بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi atas doa-doa yang dimakbulkan.
Namun disebalik doa-doa yang termakbul, ada juga doa-doa yang tidak dimakbulkanNya. Antara doa yang tak termakbul yang paling saya ingat ialah doa saya nak masuk sekolah asrama lepas darjah 6. Alhamdulillah, keputusan darjah 6 adalah cemerlang 4A (ini jelah keputusan peperiksaan yang membanggakan) dan entah bagaimana saya nak sangat-sangat masuk sekolah asrama. Mungkin terpengaruh dengan sahabat baik yang berhijrah sekolah, buku-buku cerita yang saya baca tentang kehidupan berasrama, sogokan pengetahuan betapa gah nya sekolah sains berasrama penuh seperti TKC, Tun Fatimah dan Seri Puteri, dan mungkin juga escapism dengan kehidupan di rumah - housework, hubungan anjing-kucing saya dengan kakak-adik. Apa pun alasannya, waktu tu saya nak sangat masuk sekolah asrama. Tak kira. Siang pagi setiap kali lepas solat pasti berdoa. Balik sekolah je tengok post box. Tanya ada surat tak? Dan setelah Januari berganti Februari berganti March, saya akur. Berhenti berdoa. Dan setahun kemudian, saya terdengar seseorang bertanya pada Mama, "Dedek tak masuk sekolah asrama ke?" Dan mama menjawab, "Tak payah la. Duduk rumah senang. Sekolah MGS tu pun bagus." Saya kira jawapan mama waktu itu sebagai alasan. Saya anggap mungkin mama juga kecewa sebab saya tidak mampu mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh.
Tahun dan dekad berlalu. Tibalah anak sendiri pula nak pergi sekolah asrama. Alkisahnya, ianya tentang Ujian Pencarian Bakat oleh UKM, juga dikenali sebagai Ujian UKM1. Asal masuk sebab nak kan sijil. Beria Cikgu mewar-warkan di grup telegram suruh para pelajar masuk, sehingga saat terakhir seminggu sebelum tarikh ujian ditutup, Cikgu masih up-kan link Ujian dan saya fikir joinkan saja Hamza so that boleh la dapat sijil peringkat kebangsaan. Saya panggil Hamza, cakap kat dia, buat kuiz ni. Seperti biasa ada sessi soal jawab antara kami - why, what the reason - dan jawapan saya straight forward nak dapatkan sijil. But I add, if you excel, might have chance to go to genius school. Cerita tentang GS serba sedikit (hasil pembacaan saya sekilas lalu), and he sit and did the quiz. Lama juga masa yang dia ambil. More then 2hours kot. Siap berhenti sekejap solat maghrib lagi. Once done, press the submit button, and tadaa.. we got the sijil. And the sijil, forward ke sekolah sebagai markah PJSk (whatever it is).
Months past by, dan Alhamdullillah, in Aug kami dapat email panggilan untuk memduduki Ujian UKM2. Masa ni memang excited sangat. And I start to dig more information regarding Genius School. Rasa teruja juga jika anak dapat masuk GS, sebab he can skip D6, terus masuk F1 and by 16y dah boleh ambil SPM. Kira jimat umur setahun la. And since GS juga medium pembelajaran is in English, saya fikir this is better for him, yang ala-ala melayu-celup-konon-macam-pernah-dok-obersee-bertahun-tahun-padahal-none-ado (not only him, but all of my kids, subhanallah) sebab tak nak cakap melayu. He sit for the test, and lepas selesai, saya tanya, how was it? He confidently said boleh lepas ke peringkat seterusnya. And ya, he did, as after a months he got the invitation to join the Program Perkhemahan Cuti Sekolah, yang dilaksanakan selama 2minguu dalam bulan Disember, where there'll be Ujian UKM3 after the program. And meanwhile, kami juga dijemput untuk menghadiri temubual secara maya dengan pihak UKM. Alhamdullillah, all is done. As for Ujian3, when I asked Hamza, dia kata dia boleh jawab. Confident. Pihak pengurusan kata keputusan sama berjaya atau tidak untuk masuk ke sekolah genius, akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Januari.
Januari comes, dan kami menerima keputusan pada 11.1.22 dimana Hamza tidak berjaya untuk menyertai GS. Patah hati mamat tu. Meraung-raung menangis. Di mana, saya juga merasa hampa sebab sebagai emak, tentulah saya mahu yang terbaik buat anak-anak, dan saya rasa GS would be the best place for him to flourish. Mengubat hati yang terkilan, saya pun browse fb program dan tiba-tiba terbaca satu statement, "Biasanya ada 2nd intake sebab ada calon 1st intake yang menolak tawaran sebab dapat masuk mrsm atau sek asrama lain. Jadi chk semula status selepas 10Feb." Saya lihat ada cahaya di hujung terowong. Dalam perjalanan ke pusat tuition, saya tanya balik Hamza. "Do you really want to go to GS?'. "Yes", jawapan dia. Then saya kata, "Berdoa la Mi (saya panggil dia Hammy). In shaa Allah, ada 2nd intake after 10Feb".
Hamza: How come ada 2nd intake?
Me: Maybe ada students yang reject yang tak nak masuk GS.
Hamza: How many will they choose?
Me: I dont know. Maybe 10.
Hamza: 10? 10 out of what? 500? - sebab yang berjaya melepas UKM2 dan masuk Kem perkhemahan adalah 600 pelajar. Dan dari 600 hanya 100 yang terpilih ke GS.
Me: Berdoa sahaja la.. Maybe you're one of the lucky 10.
Dan ia juga permulaan sesi saya berdoa. Setiap waktu selepas solat, hari hujan, lepas ngaji, tengah basuh pinggan, lipat baju - saya titipkan doa, saya harap agar Allah izinkan Hamza masuk GS jika ini terbaik buat dia. Di mana saya merasakan ianya terbaik buat dia. Dia boleh belajar berdikari, solat berjemaah bersama kawan. serius dalam belajar dan tidak membuang masa main game di komputer.
Dan di suatu malam saya bagitau ensuami, "Abg, inshaaAllah ada 2nd intake untuk GS. Kita doa banyak-banyak ya bang, agar hammi dapat masuk". Ensuami hanya berdiam. namun pagi tu, dia bangun lebih awal untuk solat tahajud.
Berdoa dengan penuh harapan. Yahya dan Nana pun tahu tentang kisah 2nd intake. Hingga apabila kami berbual, sembang nya seperti Hamza dah dapat tempat ke GS.
Nana: I will sleep with Yahya after this ya ummi?
Me: Yup. Or isit Yahya wants to sleep alone?
Yahya: Naah. I'll sleep with Amina.
Hahaa.. sembang-sembang confident kitaorg yang padahal keputusan tak keluar lagi.
Dan Alhamdullillah, penantian penuh pengharapan kami berakhir apabila semakan pada sistem untuk yang kesekian kalinya - memaparkan jelas -
TAHNIAH! Anda LAYAK ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM bagi tahun kemasukkan 2022.
Berderai air mata saya. Respon terawal adalah Alhamdulillah, dan saya terus rebah sujud shukur. Alhamdullillah. Subhanallah. Allah swt telah memakbulkan sebuah doa. Dan Allah swt akan terus memakbulkan doa-doa hamba nya.
Dan ini mengingatkan saya kempali kepada kisah saya nak masuk sekolah asrama. Kini saya faham mengapa doa saya tak terlunas. Saya dapat merasakan yang mama berdoa agar saya tidak masuk asrama. Dan Allah swt memakbulkan. Kerana itu adalah yang terbaik buat saya. Alhamdullillah.
Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri.
آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Terima kasih kerana membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan