Jumaat, 18 Mac 2022

Rasa give-up nak hafal Quran?

      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kelas baru Quran Masjid Nabawi ni, Alhamdullillah, saya sangat bahagia. Walapun timing nya agak mencabar minda, namun keseluruhan kelas adalah membahagiakan. Mungkin kedudukan saya sebagai murid biasa, bukan admin kelas, dan keberadaan saya yang agak advance berbanding pelajar lain, maka setiap kali giliran saya, Ustadza akan turut bertanya soalan murajaah selepas bacaan sabaq. Alhamdulillah. Ustadza Zainab sangat supportive, dan saya juga mendapati dia memberikan yang terbaik untuk setiap pelajar. Alhamdulillah.

Dan seperti biasa, masalah saya yang tak kunjung hilang adalah voice projection. Saya ingat semasa kelas recitation Tmeag pun ini adalah masalah yang kerapkali berbangkit. "Read with you own voice". Bukan baca dengan suara kecil. Di mana saya menjadi tertanya-tanya.. bagaimana membaca dengan suara biasa itu. Dan akhirnya, Ustadza Zainab menerangkan dengan sangat baik. Walaupon terms yang digunakan agak kelakar "Read from your throat NOT from your teeth"., tapi saya rasa saya dapat apa yang dimaksudkan dan kini berusaha untuk membaca dari tekak dan bukannya dari gigi.. Hehee..

Dan ianya bukan lah mudah untuk mengubah suatu kebiasaan yang telah dilakukan bertahun-tahun. Kadang-kadang semasa berlatih tu rasa penat juga, rasa lemu (lemau dan jemu).. hampir-hampir berputus asa gitu. Dan saya yakin ini angkara syaitanirrajim, yang sengaja meniup rasa putus asa supaya kita menyerah. Seterusnya meninggalkan terus hubungan dengan Quran ini. نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ ذٰلِكَ

Alhamdullillah. Ada ketika saya rasa saya dapat, kaedah baca dari tekak. Namun bad habits die hard. Bila dah lama-lama baca, suara secara tanpa disedari beralih menjadi kecil semula. Huhuu.. masih perlu banyak latihan dan kesedaran semasa membaca. 

***

Kisah lain, baru ni saya sembang-sembang hafalan Quran dengan seorang teman. Dia baru sahaja melibatkan diri dalam perjalanan menghafal Quran. Masih hijau. Jadi banyaklah soalan yang dia mahu tahu dari saya yang dah lama (lebih 5tahun) hafal quran tapi-tak-khatam-khatam-lagi-ni. Antara soalan dia yang buat saya ter-pause sebelum menjawab ialah:
Ada tak orang dah separuh menghafal kemudian dia berhenti tak nak hafal lagi?

Jawapan saya:
Wallahualam.. Mungkin ada di luar sana, tapi saya tak pernah pula bersua muka. Yang drop-out dari halaqa (qmn, tmeag) ramai juga, namun mungkin mereka memilih untuk ke institusi lain atau halaqa secara offline. 

Dan pesan saya, mengingati pada diri sendiri terutama nya:
Menghafal quran ini kena banyak bersyukur dan bersabar.
Bersyukur dipilih untuk berada di barisan mereka yang menghafal Quran. Bersyukur dengan tambahan hafalan. Bersyukur dengan nikmat baca quran tak perlu lihat mushaf. Bersyukur dapat bersama alQuran setiap hari, setiap masa. Pendek kata bersyukur atas segala nikmat yang diberiNya.
Dan bersabar. Sabar dalam menambah hafalan, ulang-ulang baca sampai lancar. Sabar dalam murajaah. Sabar apabila murajaah juz ini, juzuk yang satu lagi pula dah terbang ditiup masa. Sabar dalam mentaati Allah. Sabar dalam godaan dunia. 

Bercakap pasal murajaah pula. Memang jika kita tak sabar, kita akan give-up. Pada saya kadang-kadang (walaupun terasa seperti most of the time), murajaah boleh tahan melelahkan. Memikirkan kita sudah baca lancar minggu lepas namun selepas 10hari kemudian, bila cuba dibaca semula, jadi terbata-bata, Kena fikir apa ayat selanjutnya. Subhanallah. Jadi apa solusi nya? Pada saya ketidak-upayaan mengingat surah yang lepas adalah petanda yang kita harus datang semula untuk ulangkaji. Namun, bukan lah pada masa itu juga. Bertenang. Teruskan dengan schedule murajaah hari. Jika hari ini plan nk murajaah juz 20, maka jangan diintai-intai juz 26. Tiba masanya akan sampai ke j26 juga. Fokus pada juz20 sahaja. Seperkara tentang murajaah ialah luangkan waktu. Mungkin some juz boleh selesai dalam kurang satu jam. Namun untuk juz yang perlu lebih masa, kita kena lah beri masa itu. Korban kan perkara lain. Tidak keterlaluan jika saya katakan, menghafal Quran sinonim dengan pengorbanan, kerna banyak perkara kehendak peribadi yang perlu dikorban untuk memberi keutamaan kepada alQuran. Masa tidur, gathering dengan kawan-kawan, tv, socmed.. semua ini perlu dikorbankan demi menjaga Quran di dalam hati.

Dan saya rasa perkara yang perlu diingat selalu ialah..
laa yukallifullahu nafsan illa wus3aha.. tidaklah Allah meletakkan sesuatu ke atas seseorang jika dia tidak mampu memikulnya. Jadi apabila telah dibukakan hati untuk menghafal Quran, makanya, Allah telah menganegerahkan sesuatu yang kita mampu untuk pikul. Bila kita menghafal, tapi tak lekat-lekat, Allah suruh kita ulang banyak kali sebab kita ni mampu ulang banyak kali. Sama juga dengan murajaah. Kita diberi upaya, maka kita diuji dengan keupayaan kita itu. Kita mampu. 

Kepada sesiapa yang membaca ini, terasa seperti perjalanan bersama alQuran itu penuh kesukaran dan jalan berliku, ketahuilah, Allah swt meletakkan kita disitu kerana kita mampu untuk melakukannya. Jika kepercayaan, tanggungjawab itu telah diberi oleh Allah swt, Tuhan sekalian Alam, siapa saja mampu menidakkannya. Terus kan berjuang. Pertahan kan AlQuran hingga ajal dijemput oleh Nya.

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan