بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
So many thing of so many things. Bila diri disibukkan dengan dengan perkara lain, maka perkara lain akan terabai. Sekurang-kurang nya bagi diri saya. Saya masih perlu belajar bagaimana mengimbangi semua bola-bola yang dibaling untuk di-juggle, di atas basikal satu roda yang dikayuh di atas satu tali yang halus (walaupun saya tidak mahu menjadi seorang badut). Maka nya di sini, membawa kita ke Joy jots siri ke13. Yang membicarakan tentang topik - The Yearly Spread atau Perancangan Tahunan, atau mungkin lebih spesigiknya saya boleh katakan, topik ini berbicara berkenaan pengurusan masa.
Ok, kita pergi kepada apa kata Dr Tamara berhubung dengan topik minggu ini:
Setiap kita mempunyai 24jam/sehari. Tiada yang punya lebih, tiada juga yang punya kurang. Semua diberi pada portion yang sama. Menunjukkan betapa Allah swt itu Maha Adil.
Rasullullah saw bersabda, kejar lima sebelum lima:
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Berada sebelum papa
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati
--- di mana kelima-lima anjuran tersebut berhubung dengan masa.
Kita mesti mengambil kesempatan di atas masa lapang kita. Kita juga mesti merancang masa sibuk kita. Dan kita juga mesti sedar bahawa masa adalah dalam tangan Allah swt, hanya Dia yang bisa memberi barakah pada masa tersebut atau sebaliknya.
Semua yang mengajar matapelajaran Pengurusan Masa bersetuju bahawa seseorang yang mengsetkan gol dalam hidup, menyediakan plan tindakan, bekerja keras, berfikiran positif, adalah merupakan mereka yang akan berjaya. Mereka juga merupakan golongan yang akan 'menjumpai masa', pada ketika mereka yang lain tidak punyai masa.
Sesungguhnya, hidup gaya Rasulullah saw - beribadah di waktu malam dan bekerja bersungguh di siang hari - merupakan kunci untuk mempunyai masa yang 'lebih panjang' daripada orang lain.
- Apakah gol kita? Semua mahu masuk syurga kan.. namun bagaimana kita mahu merealisasikan gol tersebut?
- Gol yang besar perlukan kerja yang keras. Adakah kita mampu mengorbankan keselesaan peribadi demi meraih kejayaan rohaniah? Nafsu kita terlalu dimanjakan sehingga ianya bukan lagi perlu dijinakkan tapi lebih perlu dikerah. Ramai antara kita yang sanggup mengorbankan kehendak peribadi seperti tidur untuk bersekang mata demi meraih sehelai sijil ijazah untuk kejayaan duniya? Namun berapa ramai antara kita mampu mengorbankan perkara yang sama untuk menghafal Quran?
- Sekuat mana anda mampu untuk berusaha? Dan mampukah anda berkerja keras apabila tiada yang bersorak di belakang anda? Tiada kad ucapan "Terima Kasih" untuk anda di duniya ini. Ramai yang berkata, "Saya akan lakukan ini kerana Allah swt" namun apabila mereka dilayan dengan buruk atau tidak dihargai oleh kominiti duniya, mereka berhenti lantas berpaling dan bergerak ke pintu keluar melaungkan kata "Saya telah cuba", "Ini tidak berhasil", "Semua nya sia-sia".. - Jika benar kita cinta Allah, hanya mahu keredhaanNya, maka kita perlu bekerja keras dan tidak berharap akan sebarang pujian daripada mana-mana makhluk duniya.
- Bolehkah kita terus mengekalkan attitude yang positif? walaupun keadaan begitu menekan? Bolehkan kita punyai reda yang mendalam terhadap Allah swt? Berserah dan menerima sebarang bentuk ketentuan Nya? Rasullullah saw merupakan contoh terbaik manusia yang berfikiran positif dan mempunyai redha tahap paling tinggi terhadap ketentuan Allah swt. Apabila baginda direjam oleh penduduk Taif, baginda berdoa dan di dalam doa nya beliau berkata "Asalkan Allah swt tidak marah pada nya, maka semua nya adalah baik-baik belaka.." Berfikiran positif, bersangka baik pada Allah swt penting kerana negativiti itu pencuri masa. Kita akan disibukkan untuk berfikir tentang sesuatu perkara apabila kita berfikiran negatif terhadap perkara tersebut.
Reflection:
Sit down and take stock of how you are spending your time. How much time you think you're spending in productive activities and how much is wasted? Are there things you like to accomplish but you do not have time for? Write them here.
Ok. Jadi ini adalah secara kasar jadual harian saya:
I quitted Halaqa Quran Madinah, middle of last month. Setelah 2 tahun bersama, dan setelah melakukan solat istikarah, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kelas itu sekali lagi (I quitted 1st time somewhere in 2018 and rejoined after a year), Rasanya kali ini adalah muktamad. Tidak akan kembali lagi. Alhamdulillah, atas halaqa dari Indonesia, walaupon berbayar namun lebih bersifat private. Tidak perlu tunggu lama untuk giliran, dan guru juga lebih fokus. Alhamdulillah.
Namun di antara masa-masa itu masih juga ada masa untuk melago. Astagfirullah. Terutama dengan smartphone - bukak saja yt, telegram.. dah 30min berlalu tanpa disedari. Saya juga merasakan yang saya perlu satu cue untuk kekal dengan habit yang dibina. Alhamdulillah, waktu hifz lepas tahajud adalah sangat baik, kerana saya rasa cue nya jelas. Begitu juga dengan aktiviti bersedaqa selepas solat subuh, diikuti sessi bersama Ain dan seterusnya bersukan awal pagi - the habit just build up like naturally. Namun habit murajaah ni masih perlu usaha yang tinggi. Subhanallah. Mungkin terlalu bnyak aktiviti Quran nya.. wallahualam. I might need have to sit and revise everything all over again. in shaa Allah. Semoga Allah meminpin ke jalan yang benar Aameen.
Saya punya plan peribadi untuk menulis buku - spesifiknya menulis novel. Kisah yang ingin ditulis, babak-babak cerita, plot dan perkembangan watak semua telah saya tulis dengan secara kasar, hanya perlu duduk dan terus menulis secara details dan teratur. In sha Allah this will be project tahun 2022. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aameen.
Dan untuk tahun 2022 juga, plan pengurusan badan supaya lebih sihat diteruskan. In shaa Allah.
Hingga ke saat ini, saya telah berjaya menghafal hampir 13juz. In sha Allah, projek ini juga diteruskan ke tahun hadapan. Bersama dengan murajaah berterusan. In shaa Allah.
Saya rasa cukup dulu perkongsian untuk hari ini. Semoga bertemu di post akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan