Selasa, 1 Mac 2022

Sepetang di ED, HPj

      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdullillah, syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang diberinya. Yang baik atau yang buruk kedua nya memberi ibrah dan Allah lebih mengetahui keperluaan perkara tersebut atas diri kita. Hidup di dunia adalah ujian untuk mengetahui siapakah antara kita yang kuat taqwa kepada Nya.

Semalam tatkala saya tengah bereksesais, Yahya dan Nana bermain bersama namun jenis permaian yang kasar. Tolak-tolak each other sambil berebut-rebut barang. Saya yang tengah melompat (I'm doing jump rope) sempat juga bagi warn 2-3 kali namun diendahkan oleh budak berdua tu. Dan right after my 30min session done, diorang berdua main tarik-tarik selimut, setiap seorang tarik hujung selimut itu. Dan klimaks kepada cerita, Yahya let go selimut yang ditarik, manjadikan adiknya jatuh terperosok dan kepala terhentak buju meja. Hati saya terus menjerit, "oh No, this is going to be a very long day". And indeed it is a very long day. SubhanAllah.

Bermula lah episode kami berkampung di ED, HPj bermula dari jam4. Dengan keadaaan saya yang berlekit (lepas eksesais), ditambah dengan ruang menunggu yang hanya berkipas tiada aircond, patient yang boleh tahan ramainya, terasa masa berjalan dengan sangat perlahan. Subhanallah. Alhamdullillah, saya manfaatkan masa membaca AlQuran tru hp, diselangseli dengan bermain dengan Nana, melihat awan berubah bentuk dari crocodile to wolf and later become 2 fight dogs. Melihat gagak pulang ke pokok dengan bunyi bising menguak, yang mana saya kabarkan pada Nana, itu adalah bunyi burung berdzikir mengucapkan Alhamdulillah, setelah seharian terbang mencari rezki dan kini pulang dengan perut yang kenyang. Kami juga melihat insiden-insiden kecemasan lain, di mana keadaan pesakit yang lebih teruk daripada apa yang Nana alami. 

Dari Zhur, masuk ke Asr, dari Asr masuk ke Maghrib dan seterusnya ke Isya, kami di sana. Nana dapat mula berjumpa dengan Doktor pada jam 7, dan diikuti dengan siri menunggu yang lain seperti ke jabatan Xray, menunggu Dr pakar, dan terakhir menunggu ubat di Farmasi. Semuanya selesai hampir jam 11 malam. 

Apa yang saya nak tulis sebenarnya ialah hasil pemerhatian saya sebagai muslim di sana. Melihat waktu solat yang berubah dari satu waktu ke satu waktu, dan pesakit Melayu lelaki (yang saya fikir semestinya beragama Islam) duduk di kerusi tidak berinjak untuk mencari surau untuk bersolat, melahirkan rasa runtun di hati. Memanglah tengah sakit, tapi tidakkah mahu berdoa pada Penyembuh Segala Penyakit? Tidak kah dia tahu bahawa doa orang yang dalam kesusahan atau kesakitan sangat mustajab? Dan saya juga melihat patient yang melolong menjerit "Sakit.. sakit.." tatkala lukanya dibersihkan oleh para petugas perubatan, yang mana terdetik di hati, alangkah nyaman halwa telinga mendengar jika lolongan "Sakit.. sakit" diganti dengan "Allah.. Allah.." . 

Begitulah, kisah sepetang di ED. Saya tak benarkan Nana main telpn sebab nak menjaga bateri. Dan kami dapat terokai persekitaran dengan lebih bermakna. Alhamdullillah atas segalanya. 

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan