Isnin, 25 Oktober 2021

Joy Jots #10- Birth

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Joy Jot siri ke-10 menceritakan tentang topik Kelahiran. Dr Tamara mengupas berkenaan proses kandungan dan kelahiran yang merupakan sebuah keajaiban. Di mana proses nya terjadi secara beransur-ansur, perubahan dari minggu ke minggu, dan apabila tiba waktu kelahiran, si ibu akan berhadapan dengan situasi yang tegang, menanggung kesakitan yang amat sangat, menolak keluar seorang bayi dari dirinya secara sendirian, dan tatkala bayi itu selamat dilahirkan, kesakitan yang ditanggung berbulan lamanya seakan hilang. All is worth. Allahu akbar.

Begitula juga, journey kita di dalam kehidupan. Untuk setiap permulaan, pasti akan ada perubahan untuk pertumbuhan. Kita berubah, kita menderita.. dan ada di satu saat, kita harus menolak sedaya upaya dan sebuah 'kelahiran' akan berlaku dan kita bergembira dan bersyukur dengan segala susah payah yang dihadapi sebelum ini, kerana semua nya adalah pengorbanan yang berbaloi.

Bak kata pepatah melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dan proses ini tidak hanya tergunapakai untuk kehidupan duniya semata, malah lebih afdal jika diaplikasi untuk kehidupan di akhirat. Bukan kah duniya ini ladang yang kita usahakan dan hasilnya kelak kita tuai di alam akhirat? 

Dr Tamara mengemukakan contoh-contoh perubahan yang seharus nya kita buat, yang pada mula nya kelihatan sukar, mengambil masa lama, menyebabkan kita menderita, namun hasilnya sangat berbaloi:
1. mendisiplin kan solat kita di awal waktu
2. bangun malam untuk bertahajud
3. membaca Quran setiap hari
4. berpakaian shariee
5. mengawal nafsu dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt
6. berkata benar, dan lain-lain lagi..
ianya mungkin sesuatu yang sukar untuk kita lakukan pada awal nya, dan apabila kita mula mahu melakukannya, akan hadir seribu macam dugaan yang bakal menyebabkan kita terjerat dengan situasi 
ketaatan kepada Allah dan kemahuan mengikut nafsu. Kita melawan, struggle dan mungkin kecewa. Namun tidak berputus asa. Dan kita 'push' diri kita sedaya upaya dan terlahirlah sebuah perubahan yang akan bertumbuh menjadi diri kita yang 'baru'. 


Reflection
Think of a time when you experienced a moment of growth. Remember what led up to it and what part of it caused you the most struggle and frustration. Now that you have set yourself on a new path of growth, how can you plan ahead to anticipate its challenges and obstacles, and help ensure that you will overcome them?
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Atas taufiq dan hidayah nya saya berada pada 'jalan' ini pada hari ini. Looking back to my 'old' me, ya, banyak perubahan yang dikecapi. Saya dengan diri saya 15 tahun lepas, 10 tahun lepas, dan 5 tahun lepas adalah insan yang berbeza. Dan Alhamdullillah, 'kelahiran' insan baru yang saya harap diredhaiNya dan terus ditunjukkan oleh Nya ke jalan yang benar. Aameen.

What led to it? Saya dapat merasakan kejadian molar pregnancy yang membawa kepada 4bulan kemoterapi, menyedarkan saya betapa rapuhnya kehidupan duniya dan sesungguh nya hanya Allah swt yang kekal, dan kembali kepada Nya, itulah jalan kebahagian sejati.

Dan struggle nya juga banyak: lingkungan keluarga dan kawan-kawan yang 'tidak nampak apa yang saya nampak', nafsu dalam diri yang masih selesa dengan diri Neeza yang dahulu, dan syaitan yang hadir dalam bentuk smartfon, tak kurang mengganggu diri ini untuk istiqomah di jalan Nya. 

Frustration: biasanya saya rasa saya kecewa dengan dengan diri sendiri, yang kadang tersentap sendirian, apabila tujuan baik untuk menasihati di balas dengan statement, 'eleh, kau dulu pun..' atau 'take care of your own kids 1st before..'. Alhamdullillah, bila statement tersebut saya terima, saya balas dengan diam. Mungkin ada benar apa kata mereka. Terima kasih. They make me think of my own flaws, menjadi diri sedar diri untuk tidak besar kepala atau berasa bagus. Sesungguhnya setiap antara kita adalah ujian bagi setiap antara kita. Mereka adalah ujian bagi saya, begitu juga sebaliknya. Saya adalah ujian bagi mereka. dan Allah maha Melihat (lagi Maha Mengetahui) Alfurqan ayat20.

Plan ahead: Erm.. wallahualam. Saya masih merasakan saya perlu lagi untuk memperbaiki diri saya sendiri. Saya percayai apabila kita lebih berilmu, maka kita lebih memahami dan mampu untuk menangani segala macam situasi. Ilmu yang saya maksudkan disini semestinya ilmu yang benar, yang membawa kita ke arah Nya dan bukan sebaliknya. Semoga Allah terus menunjukkan kita ke jalan yang benar dan terus memberikan hidayah untuk kita semakin bertaqwa kepada Nya. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین



Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan