kali ini. InsyaAllah di kelapangan lain saya akan tulis panjang lebar lagi how I manage my time and my role sebagai khalifah, isteri, emak, bos merangkup kuli NeezaNeedles.  :)

5 comments:

  1. Sedap baca karangan Neeza. It has something to do with my decision, too. Jadi WAHM ni pun banyak cabaran, dugaan. Tapi entah macamana memang kepuasan tu berlainan kan :)

    ReplyDelete
  2. thanks kak.
    kebetulan im in the middle of making big decision. nasihat tips akak membantu jugak

    ReplyDelete
  3. Thanks Kak Milie <3.. Yup, kepuasan dia sgt berbeza.. (y)

    Fathiah, d key words is jalan mana yang lebih mendekatkan aku kepada Allah swt. You will find success. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.Mengingatkan saya kpd satu nasihat yg diberi suami lama dulu. Katanya, apa saja yg nak dibuat, atau ketika dipersimpangan, lihatlah manfaatnya utk kita dialam barzakh & AKHIRAT, lepas tu buatlah/decidelah. Akan ada dugaan mengiring tapi barakahnya akan terasa semasa hidup ni lagi.

    May Allah reward you and grant us piety.

    ReplyDelete
  5. salam..lama sungguh sy x baca coretan neezaneedle ni..disbbkan blog yg dulu kn hack terus senyap dari berblog..skg baru nak mula balik..

    tima kasih pada coretan neeza ni..sesungguhnya Hanya dia yg menggerakkan sy tuk singgah disini..sesungguhnya ada sesuatu yg sy cari dan jwpnnya ada dicni..tima kasih.. :)

    ReplyDelete