Ahad, 3 Julai 2022

AADQ

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sabtu lepas saya bertemu kembali dengan geng matrik Ukm. Sebuah persahabatan yang berusia 25 tahun. Sebenarnya, saya ni takut apabila diajak untuk ber-gathering. Takut dengan tempat dan aktiviti yang tak kena, dan nostalgia kisah-kisah lama yang saya bimbang akan jatuh kepada kegiatan ghibah dan mengejek. But Alhamdullillah, saya pergi juga, and all is good. At end, saya rasa, ok juga untuk mengenang kisah kebodohan zaman lalu, di mana kita kemudiannya mengambil ibrah di atas kejadian. Dan melihat percambahan diri - ke arah mana perjalanan kita. Telah berubah kah kita? atau masih sama seperti 25tahun yang lalu? ke mana titik tujuan hidup kita? hanya disini atau ada memikirkan tentang rumah yang di sana.

Alhamdullillah. Pertemuan malam tu pun tak lama, sekadar bertemu dan dinner bersama. Namun ada perbualan yang cukup berbekas. Jamilah kata, dia tak terkejut akan perubahan saya. Katanya, "Antara kita, kau yang paling menjaga solat. Subuh, magrib ngan isyak ko memang kat masjid." Ada benarnya, walaupon masa tu, saya ke masjid sebagai escapism - peer pressure dengan kawan-kawan kat hostel yang asyik study, study dan study. Subhanallah.
"Tapi aku ingat ko akan jadi penulis. Yelah, ko dengan cerpen la, puisi.. benda-benda macam tu.." 

Statement itu tergantung di situ. Bualan kami beralih kepada topik yang lain. 

Namun statement itu kekal berlegar dalam minda.
Mungkin jika diberi peluang untuk menjawab, saya akan katakan : Saya tak jadi penulis sebab saya pilih untuk berdamping dengan Quran.
Dan ianya membawa pula saya kepada sebuah persoalan berbeza :
kenapa saya pilih Quran?
AADQ -- Ada apa dengan Quran?

Saya belanja gambar kami 4 orang segeng zaman matriks Ukm/Seremban 1997:

Now:

Dolu-dolu:


***

Kisah lain. Semalam saya membelek-belek Quran baru yang saya beli sempena umur berinjak ke 43tahun (juga penawar futur yang saya ceritakan pada post sebelum ini).

The Quran Beheld - English translation oleh Shk Nuh Ha Meem Keller.





Kenapa saya beli Quran ini? Pertama kali dengar tentang Quran ini, bulan Ramadan yang lepas. Saya mengikuti siri kajian Shk Hamza Yusuf - Jewels of the Quran, di yt Zaytuna di mana Shk mengupas, ayat-ayat permata dari Surah AlBaqarah. Translation yang digunakan adalah dari buku tulisan (terjemahan) Thomas Clearly berjudul The Essential Koran. Ingat nak beli buku tu, tapi di bahagian komen ada yang highlight tentang Quran Beheld dan bila digoogle, ia lebih berbaloi untuk dimiliki kerana terdapat the Arabic Quran bukan sekadar terjemahan. Font pula font Shk Othman Taha, lagi la teruja-uja nak beli - font adalah kriteria terpenting sebab dah hafal letak lokasi kalimah maka tak boleh berubah ke font lain. 
Quran ini saya beli di Wardah Bookstore, Singapore. Saya tak pasti bila Quran ni akan menembusi pasaran Malaysia. Malaysia jika Quran agak ketat sikit - kena dapat kelulusan KDN baru boleh dijual. 

The Essential Koran:




Alhamdullillah. Puas hati, kata diri sendiri tatkala membaca English translation nya. 

Saya share-kan satu di sini: Surah AlBaqarah ayat 263:


۞ قَوْلٌۭ مَّعْرُوفٌۭ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌۭ مِّن صَدَقَةٍۢ يَتْبَعُهَآ أَذًۭى ۗ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَلِيمٌۭ ٢٦٣

Translation:
A decent word, though given nothing,
and forgiving
the ill-manners of those asking,
are better than charity that followed by offending,
And Allah is free of need for anything,
graciously long-forbearing.


Subhanallah, saya suka. Jatuh cinta sekali baca.

Sekaligus, ini menjawab soalan AADQ. Ada apa dengan Quran? Kenapa saya suka Quran?
Peribadinya  saya dapat merasa kan, tertarik nya saya kepada Quran adalah kerana minat saya pada  bahasa. Saya suka sesuatu yang beritma. Pantun, syair, puisi memang mainan saya masa sekolah dulu - jenis wakil sekolah, wakil daerah. Saya pernah tulis (post lama tak pasti bila), masa mula melibatkan diri dengan hafalan Quran, goal saya tidak besar. Saya hanya mahu menghafal juz Amma, so that boleh baca dalam solat dan boleh guide anak-anak untuk mereka menghafal juz Amma juga. Setelah khatam juz Amma, Ustadza mengsyorkan supaya saya meneruskan journey ke Juz 29. Dan waktu tu goal juga tak besar mana - saya nak dapatkan Surah alMulk so that boleh baca setiap malam (sunnah sebelum tidur). And along the way, saya rasa saya jatuh cinta. Sebab Quran itu, ma shaa Allah. Indah. Ritma nya menambat hati. Antara surah yang saya sungguh terpaut adalah surah al-Muddathtsir.



Begitulah. Ritma nya Subhanallah. Mempersona.

Ada yang jatuh cinta pada maqamat - hijaz, sikah, jiharkah.
Ada yang jatuh cinta pada khat. Dan ada pula yang jatuh cinta pada suara sang Qari.
Kerana kita bukan orang Arab yang bisa jatuh cinta (kali pertama) kerna pengertiannya.
Ramai yang masuk Islam kerana alasan-alasan ini. Setelah itu baru dikorek maknanya dan diamalikan suruhan dan tegahan Nya.Dan ini lah yang dimaksudkan AlQuran itu bukan syair. Walaupon, bentuknya seakan-akan syair gurindam namun tersiratnya perlu disuratkan. Apa yang diarahkan perlu dilaksana. Bukan sekadar membaca membabi-buta. 

Terima kasih kepada sebuah pertemuan yang membuka mata. Membuka mata saya kenapa alQuran yang saya pilih. Juga mengingatkan kepada saya akan bakat anugerah Nya - yang saya yakin tidak lah Dia beri secara sia-sia. (One step at a time .. in shaa Allah).


Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan