بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah, bertemu lagi kita untuk refleksi Joy Jot minggu ke8. Topik kali ini adalah Confidence atau Keyakinan.
Minggu lepas saya beli Quran baru. Ceritanya sudah ditulis pada post sebelum ini. One quick buy. Hanya selepas saya baca buku berkenaan murajaah, cari dalam shopee, click masuk troli, check out, dan terus buat bayaran. Nampak macam impulse buying, tapi ada kisah di sebaliknya. Bulan lepas saya ikutserta whatapps grup murajaah kelolaan seorang Ustaz dari negara seberang. Tujuan mengikut serta adalah untuk mencari teman murajaah (yang Alhamdullillah, kemudiannya saya perolehi daripada info dari telegram - rujuk post ini). Masa mula join rasa berkobar sangat. Bila admin tanya 'Dah hafal berapa juzuk?', dengan confident saya jawab, '10juz. Alhamdullillah'. Dan Admin kemudian menyambung, 'Ok, rekod bacaan 1juz atau 1/2 juz baca dalam sekali duduk. Kemudian postkan voicenote (vn) dan akan disemak kelak oleh Ustazah bertugas.' 'Ok', jawab saya. Petang nya, saya duduk dan mencuba merekod bacaan 1/2 juzuk. Saya cuba surah Qasas, Sebab itu adalah surah paling baru dihafal dan saya fikir fresh diminda. Masuk page ke3, bacaan dan mula tersangkut-sangkut. Tidak lancar bacaan nya. Subhanallah. Saya berhenti dan kemudian, mendengar vn sisters lain. MashaAllah bagus betul bacaan mereka. Jelas dan lancar. Saya pause seketika, mencuba menenangkan fikiran. Tarik nafas panjang-panjang, dan hembus dengan perlahan. Mencuba sekali lagi dan sekali lagi saya masih tidak mampu membaca lebih dari 5 muka dengan sekali baca yang lancar. Banyak saktah kerana berfikir what ayah comes next dan dalam hati pun ragu-ragu betul ke tidak. Saya mencuba juzuk lain. Dan akhirnya saya menyimpulkan bahawa saya tidak punya satu juzuk yang mutqin. Subhanallah. Some pages are good, some are not. Dan disebabkan itu, saya kembali kepada buku-buku motivasi yang bercerita tentang kaedah murajaah. Dan akhirnya saya membeli Quran baru.
Apa kaitannya kisah diatas dengan JoyJot minggu ini adalah, untuk JoyJot minggu ini, Dr Tamara menulis bahawa Allah itu Maha Mendengar, dan kita ketika mengangkat tangan berdoa, harus punya rasa yakin bahawa doa kita itu didengarNya dan Dia akan memakbulkan doa itu kepada kita. Dan itu adalah sebahagian daripada apa yang saya rasa. masa nak pergi exam 10juz tempoh hari, saya punya ragu yang besar pada diri. Sebab deep inside my heart I know hafazan saya tidak mutqin. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa di mana soalan-soalan yang saya perolehi masa exam adalah soalan yang saya mampu untuk jawab. Exam done, namun hati kecil saya masih tidak berpuashati. Dalam erti kata lain, tidak dapat tidur dengan lenanya, kerana hafalan saya yang tenggelam timbul, tidak meluncur laju di hujung lidah. Dalam kerisauan, saya berdoa supaya Allah memudahkan perjalanan menghafal quran ini, memberi bantuan di segenap penjuru untuk saya istiqomah duduk bersama Quran, ulang dan mengulang dan tidak berputus asa. Alhamdullillah.. alhamdullillah.. saya dapat merasakan bahawa doa-doa saya dimakbulkanNya dan Allah memudahkan banyak perkara terutama nya, perkara berkaitan dengan perjalanan saya untuk menghafal Quran. Alhamdullillah. Harapan sekarang ialah memutqinkan hafalan. Dan semoga Quran per juz yang dibeli disamping kelas murojaah yang saya baru turut serta menjadi sumber kepada mutqinnya hafalan. Semoga Allah permudahkan. Aameen.
Reflection:
Have you ever experienced the feeling of a dua being answered?
Do you find it easy to communicate to Allah through dua?
If it is does not come easily to you, what do you think might be holding you back from deep, sincere prayers?
Sebenarnya, seluruh kehidupan ini adalah, saya fikir berasaskan kepada doa yang saya panjatkan kepadaNya. Saya nak jadi Microbiologist, cita-cita masa Form5, Alhamdulillah dimakbulkanNya. Saya nak kawen dengan lelaki yang punya ciri begini-begini, Alhamdullillah dimakbulkan Nya. Saya nak jadi surirumah, Alhamdullillah dimakbulkanNya. Saya nak pergi Haji muda, Alhamdullillah dimakbulkanNya. Masa buat baby carrier dulu, saya nak publisiti untuk menjual, saya nak muncul TV, suratkhabar.. Alhamdullillah dimakbulkanNya. Apa sahaja yang saya pohon, Allah makbulkan. Belum lagi nak senaraikan permintaan yang kecil-kecil, seperti tempat parking kereta, pergi bank dapat fast lane, keselamatan dari malapetaka.. subhanallah.. jika nak disenaraikan boleh jadi buku kot. Alhamdullillah..
Alhamdullillah menjadi seorang Islam. Punya tempat untuk berharap dan mengadu. Mana yang baik kita bersyukur, mana yang tidak, juga masih bersyukur. Hidup ini ujian, untuk Allah mengetahui siapa yang lebih baik amalannya. Alhamdullillah atas segala-galanya.
***
Jika dulu azam saya mahu hafal Quran, kini saya mahu ubah. Saya mahu hafal Quran dengan mutqin. Semoga Allah memudahkan. آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Tiada ulasan:
Catat Ulasan