بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Esok sudah September. Saya rasa sejak bulan Mei yang lalu, jadual bertukar hampir setiap bulan. Ada kelas yang didrop dan ada aktiviti yang ditambah - seperti aktiviti murajaah bersama Desi dan Arima. Kedua nya dari Indonesia, Alhamdullillah. Satu saya dapat dari Murajaah Partner dan satu lagi dari group telegram Murajaah Akhwat. I will share the link for Murajaah Partner in a different post, in shaa Allah.
Alhamdullillah, untuk bulan September, perkara yang paling ketara perubahan jadual waktu adalah ketiadaan nya kelas Sautul Quran. Alhamdullillah. 4 years journey, every Saturday and Sunday 10am to 12 noon, telah pun berakhir. 4 tahun. I can't believed myself that I managed to stay till end of the course. Walaupon I no longer do the monthly test (bermula 12j yang terakhir) but I manage to come to class and listened to the lectures. Kelas yang banyak membuka mata hati berhubung dengan hubungan saya dengan alQuran - taming my heart, being patient, how should I treat people, my relationship with my parents and families.. Alhamdullillah, tak terkira betapa banyak nya gems yang dikutip sepanjang 4 tahun ini. Dan yang paling bermakna adalah my ability untuk menangkap makna alQuran based on word to word translation. Ma shaa Allah. Sesuatu yang tersangat paling nya berharga - tak pernah terfikir boleh faham Quran sebegitu tanpa melihat pada terjemahan. Alhamdullillah. In shaa Allah, Kelas untuk musim yang kedua (we are the 1st batch) akan dimulai maybe October atau November 2022. For those who is looking for such class - which you will be able to read the Quran without translation - boleh rujuk website AlHuda untuk enrolment.
Lain-lain perubahan pada Jadual waktu adalah berhubung dengan kelas-kelas yang saya gugurkan dan ada juga aktiviti-aktiviti lain yang saya tambah (seperti murajaah bersama Desi dan Arima). Apabila terdapat lambakan kelas online beginilah jadinya. Lebih-lebih lagi halaqa Quran dari negara seberang yang Subhanallah, yuran bulanannya sangat mampu dibayar. Ianya menjadikan saya seperti berada dalam urusniaga di pasar. Produk mana yang elok, dibeli dan disimpan, dan ada produk dibeli kemudian dibuang. Subhanallah.. sebenarnya kan, wahai pembaca sekalian.. ini adalah sebuah tabiat yang tidak baik. Saya pun baru tersadar apabila diketemukan dengan posting Ustadz Nuzul Dzkri di telegram. Menuntut ilmu itu perlu bersabar, menuntut ilmu itu perlu setia. Seperti kita bersolat di belakang imam. Adakah kita akan abandon imam tersebut hanya kerana bacaan nya pajang dan meleret-leret? Tidak bukan. Kita tunggu sehingga habis salam, dan berlalu. Alhamdulillah lah juga, kelas-kelas Quran yang saya gugurkan itu adalah kelas yang berbasis bulanan. Setiap bulan perlu berdaftar - samada mahu lanjut atau tidak. Dan saya pilih sebaliknya.
Bercerita kelas Quran dari negara seberang, Subhanallah.. ada 3 kelas yang saya fikir saya akan pegang sehingga bara menjadi abu.. begitu. Kerna, subhanallah, sistemnya yang bagus, ustadza yang kompetent, bukan sekadar tangkap muat, dan rakan halaqa nya juga best. Alhamdullillah.
Dan kelas Khayrukum adalah kelas yang hajat hati nak drop tapi saya masih bertahan. Entahlah, saya sayangkan Ustadza nya. Dan mungkin juga kerna kelas ini membuka mata bahawa ada waktu best dalam 24jam saya untuk duduk bersama Quran. Semoga Allah swt terus memberikan saya taufiq dan hidayah.
Terima kasih Allah di atas nikmat satu yang tak terhingga ini. Keupayaan untuk saya memanfaatkan waktu bersama alQuran yang saya kira tidak ramai mampu melakukannya (di atas kekangan yang Allah knows best).
Apa-apa pun tentang alQuran, kita ingat satu sahaja - Perkara yang dilakukan sedikit (maybe 10min setiap hari) namun istiqamah sehingga selesai lebih baik dari yang perkara yang dilakukan with big chunk but sekejap buat, sekejap tidak - petikan hadist Rasullulah swt.
Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan