Ahad, 6 November 2022

Berubah

   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alkisah. Pihak Perbadanan melakukan operasi potong pokok 3hari lepas. I am not a fan of cutting tree. Rasa macam, why?? But somehow, a day after they chop down the trees, i wake up and look out from the window and feel fresh. Rasa segar dengan pemandangan yang luas. Terang. Tidak redup dan gloomy seperti sebelumnya. Subhanallah.



Kejadian potong pokok itu, menjadi ibrah. Relate kepada kehidupan sebenar. Ada perkara yang kita suka mungkin tidak baik pada kita dan sebaliknya perkara yang tidak kita suka sebenarnya adalah baik untuk kita. Life need to be cluttered secara berkala. Untuk lebih dekat kepada pencipta, kita mungkin perlu membuang some type of friends from our life, cut-off our time with socmed or tv, listening to good lecture or Quran in car for our daily commute to office. Rata-rata manusia tidak suka berubah. Berada pada satu keadaan yang sama pada masa yang lama menjadikan ianya adalah zon selesa. Dan keselesaan selalu menyebabkan kita lupa dan tersasar dari tujuan sebenar kehidupan. 

Persoalannya, bagaimana mahu tersedar, tidak tersasar, dan kembali kepada tujuan hidup? Jawapannya sebenarnya mudah. Bagi kita umat Islam, jawapannya kita titipkan 17kali sehari pada yang maha Esa. AlFatihah. “Tunjukkan kami ke jalan yang benar, jalan yang diberi nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan sesat”. Hayati sungguh-sungguh tatkala melafazkannya. In shaa Allah, hati dengan sendirinya akan mahu berubah. Tanda huda meresap ke jiwa.

Kita dengan sendirinya mungkin akan merasai, hati dah tak seronok untuk berlama-lamaan pada perkara ghaflah, mereka yang dipanggil kawan menjadi semakin asing kerana halatuju yang berbeza, muzik yang dulu mengisi di kala sunyi kini menjadi bingit di telinga, dan hati terpanggil untuk mendengar ceramah agama, mentafsir mentadabburi ayat-ayat alQuran, malah bacaan Quran itu mententeramkan jiwa. 

Berubah bermula dari diri sendiri. Tiada beza antara kita dengan umat terdahulu (yang dilaknat, yang diceritakan di dalam alQuran), jika bila tiba perkara akhirat, kita kata ‘Kita cuma ikut apa yang mak ayah kita biasa buat’.  

Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan