Isnin, 15 November 2021

Bercerita pasal mushaf Al-Quran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sebenarnya saya nak buat kupasan Jot Jots minggu seterusnya yang banyak tertunggak. Tapi sebab semalam dok borak-borak dengan seorang pembaca blog ini (*wave.. salam) berkenaan dengan isu mushaf dan penyakit saya yang suka membeli mushaf.. hehee.. Jadi hari ni rasa nak bercerita pasal mushaf pula.

Memang, jika kita baca mana-mana buku tips menghafal Quran, salah satu point yang ditekankan adalah GUNAKAN HANYA SATU MUSHAF sahaja. Jangan berganti-ganti mushaf. Subhanallah. Saya tatkala membaca statement ni mesti tersedak air liur. Rasa ada tamparan di situ. Namun (ada je nak justify), satu ceramah dari youtube yang saya dengar, Ustaz tu kata elok ada banyak mushaf - boleh letak satu dlm setiap bilik di rumah, satu dalam kereta, satu di dapur dan mana-mana tempat supaya senang tercapai Qurannya bila mahu dibuat rujukan. Namun.. satu syarat penting - font nya mesti sama. Tempat letak huruf, tanda waqaf dan layout tulisan nya tidak berubah dari satu mushaf ke mushaf yang lain. Begitulah. 

Untuk layout mushaf, memang ada banyak. Tapi yang popular ada 2:
1. mushaf cetakan Mesir atau Beirut
2. mushaf cetakan Malik Fadh - hasil tulisan Shk Uthman Taha (tapi ini pun dah diperbaharui bagi mushaf keluaran 2018).

Meh tunjuk contoh:

1. Mushaf Turkey - juga dikenali mushaf tawafuq
Pros:
- tulisan comel sebab yang menulisnya bukan lah seorang artist atau kaligrafi
- tulisan nya berjarak antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Senang jika nak waqaf di pertengahan ayat jika ayat adalah panjang.
- ayat yang sama biasa nya pada baris yang sama (sangat membantu jika penghafal adalah seorang visual memoriser)
Cons:
- ada 2 jenis - yang biasa adalah indo-pak style. Cuma yang terbaharu ini sahaja, dia baru cetak Uthmani style - so jika nak beli kena berhati-hati. Takut tersilap beli cetakan.
- agak rare. tak famous. so takde apps yang gunapakai font macam ni. Susah la nak refer dr tablet/phone. kena bawa mushaf ke mana-mana (mungkin boleh jadi pros supaya tidak berganti mushaf lain lagi).

2. Mushaf Mesir atau Beirut
- mushaf ni adalah antara mushaf terawal yang mengaplikasikan 15 baris per ayat dan pengakhiran ayat adalah pada mukasurat yang sama (tidak bersambung ke mukasurat sebelah). 
- Quran ni sangat famous. Pencetakan Karya Bestari menggunakan layout Quran ini. 
- banyak apps yang menggunakan layout Quran ini spt - Quran memoriser, Quran by Quran.com. Simple Quran (to name a few).
- layout dia, bagi saya cantik juga. Tulisan nya lurus dan ada clear distinction between one word to another word. 
- Saya membesar dengan Quran layout sebegini. I dont find any cons on this layout. 

3. Mushaf cetakan Malik Fahd - tulisan Shk Uthman Taha.
- Mushaf ini baru je diperkenalkan sekitar penghujung tahun 1995 (jika tak salah, Maaf jika ada kesilapan tahun).
- disebabkan jika setiap yang balik haji akan dapat senaskhah Quran hadiah dari Mekkah, maka font ni tersebar ke seluruh dunia dengan agak cepat. Dan memandangkan juga kompleks pencetakan Quran Malik Fahd adalah tersohor di dunia, maka ramai penjual Quran di seluruh dunia, membeli Quran dari kompleks ini untuk di-distribusi di kawasan mereka. 
- layout dia, bagi saya memang cantik. Beza dengan font dari Mesir, tulisan Shk Utman Taha agak senget condong ke kiri (tulisan mushaf Mesir lurus). 
- banyak apps yang pakai font ini seperti app Ayat dr KSU, Mushaf Madinah an-Nabawiyah etc.
- cons: untuk pemula seperti anak saya, dia menghadapi sedikit kesukaran membaca dari Quran ini. Tak pasti nak waqaf kat mana jika ayat adalah panjang. Berbeza dengan Quran turkey/mesir, boleh perasan ada a bit gap between one word to another, tapi Quran Malik Fahd ini, tak nampak ada pembeza perkataan. Nampak semua sama je jarak antara satu huruf (alphabeth) ke satu huruf yang lain. 

- Sejak 2018, pencetakan Quran font Shk Uthman Taha dari komplek Malik Fahd ini telah diupgrade. Tanda waqaf tidak lagi dimulakan di awal baris, tetapi ditamatkan di baris yang sama atau pada pertengahan ayat. -- which is bagus, sebab kadang bila kita baca, mata kita tertumpu pada satu baris ayat, ingat ada sambung lagi di penghujung ayat, rupanya dah waqaf. 
- untuk mushaf newly upgrade ni boleh refer ke app Ayat.

Jom tengok gambar:
~saya tunjuk contoh pada Surah Arrahman, supaya senang nak nampak berbezaan pada layout mukasuratnya.

1.Quran Turkey aka Tawafuq. 
- sikit punya cun susunan ayat Fabiayyi alaa itu, sebaris je. mashaaAllah
- jika visual memoriser, memang sesuai la Quran ni, senang ingat tempat letak ayat
- mukasurat dimulai dengan ayat #41 dan diakhiri pada ayat #67



2. Quran Mesir atau Beirut
- mukasurat dimulai dengan ayat #41 dan diakhiri pada ayat #67



3. Quran Malik Fahd - font Shk Utman Taha
-nampak tak beza dengan gambar sebelum?
- mukasurat dimulai dengan ayat #42 dan diakhiri dengan ayat #69.
- Jadi seluruh letak ayat telah berubah dibandingkan dengan Quran Mesir / Beirut.



- masih quran yang sama cuma dengan terjemahan Bahasa Melayu (terbitan Telaga Biru)



- masih quran yang sama cuma dengan terjemahan English (terbitan Telaga Biru)



OK, yang bawah ini cetakan Malik Fahd edisi terbaru 2018 onward:
- tulisan masih sama font Shk Uthman Taha.
- mukasurat dimulai dengan ayat #42 dan diakhiri dengan ayat #69.
- tapi.. nampak tak bezanya?
- waqaf pada awalan ayat telah dihapuskan, samada waqaf itu jatuh pada hujung ayat sebelum baris baru atau pada pertengahan ayat sebelum baris baru. 
- perbezaan nya nampak macam tak ketara. tapi pada sesetengah surah, sebg contoh, permulaan surah Thagabun akan begitu kelihatan ketaksamaannya.



***

So, mushaf yang saya ada yang saya guna untuk hafal Quran, Alhamdullillah semua adalah mushaf Shk Uthman Taha versi lama (sebelum 2018).

Sekadar menyenaraikan Quran yang saya ada (dan supaya peringatan to STOP buying more):
susunan mengikut favorit
1. Quran cerai per juz saiz B5
2. Quran cerai per 5juz saiz B7

Telaga Biru (waqaf ibtida)
3. Quran saiz A4 
4. Quran saiz B5 - buku teks KPM
5. Quran terjemahan Bahasa Melayu A4 
6. Quran terjemahan Bahasa Inggeris A5 

Pustaka Imam Asy-Syafi'i
7. Al-Quran Al-Karim saiz A4 
8. Al-Quran Al-Karim saiz A5 (used by Hamza)
9. Al-Quran Al-Karim saiz A6 berzip 
10. Al-Quran Al-Karim saiz A7 berzip 

Pencetakan Kompleks Malik Fahd
11. Quran terjemahan Bahasa Indonesia baru (font Shk Uthman Taha)

12. Tulis Sendiri Quranmu 

^^ senarai atas adalah Quran yang saya refer selalu. Ada lagi lain-lain Quran yang tersimpan rapi dirak buku seperti Quran hadiah balik Haji, dan lain-lain Quran pencetakkan Malik Fahd yang dibeli semasa di Madinah 6tahun lepas. Manakala lain-lain mushaf seperti Quran Hafalan, Amazing Quran Karya Bestari, Quran-quran yang dibeli secara tak sengaja dam lain-lain, telah pun kami waqaf ke surau-surau. Semoga dapat berkongsi pahala dengan mereka yang membacanya. 

Jika ditanya mana yang akan kekal menjadi teraju utama, memang tak boleh nak bagi jawapan. Buat masa sekarang mushaf cerai per juz memang jadi referensi pilihan, sebab font dia besar, tak pakai reading glass pun selesa baca. Saya suka juga nak kekal pada hanya satu mushaf, setia ke akhir hayat, guna sampai haus.. semoga Quran itu kuketemui jua akhirnya. ecewah.

Subhanallah.. jika tak jadi penghafal quran ni tak tahulah. Punya banyak Quran.. semua ini akan dipertanggungjawab kan.. Subhanallah.  Ya Allah.. moga nanti jika saya dijemput ajal, Quran-quran tersebut diatas akan menjadi harta yang paling direbut-rebut oleh anak cucu untuk diwarisi. Aameen.

*** 

Masa beli Quran per 5juz, ternampak pula Quran pencetakkan Malik Fahd (di kedai penjual) version Warsh and Qalun. Ma shaa Allah.. Yang had tu, in shaa Allah, jika dipanjangkan umur, diberi kesempatan oleh Allah, mungkin akan menjadi next life project. Semoga Allah swt terus-terusan menunjukkan hamba Nya yang satu ini ke jalan yang benar, jalan yang diredaiNya. Aameen.

Terima kasih kerana membaca. Semoga memberi manfaat.
Mana yang kelihatan mengarut itu, sila abaikan. Maaf atas kekhilafan.
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Tiada ulasan:

Catat Ulasan