Isnin, 27 Jun 2022

Cerita futur

     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Manusia. Bagitu lah lumrah nya, kadang mood berada di atas, dan kadang-kadang di bawah. Ada hari bersemangat sangat - macam-macam boleh diselesaikan, dan ada hari rasa nak tidur seminggu tak nak bangun-bangun. 

Jadi hari ini saya nak ceritakan kisah futur saya. Yang berlaku hampir sebulan, bermula pertengahan Syawal tempohari dan berakhir, saya kira dalam seminggu lepas. Subhanallah.

Saya tak pasti yang saya berdepan dengan kejadian futur - di mana saya akan berdepan dengan masalah tak ada mood dan rasa nak give-up (menghafal Quran). Semua nya bermula seminggu sebelum period. Seperti biasa, bila fasa menstruasi bulanan bermula, memang akan ada rasa lay back sikit - bangun lambat, sebab tak solat maka murajaah nya juga menjadi kurang, dan hafalan pun memang saya tak pulun sangat sebab otak memang akan jadi lembab sikit (perubahan horman) dan kebiasaan nya juga lepas 3 hari permulaan period, in sya Allah, diri will be back to normal. But somehow, kali ini diri bukan sahaja tersadai dalam keadaan kemalasan, malah saya seperti terlupa akan surah-surah yang telah saya hafal terutama nya surah-surah yang baru dihafal (yang saya kerap baca dalam solat) - Surah Muminun ke surah AshShuara', dan 5juz akhir (khamsatul Ahqaf) yang saya kira saya dah murajaah bersungguh-sungguh semasa bulan Ramadhan. Saya mulai realise, bila nak baca surah-surah tersebut, permulaan nya ok. But then dia jadi sangkut di pertengahan dan saya jadi blank dan tak dapat meneruskan untuk menyelesaikan satu mukasurat tersebut (biasa baca dalam solat, setiap rakaat, saya latih diri untuk baca satu ms). Dan ia kemudiaan nya diikuti dengan fasa stress dan depress. Dan berlanjutan sehingga rasa nak give-up : saya mula tak pergi kelas (sebab saya taknak kena tanya (murajaah) dan saya tak boleh nak jawab). Saya jadi malas nak buka Quran, sebab tak tahu nak fokus yang mana satu. Bangun pun memadai 15min sebelum Subuh, di mana sebelum ini saya bangun sejam lebih awal untuk murajaah dalam solat. Nak exercise pun berkira-kira, 'will i skip today or i will skip for today.. ". Dan saya mula berfikir to drop myself from most of my classes. 

Seriously, its hard when you are at the rock bottom. Selama ni kat atas rasa bahagia saja, tetiba secara sekelip mata, semua hampir hilang dan terperosok ke dasar yang dalam. Entah di mana silap nya, saya sendiri tak pasti. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila saya mengalami sakit kepala yang mencengkam. When I do murajaah with my ustadza, dengan segala ketersangkutan bacaan dan ingatan yang samar-samar, saya seperti dapat merasai, otak saya merekah (setiap kali saya memaksa diri untuk mengingati) dan di akhir surah, seluruh isi tempurung kepala seperti dibanjiri dengan darah. Bunyi nya seperti exaggerate tetapi begitu lah saya pada fasa tersebut. Yang mengalami lebih mengetahui. Sebenarnya, ini bukan lah pertama kali kejadian. Cuma kali ini pressure nya mungkin agak lebih kerana saya ada 3 kelas berbeza yang memerlukan saya membaca portion pada juzuk yang berbeza - 1kelas pada juz 17, 2 yang lain pada juz19 dan juz 27. Terluka habis setiap nuetron.. hahaa..

Alhamdulillah. Senjata yang masih tinggal, yang menjadikan saya masih dapat bertahan adalah doa. Memohon supaya Allah swt terus-terus memberi kekuatan dan memudahkan segala urusan. Dan perlahan-lahan juga saya kutip serpihan diri yang berderai gara-gara terhempas di dasar, dan cuba bangkit.. perlahan-lahan.

Ini antara apa yang saya lakukan :
1. Organiziing and decluttering
Sebab tak dapat nak fokus dengan Quran, maka saya alihkan fokus saya ke persekitaran. Saya organize tempat belajar, buang mana yang sampah. Saya cuci bilik air juga, kemas wardrobe dan lain-lain house chore. Sekurangnya persekitaran yang tersusun dan rapi mengurangkan beban pada otak (yang sedang tumpul).
Saya juga revise semula jadual harian. Ada few classes yang I have to bid farewell. Allah swt knows best. Of course sebelum keputusan diambil, kita isthikarah dulu.

