بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Entah bagaimana, 2 bulan lepas saya terkenang akan basikal lipat yang saya beli 7 tahun dahulu di sebuah kedai basikal di Dengkil. Comel sangat, tayar dia kecil sahaja. Beberapa bulan setelah saya beli basikal itu, kami pindah sementara ke Kajang sebab rumah mengalami renovasi major. Dan sekembali ke rumah ini yang ketika itu telah berwajah baru, kami kemas bersih-bersih, dan mana barang yang rasa tak perlu atau tidak diutilasi sepenuhnya, kami jual atau buang. Ia termasuklah basikal lipat saya itu, dijual gara-gara mengumpul sawang ekoran tidak digunapakai.
Tak banyak gambar saya dengan basikal lipat itu. Jenama apa saya tak pasti, tapi harga nya mampu milik, bawah rm500. Cara lipatnya, ala-ala basikal lipat jenama Dahon.
2 minggu lepas suami balik dengan membawa sebuah basikal lipat. Mulanya tertanya juga, siapa punya. Sebab suami lebih kepada mtb bukan fb. Hobi dia dengan mtb sejak kami mula berkahwin lagi. Teringat kisah beli basikal di Kelantan. Zahra waktu itu berumur setahun beberapa bulan, dengan demam dan cirit birit Subhanallah. Kami pakai kereta Aveo waktu tu. So, waktu nak balik kena la Zahra diriba dihadapan sebab tempat duduk belakang, basikal dah duduk. Sampai rumah, mak yang letih.. hahaa. Sebuah kisah malar segar selamanya. Berbalik kepada kisah basikal lipat, saya tak rasa itu suami punya, dan saya pun tak la confident sangat nak claim yang basikal itu milik saya.
Alhamdullillah. Terasa niat saya itu menjadi doa yang dikabulkan Allah swt. Malam nya suami bagitau dia beli basikal tu supaya kami dapat sama-sama naik basikal di hujung minggu. Alhamdullillah. Maka, jadilah kisah hujung minggu kami diisi dengan 'dating' berdua menaiki basikal. Anak-anak dah besar kami tinggal begitu je kat rumah. Alhamdullillah.
Alhamdullillah atas segala nikmat Nya. Pernah juga terfikir, dah tua begini, anak dah besar panjang, masing-masing pandai bawa diri, nanti apa la aktiviti yang boleh kami berdua buat bersama.. Alhamdulillah. Mana lah tahu suatu hari nanti kami bisa jadi seperti pasangan suami isteri kat bawah ni:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan