بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah, bertemu kita kembali. Terima kasih kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan Nya. Terutamanya nikmat usia yang masih dipanjangkan untuk kita meneruskan ibadah dan menyediakan bekal di rumah yang kekal.
Khayr. Berbalik kepada title post kali ini, saya ditanya:
Akak dah agak berusia, dah 50an. Alhamdullillah, hubungan akak dengan alQuran adalah baik. Setiap hari bertilawah. Akak plan nak start menghafal alQuran. Buat persediaan, nanti dah pencen ada la benda nak dibuat. Tapi bila fikir balik, akak jadi nervous pulak. Akak jadi takut dengan exam dan soalan tembak-tembak tu. Ada ke kelas menghafal alQuran tapi takde exam-exam macam tu?
Alhamdullillah. Mashaa Allah, tabarakAllah. Seronak saya mendengar yang plan persaraan Akak adalah untuk menghafal alQuran. Mashaa Allah. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah Nya kepada akak untuk menempuh perjalanan bersama AlQuran. Aamiin.
Pertama, untuk menjawab soalan akak ialah, always meluruskan niyat kerana Allah. Sebab jika dilihat di sini: kenapa nak menghafal alQuran - sebab nanti dah pencen itulah aktiviti yang mahu dibuat. Tak salah dengan plan ini, cuma jika tidak diteguhkan kerana Allah, bimbang nanti berlaku perkara lain yang akan menggoyahkan kemahuan itu. Kot nanti jumpa kawan-kawan lama (school gathering) dan kawan-kawan ajak “Jom kita mengembara satu dunia” - dah hilang pelan asal- dari nak menghafal alQuran, diganti dengan nak perkara lain untuk “mengisi masa pencen kita”. Sebab ini adalah godaan-godaan syaitan yang seboleh-bolehnya memang mahu kita menjauhi alQuran. Jadi, luruskan niyat KERANA ALLAH swt. Kerana jika ianya kerna Allah, apa sahaja halangan yang mendatang, inshaaAllah, biidznillahi taala, kita berupaya untuk menempuhnya kerana kita tahu tujuan akhir adalah untuk mendapatkan keredhaan Nya.
Kedua, memandangkan akak memang sudah membiasakan diri bertilawah setiap hari, mashaa Allah, saya berpendapat, in shaa Allah, akak akan mudah untuk menghafal kerana lantunan ayat-ayat alQuran itu telah terbiasa di lidah akak. Untuk berjaya menghafal alQuran, sebenarnya, tak perlu nak menyertai kelas atau halaqa. Menyertai kelas atau halaqa itu bagus, sebab ianya memberikan kita disiplin, semangat dan motivasi untuk menghafal dan terus menghafal especially bila kita lihat teman-teman yang sama telah hafal maju ke depan atau hafalan nya bagus tiada kesalahan. Keadah exam juga bagus untuk kita terus kembali kepada hafalan lama, kekal mengulang dan terus mengulang. Maknanya kat sini, kita menghafal dan kita terus dengan kegiatan hafalan itu. Tidak terputus.
Namun, keupayaan seseorang itu berbeza. Jadi di sini, apa yang penting ialah untuk mencari halaqa yang Guru nya faham dengan kemampuan pelajar-pelajar nya. Tidak semua bisa untuk menghafal 1page dan murajah 1juz sehari. Ustadz Deden ada berkata, alquran itu bukan untuk digegas-gegas - hubungan bersama alQuran is not a rushing relationship. Ia nya berkadaran. Seperti setiap hari kita makan dan minum untuk kelestarian hidup hingga ajal menjemput, begitulah juga alQuran. Setiap hari kita baca - murajaah dan tadabbur - sehingga lah ke hembusan nafas yang terakhir. Tak pernah lagi saya dengan orang yang makan dan minum hanya pada hari Sabtu dan Ahad dan survive sepanjang weekdays tanpa makanan. Wallahualam.
Dan saya faham akan pressure bila ditembak dengan soalan sambung ayat dan kita tak dapat menjawab - bukan sebab tak tahu - sebab ketakutan yang menguasai diri menjadikan kita lupa surah apa, ayat di muka mana etc. Kena pula pada situasi yang, kita baca, namun otak masih mencari-cari dimana letak duduknya ayat itu, dan Ustadza pula sibuk nak membetulkan tajwid kita yang dan-dan tu la nak ke laut. Dan berada di dalam halaqa (walaupun online), our mind somehow conscious sebab di saat yang sama kita rasa ada orang lain juga mendengar bacaan kita. Dan apabila 5min itu selesai, kita akan terasa loser sangat- at least, this is what I used to feel when the situation strikes me. Huhuu.
Jadi, sekiranya kita tak merasa seronok untuk berada pada situasi yang saya explainkan di atas - yang somehow for some, ianya boleh mematahkan semangat dan mendemotivasi, apa yang saya boleh suggest ialah mencari Ustadz atau Ustadza personal, yang dapat membantu untuk tasmig bacaan hafazan kita dan sekali sekala mendengar bacaan murajaah supaya hafalan lama tidak luput dalam ingatan. Tak perlu masuk halaqa. Exam dan sijil itu, sebenarnya tiada nilai. Kerana Allah lebih tahu - kerana apa kita menghafal Quran. Kerana Dia atau duniya?
Suka juga untuk saya berkongsi di sini- jika ada yang mencari halaqa based in Saudi: Boleh click link ini: https://maqraa.sa/student/login.php. Kelas percuma. Sistem menghafal dan boleh diselang-seli dengan murajaah (depends on teacher). Kelas English will be at 2am Msia time. Jika nak waktu yang bersesuai daftar kelas Indonesia- jam1-2petang waktu tempatan. Yang di sini memang tiada exam.
Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan