Jumaat, 18 Februari 2022

Menjadi hamba sejati

     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya tengah berdiet sekarang ni. Saya join satu program dalam usaha untuk menguruskan berat badan. Alhamdullillah, nampak ketara perubahan yang dialami. Hampir 6 minggu dalam diet regiment yang disyorkan, badan sudah ringan 5kg. Alhamdullillah. Another 6weeks to go to complete the session.

Program diet nya mudah, namun yang menjadi tidak mudah adalah memikirkan nak masak apa untuk keluarga hari ini. Diet atau tidak, tugasan sebagai mak tiada alasan untuk dinafikan. Dan apa yang menyebabkan saya menulis perkara ini ialah apabila terfikir keberadaan kita sebagai hamba. Melakukan sesuatu bukan untuk kita tetapi untuk yang lainnya. Contoh, semalam saya gosok sebakul baju sekolah anak-anak dan baju kerja suami. Semua pun bukan saya punya. Chop, adalah niqab sehelai. Namun, habis sebakul baju kini kemas tergantung di almari. Dan, hati berasa puas. Gembira. Lega. Apabila tugasan tersebut selesai. Suami atau anak-anak tiada yang datang untuk mengucapkan "terima kasih umi" tapi saya tak rasa pun itu yang saya dambakan. Sebab saya rasa saya ikhlas melakukan semua itu. Dihargai atau tidak, tidak akan sebal dalam hati. 

Dan saya rasa itu lah yang harus setiap antara kita rasa, apabila berdepan dengan sebarang tugasan kerana kita ini hanyalah hamba. Tiada seorang yang benar-benar raja dalam dunia ni. Even jika dia seorang raja pun, dia harus turun melawat rakyat jelata atau menyertai program-program charity. Title raja yang dipegang adalah satu tanggungjawab. Satu pekerjaan. Saya mempunyai pandangan bahawa seluruh umat manusia ini adalah pekerja. Kau Raja, doktor, guru, tukang sapu. surirumah, apa pekerjaan sekalipun, kita  semua adalah pekerja. Semua antara kita, berada pada level yang sama, walaupon berlainan tanggungjawab. Berada dalam satu pejabat iaitu duniya dan Ultimate Boss is Allah swt. Boss is watching us from far while we running the company. Dan pekerjaan itu jika dilakukan ikhlas beribadah hanya kerana Allah swt, maka besarlah ganjarannya. Syurga Jannah. Tiada ganjaran yang lebih besar selain daripada syurga.

Soalannya: Bagaimana nak menakar aras kehambaan yang sejati?

Let me start with this story - Baru ni saya beli jaket keselamatan, sebab plan nak mengayuh basikal atau berjogging di waktu malam.

Yahya: Cars dont hit you if you wear this jacket, Ummi?
Me: Yang menjaga kita adalah Allah swt. Everything is beyond Allah wills. Even if i wear this jacket, and I am supposed to be hit by a car. Then the car will hit me.
Yahya: Then why you need to wear?

Soalan Yahya yang terakhir menyebabkan saya pause seketika. I would like to answer by giving the example of an hadist of tying a camel. Tapi saya pun ada isu dengan hadist tersebut. Unta diikat kerana dia haiwan hidup yang boleh berjalan. samalah seperti kita mengunci rumah atau kereta kerana ianya boleh diceroboh masuk. Dan jawapan saya,

Me: Masa kita pakai jaket ni kita baca bismillah. So by that we have made dua to Allah to protect us. If you dont wear jacket, you might forget to make dua. Even if you pakai this jacket tapi tak ucap bismillah, hence, you get hit by a car. That is why, every time you naik basikal, Umi cakap baca bismillah. So that Allah protects you.
Yahya: Ooo...

And I hope my explaination make sense.

Makanya, jawapan kepada persoalan itu, kehambaan sejati adalah sentiasa tahu ada kuasa lebih agung di atas kita iaitu Allah swt. Dan bergantung lah hanya pada Dia. Kerana, Dia mengabulkan doa. Dia memberikan segalanya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia sayang akan kita. We need to always bear in mind to do everything, every single thing lillahi taala.  Baca basmallah jangan lupa. Ayam dan lembu yang kita makan, menjadi halal kerana bismillah. Dan basmallah itu memang kalimat yang sangat power. Saya teringat akan sebuah hadist berbunyi: Rasullullah berjalan dengan seorang sahabat. Tetiba, sahabat nya tersadung dan tindakan refleks sahabat yang tersadung tadi adalah melaknat syaitan "Celaka Syaitan". Rasullah yang terdengar terus berkata jangan dilaknat syaitan, kerana dia akan menjadi lebih besar. Sebaliknya ucapkan bismillah jika terjatuh tersadung atau seumpamanya. Begitulah, dan saya suka untuk mengingatkan bahawa bismillah juga adalah dalam kategori ayat pertama yang di wahyukan - 'iqra, bismi rabbikalladzi halaq' bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan mu. Jadi setiap permulaan kerja kita, baca lah bismillah.

Biar penat yang kita alami, atas kerja-kerja kehambaan yang kita laksanakan itu berbaloi. Jangan hanya menjadi penat di dunia namun tiada hasil di negeri abadi. Peringatan untuk diri saya sendiri.


Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan