Isnin, 1 November 2021

Tips murajaah #1 - Quran perjuzuk

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

In shaa Allah saya ingin memulakan siri tips murajaah, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sebab saya juga seperti mungkin banyak orang, masih mencari tips murajaah yang benar-benar berkesan, dan tidak merasa terbeban. Sebab bagi saya, kadang rasa lemau untuk menambah hafalan adalah kerana murajaah nya masih tidak berterusan, tiada momentum untuk menolak diri untuk rasa suka kepada murajaah. Masa minggu exam, ligat sahaja mengulang dan mengulang, bila exam sudah selesai, saya biasanya hanya mengulang hafalan baru terutama yang hendak dibaca dalam solat. Subhanallah.

Tips ini saya ambil dari buku-buku motivasi yang ada dalam library saya. Saya apply dan mana yang saya rasa berkesan saya kongsikan di blog ini. Mana yang tak berkesan (pada saya) mungkin juga saya kongsikan bersama supaya menjadi peringatan. 

Ok tips #1- Quran perjuzuk.




Juz yang bercerai merupakan feature yang A+. Benar seperti apa yang ditulis oleh Shk Duraid Ibrahim dalam bukunya Hafal Al-Quran Semudah Hafal Al-Fatihah: menggunakan Quran yang bercerai juzuk memperdaya minda kita bahawa yang hendak dihafal atau yang hendak di-murajaah, hanya buku senipis 20 muka surat ini sahaja. Seriously, saya juga rasa tidak terbeban untuk murajaah 1 juzuk sekali duduk. Jika dulu, rasa macam battle sangat nak menghabiskan 1juz murajaah. Kini Alhamdullillah. 


Alhamdulillah. Until today, I can say that this is also my fav Quran font yang besar. Saiz Quran adalah B4 namun saiz font nya seperti pada Quran saiz A4, sebab minimal sungguh margin nya. Boleh saya katanya margin nya hanya 1cm sahaja. Alhamdullillah, without reading glass saya boleh membaca Quran ini dengan tidak rasa perit pada mata.


Ok, thats all for now. Jumpa pada post yang akan datang.
Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan