Jumaat, 21 Mac 2014

Pusat Sains Negara

Ini cerita Ahad lepas.

Kami ke Pusat Sains Negara.

Menarik keseluruhannya. Masuk la jugak Pameran 1001inventions tu. How interesting! For us: Mat and me. The kids maybe too young to understand the whole thing. Few concepts they enjoyed, but rasanya jika mereka besar skit, Hamza dah sekolah, lawatan ini mungkin akan lebih bermakna.



Balik dari PSN, kami singgah ke BSC. ‎Jujur cakap, ini adalah kali Kedua selepas beranak (4 bulan umur Yahya) kami ke shopping compleks. Yang Pertama kali ke Alamanda hujung bulan lepas, utk membeli kasut sekolah Zahra. Kali ni ke BSC konon nak pergi makan di Tarbush but unfortunately the restaurant closed for renovation. Apa yang nk cakap ialah, ya Allah, sebab lamaaa sangaattt tak pergi shopping complex, rasa macam Ya Allah, serabutnya kepala: dengan orang yang ramai, dengan BSC yang tempat dine dia agak selamba menjual arak secara terbuka, dengan pakaian orang yang 'summer fashion-wear', dengan musik yang gedung-gedang.., I felt like out of place. Seperti rusa masuk kampung!! Entah la, maybe I am too old dah utk kehidupan seperti itu, which I am so happy and in peace dengan kehidupan yang sekarang ini. Dalam hati berdoa sahaja, mohon pada Allah, semoga my kids, tak terjerumus ke dalam kehidupan dunya yang serba indah tapi ilusi semata (ya, bunyi macam Ustazah, tapi itula realitinya.. ya anak-anak, ingat pesan Ummi yang satu ini). Fikir balik, am glad harga barang mahal sana sini, sebab ia menyebabkan kami mengubah cara hidup, dari melepak di shopping complex each weekend ke aktiviti lain seperti kelas agama, beriadah di Taman, visiting museum and other educational places to fill our family weekend activities. Alhamdulillah.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallambersabda:
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا
"Tempat yang paling dicintai oleh Allah adalah mesjid, dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar." [Sahih Muslim]

xoxo… Neeza

1 ulasan:

  1. Serupa lah kita neeza... ada certain2 tempat... dah rasa macam out of place... bukan nak cakap macam bagus tapi kalau takde tujuan penting, memang takmo pergi la rasanya... better duduk umah lagi best =D

    BalasPadam