2. Maintain the wajib and take break from nawafil
Walaupun sebenarnya saya masih ada 5hari berbaki puasa ganti, namun semasa dalam keadaan futur, saya take break from ganti puasa. Sebab nya, saya dapat membayangkan diri saya, jika saya masih berpuasa, I will end up sleep the whole day. Saya tidak mahu diri menjadi pasif sebegitu maka kita rehat dahulu puasa Isnin-Kamis. Naikkan semangat dahulu. Lagipun, saya dah target nak puasa pada 10hari terbaik (1-9 Zulhijjah) nanti. In shaa Allah. Like I mentioned above, solat tahajud yang saya buat pun, saya ambil yang minimum sahaja - 2 rakat with ayat-ayat yang sedang dihafal. Not doing one whole surah as I can still feel my brain bleed, so we take a step at a times. 

3. Trying new method
Tilawatul Quran adalah antara perkara yang saya masih dan perlu maintain. I need to read at least a juz a day. Semasa dalam keadaan futur, perkara yang satu ni memang cabaran sangat. Subhanallah. Dan Alhamdullillah, Allah swt mengilhamkan agar saya membaca sambil mendengar Shk (instead of me reading alone). Dan saya juga diketemukan dengan Shk yang bacaan nya, Subhanallah, bisa saya ikuti - tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, - Qari Aziz Alili. Dan saya dapat merasakan keserasian bacaan dia dengan bcaan saya. Alhamdulilillah. Dan setiap kali membaca Quran saya juga berdoa agar ianya menjadi rukyah buat diri. Semoga Allah swt melindungi saya daripada kejelekan yang tidak saya ketahui. Aamiin.

4. Dzkir dan dzkir dan dzkir
Istighfar, dan terus-terus ingat pada Allah akan segala nikmat nya. Selalu masa driving - ambil dan hantar anak ke sekolah - saya suka murajaah Quran. Namun di fasa futur, saya ganti dengan istighfar dan selawat. Kerana jika Quran tidak dibaca, dzkir juga tidak diikat, maka fikiran akan sibuk berfikir hal-hal dunia -yang bukan masalah kita pun. Subhanallah. 

5. Reward myself
Saya beli Quran baru. Saya tak pasti dimana releven nya. Tapi saya perlukan sesuatu untuk menaikkan semangat. Saya pilih untuk membeli Quran baru. Hadiah harilahir yang ke43 untuk diri. Alhamdullillah. Benda baru selalu membuat kan kita teruja. Semoga momentum ujaan itu berdetik sentiasa. 

Aktiviti tambahan, saya baca kisah-kisah inspiratif mereka yang menghafal Quran. Saya jejak semula laluan yang telah saya lalui dalam menghafal apa yang telah saya hafal. Saya teguhkan niyat dan imbau kembali kenapa saya ada di sini. Tiada siapa yang dipersalahkan dalam masa saya terjatuh ke lubang futur. Kerana setiap perkara yang kita buat ada consequence-nya. Seperti dalam sebuah ceramah Shk Hamza Yusuf, malaikat telah disuruh untuk sujud kepada Adam as, is not becos Adam is a perfect creation, BUT ianya adalah kerana imbalan kerana mereka telah mempersoalkan kepada Allah swt - Kenapakah Allah swt mahu mencipta another being yang akan melakukan fasad dan kacau bilau di bumi ini.

Saya yakin kejadiaan futur ini adalah satu peringatan dari Nya agar saya tidak lalai. Mungkin juga untuk membasuh dosa yang lalu yang terlalu banyak seperti buih-buih di tepi pantai. Mungkin juga kerna salah saya yang tidak menjaga pandangan, solat kadang tidak di awal waktu, serta lain-lain dosa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penuntut ilmu Quran yang tahu tapi lagaknya seperti seorang jahil. Astaghfirullah. saya memohon keampunan dari Nya. 

Saya masih dalam 'road to recovery'. masih memaksa diri untuk membuka Quran untuk murajaah, dan bangun pagi untuk kelas jam 2, mahupun melakukan tahajud panjang. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan pembimbing-pembimbing yang sangat menyokong. Tatkala diri melontarkan kemahuan untuk berhenti kelas, saya dipujuk dan 'dibukakan mata' akan keberadaan untuk terus bersama halaqa sebagai penunjang semangat. Alhamdullillah..

Buat teman yang membaca, ini adalah segelintir kisah jerih perit menghafal Quran. Benih yang disemai, ditanam pada tanah yang dibajak supaya subur, pokok yang kemudiannya tumbuh, yang masih perlu diberi perhatian yang rapi supaya buahnya nanti dapat dinikmati di alam sana. Di alam sana, yang ma shaa Allah, keberahsiaannya sangat kemas terkunci - hanya Allah swt yang tahu. Dan lelah nya menjaga pohon yang satu itu, tidak tergambar dengan tulisan mahupun perkataan. SubhanAllah.

Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan