بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugiaan. 110:1-2.
Masa itu pedang bermata dua - jika kamu tidak gunakan 'masa' untuk memotong sesuatu, 'masa' akan gunakan sesuatu untuk memotong kamu.
Subhanallah. Bermacam perkara berlaku, lately. Dan yang paling ketara nya saya seperti terhanyut melayan situasi dan mengabaikan masa-masa penting yang seharusnya saya guna untuk mengulang hafalan lama atau menambah hafalan baru. Menariknya, saya sebenarnya sedar saya melagho namun seperti tiada daya untuk melepaskan diri dari perangkap itu. Allahuakbar.
Dan kemuncaknya berakhir pada insiden semalam. Saya rasa saya di-sound direct oleh Allah swt.
Ternyata socmed itu fitnah. Yang boleh menjadikan kita dalam situasi "saya difitnah". Atau lebih dasyat lagi - "saya menfitnah". Subhanallah, Naudzubillah. Keputusan yang diambil adalah menutup pintu fitnah itu. Saya delete instagram. Saya move on. Tekad dan tidak berpaling. Lagipun keberadaan saya di situ adalah satu kesilapan. Pemerhatian saya mendapati mereka yang di sana semuanya mempunyai tujuan yang sama- iaitu berurusniaga. Samada mereka menjual produk fizikal, ideology atau lifestyle. Malah, saya asalnya di sana juga menjual produk - baby carriers. Setelah kedai ditutup, saya masih di sana kononnya untuk berkongsi kisah seronok dalam hidup - urusniaga lifestyle. Namun, alhamdullillah dengan ilmu yang Allah kurniakan, hasrat itu terbantut. Tidak semua suka nak dengar kisah seronok kita. Seronok bagi kita mungkin hambar pada yang lain. Malah, jika ada mata-mata yang iri mungkin akan menghantar ‘ain tanpa kita sedari.
Dan banyak juga perkara yang berlaku hari ini yang seperti 'menasihati' saya bahawa hidup lah dalam dunia yang sebenar. Bukan dunia maya:
Feed telegram yang SubhanAllah seperti memberi jawapan kepada persoalan fikiran saya.
Mukadimah kelas sohibul Quran oleh Ustadza Nurul seperti membaca fikiran saya - tentang masa dan bagaimana ianya disiakan dengan perkara internet yang tidak berfaedah.
Dan yang paling terkesan ialah apabila saya membuka front page youtube saya dihidangkan dengan pautan ini. Saya buka dan dengar. Dan saya dapat rasa Allah sound direct. Subhanallah.
So kini hanya tinggal kamu blogspot. Ruang saya berkongsi cerita. Saya suka di sini. Sunyi. Tak disogokkan dengan feed dari orang lain yang bisa menyimpangkan pusat perhatian. Malah, kehadiran kamu ke sini, wahai pembaca, adalah secara sukarela. Saya harap begitu. Kerana berbeza dengan insta, most of the time saya terasa seperti di’paksa-rela’ untuk melihat gambar-gambar yang terhidang di timeline.
Saya berdoa apa yang saya kongsikan disini memberi manfaat kepada pembaca. Jika rasa content blog ini membuangkan masa anda, tinggal kan ianya cepat-cepat. Anda (kita) punyai hak yang mutlak ke atas apa yang kita lihat dan baca. Jika ianya tidak memberi faedah, khalas.. leave it. *Mata adalah tingkap kepada hati. Jangan melihat atau membaca perkara yang nonsense banyak sangat, rosak nanti hati. Tanda hati yang rosak adalah mencintai dunia lebih dari akhirat. - memetik kata ulama’.
Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan