Isnin, 30 September 2013

Special guest

‎Wakil Pa&Ma datang buat shooting skit, regarding www.NeezaNeedles.biz. Alhamdulillah. 

Thanks to Kak Arin yg suggest to the reporter. This is the second time she help me in promoting my work to nationwide. Yg first masa bisnes baru mula menapak, kami featured dalam Harian Metro - 15 Jun 2011. Ingat sangat tarikhnya sebab kena re-enrol masuk kerja balik, and sbb masuk suratkhabar, order jadi banyak, I decided to quit working, on that particular day itself. Alhamdulillah, I took that as a sign from Allah swt, answered my istiqomah prayers. :D

Yang ni kalo tak silap, untuk segmen ruangan DIY‎. Buat sendiri - Baby carrier. Kira payback time to all of you yg kat luar sana. Ilmu yg ada ni dikongsi serba sedikit. InsyaAllah featured bulan Disember. Sesama la kita saksikan eh. Hehee.. :)


New bag

Ole-ole dr Holland. :)

I asked him to buy me a handbag, a simple one because the one that I have (bought via eBay) has already having zipper problem.

So he bought this: tak de jenama katanya, but Subhanallah I love it‎ very much (hence the blog update ;p). 

Convertible handbag: can be like the normal women bag or crossbody. Space is adequate, colour is perfect black, material looks good. All in all, I am so satisfied and happy :) Weee... 

Alhamdulillah.

Ahad, 29 September 2013

Masalah bersembang

‎Yg paling utama adalah topik.  

Ntah la. Lately, aku merasakan yg kawan-kawan pun dh malas nk contact sbb ‎apa yg diorg nk cerita (gosip) will end up me saying, lantak je la dia nk buat apa pun. Infact masa balik kpg hari tu my mom nk jugak bergosip sedara mara, end up me saying, biarla Ma, asalkan x nyusahkan kita, minta duit ke apa, it's up to them la nk buat apa pun. 

Hahaa.. macam bagus je dia punya patahan respon tu kan. Entah. Aim memang la nk masuk syurga (sapa tak nak kan), situasi nya di sini bukan la nk tunjuk alim ke apa, TAPI more on to malas nak layan. Malas nk serabut kepala. Like when we talking about selebriti ke, or kawan-kawan yg zahirnya kelihatan problematic n‎gan masalah kewangan rumahtangga, even kisah politik bagai.. apa yang kita dapat? Apa solusi nya? 

Mcm aku penah tanya kat Mat, dh x tgk bola, badminton lagi ke bang? Soalan serius bukan sindiran. And he simply answered dapat tau result pun sama jer. Tgk live bukan dpt apa pun.

Mungkin kami dah tua dan merasakan ada perkara lagi penting dalam kehidupan ini, perkara tentang kami sendiri, dari memikirkan tentang masalah-masalah sekeliling yang tidak berkaitan. Teringat talk by Bro Nouman, antara yang dikatakan: Stop watching news. Tak de faedah. Kita bukan bole dapat nk ubah apa-apa pun. Fokus on self, on family. Thats more significant. -- komen dia tentang bapak yg balik kerja sibuk nk tengok berita semasa kat tv.. tak ingat talk tajuk yg mana satu.

Begitulah.

Ada kawan penah tanya, mcmana nk elak dari berghibah tak tentu hala? I think the best respon is 'lantak dia la nk buat apa pun'. The story will ended there. And maybe the friendship as well. Hahaaa... 




Reunite

‎7 - 29 September. 
Alhamdulillah. He returned safe and sound :)



Jumaat, 27 September 2013

Musim luruh

‎di Putrajaya. Dan yg x best nya, our house ni kawasan Angin tiup so, daun-daun kering dr pokok berhampiran akan masuk berhimpun di kawasan porch (another thing I dislike about having rumah tak de pagar ni). 

Mata serabut but kalo nk sapu hari2 Adui, bukan mak la sbb aku memang tak gemor buat kerja yg hari ni dah settle, the next day kena buat lagi, dan lagi dan lagi, due on factor that I am not in control. Yikes! 

So hari ni, kuar rumah adalah sangat terkejut sbb porch is clear. Bersih!! And ada that contractors yg memang bertugas as tukang sapu ‎tengah sapu jalan raya. Then, I asked one of them, u sapu ke? And he said yes, and I am so happy to give him some upah and said nx time kalo ada daun tolong sapu and ketuk pintu, I will give some upah. Gembira!!

Kat Putrajaya ni, I think sama cm kawasan lain, kadang2 ada org datang minta derma/sedekah. I come to think if org datang and do some favor lagi rasa seronok nk bagi diorg upah. Kalo bole disuruhkan cuci bilik air or cuci kipas, simple2 thing, kan bagus. Hehee...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Khamis, 26 September 2013

Baju kurung

‎The last time I sewn baju kurung is like 2years ago. Tak minat jahit baju kurung sbb me myself don't like wearing one. 

And this, entah la. I was high with flu medication when my ex-boss called me, asking me to jahit baju kurung for her daughter semangat nk pakai baju baru sempena PMR next week. I immediately say ok. Hahaaa.. Nasib selai saja. Alhamdulillah jahit was easy but tension nya is to tukar benang serger. I work with black so kena tukar kaler putih and itu je dekat sejam waste time sbb the white polyester serger threads kinda sticks to each other sebab lama tak guna so asik putus je keje nya. Huhuu..

Habis je jahit, my first thought was, sib baik sekolah Zahra pakai jubah (hitam laktu) so takde la nak jahit baju kurung end of this year. And Alhamdulillah the skill masih ada tak hilang (lagi). Hahaa.. 





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saqar

‎Al-Muddath-thir, surah ke-74. 

Ayat 27-29 - Definisi Saqar
Ayat‎ 42-47 - People who deserves Saqar

Nauzubillahiminzalik

#selfreminder ‎


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Al-Muzammil, surah ke 73

‎Spesifikkan kepada ayah 6. 

Setuju sangat-sangat-sangat!! 
Waktu tu memang rasa akan ketenangannya, Subhanallah. Aromanya berbeza- Ibadah memang fokus. 

Semoga Allah swt terus-terusan memberikan kita kemampuan untuk bangun menidakkan tidur untuk beribadah dengan ikhlas terhadapnya.  
LahawlawalaQuwataillabillah. 

Ameen. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Morning workout


Kemas makmal jahitan. 
Subhanallah, berpeluh-peluh. 
Parquet banyak yg tercabut which annoy me most of the time- nk gerak kerusi ke mesin belakang always sangkut-sangkut, so use that picnic mat temporary to cover the lantai. 

InsyaAllah plan after delivery, is to revamp the lantai. Moga dipermudahkan Nya dari segi kewangan and all ;)

Rabu, 25 September 2013

Bila mak sakit..



I was down with fever and flu for about 4days.
Lepas kelas Ibrah Surah Yusuf kepala memang dah start tingtong, and tekak pun rasa tak sedap, and later that night, I had muntah angin (yang agak teruk) dan terus rasa nak duduk dalam selimut sahaja.

Alhamdullillah, Isnin, walapon sakit, masih mampu bangun pagi dan hantar Zahra ke sekolah. Alhamdullillah, towards the end of year, Zahra pun dah banyak sangat senangnya nk ke sekolah. Pagi mandikan dia, and lepas lap badan tu, dia akan pakai sendiri baju sekolah. Sebelum tu, biasanya aku yang akan bantu dia pakai baju. Dan ada hari protes dia, dia tak nak pakai baju selagi mak tak pakaikan.. huhuu.. But Alhamdullillah, for this month (walid dia tak de outstation ni) baju memang aku letak atas katil, I went down to feed Abu, masak air and prepare brerakfast, and she comedown lengkap dah berpakaian dengan tudung semua. Alhamdullillah..

Part yg penat skit is to angkat Hamza masuk dalam kereta. Dia kan tido, kesian pulak nk dikejutkan, gagah la dengan perut besar ni dukung Hamza. Masuk dalam kereta mengah sekejap. Hahaa..

Balik dari hantar Zahra, aku siapkan makanan serba sedikit, bukak tv, bukak komputer and I went for sleep until jam12. Hamza self entertain. Mak tak larat, sungguh-sungguh!!! Jam12 bangun, both of us had our morning bath, solat and then keluar balik nk ambil Zahra jam2.

Tapau lunch, sampai rumah makan, and I continue to sleep until 5pm. 

Malam: makan roti bakar, and after ishak I continue sleeping. Kids will then sleep at 10pm. Ni masing2 self entertain. 

Isnin-Selasa-Rabu. 3 hari jadual seperti di atas.

Alhamdullillah, hari ni after ambil Zahra, cuci kain, jemur (cuaca panas cantik sangat) petang i cooked bubur and donuts, and malam dh kembali ke bilik jahit. Alhamdullillah. I guess I've gain back my energy and dah kembali seperti sediakala, insyaAllah.

3 hari, dan kesian sangat the kids. Lucky they understand my condition.
I love you both so much!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Selasa, 24 September 2013

Under the weather

Tak sihat. Demam, selesama, hidung tersumbat, heartburn, muntah, perut besar, jiwa kacau, kerja banyak!

Aduiiii... ujian yang paling besar bg aku yg aku memang akan rasa argh... adalah ujian berbentuk kesihatan. Each time sakit je mesti i will snap.

I guess thats the biggest reason napela aku kena ujian molar pregnancy end up with chemo, sebab di situ titik tolak kelemahan diri. Kita kan akan diuji dengan perkara yang kita bergantung lebih.

Allah.. Allah.. Allah..
Astaghfirullahalzim..
Semoga dengan sakit seperti ini akan meningkatkan lagi keimanan dan menghapuskan dosa2 yang kecil.

Bersabar dan bertaqwa la, Neeza.. huhuuu...


Ahad, 22 September 2013

Ibrah Surah Yusuf

‎Alhamdulillah. LahawlawalaQuwataillabillah. Another opportunity of santapan Rohani. ‎

Ibrah Surah Yusuf. 21-22 September. 
UKM. 


Tempat jatuh lagi dikenang..

UKM.

‎First year, first semester: Fakullti Sains Matematik.  After matriks I chose to further in Statistical (becoz I do not want to do pure science - konon dh taknak la study benda baca dan hafal ni kan..) and was offered to do Statistic sub-minor Economy, before flunked big time. Huhuu.. 

Second semester and until graduasi.
New faculty. I actually wanted to enrol myself to Fakulti Pengajian Bahasa, dah berkobar dah nak study Linguistik Melayu, however  was bounded to study science and technology course, so redho jela masuk Fakulti Sains Hayat, majoring Biology, before bertukar sekali lagi ke course Microbiology. ‎
Alhamdulillah, hikmahnya banyak jugak study microb ni. Paling besar dapat sambung MSc dan jumpa jodoh ngan Mat.. wee.. hehee.. ‎Alhamdullillah :D

‎#ukm #almamater #kenanganindah

www.fb.com/neezaneedles

Khamis, 19 September 2013

Tatacara solat malam

‎Mengikut sunnah Rasulullah. 
Zikir dulu, baru solat. 

#nowIknow
#newthingILearntoday


www.fb.com/neezaneedles

D'Amani spa

‎Alhamdulillah. Lega rasa badan. Tak tahula sbb Hamza sakit and I was awake the whole night to take care of him, or the travelling from Ipoh to Putrajaya or I was too concentrate with sewing, sakitnya Belikat ni masyaAllah, I hardly lift my left arms. Terasa sangat ada angin because self-picit and I can feel the angin was there. 

So, by hook or by crook I need to service my own body, and Alhamdullillah jugak area sekolah Zahra ada macam-macam: dari restoran pelbagai rasa, cuci kereta, fresh fish market, Econsave, kedai tudung Prof Muhaya and then this spa: D'Amani.

Begger can't be a choosier, so masuk je tengok package is affordable and terus dengan sessi massage. Back massage 45min is Rm65, and subhanallah, best sgt-sgt!!! Lega sangat my body. Alhamdulillah. 

I guess that's the bless of being a wahm: at least ada wang sendiri to pamper and rejuvenate ownself. And seriously for me going to spa manja diri is a must once a while: lagi nikmat dr beli barang. And since ada spa best dekat dengan sekolah Zahra, wah lagi kerap la aktiviti ini nanti. And if you wondering about the kids, I sent Hamza transit sekejap kat Sekolah Zahra while I having my metime. :D 



www.fb.com/neezaneedles

All Around Us: Signs of the judgement day - AlMaghrib seminar

‎Alhamdulillah for the opportunity to join another AlMaghrib seminar. Kali ni tajuknya berkisar kepada tanda-tanda Kiamat: yang telah terjadi, sedang berlaku dan akan datang. 

Alhamdulillah simple topic but really put my perspective about the Judgement day in a different angles. Shaikh Ahsan adalah sangat monotonous but despite being that character he is very knowledgeable, banyak bercerita perkara yang baru bagi aku so tak bole nk tido pun sbb the story is interesting and eyes opening as well. 

InsyaAllah nx AlMaghrib class would be in November berkenaan dengan Modern Women Fiqh. Tajuk ni mmg sangat menarik but the date fall on my due date. Argh! Doa panjang2 pada Allah swt percepatkan kelahiran so that I can join the class. Hehehe.. 



www.fb.com/neezaneedles

Surah At-Talaq, ayat 2-3

.. dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

‎- keseluruhan Sura berkaitan dengan sesiapa yang bertakwa dengan Allah swt, maka dia akan dipermudahkan dan beroleh kemenangan. :)


Rabu, 18 September 2013

No place to hide!!

‎AtTaghabun, ayah 4. And the rest of the surah (total of 18 ayah) tells the same principle. 

He knows! Definitely Allah swt knows every single thing.


Hamza demam

‎Panas. Sampai berdarah-darah hidungnya. First time rasa Umi kena berjaga malam jaga anak Sakit. Sebab kalo ada Walid, it's normally walid yg berjaga untuk menjaga the kids. Hehee.. 
Syafakallah Hamza. I love u :) 


www.fb.com/neezaneedles

Selasa, 17 September 2013

Zikir dan tasbih..

Sura Qaf, Ayah 39 -
Bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

Sura Qaf, Ayah 40 -
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

Sura At-Tur, Ayah 48 - 
... ; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

Sura At-Tur, Ayah 49 - 
Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pd waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pd waktu subuh).


Kerana:
"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang". Ar-Ra'd ayat 28. 


Mandi sungai

‎14 Sep 2013, Pusat Perkelahan Ulu Chepor. 
With my not-so-big-family. Missing is Mat, the hubby. 

:)



Back to Playdoh

Play tis again, after a week or two. Bagusnya ada Zahra ni dia rajin main dengan Hamza so I can sew with minimal distraction. :) 

Dunya yg melalaikan..

‎Sura Al-Munafiqoon, ayah 9. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Isnin, 16 September 2013

Sebab Allah swt lebih tahu..

Quote said "‎Teach our kids the #Quran and the Quran will teach them everything."
My own experience teaching my kids the Quran, me, myself learnt a lot too.. Alhamdullillah, thank and praise to Allah, the Almighty for listening to my pray. I prayed that He gives me the strength and spirit to hafaz the significant surah such as Almulk, AlKahf, AsSajdah and in returns He gave me the opportunity to relearn the Surah Lazim (correct recitation and learn the meaning as well) while guiding Zahra with her hafazan. Alhamdullillah :')

***

A poet of feeling expression (due to the current Muslim society situation)  :

We are the people of ignorance. 

Disogokkan dengan perkara dunia yang ‎berkepentingan entah apa-apa. 
Diterapkan dengan keperluan perlunya ada sesuatu yang basiknya tidak perlu. 
Self-adore, fame, menyokong kepada kebangkitan gergasi besar bernama kapatalism. 
Nilai murni kita tolak tepi, yang penting oksigen itu aku punyai dulu. 
‎Sad.. sad world we're living. 
:(

Moga kita jadi AlGhuraba. 
Biar kita berbeza dari mereka. 
Anak-anak, suami, isteri, ibubapa, berkelubung dalam selimut yang katanya ortodoks.. yang didefinasikan sebagai ketinggalan dari kemodenan. 

*cetusan rasa di Hari Malaysia.


www.fb.com/neezaneedles

Perniagaan yang terjamin Kemenangan

As-Saff, ayah 10-13. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

www.fb.com/neezaneedles

Ahad, 15 September 2013

Bekerja keras

‎Gambar-gambar yang menunjukkan I brought some of my works anywhere I go. 

No.. the keyword is not bekerja keras. But more on to sayang masa yand ada terluang dengan perkara yang sepatutnya bole diisi dengan kerja. So, mana pergi I used to bring paling tidak pun webbing untuk dipotong. Its actually a little habit. Masa belajar di Uni dulu pun, kalau cuti panjang what I'll normally do is to bring back some slides, so bole tengok bacteria or simply godek2 the microscope that I owned.

Obsessed kerja mungkin jugak la. But I don't like to menyesal di kemudian hari like saying I should have bring this or that along dari melangut ‎x tentu pasal. Apa pun, it is satu kepuasan when u can done something rather than nothing ;) 


www.fb.com/neezaneedles

Mom sewing machine's

‎Ada 2. 

Satu yg old version black Singer. I think yg ni most house will have one. Even I have one, which I installed the hand mechanism sewing method, intended to use when the electricity is out. I remembered this machine was bought when I was 5yo. And I remembered Mom used to sew baju kurung sekolah and raya using this old buddy. The condition now is as great as it's look. 

‎Second one is a bit canggih: ada zigzag stitches which is essential for making simple sulam. And the cabinet is also awesome. I was about to use the second one till Mom said the stitches are terrible. So this morning I opened the machine to trouble shoot it and after a tweak or two, the machine now is well functioning with good looking stitches. Alhamdulillah. 

I have 5, Mom have 2, arwah Mil have 3. I guess for a sewing machine, one is never enough. Heheee.. 

#sewingmachine #singer #Nelco



www.fb.com/neezaneedles

Al Hadid (Besi),57. #Quran #selfreminder


ﹾ ۞ ﺃَﻟَﻢْ ﻳَﺄْﻥِ ﻟِﻠَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺃَﻥْ ﺗَﺨْﺸَﻊَ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢْ ﻟِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﻧَﺰَﻝَ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻻَ ﻳَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﻛَﺎﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃُﻭﺗُﻮﺍ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏَ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻞُ ﻓَﻄَﺎﻝَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢُ ﺍﻷَْﻣَﺪُ ﻓَﻘَﺴَﺖْ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢْ ۖ ﻭَﻛَﺜِﻴﺮٌ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻓَﺎﺳِﻘُﻮﻥَ ﮦ
(Sura Al-Hadid, Ayah 16)


Translation(s):
[Basmeih] Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik- derhaka.


ﺍﻋْﻠَﻤُﻮﺍ ﺃَﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓُ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻟَﻌِﺐٌ ﻭَﻟَﻬْﻮٌ ﻭَﺯِﻳﻨَﺔٌ ﻭَﺗَﻔَﺎﺧُﺮٌ ﺑَﻴْﻨَﻜُﻢْ ﻭَﺗَﻜَﺎﺛُﺮٌ ﻓِﻰ ﺍﻷَْﻣْﻮَﺍﻝِ ﻭَﺍﻷَْﻭْﻻَﺩِ ۖ ﻛَﻤَﺜَﻞِ ﻏَﻴْﺚٍ ﺃَﻋْﺠَﺐَ ﺍﻟْﻜُﻔَّﺎﺭَ ﻧَﺒَﺎﺗُﻪُ ﺛُﻢَّ ﻳَﻬِﻴﺞُ ﻓَﺘَﺮَﺍﻩُ ﻣُﺼْﻔَﺮًّﺍ ﺛُﻢَّ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﺣُﻄَﺎﻣًﺎ ۖ ﻭَﻓِﻰ ﺍﻵْﺧِﺮَﺓِ ﻋَﺬَﺍﺏٌ ﺷَﺪِﻳﺪٌ ﻭَﻣَﻐْﻔِﺮَﺓٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭِﺿْﻮَﺍﻥٌ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓُ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَﺎﻉُ ﺍﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ ﮦ
(Sura Al-Hadid, Ayah 20)

Translation(s):
[Basmeih] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.



ﻟِﻜَﻴْﻼَ ﺗَﺄْﺳَﻮْﺍ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﻓَﺎﺗَﻜُﻢْ ﻭَﻻَ ﺗَﻔْﺮَﺣُﻮﺍ ﺑِﻤَﺎ ﺁﺗَﺎﻛُﻢْ ۗ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻻَ ﻳُﺤِﺐُّ ﻛُﻞَّ ﻣُﺨْﺘَﺎﻝٍ ﻓَﺨُﻮﺭٍ ﮦ
(Sura Al-Hadid, Ayah 23)

Translation(s):
[Basmeih] (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.



ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﺒْﺨَﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﺑِﺎﻟْﺒُﺨْﻞِ ۗ ﻭَﻣَﻦْ ﻳَﺘَﻮَﻝَّ ﻓَﺈِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻫُﻮَ ﺍﻟْﻐَﻨِﻰُّ ﺍﻟْﺤَﻤِﻴﺪُ ﮦ
(Sura Al-Hadid, Ayah 24)

Translation(s):
[Basmeih] Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.








Sabtu, 14 September 2013

iCook

Gambar masak-masak masa bulan puasa lepas. Taken from the phone. Lauk iftar memang simple, selang satu hari masak ikan goreng, sup sayur atau sayur masak lemak, alternate dengan kari ayam, kurma, tomyam, dan diulang-ulang di minggu berikutnya.. Hahaa..

Kueh ketayap, donut, pizza, roti - all these are a debut. Tetiba semangat masak datang, and I think one big reason is the kids are growing big so they appreciate my cook. Seronok masak bila semua pun habis licin. 

And my cakes: Chocolate cake and Banana cake also habis licin. Cubaan baking with the Zanussi Gas oven finally successful. Dulu penah cuba buat tapi cake selalu bantut. The tips is to preheat the oven for 1hour before cook. ‎Lepas ni senang la kalo sekolah Zahra nk buat anything potluck, I will just bake a cake :)