Sabtu, 27 November 2021

Joy Jots #12 - Ebullient Emulation

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

Ok. I have to google what was the meaning of the title. Secara ringkas:
Ebullient - someone who is extremely excited or enthusiastic about something
Emulate - if you emulate someone, you will try to just like them because you think they're great.

Masih dalam bulan penghormatan kepada junjungan Rasullulah Nabi Muhammad saw, post minggu ini menganjurkan kita melakukan 3 perkara yang amat dicintai oleh Rasul saw kita, iaitu:

1. melakukan 1000 selawat dalam sehari.

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

Berselawat sangat dianjurkan kerana ia dapat merapatkan hubungan kita dengan Rasullullah. Kita digalakkan berselawat sebanyak yang boleh. Meletakkan gol untuk melakukan 100 selawat sehari adalah menetapkan minda kita memupuk hubungan dan rasa cinta serta meraikan kehidupan dan mesej yang dibawa oleh Baginda Rasullullah. Semoga Allah swt menjadikan kita tergolong antara mereka yang benar-benar mencintai Rasullullah saw.


2. Merapatkan hubungan antara ahli keluarga terutamanya mereka yang telah lama tidak kita bertanya khabar.

Dari Abu Ayyub r.a., katanya: "Seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw., "Ajarkanlah kepada ku amal yang dapat memasukkan ku ke syurga."Seseorang yang lain bertanya, "Apakah yang ditanyakannya? Apakah yang ditanyakannya?" Nabi saw. menjawab, "Dia menanyakan sesuatu hal yang amat penting baginya. Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu. Tegakkanlah solat, bayarkan zakat dan hubungkan kasih-sayang."

Semakin kita menyuburkan hubungan antara kita dan saudara-mara kita, hubungan kita dengan Rasullullah saw akan semakin erat. Semakin kita menghormati mereka yang lebih tua dalam keluarga dan menyantuni mereka dan menyayangi yang muda dan kanak-kanak, semakin teguh iman kita. Ciri kerasulan itu terserlah dengan melihat bagaimana Baginda Rasul berinteraksi dengan orang ramai. Marilak kita mengagungkan Rasul kita dengan menjalinkan hubungan ahli keluarga, dan menjadi tiang yang menyatukan antara satu dengan yang lain.


3. Bangun malam menunaikan Tahajud. 

Gaya hidup para sahabat adalah dengan menghidupkan malam melalui solat tahajud. Sekiranya kita mahu menghindar diri dari sebarang bentuk gangguan, mensucikan diri dari dosa, ingin berada pada zona fokus dan terapi inda, kita, secara individual mahupun komuniti perlu menjadi golongan mereka yang bertahajud. 2 rakat, 15min sebelum subuh adalah satu permulaan yang terbaik. 

3 habit baru - berselawat, merapatkan hubungan kekeluargaan dan bertahajud - akan bisa mengukuhkan rasa cinta kita kepada Rasullullah saw,

Reflection:
Is there a barrier between you and your family, what put it there?
What can you do to chip away at it?
If there is no barrier, what can you do to take your relationship with them to the next level and truly show them the character of the Prophet?

Alhamdullillah, hubungan keluarga, me between my parents, Alhamdullillah, adalah baik. I think the older I get, and Alhamdulillah, due to the knowledge that Allah swt have bestowed upon me, I am more appreciate my parents - their flaw and shortcoming. Because out there is no perfect parent, and I think no perfect children and siblings too. Nabi Ibrahim as punyai ayah yang bukan sahaja kafir malah pengukir berhala, Nabi Nuh as punyai isteri dan anak yang tidak mahu menerima dakwahnya, begitu juga Nabi Lut as, punyai isteri yang memihak kepada penduduk yang melakukan fahishah. Nabi Yusuf as dibenci oleh adik beradiknya, dan Rasullulah kesayangan kita, Nabi Muhammad saw, punyai pakcik-pakcik yang tidak mahu menerima Islam.

Mungkin pernahkan, kita tertanya, kenapa lah ayah, mak, adik-beradik, anak-anak kita tak macam a, b, atau c. Kenapa mereka jadi d? Kita mungkin boleh memilih siapa yang boleh jadi kawan kita, tapi ibu ayah, adik beradik, sanak saudara.. mereka seperti hadir begitu sahaja. 
Itulah nama nya - K E L U A R G A... mereka adalah ujian, kita juga pada mereka adalah ujian. Sebab memang Allah meletakkan kita di duniya ini untuk diuji dan siapakah antara kita yang paling baik amal nya. 

I think, how to treat parents, siblings, pakcik makcik, saudara-mara yang seperti duri dalam daging or apa sahaja.. is always to return back to Quran. Al-Quran itu sesungguhnya Al-Huda - petunjuk. I encounter lots of situation yang melibatkan saudara mara ni, dan Alhamdullillah atas ilm alQuran, keadaan nya jadi relax (at least for me). Rasanya tanpa AlQuran, situation can be bad - bermasam muka, bitter, bermusuhan, tak bertegur sapa, kata-kata kesat, perli memerli.. I see this a lot in my families (bigger cluster). What I can do is just mendoakan, semoga Allah menunjukkan ke jalan yang benar, semoga ada yang berlembut hati, tidak terlalu kepala angin, keras kepala dan sedar menjalinkan persaudaraan itu suatu yang penting. 

Alhamdullillah, last weekend, mama, papa, dan long sekeluarga datang ke rumah. Ada majlis perkahwinan sepupu di Damansara (hari Ahad). Dan qadarullah, my grand-uncle past away on Saturday. Alhamdullillah, di antara majlis pengebumian dan majlis perkahwinan, sempat la bertemu ramai saudara mara yang telah lama tidak bersua muka. 



Alhamdullillah, one fruitful weekend. Berkumpul di duniya dah terasa seronoknya, semoga kita akan lebih berseronok ketika dikumpulkan bersama-sama di Jannah. 

Semoga Allah mempermudahkan.. 
آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan