بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberi. Dan nikmat yang besar di antara yang terbesar, adalah suami yang menjadi tulang belakang. Alhamdulillah. Banyak perkara memang dia bagi support 100%. Resign from KKm, Neezaneedles, dan perjalanan saya menghafal Quran. Prinsip dia senang saja, "if you have done istikharah, then it is good".
So baru ni, ensuami bagi hadiah. Hadiah tertunda katanya. Dia nak bagi after my 10j xm, tapi sebab new version nak keluar so he delayed until the version is out and Alhamdulillah, he got me the Apple Watch. Tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan masa terima AW tu tempohari, Sebab ianya bukanlah sesuatu yang saya nak sangat-sangat. But apa pun, orang memberi kita merasa. Hari pertama kekok sangat, hari kedua mengadaptasi dan hari-hari seterusnya, saya mulai jatuh cinta dengan AW ni. Sebab feature dia best sangat. It act like my personal assistant. Sebab saya dah masuk kan all my jadual waktu dalam calender iphone, so semua berkenaan my activity akan beep di AW juga. Alhamdullillah. Mengingatkan saya kepada perkara penting seperti kelas-kelas ngaji saya (yang banyak itu).
Salah satu feature yang best jugak adalah apps Fitness by AW. Dia mendorong saya untuk melakukan exercise dan terus melakukan exercise setiap hari. Ini kerana adanya target harian, yang membawa kepada pencapaian mingguan. Memang terasa berkobar nak melakukan exercise so that pencapaian mingguan tercapai dan tampak sempurna. Best bila all the rings is connected and dia bagi award jugak lepas tu. Kalau siapa yang memang ada fitness target, this is very recommended.
Due to that, I've been thinking, kan best jika ada apps yang boleh menaikkan semangat saya untuk melakukan ibadah harian seperti murajaah, hifz, dzikr pagi-petang, dzikr lepas solat etc. Hasil dari Google, saya diketemukan dengan apps Streaks. Alhamdulillah, harga mampu milik, RM19.90 one off payment, and simple apps tak pening bila melihatnya. Saya beli dan saya guna dan saya berpuashati. Alhamdullillah.
Itulah cerita tentang personal assistant (PA) saya. Ia membantu mengingatkan perkara penting yang perlu saya buat hari ini. Saya sedang membaca buku Eat the Frog (untuk sekian kalinya) dan dalam buku itu pun suggest betapa penting nya untuk ada satu sistem yang merekodkan perkara yang penting yang patut kita lakukan secara berterusan supaya ia nya dapat develop menjadi habit - buku tu sunggest guna kalender yang ada kotak-kotak tu so that setiap hari yang kita buat kita tanda pangkah. Dan jika dilakukan berterusan selama sebulan ianya akan meresap dalam jiwa menjadi habit dan akan terus dilakukan setiap hari tanpa di suruh-suruh lagi. Begitulah juga peranan apps ini. Its a habit developer. The day we missed, we have to like restart all over again (the streak just reset back to zero).
Alhamdulillah atas nikmat teknologi. Yang buruk pasti ada namun yang baik itu kita pergunakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Terima kasih kerana membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan