Friday, February 19, 2010

Cuti bersalin sila tambah hari lagi -NUBE

*aku memang nak komen pasal ni, sekali e-blog w@ni dah komen lebih awal.. hehehe


NUBE: Tambah cuti bersalin pekerja swasta

Feb 17, 10 12:46pm
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin para pekerja swasta dari 60 ke 90 hari seiring dengan negara anggota Asean yang lain.

Setiausaha Agung NUBE, J.Solomon berkata kebanyakan negara anggota Asean telah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang bukan sahaja menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang tetapi juga peruntukan untuk penyusuan ibu dan penjagaan anak.

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Kemudahan serupa turut disediakan bagai para ibu di Indonesia.

Solomon berkata Malaysia akan dapat mengikuti tindakan negara anggota Asean yang lain dan menyediakan kemudahan lebih baik bagi kira-kira 5.1 pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa untuk bekerja, dan pada masa yang sama bertanggungjawab untuk menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.

Beliau berkata NUBE akan menyerahkan satu memorandum mengenai isu itu kepada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam masa terdekat.

- Bernama


Komen aku:
Ada sorang minah saleh dari Australia aku kenal, working in a private company which provided 6 months maternity leave with an allowance like 500dolar per month. Best!

Pada pendapat aku, kaedah ini lebih bagus dari bagi 60hari cuti bersalin bergaji penuh. Okla, tentu ramai yang tak setuju dengan kaedah bagi cuti 6 bulan dengan elaun rm500 sebulan sebab nak bayar itu dan ini macamana? dan ada setengah para ibu yang sangat workaholic yang lebih selesa spend 8 jam di ofis dari bersama anak-anak di rumah (lebih-lebih lagi kalo anak dah ada 3 orang dan ke atas), so Kementerian Pembangunan Wanita dan Kementerian Sumber Manusia dengan badan-badan NGO ni boleh proposed 2 option: samada para ibu bole amik cuti bersalin 60 hari bergaji penuh ATAU cuti bersalin 180hari dengan elaun rm500 sebulan. Fair and square kan..

Dan kalau boleh, sila kuatkuasa pada 1 Jun 2010. Hehehehe

4 comments:

  1. bagus2..
    aku setuju gak kalo ada option tu..

    ReplyDelete
  2. err..kalo hasben aku gaji lebih 10k sah aku amik 6 bulan...sekarg tak berani lagik...hehe

    ReplyDelete
  3. em..up sket la elaun tu, rm800 ke..kekeke!

    ReplyDelete
  4. aku suka je elaun 500 pon buleh ajer!!! hahahaah

    ReplyDelete