Isnin, 3 Mac 2014

Sebarkan CintaMu


Alhamdullillah. Menginjak March 2014. Maaf sebab lama menyepi.. February was masyaAllah, penuh dan padat. Seems that the weekends starts from hujung minggu Thaipusam was filled with lotsa activity: balik Ipoh, balik Terengganu, famili gathering, Almagrib class - Protect the House and finally Akademi Sinergy class - Ibrah Surah AlKahf.
And the last week of February was spent lying on bed, feeling unwell. Alhamdulillah, now dh ok skit but still sisa-sisa batuk masih ada.

Ok, back to topic: Sebarkan CintaMu adalah novel karya Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan my bahan bacaan for bulan Februari. My third attempted to finish reading this book and Alhamdullillah, berjaya! The first two attempted was lack of motivation. Bukan apa, novel nya sangat tebal- 870 mukasurat and being a slow reader, I was more worried that I might hooked up on the book and neglected other important matter but Alhamdullillah, dengan iltizam yang tinggi I managed to have time to read the whole book. Memandangkan ini adalah novel tauhid, maka setiap penceritaan adalah berasaskan nas dan hadith dan ceritanya turut mengepilkan relatif ayat Quran, kisah-kisah teladan Rasullullah dan para sahabat, juga info-info fiqh.

Buku ini mengisahkan 3 watak utama dengan cerita hidup masing-masing: Ibu Dhiya, berpengetahuan agama dengan adab yg tinggi tetapi punya permasalahan hubungan dengan anaknya, Sarra dengan konflik keluarga berpoligami, Ibu Satri dengan permasalahan suami yang mahu berpoligami dan watak-watak sampingan seperti Madam Zeema yang berfikiran islam Liberal.

Keseluruhan jalan cerita adalah teratur dengan disusuli dengan hujah-hujah berlandaskan hukum Islam, dan turut disertakan bersama pandangan jumhur ulama, berkenaan dengan perkara berkaitan. Permainan emosi juga mengesankan (adalah bab-bab yang menitiskan air mata sedih, dan terharu). Sangat disyorkan kepada mereka yang mencari-cari akan hujah Islamik berkenaan dengan isu poligami, hijab, dan hidup kekeluargaan dan berumahtangga. I give 4 out of 5 stars- sebab ada jugak chapter yang mengulang-ulang, dan banyak arguments (bagus.. but it bores me).

My March book would be travelog by Roza Roslan, wife Prof Kamil, buku bertajuk Kandil di Kaki Gunung. Yang ni pon tebalnya 700 lebih jugak. Semoga diberikan kelapangan masa untuk menghabiskannya. Ameen. #OneBookOneMonth
xoxo. Thanks for reading this :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan