بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
I came early to fetch Yahya at school today. As I dint bring my phone, so tak boleh nak buka mushaf. And somehow, my mind feel inspired. And I wrote them down in the small notebook I found on the dashboard.
1. Orang yang berjaya adalah orang yang mengikut peraturan. Tak kira lah peraturan duniya atau peraturan Allah. Berhenti pada lampu merah. Sebab itu peraturannya. Walaupun tiada sebarang kereta kelihatan. Melanggar peraturan bererti membuat dosa. Dosa sekecil mana pun, meninggalkan parut hitam pada hati. Kawasan yang hitam legap tidak akan membenarkan cahaya menembusi nya. Ilmu itu cahaya. Jika ilmu terbias, masakan seseorang mendapat pelajaran daripada apa yang dipelajari?
2. Berkata benar sentiasa. Ia nya tidaklah sesusah mana. Hanya cerita apa yang terjadi - tak perlu tambah garam atau gula. Jikalau ada consequence pun daripada kisah benar itu, sekurangnya, kita tidak mendapat dosa kerana menipu. AlQuran adalah kitab yang benar, al-Haqq. masakan lidah yang suka menuturkan perkara batil, bohong dan tipu daya, bisa mampu menutur ayat alQuran yang benar itu?
3. Jangan marah atau berfikiran negatif. Anger and bitter takes lots of inner-energy, di mana, untuk kembali ke titik sifar, jika tidak ke titik positif, memakan masa yang lama. You keep on thinking about that things you're mad on, and it makes you lost focus, dan walau datang perkara lain yang best pun jadi tak best sebab fikiran sudah terganggu. Kesimpulan mudah untuk tidak menjerumuskan diri di dalam gelembung perasan marah dan negatif adalah untuk tidak marah pada awalnya. Kunci untuk tidak marah adalah bertenang, selalu berfikiran positif (husnuzon) kepada setiap perkara, kawal pernafasan, berfikir sebelum bercakap, dan bagi saya, tak payah ambil pot sangat apa orang nak kata. I always fikir what other people talk about me (like macam bagus, ustadza jadian etc..) betul la tu.. sebab .. saya bukan perfect pun. Just enjoy with your life and go on, as long as what you do is according to Allah's law, so tak ada apa yang perlu dirisaukan.
4. Bertenang dan relaks. Walau dah mentioned kat point#3, tapi nak mention jugak kat specific point sebab it is very important to keep calm and relax. Cara mudah, berdzikir - dengan mengingati Allah swt, hati akan menjadi tenang. Ada benda dalam duniya ni, kita boleh kawal dan ada yang diluar kawalan kita (walau pun kita boleh kawal namun tidak 100%). Contoh mudah: orang boleh cakap apa yang dia nak cakap pada kita (perkara yang kita tak boleh kawal), namun kita boleh filter apa yang kita nak balas balik pada dia (perkara yang kita boleh kawal). Sama juga, kita boleh merancang seharian kita, apa nak buat lepas bangun tidur, lepas sarapan etc, dengan secantik mungkin. Namun things happen. Apa yang kita boleh buat adalah, kekal bertenang. Basahi lidah dengan bersyukur dan membesarkan Allah swt, supaya kita dapat sedar diri yang kita ini cuma hamba yang kerdil dan semua adalah tertakluk kepada Qadr Nya.
5. Respect your schedule. Follow what u've written. But also bear in mind, things happen. Berlari, berjalan, merangkak, tapi jangan berhenti. Jaga stamina. Perjalanan masih jauh. Biar lambat asal selamat tiba di destinasi.
6. Its okey to say NO when its due. You cannot please everyone.
7. Have time for yourself too. Exercise, eat well, laugh. Memorising Quran doesn't mean you can't enjoy life. Breath in, breath out. Smile :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan