بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah, hujan sepanjang hujung minggu mengarahkan kami untuk diam terperuk di rumah. Masa yang ada dimanfaatkan dengan membaca. Berikut adalah buku yang saya pilih:
Tajuk: Show Up: A Motivational Message for Muslim Women
Penulis: Naima b. Robert
Baca dari apps Scribe. Sambil baca sambil ber-threadmill.
Perkara pertama yang menyebabkan saya memilih buku ini adalah kerana buku ini nipis. Cuma setebal 129 mukasurat. Boleh terus dihabiskan sekali baca. Alhamdulillah. Perkara lain yang tak kurang pentingnya adalah penulis nya Naima b. Robert. Seorang penulis yang jarang, jika tidak sama sekali, menghasilkan karya yang mengecewakan. Alhamdulillah.. pilihan yang mengena kerana buku ini merupakan sebuah bacaan yang sangat baik dan melapangkan dada.
Overall, ia menulis tentang 'being there'. Be present at every moment, secara fizikal dan mental. Jika kita adalah isteri, maka show up as a wife, bila kita berperan sebagai ibu, maka show up for our kids, dan kerana kita adalah muslimah, maka show up as a muslimah. Kadang tu, kerana kebanyakan kerja adalah rutinitas, maka kita seolah melakukannya autopilot. Bangun tidur, solat, breakfast, siapkan anak pergi sekolah, at home doing stuff, ambil anak sekolah, lunch, kids hw, dinner, tidur, dan esoknya kehidupan yang sama berulang kesekian-kalinya dan seterusnya untuk hari-hari yang mendatang. Bagai tidur tetapi terjaga. Apa yang kita achieve untuk seharian itu sukar dijawab, kerana pattern nya sama, mendatar. Jadi di sini, buku ini memberi satu solusi untuk memaksimumkan kehidupan, to shine ourselves, to be a hero not a victim, and to seize every moment.. carpe diem. - Put a moment for your own self too. Memang kita banyak tanggungjawab - sebagai anak, isteri, emak, worker, boss etc, namun jangan lupa untuk membelai diri. Exercise, eat well, do things that we enjoy, have a circle of friends yang bercita-cita serupa dan show-up for every moment. So, when our lives is due, we fell satisfied, dan jika nak bercerita pada anak cucu pun, sebuah cerita yang membanggakan.
So I put, what I read, to fit on my shoes. Well, semusim yang lalu, saya pun pernah tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah ini kehidupannya? Adakah ini pengakhiran kepada perjuangan saya (yang memilih untuk menghafal Quran)? Kerana di saat saya sedang menghafal Quran (sekarang pun masih lagi menghafal), saya kira saya banyak kehilangan perkara yang saya suka. I dont really take care of my body, I gained weight, I excluded myself from people, dan yang menjadi tamparan hebat adalah, I start to become moody bila murajaah tak kesampaian atau hafalan (yang saya kira dah lancar) menjadi gagap terbata-bata bila ditest atau ditasmik. Saya jadi marah. Hampir benci pada diri sendiri. Saya merasakan diri kehilangan fungsi. Handicap hampir kepada semua perkara, tidak produktif seperti dulu. Seperti mana ketika saya seorang guru, microbiologist atau mengendalikan NeezaNeedles. Alhamdulillah saya punya tulang belakang yang kuat. Saya adu pada ensuami, dan respon nya hanya satu - mungkin perlu lebih bersyukur pada setiap keadaan. Gratitude. Yes. Perkara mudah yang kadang-kadang kita lupa nak buat.
Dalam apa perkara yang kita buat atau dapat, selalu bersyukur, dan terus bersyukur. It keeps us on ground. Tidak jatuh atau terawang. Tidak merasa gah atau kecewa lantas membunuh diri. Allah swt menjadikan kita istimewa. Setiap antara kita punya keunikan yang tersendiri. Gali potensi diri dan gilap supaya ia bersinar. Potensi diri itulah yang akan membawa kita dari nobody to somebody. Kita tidak perlu terkenal seantero dunia. Cukup jika dikenali di dalam niche kita. Something unique yang bila kita tiada akan dikenang sampai bila-bila. "Arwah nenek punya kerepek gunting sedap sangat. Sebalang sekali hadap terus habis". Sesimple itu.
Alhamdulillah. Allah swt itu Maha Baik. Saya mula menerima emel dari pembaca yang rindu akan tulisan saya. Yang membuka mata bahawa saya ada sebutir permata yang perlu saya gilap. Hasil nya blog ini kembali bernyawa, dan saya juga merasa bersemangat menempuh hari-hari mendatang. Alhamdulillah.
So apa kaitan nya cerita saya ini dengan buku Show Up by Naima B Robert?
Saya meletakkan rumusan bahawa showing up to what yourself is good at adalah seperti hujan yang disiram pada tanah yang tandus. Tanah bisa menjadi subur dan menghasilkan pohon-pohon. Kita perlu show-up pada potensi diri. Selagi ianya mengikut hukum Allah swt. Jika kita suka memasak, maybe can learn more, share masakan kat yt, ig. Ia akan memberi kita suatu kepuasan diri dan merasakan hidup lebih bermakna. Dan jika perkara itu dimulai dengan Bismillah, dan disudahi dengan Alhamdulillah, akan lebih barakah kepada kehidupan.
Kesimpulannya: Sebuah buku yang menginspirasi. Kaitan ayat-ayat alQuran menguatkan lagi hujah-hujah yang dibentangkan. Recommended to all. Especially yang merasakan hidup ini jemu dan hilang makna. 5bintang. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan