Khamis, 18 November 2021

Joy Jots #11 - The Mawlid

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya telah ketinggalan hampir sebulan untuk mengupas topik Joy Jots mingguan atas kesibukan peribadi dan kadang-kadang tu ketandusan idea untuk menulis.

Post kali ini adalah berkenaan dengan bulan kelahiran Rasullullah saw yang kita cintai iaitu bulan Rabiulawwal. 

gambar googled


Ok, saya terus kepada pendapat Dr Tamara berhubung dengan sambutan Mawlid. (pendapat peribadi saya tidak diperlukan memandangkan saya masih jahil berhubung dengan perkara ini).  Dr Tamara menulis bahawa semua Muslim bersetuju bahawa adalah perkara penting untuk kita mencintai Rasul kita Nabi Muhammad saw, sosok terbaik pernah berjalan di muka bumi ini, dan adalah penting juga kita menunjukkan rasa cinta itu secara lahiriah (tidak sekadar ucapan di bibir).

Beliau memetik pendapat Imam Al-Sayuti, yang memetiknya dari Ibn Hajar, yang memberi contoh bahawa Hari Ashura - hari kemenangan Nabi Musa as melawan Firaun - yang mana Nabi Muhammad saw menganjurkan kita, umat Islam untuk turut berpuasa, adalah menjadi contoh menyambut hari yang dirahmati. Ibn Hajar dalam komentari nya, turut menyatakan : "Rahmat apakah yang lebih besar dibandingkan dengan kelahiran Rasul kita, Muhammad saw? "

Bulan dimana Rasullullah saw dilahirkan adalah bulan yang penuh rahmat. Dr Tamara mengajak kita untuk sama menyemarakkan bulan Rabiulawwal, mengenang akan detik kelahiran, kehidupan dan pengorbanan Rasullullah saw dalam menyebarkan Islam. Bulan ini seharusnya dijadikan bulan di mana kita duduk bersama membaca sirah, shamail di samping mengeratkan silaturrahim sesama kita saudara seIslam yang berada di belakang leader yang sama, Rasullullah Nabi Muhammad saw. 

Allahumma salli ala sayyidina wa habibina Muhammad. 
Peace and blessing upon our master and our beloved Muhammad.

Reflection
Reflect the moment above how we celebrate each other. We celebrate important people and events in our lives with dinners, parties, and gifts. We applaud accomplishments and cheer for good effort. 
How, then, might we celebrate our beloved Prophet saw?

Saya teringat kisah di zaman univ. Alhamdullillah, di tahun 1, sempat juga menyertai perarakan salawat mengikut kamsis, berarak bermula dari Dectar pusing ke seluruh UKM sambil berselawat. Antara moment terindah semasa belajar dulu. 

Saya ada membeli buku Martin Lings berjudul Muhammad - dari versi English, ke versi Indonesia (yang dipinjam oleh kawan indonesia dan saya kira halal padanya), dan versi Bahasa Melayu. Buku versi BM adalah yang terbaharu diterbit oleh Penerbit IBDE yang saya beli masa pelancaran tahun lepas. Dapat la harga murah sikit dari harga asal buku (rm75). Masih cantik terbalut plastik tidak dibuka. Masih mencari-cari masa yang sesuai untuk membaca nya. To love someone is to know about someone. Untuk cinta Rasul juga, kita mesti kenal siapa dia. Semoga masa yang ada ini diberkahi untuk diisi dengan perkara berfaedah - mengenal Allah swt, alQuran dan Rasullulah Muhammad saw. 




Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan