بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Catatan Joy Jots minggu ke-14. Ia nya cukup. Begitulah tajuk untuk minggu ini. Berkisar berkenaan fear. Rasa takut yang setiap antara kita hadapi. Kita takut dengan apa orang akan kata, kita takut dengan bagaimana cuaca pada esok hari dan kita takut akan keadaan ekonomi untuk tahun hadapan.
Kita takut nak makan kek coklat, takut nak timbang berat badan dan takut nak berjumpa dengan kawan-kawan lama.
Kita takut nak tengok berita di tv, takut untuk mendisiplinkan anak-anak dan takut untuk makan tomato yang dijual di pasarmini.
Islam datang sebagai penawar akan rasa takut tersebut. Ia memberi harapan supaya kita bergantung harap, percaya dan yakin hanya pada Rabb Tuhan pencipta alam. Apabila kita takut, kita kena ingat bahwa semua nya adalah cukup. Enough food, enough love and enough joy. Fear atau rasa takut itu datangnya dari syaitan. Ia merompak keyakinan dan merubah kita menjadi makhluk berhati kering yang gemar berhujah dan mempertikaikan setiap perkara. Apabila kita membuang rasa takut itu jauh-jauh, dan bergantung harap hanya pada Allah swt, kita berubah menjadi manusia yang baik hati, pemurah dan mereka yang mempunyai rasa empati.
Semoga kita menjadi antara mereka yang membuang rasa takut itu jauh-jauh dan menggantikannya dengan taqwa dan tawakkul pada Allah swt. Aamiin.
Reflection:
What are you afraid of? What is holding you back from being as giving, as loving, as relaxed or as productive as you could be? Where did it come from and why do you think you have not been able to overcome it?
Emm.. soalan reflection kali ini seperti sukar untuk dijawab secara spesifik. Kerana jika perkara yang diluar-kawal (suami, anak-anak, kesihatan diri atau harta), saya meletakkan ia nya 100% pada Allah swt. Mungkin akan ada rasa sedih jika something bad happen, but afterall semua ini adalah pinjaman semata. Setidak-tidak nya itu yang saya rasa atas mana-mana perkara yang berlaku lewat kebelakangan ini.
Namun saya rasa, my fear is always within me. My niyah, yang mulanya kerana Allah bisa menjadi sebaliknya bila kejayaan dikecapi. Saya takut saya berubah. Kembali kepada diri dahulu yang jahil. Atau hanyut dek puji manusia yang tidak membawa ke mana. Perasaan bagus, perasaan hebat kerana saya hafal Quran, saya pakai niqab, saya begitu, saya begini.. Subhanallah.
"Ya Allah, jangan lah aku jadi manusia yang angkuh, takabbur dan bongkak. Tunjukkan lah aku ke jalan yang benar Ya, Allah.."
Doa itu memang kerapkali saya titipkan usai solat, sebab ya, saya tak mahu jadi begitu. Terutama kepada orang yang rapat pada saya. Pada ibubapa, suami, kakak dan adik.
Terus terang cakap, kadang rasa takut nak menulis, atau kongsi gambar di iG kerana bimbang disalah erti, or worst, bimbang niyah asal kerana Allah swt, bertukar menjadi sebalik nya bila konten yang dikongsi, di like ramai orang.
Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan