Isnin, 20 Jun 2022

Tulis cerita tentang kita..

     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya terima sebuah emel yang mengajak saya untuk menulis buku berkenaan diri sendiri. Sebenarnya, rancangan menulis buku tetag kisah diri sendiri telah lama ada dalam benak fikiran. Saya suka membaca buku genre memoir dan rasa terpanggil untuk ikut serta menulis kisah diri. Malah draf nya juga telah saya saya siapkan. Dan ada antara bab-bab yag telah selesai ditulis. Namun projek menulis buku sendiri tidak selesai. Kerana perjalanan menghafal Quran saya masih tidak selesai. Itu antara kilimaks cerita kisah perjalanan hidup saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin.

Saya beralih pula kepada kegiatan menulis novel. Kisah cinta memang menjadi tema yang saya suka. Terkenang akan cerpen2 yg saya tulis tatlala di bangku pengajian Universiti. Kisah cinta belia yang Alhamdullilah, semua yang dihantar ke meja editor, berjaya diterbitkan di majalah. Namun, satu perkata yang saya perasan berkenaan dengan diri saya apabila pena mula menari di jari, saya menjadi terlalu taksub pada karya. Mood berubah dan seluruh kotak pemikiran tertumpu hanya pada apa yang sedang saya tulis. Makanya sekali lagi projek novel terbemgkalai. Walaupun jalan cerita dari mula hingga ke akhir telah terlakar pada notepad. Saya tidak berupaya membahagikan masa antara penulisan dan hafalan Quran.

Makanya saya hanya menulis di blog, yang kadang diupdate dan kadang tidak. Sebab kadang-kadang or as for me, most of the time, nak menulis bercerita bukan lah perkara mudah. Bercerita dan relatasi kepada ibrah kehidupan lebih saya sukai berbanding sekadar bercerita dan bernoktah begitu sahaja. Diri pun bukan lah bagus sangat untuk mencanang bercerita. Dan kadang cerita yang ingin dikongsi berbentuk nikmat dari Allah yang bisa mengundang hasad pada yang lain. Dan semesti nya apa yang tak best, tidak kita kongsi bercerita. Menjadikan kita seumpama manusia yang hanya dilimpahi kurnia kehidupan manis-manis sahaja tanpa pahit atau rasa basi. Jangan salah sangka. Saya tidak mengecam siapa-siapa. Saya, malahnya kagum dengan mereka yang saya follow di socmed, yang sangat transparent. Yang true to themselves. Tidak pura-pura, tidak juga macam bagus. Update dari mereka memang saya nanti-nantikan. Ma shaa Allah.

Kepada mereka yg mengintai blog ini yang kadang nya penuh sawang = Terima kasih para pembaca. Yang menghantar mesej bertanya berkenaan tips menghafal Quran di usia dini ini, semoga perkongsian di sini bermanfaat. Dan jujur saya katakan, apa yang saya cerita kadang nya tidak menggambarkan kisah sebenar. Hanya kisah bintang bulan matahari yang dikongsi- supaya dapat kita bersemangat bersama-sama. Mana-mana kisah tersungkur, terjelupuk, airmatadarah itu saya cerita pada Yang Afdalnya di waktu afdal. Memgadu di sini pun bukan boleh dapat apa. Sekadar tepuk tangan dari mereka yang tak suka.

In shaa Allah saya akan terus menulis. Jika diizin Nya. Apa yang terkandung dalam post kali ini menceritakan tentang secalit coretan. Sekelumit pandangan. Mungkin hanya 25% dari kehidupan asal, jika tidak kurang. Tidak perlu ada rasa iri pada kisah orang lain. Kita tidak memakai kasut mereka. Mungkin ada harga yang perlu dibayar untuk bergelak ketawa. Mungkin juga ada pelita yang di bakar setiap malam untuk dia berjaya. Pengorbanan yang tidak kelihatan pada mata kasar kita.

Jika masih iri, mungkin kamu perlu menulis cerita kamu sendiri. Kerna kadang apabila kita sibuk dengan kisah sendiri, kita dah tak ada masa untuk kisah orang lain. Setidak-tidaknya pernyataan ini benar bagi saya. Hehee.. Dan hampir setiap apa yang saya tulis selalu nya ia pesanan dan peringatan pada diri. Kerana, diri ini lebih memerlukannya dari sesiapa pun.

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan