Ahad, 21 Mei 2023

Mengikhlaskan diri

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mengikhlaskan diri itu, semata kerana Allah swt, amatlah tidak mudah.
Semua suka dipuji. Semua akan seronok apabila menjadi 'center of attraction'.
Pengorbanan melakukan sesuatu akan merasa lebih bermakna apabila dihargai,
    diperkatakan orang sana sini. 

Jujurnya, sebagai manusia biasa, saya tidak terkecuali.
Hati akan berbunga-bunga apabila ada yang memberi kredit dan indikasi.
Dan puji-puji itu bagai minyak yang membakar riak dalam diri.
Menjadikan kita mahukan lagi dan lagi - orang datang puji dan terus memuji.

Al-hasil, jadilah kita melakukan sesuatu kerana manusia,
    Bukan lagi kerana Dia.
Allahu ahad, menjadi sekadar sebutan dibibir sahaja
Hati sebenarnya lebih mengharap pada pahala duniya
"Wah, hebatla kau.. Terer la kau.."
Itu yang didamba-damba.

Semangat!
Kita lakukan lebih banyak kebaikan,
- jadikan ia konten,
upload live di ig dan fb.
"Hei semua, tengok sini. Hari ini aku lebih mulia.
Lebih banyak berbakti - aku beri derma., aku tolong si polan, aku baca banyak Quran"
Like please..
Agar aku lebih bersemangat.
Agar di hari ke depan aku lakukan lebih banyak amalan, 
mencipta konten untuk dijadikan tatapan,
agar ramai jadikan aku kaguman.

Sayang sekali..
Yang penat nya malaikat di kanan dan kiri
Si Raqib ratap menangis -- akan pahala yang hangus terbakar
Si Atid giat menulis -- akan ujub, riak yang semakin memekar

Ternyata amalan itu pelaburan yang sia-sia,
Kerana ikhlas nya telah tiada
di hadapan Allah, aku papa kedana.

Allahuakbar.. Allahuakbar.
Saya tak mahu jadi seperti itu.
Saya mahu apa yang saya lakukan lillahi taala, hanya mengharap keredhaan Allah yang Besar.
Saya delete fb, saya undur diri dari ig.
Saya bukanlah siapa-siapa. Biarlah tidak dikenali.
Jika ianya menbantu saya untuk
Mengikhlaskan diri.

___


Semoga Allah swt terus menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan