Jumaat, 18 September 2009

Raya is just around the corner

Kami dah balik kampung - Ipoh. Semalam lagi dah sampai sebenarnya, but I was so lazy tired to update any story. Past few days before balik bercuti, I was so busy sewing my own baju kurung(s) and Zahra baju kebaya. My baju was perfectly done (heheheh) but DD baju kebaya was such a disaster - bentuk dah ada but the size was a bit small, where perut buncit Zahra is obviously seen and I bet if she eat even seketul ketupat, the baju will no longer fit. So, I concluded that my first attempt to make baju kabaya was failed. Tak pe tahun depan aku cuba lagi.. hehehehe.

Sambutan raya di Ipoh adalah sangat beria. Mama buat sendiri lebih dari 20 jenis biskut raya dan lebih 10 jenis kek lapis Sarawak - itu yang dah siap dan nampak di mata. Esok, kami akan bakar lemang (lebih 30 batang sebab campur order dari jiran tetangga), buat ketupat palas, dan malamnya akan masak rendang, ayam masak merah, kari ayam, nasi impit, kuah kacang dan juga nasi minyak. Walaupon setiap tahun menu nya adalah sama, (dan kepenatan itu mulanya adalah trauma dan kemudiannya menjadi imun) namun masih tak sabar menunggu 1 Syawal sebab nak makan semua makanan tersebut. Heheheh.. So, sesiapa yang happen to be in Ipoh on 1st Syawal, jemputla singgah ke rumah.

Tadi kami ke UTP, mengambil sepupu Mat yang nak balik Terengganu malam ni. First time masuk UTP- tapi tak terasa kagum pun sebab gelap tak nampak apa. Nak jadi cerita sampai je kat UTP, tayar pancit. Terpaksa la bertukar tayar di tengah kegelapan malam di dalam hujan renyai-renyai.



Okla, semoga bertemu lagi di lain entry. Selamat berpuasa esok untuk kali terakhirnya bagi tahun 1430. Semoga di panjangkan umur untuk bersama lagi di Ramadhan tahun hadapan. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan