Selasa, 23 Januari 2018

Proses menghafal

Bismillah.

Repost from @hifz_tips —- #hifzQuran Be Consistent in Your Effort – Take small steps at start. We are all very excited at the beginning and take up more than we can handle which ends up in disappointment when we don’t see the desired result and even some people quit with the learning process. Instead of that, start slow.Consistency is more important than the amount you memorize. Make sure that you memorize a few lines from the Quran daily. Instead of taking big lessons at the end of the week, try to memorize a few ayats everyday. Creating a habit of memorizing few ayats each day will help you later on to remember the whole Quran as well as memorizing the longer verses.

Alhamdullillah, setelah berbulan dalam journey menghafal al-Quran, saya menemui method yang sesuai untuk menghafal bagi diri saya. Alhamdullillah. Method ini saya praktik-kan ketika masuk ke surah Al-Insyiqaq. InsyaAllah, akan saya kongsikan di sini.

Sebelum ini, method yang saya gunakan agak perlahan - biasanya saya menghafal waktu malam, sebelum nak masuk tido. Dan keupayaan menghafal hanyalah 3 ayat atau dalam 2 baris sahaja. Alhamdulillah, method begini masih berkesan dan tidak membebankan diri. Apa yang saya cuba hafal, saya dapat ingat, dan esoknya, boleh dimasuk ke dalam bacaan solat (sambung dari ayat sebelumnya atau jika surah baru, 3 ayat tersebut memadai). Cuma, selepas tamatnya Surah Al-Buruj dalam bulan ramadhan, saya jadi bersemangat nak hafal lebih banyak ayat dalam sehari. 3 ayat (jika dilihat pada surah-surah di juzuk Amma, ayatnya agak pendek-pendek) terlalu sedikit pada hemat saya. 

Saya cuba 5 baris ayat untuk sehari, Alhamdullillah, kapasiti baris ayat tersebut adalah dalam kemampuan saya untuk menghafal dan mengingati. Namun tidak sekaligus 5 baris itu dihafal secara serentak - apa yang saya lakukan ialah, mencuba menghafal sebaris setelah solat subuh - keep on hifz-ing, until solat dhuha. Tambah lagi sebaris and keep on hifz-ing these two baris (and added with the previous ayah). Masukkan dalam bacaan solat zuhur, after zuhur try tambah satu lagi satu baris. Keep on hifz-ing, dengan tambahan 2 baris sebelumnya. Masukkan dalam bacaan solat asar, dan tambah baris baru selepas asar. Keep on hifz-ing, dan kemudian memasukkan bacaan dalam solat magrib dan isyak. Di waktu malam sebelum tidur, saya akan mencuba berlatih berkali-kali kelima-lima baris ayat tersebut dengan memasukkan ke dalam keseluruhan surah. Dan keesokkannya, cuba membaca ketika solat di awal pagi. Alhamdullillah, method ini, tidak membebankan otak dan saya berasa selesa untuk mempraktikkan nya. 

Apa yang penting dalam menghafal - seperti kata DM Makhriyuddin dalam bukunya Rahasia Nikmatnya Mneghafal Al-Quran - adalah berasa seronok, tidak jemu dan tidak terbeban. Jika merasa terbeban atau lelah, cuba hentikan hafalan baru dan berlatih kembali pada hafalan lama. Kenang semula bagaimana kita memulakan perjalanan ini dan mengapa.. (one of the reason why I write this down, is to motivate my own self basically). 

Saya akan kongsikan tips-tips lain yang dikongsi oleh Saudara Deden di dalam bukunya, yang banyak membantu memotivasikan saya untuk bermujahadah di jalan ini. Inshaa Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan