Selasa, 16 November 2021

Tips Murajaah #3: Apa tujuan murajaah?

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Tujuan kita menghafal adalah untuk mendapatkan redha Allah. Alhamdulillah.. jika itu tujuan nya, maka ternyata kita telah pun berada pada landasan yang betul. 

Namun apabila ditanya tentang apa tujuan murajaah? Rata-rata termasuk diri saya sendiri akan berkata tujuan saya murajaah adalah untuk mendapatkan hafalan yang mutqin, hafalan yang bila ditembak celah mana pun, bisa dijawab dengan betul dan tepat.

Baru ni saya berkesempatan menonton yt dari Ustadza Rifdah Ismail yang mengupas tentang Revolusi Murajaah. Ma shaa Allah, terima kasih Allah atas keberkatan masa untuk duduk, mendengar dan menimba ilmu yang sedia tersaji. Alhamdulillah.

Ok, berbalik kepada persoalan apa tujuan murajaah? Jawapan yang diberikan (jawapan seperti di atas itu) tidak lah salah. Namun tidak juga tepat. Kerana, menurut Ustadza Rifdah, jika kita melakukan sesuatu itu hanya kerana ingin mendapat kan sesuatu yang lain, di saat tujuan tercapai, perkara itu tidak akan kita lakukan lagi. Ini mengingatkan kembali kepada tujuan saya menghafal Quran tempoh dulu (post ini). Saya kepingin hafal surah panjang-panjang, sebab nak berqiyam lama-lama di waktu tahajud. Dan sesudah menghafal surah Zukhruf, diikuti surah Asshura dan Fussilat.. susulannya, saya menjadi futur untuk menghafal surah Ghafir (yang panjangnya hampir separuh juz). Sebab apa futur? sebab tujuan menghafal tatkala itu sudah pun dipenuhi. Subhanallah.

Jadi, jika kita murajaah untuk mendapatkan bacaan yang mutqin, apa akan terjadi jika bacaan kita telah mutqin? Apa pula akan terjadi jika semakin banyak kita murajaah, semakin menjadi tidak lancar atau tidak mutqin?


Renungkan yang ini pula..


i. jika murajaah kerana nak masuk pertandingan Quran, selesai pertandingan murajaah pun selesai
ii. jika murajaah kerana ingin mendapatkan sanad, apabila dah dapat sanad, murajaah pun selesai
iii. jika murajaah kerana ada exam, hari terakhir exam, adalah hari terakhir kita bermurajaah
iv. dan jika kita bermurajaah kerana Allah.. ia akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Point yang ke4 itulah, tujuan asli nya. Murajaah Kerana Allah swt.
Persoalannya, bagaimana bermurajaah kerana Allah?
Menurut Ust Rifdah, untuk menghafal kerana Allah, kita melihat fadilat menghafal al-quran.
Dan untuk murajaah kerana Allah, kita lihat apa tujuan Al-Quran itu diturunkan.

Al-Quran itu ada (lebih kurang) 10 nama. Yang menunjukkan sifat-sifat nya:
a. al-Huda - petunjuk
b. al-Furqan - pembeda antara yang baik dan buruk
c. as-Syifa' - penyembuh, penawar hati
d. ad-Dzikir - peringatan
e. al-Kitab - sesuatu yang ditulis
f. al-Hikmah - bijaksana
g. al-Bayan - penerangan
h. an-Nur - cahaya
i. al-Kalam - ucapan, firman Ilahi
j. al-Bushra - kabar gembira

Afdalnya adalah kita melakukan murajaah mengikut nama-nama al_quran itu sendiri.

Aku ingin murajaah kerana aku mahu diberi petunjuk oleh Allah.
Aku mahu tahu apa yang baik dan apa yang buruk pada diriku.
Hati aku penuh penyakit, aku mahu al-Quran mejadi penawar kepada penyakit dalam hatiku ini.
Aku sering terlupa, aku mahu diingatkan dengan al-Quran.
Buku yang terbaik untuk dibaca adalah buku dari Yang Maha Pencipta, aku mahu murajaah kerana ini buku yang paling baik untuk aku baca
Aku mahu jadi bijaksana dengan selalu mendampingi alQuran.
Cahaya alQuran akan menerangi setiap jalan hidupku.
alQuran itu surat cinta dari Allah, aku ingin sering mambaca surat cinta itu.
Surat cinta itu membawa khabar gembira, aku mahu selalu merasa syukur dan gembira dengan sering membaca alQuran.


Untuk cinta pada Allah swt, kita belajar sifat-sifat Nya, asmaul Husna.
Sama juga untuk cinta pada al-Quran, kita perlu tahu juga sifat al-quran itu sendiri. Bila kita tahu kemuliaan AlQuran itu semestinya kita akan punya rasa lebih sayang dan cinta. Kita akan lebih menghargai keberadaan alQuran di hati kita dan tidak semungkinnya kita mahu mempersiakan sesuatu yang kita cintai dan sesuatu yang kita perolehi dengan bersusah payah. kan.. 

Begitu lah perkongsian apa tujuannya kita bermurajaah.
Semoga selepas ini kita meluruskan tujuan kita, dan proses murajaah itu akan menjadi seperti bayu lembut yang menyapa dimuka, terasa indah dan mempesona. Dan melahirkan kecanduan untuk terus merasai nikmatnya setiap ketika..

Semoga Allah mempermudahkan.. 
آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan