Ahad, 24 Oktober 2021

Joy Jots #9 - Grievances, Grudges and the Spiritual Standstill

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya sudah ketinggalan 2 minggu untuk post Joy Jot. Jadi kita kupaskan terus topik minggu ke 9 -Grievances, Grudges and the Spiritual Standstill atau apabila di-bing translate-kan menjadi Keluhan, Dendam dan Pegun Rohani. 

Ok, Dr Tamara memulakan topik diatas dengan bercerita tentang kisah syahidnya Saidina Hamza yang dirancang bunuh oleh Hind, isteri Abu Sufyan. Namun apabila peristiwa Pembukaan Kota Mekah dimana para kafir Quraisy beramai-ramai memeluk Islam, Hind tidak terkecuali untuk memeluk Islam, dan Rasullullah menerima berita tersebut dengan berlapang dada. Kisah seterusnya pula berkenaan dengan peristiwa ifk Saiditina Aisyah, di mana ayahnya Saidina Abu Bakr kemudian mengangkat sumpah tidak mahu lagi menolong saudaranya yang terlibat secara langsung dalam peristiwa fitnah tersebut. Dan Allah swt telah menurunkan ayat 22, Surah Annur, menegur tindakan Abu Bakr ini. 

Disimpulkan bahawa menyimpan dendam dan bertindak ke atas dendam tersebut adalah sifat tercela yang membahayakan iman kita. Daripada tidak suka, membawa kepada benci, menjadi dendam dan bisa menyebabkan manusia bertindak diluar batasan gara-gara terlalu mengikut perasaan. Kebencian dan permusuhan mengeraskan hati. Ini terjadi pada Iblis yang sangat menbenci kita manusia. Jangan lah kita mengikut perilaku Iblis dan syaitan yang mempunyai misi mahu membawa kita bersama mereka ke neraka. Saling bermaafan. Pilih keriangan. Pilih keimanan. 

Jadi, bagaimana untuk tidak berdendam:
1. bersangka baik pada Allah - He knows what best for anyone
2. mengelakkan diri dari terjerat dengan perasaan cemburu, hasad dan iri - unfollow je sesiapa di socmed jika tindakan dia menyebabkan hati kita menjadi tidak senang. 
3. jaga mata, jaga telinga, jaga hati dan jaga juga mulut kita dari berkata-kata nista
4. tadabbur Quran - membaca makna dalam al-Quran bisa melembut kan hati
5. berlapang dada, bersyukur atas apa sahaja kurnia Allah buat kita. Gratitude is very important.

Reflection:
Make sincere dua to someone whom you have been holding bitter feeling. Ask Allah to resolve the problem between you and replace hurt feeling with love. Did you feel any differently? 

Ok, sampai di sini sahaja dahulu.
Jumpa lagi pada post akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan