Isnin, 4 Oktober 2021

Quran lagi..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya di-approach oleh seorang penjual untuk membeli produk dia. Produk pemakanan kesihatan. Beria juga dia mencuba untuk menjual produknya, dengan memberi testimoni dan segala yang berkaitan. Dan saya masih diam membisu untuk memberi sebarang maklumbalas - nak beli atau tidak. Walaupun dalam hati kuat mengatakan tidak mahu, namun saya masih mengharapkan yang dia sedar bahawa potensi pembeli yang tidak memberikan sebarang respon itu, peratusan untuk dia membeli adalah rendah. 

Lewat petang Khamis, saya membaca sebuah buku motivasi menghafal Quran dalam cubaan untuk melelapkan mata ber-qailullah sebelum halaqa qmn. Cubaan untuk tidur digagalkan dengan statement dalam buku tersebut yang berbunyi - 'seeloknya jika ingin murajaah, gunakan quran yang bercerai per juz. Minda akan terpedaya melihat betapa nipisnya bahagian yang perlu dimurajaah dan tidak akan merasa terbeban.' Saya bingkas bangun dan membuka aplikasi shopee. Dan seperti kata pepatah, siapa yang mencari pasti menemui. Nah saya diketemukan dengan Quran perjuz, klik masuk troli, dan tak sampai beberapa saat terus membuat pembayaran. Sepantas saya membeli, sepantas itu lah juga barangnya sampai. Kurang 24jam, Quran tersebut yang dibeli daripada Perlis, selamat tiba di rumah. Alhamdulillah.

Sebenarnya, sebelum ini dah pernah ada dah Quran per juz ni. But since I changed Quran dari mushaf tulisan lama kepada tulisan khat Shk Uthman Taha, teruslah Quran tu tak dipakai, dok diam-diam dalam beg and very recent ensuami mensedekahkan Quran tersebut kepada yang lebih memerlukan. Masa nak mencari Quran perjuz ni pun, saya dah hampir nak surrender, sebab hampir semua yang ditemui menggunakan khat lama. Itu yang bila bump to this one, tak fikir panjang, masuk dalam troli terus check out beli.

Alhamdullillah, saya suka saiz nya B5. Elok jer untuk mata memandang even tak pakai reading glass pun boleh baca. 


sticker tu saya yang letak. senang nak cari juzzuk yang nak dibaca.
Alhamdulillah.


Saya suka paparan ayat Qurannya yang maximum, meninggalkan sedikit sahaja ruang untuk margin. 
Highligh berwarna merah untuk kalimah Allah, rabb dan huwa juga sangat membantu dalam proses hafalan. Ma shaa Allah. 

Kesimpulannya cerita ialah, ada sesetengah barang tak perlu promote lebih-lebih, tak perlu fikir panjang-panjang terus je beli. Hehee.. Semoga Quran per juzzuk ini memudahkan lagi proses murajaah. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan