Khamis, 29 Januari 2009
Zahra favorite food
Porridge – dimasak dengan lobak dan kentang dengan ikan bilis kisar.
Even though, Zahra is already 1y9m, which she can eat almost everything, she still preferred to be feed with Umi’s porridge.
Nak masak pun senang jugak: beras segenggam, dimasukkan lobak, kentang dan ikan bilis dikisar halus and ditanak dengan api perlahan for about 45 min. Then, gaul-gaul skit (takut berkerak) – siap - tunggu sejuk - boleh makan. Yum yum…
Habis semangkuk.. Sedapkan.. sebab Umi masak dengan peennnuh kasih sayang :-)
Buat my bestfriend, Anees
Aku tau memang susah.. tertekan.. tapi semangat kena kuat ok..
First of all, selamat kembali bekerja (macam aku jugak daa..).. heheheh..
Kejap je since the last time we met, baby Aisyah baru seminggu, now dah 2 bulan dah..
Kisah aku
Macam sebelum ni aku penah cakap, kisah bf aku pun start secara unintentionally.. Semangat aku bukan macam sesetengah orang yang membara sejak awal kehamilan. Aku pun dibesarkan tanpa susu ibu. So, bagi aku bagi susu ibu atau susu formula tak de bezanya. However, aku rasa aku patut bagi anak aku susu ibu sebab susu aku banyak. Di awal kandungan 7 bulan susu memang dah banyak keluar – tidur malam, esok nya bangun mesti basah. Ini je alasan aku kenapa aku BF Zahra. Macamana susu aku banyak, itu kuasa Allah – dan aku bersyukur susu aku banyak, Alhamdullillah.
Dan bile aku gi pre-natal check up kat APSH, nurse kat situ banyak ajar tentang BF. Pengetahuan aku pun setakat kat situ jer – I don’t join any forum at that time. Kawan-kawan pun tak de yang bercerita pasal BF ni.
Perah untuk bekalan hari esok
Aku tau ko risau, sebab tak ada stok. Nak buat stok, nak tak nak ko kena rajin bangun malam. Time aku join forum dulu, aku kagum gk ngan sesetengah ibu yang bangun malam semata-mata nak mengepam – siap ada tu memang buat jadual pengepaman. Aku pun bangun malam gak ngepam – kena bangun sebab breast aku dah penuh – kalo tak bangun tak ngepam jadi tak selesa.
Ok, since ko akan start kerja Monday ni: kat ofis try pump at least 3x sehari – itu paling kurang tau – let say pukul 8pg (time baru masuk keje), pukul 12(dekat nak lunch), pukul 3ptg(sebelum nak balik). Ko kena stick to this schedule. Masa itu ko kena cari jugak. Sekali tergelincir susah.
Sekali pam ko cakap bole dapat 3-4oz – ok la tuh. 3x pam bole dapat 12oz. Haa, kan dah cukup untuk bekalan Aisyah keesokkan hari nya di taska. Malam tu jangan ko bagi plak susu perahan tu. When ko ngan Aisyah, try seminimum mungkin untuk bagi dia susu dalam botol – direct feeding.. senang.. mudah.. cepat.
Malam sebelum tido, kalo Aisyah tak gayut try perah jugak sekali. Ko boleh jugak buat method: sebelah breast tu ko simpan untuk perah manakala sebelah lagi tu ko guna untuk direct feeding. Aisyah masih baby so method ni ok sebab dia masih kurang minum – kalo dah besar (5 bulan dan ke atas) tak sesuai sebab nanti anak tak lena tidur sebab lapar. Tengah malam ko try la bangun sekali – like pukul 3pg macam tu untuk perah susu. Susu banyak malam-malam sebab hormone prolactin tinggi waktu malam.
Sekarang ko concentrate buat perahan hari ini untuk hari esok. Tentang stok bila ada lebih, baru jadikan stok. Then kalo nak buat stok kaw-kaw, perah jugak dihujung minggu. Tapi aku suggest, susu stok, biarlah digunakan pada masa-masa terdesak. Untuk minum Aisyah esok hari di taska baik la ko bagi susu fresh perahan semalam atau pagi hari yang sama. Susu fresh khasiat nya lebih banyak compare to susu yang telah dibekukan.
Tentang Pam
Penat kan pakai manual. Avent memang ok – one of the best brand but manual memang penat – melenguhkan dan amik masa pun ye jugak – ini bole jadi antara sebab la kenapa orang give up BF.
So, aku suggest kan beli la electric pump – yang bagus double pump – serentak pam dua-dua belah breast – so jimat masa. Yang murah kat pasaran Spectra3 – ni ok jugak rata-rata ramai mothers yang berpuas hati ngan S3. Aku pun penah pakai S3 jugak – berjasa besar jugak dia ngan aku – aku beli bila aku naik keja la – tak larat wei, nak perah manual pakai Avent (walaupun aku tau ada ibu yang survive 2 tahun menyusukan anak pakai Avent manual je). Satu aku tak bole go ngan S3 sebab dia 100% functioning guna electric. Keje macam aku yang kena gi outstation sana sini – tak bole survive la ngan S3. Tu yang aku beli epump lain tu. Cerita pasal jenama bp yang penah aku pakai ko bole baca kat sini.
Storing EBM
Yang ni aku maleh nak citer panjang lebar. Aku amik kat net je. Ko baca la, heheh..
Up kan susu
Walaupon susu ku banyak, satu masa susut jugak – its all about supply and demand – dan pengaruh hormone prolactin jugak.
So, bile Zahra dah a year plus, memang terasa sangat susu makin menyikit – perahan sehari di ofis makin kurang oz nya. So, nak up kan susu – aku consume galactogogue. Ko boleh je nak makan pil-pil yang berkaitan yang bole menaikkan kuantiti susu. Antara galactogogue yang aku consume, ko bole check kat sini.
Keberkesan: tak tahu yang mana satu yang berkesan lebih. Sebab semua pun aku makan jer, and Alhamdullillah nampak jugak la hasil nya itu. The last time aku pump kat ofis, time Zahra 1y7m, lepas raya puasa aku dapat dalam 7-9oz sehari. Bagi aku banyak la tu..
Semangat
Dan satu lagi aku nak cakap, ko kena makan – yang berkhasiat, of course. Jangan takut, tak gemuk nye kalo ko BF. Ko kan tengok aku dulu macamana.
Sekarang ko jangan la bandingkan pulak – aku dah stop BF, dah stop pumping jugak, then kemo ni efek dia kat aku, aku jadi lapar, so makan je la keje aku.. hehehe..
Ok, aku rasa tu je.. Aku harap ko clear. Aku tulis ni sebab aku malas nak sms - panjang lebar macam ni lenguh la tangan aku nak picit-picit kat keypad hp yang kecik itu.
Lagi pun kalau ada orang lain baca, dia pun dapat gambaran jugak tentang BF ini.
Selamat kembali bekerja dan Selamat Menyusukan Si Aisyah.
:-)
Rabu, 28 Januari 2009
Pantai Tok Jembur, KT
Selasa, 27 Januari 2009
Suatu masa itu
Aku terima sms hari ini:
Wei, ko dah ada blog. best, best.. eh tapi knp mcm bkn ko je yg tulis.. simple giler.. bkn ko suka mengarang ke?
Heheheh.. tersenyum seketika aku dibuatnya.
Dia adalah di antara pembaca setia cerpen-cerpen aku - hobi suatu masa adalah mengarang cerpen.
Wei, ko dah ada blog. best, best.. eh tapi knp mcm bkn ko je yg tulis.. simple giler.. bkn ko suka mengarang ke?
Heheheh.. tersenyum seketika aku dibuatnya.
Dia adalah di antara pembaca setia cerpen-cerpen aku - hobi suatu masa adalah mengarang cerpen.
- Menulis blog bukan mengarang cerpen la, beb. Tidak bagi kaedah aku. I like to make it simple, sweet, meaningful and yet people hunger for more and more (cheh..)
- Em, aku dah ada anakla - lame excuse.. heheheh. Suatu masa dulu bole la ku duduk berjam-jam di depan PC- mengarang, menulis, berpuisi ke mende. If now ku buat begitu alamat tak berasap la dapur, bergunung kain tak berlipat, bersawang ruang tamu dan apa-apa ajelah yang berkaiatan dengan kerja-kerja rumah yang tak berkesudahan itu.
I love to write - still - hey, Pengurus Mading Sekolah '95 itu aku tau. Cuma biarlah aku menulis dengan cara yang sedikit berbeza - ku prefer photo-blogging. Bukankah katanya 'A photo worth a thousand word'.
Thus, i demand for a dslr.. (tak habis-habis lagi..) ekekeke
Isnin, 26 Januari 2009
Meow meow.. Zahra
Segirang beburung
Cheh.. klise la kononnya tajuk itu.. heheheh
Aku gembira - Alhamdullillah - Pagi ini bangun, sakit tumitku telah hilang. Kiranya antara tuaman garam dan flexi-patch, ku tak tahu yang mana satu mujarab - keduanya ku buat serentak. Tetapi berkenaan dengan cirit-birit kesan tuaman garam, yup.. aku ada mengalami nya - kira banyak toxin gak la aku ini.
Sepanjang ber-mc, aku banyak berblog-hopping. Antara yang ku suka - Joe, Liza dan Lidya - to name a few. Oh, ku suka - bukan kerana cerita tetapi lebih kepada gambarnya - cantik.
Tetiba terasa nak beli DSLR.
Caitttt....
Gong Xi Fa Cai
Cuti panjang 4 hari - maka di-fully-utilize untuk pulang ke kampung halaman - Kuala Terengganu.
Pelangi pagi - captured on the way back to kampungWe went to the famous Pasar Payang. Menaiki penambang ke bandar, alternative to the jalan darat yang biasanya jam during festive season.
Ramai betul orang di Pasar Payang - thanks to babywearing :-)
Back at kampung - Zahra and her cousins
Khamis, 22 Januari 2009
Merawat sakit itu
Sakit itu: Sakit tumit kaki
Akibat: Tak tertahan - menjadikan ku seorang perengus: mudah bertukar kepada warna hijau tanpa sebarang amaran
Rawatan cara lambat: Tuam dengan garam goreng
Rawatan cara cepat: Beli Flexi-patch - Harga Rm63 for 20 pcs (hajat nak beli Kinohimitsu but mahal sangat- RM53 for 6 pcs)
Keberkesanan: Kita lihat lagi 10 hari - ada ok atau x.
Rabu, 21 Januari 2009
Rucksack Carry
Tengahari tadi we all gi pos ofis and bank (Umi amik gaji.. yeehaa).
Selama ni hanya backcarry kat rumah je, however tadi try backcarry kat luar rumah. Ok, but susah skit nak ikat - wrap tu panjang sangat. Jadi nampak sedikit tak kemas. Kain tu tak rata di belakang Zahra, and kaki dia a bit tergantung gitu. Tapi Zahra ok, tak de la nak terjun turun or whatsoever.
Sorry if u fell unconfortable - Lain kali Umi ikat kemas-kemas lagi ye Zahra.
Sakit tumit kaki
Dah 2 hari aku mengalami sakit tumit kaki - sejak 3rd day of chemo sampai ke pagi ini.
Menyucuk-nyucuk sangat, sampaikan nak jalan pun kena berjingkit-jingkit.
Dah suruh Mat tolong urut but tak berapa nak menjadi la..
Membuatkan ku tertanya-tanya, Sakit tumit kaki ni sebab apa ye? Nak kata kan overwieght tak jugak.. So, ku google:
- From AuntyN:
Aku ada cakap kat dia, tumit kaki sakit, dia cakap ada 3 area bagi tumit kalau perempuan menunjukkan fungsi organ mana yang tak baik tu. Untuk lelaki lain pulak lah. But tumit ni nampak nya macam berkenaan dengan reproductive system, untuk dua-dua jantina. Untuk perempuan macam aku ni, kalau tengah tumit tu, something is wrong dengan ovary, fibroid etc. Keliling tumit, bahagian tapak kaki tu kata dia overweight problem. - From Health:
4. KEBAS KAKI.Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.5. SAKIT TAPAK KAKI.Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.6. SAKIT TUMIT KAKI.Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI.Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Erm, betullah tu kot - berkaitan dengan sistem reproduktif dan sistem perkumuhan. Aku pun sekarang tengah sakit-sakit perut - immense period pain - tapi tak period pun : must be because of the drug effect.
So, petua untuk menyembuhkan sakit tumit:
- From AuntyN: Petuanya adalah seperti berikut :-
- From Forum eKPKM:
Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh.
Nampak gaya petua No.2 lebih senang nak dipraktiskan. Nak gi cari garam la.....
Selasa, 20 Januari 2009
Muntah - lagi..
Isnin, 19 Januari 2009
Mendung
Sad mode : Rentetan cerita semalam
Serabut – Celaru – Emosi terganggu – Masam: tiada senyuman.
Seharian mengemas – vacumm – mengemop – membasuh CDs – membasuh baju (tetapi tidak dijemur: ampaian penuh) – menggosok – melayari internet.
Hasilnya: ku panaskan Spaggetti semalam dan ku order Domino's untuk En Hubby.
Baring kembali depan tv – melayan Barney dengan si kecil.
Terfikir: Domino's bukan dikategorikan barang untuk diboikot, kan? Kira ye, harus esok jika langit kembali mendung, ku order sahaja masakan Mamak di kedai depan.
Serabut – Celaru – Emosi terganggu – Masam: tiada senyuman.
Seharian mengemas – vacumm – mengemop – membasuh CDs – membasuh baju (tetapi tidak dijemur: ampaian penuh) – menggosok – melayari internet.
Hasilnya: ku panaskan Spaggetti semalam dan ku order Domino's untuk En Hubby.
Baring kembali depan tv – melayan Barney dengan si kecil.
Terfikir: Domino's bukan dikategorikan barang untuk diboikot, kan? Kira ye, harus esok jika langit kembali mendung, ku order sahaja masakan Mamak di kedai depan.
Sabtu, 17 Januari 2009
A visit to the Zoo
Zoo Negara Malaysia, Ampang.
Entrance Fee: RM15 for adult, FOC for little Zahra
Umi memang dah lama nak bawa Zahra ke Zoo. We have planned to go to Zoo Melaka, then Zoo Taiping, but asik tak jadi jer. So, yesterday I requested again to Walid to bring Zahra to the Zoo – hujung minggu ni tak sibuk – tak balik kampong and such, so better plan for something good rather than just sit at home watching TV.
These are some of our photo taken at the zoo:
Zahra behave very good – lepas pakai kasut terus tak nak duk dalam stroller – nak jalan –kita nak dukong pun tak kasi.
We spent like 2h in the zoo. Seronok sangat – especially when seeing Zahra enjoying her trip to the zoo. Lepas ni, bole kita gi Aquaria and Bird Park pulak, kan Walid. ;-)
Entrance Fee: RM15 for adult, FOC for little Zahra
Umi memang dah lama nak bawa Zahra ke Zoo. We have planned to go to Zoo Melaka, then Zoo Taiping, but asik tak jadi jer. So, yesterday I requested again to Walid to bring Zahra to the Zoo – hujung minggu ni tak sibuk – tak balik kampong and such, so better plan for something good rather than just sit at home watching TV.
These are some of our photo taken at the zoo:
Zahra behave very good – lepas pakai kasut terus tak nak duk dalam stroller – nak jalan –kita nak dukong pun tak kasi.
We spent like 2h in the zoo. Seronok sangat – especially when seeing Zahra enjoying her trip to the zoo. Lepas ni, bole kita gi Aquaria and Bird Park pulak, kan Walid. ;-)
Jumaat, 16 Januari 2009
Who am I?
Tell people who are you. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.
I am
I really want to go to
My favorite place
My favorite things (actually beli for Walid's birthday gift but Umi yang pakai lebih)
My favorite drink
My favorite food
My favorite color
I live in
I was born in
My School/College
My favorite story
My hobby
I wish
If you think this is interesting, than do it and post it into your blog. :-)
I am
I really want to go to
My favorite place
My favorite things (actually beli for Walid's birthday gift but Umi yang pakai lebih)
My favorite drink
My favorite food
My favorite color
I live in
I was born in
My School/College
My favorite story
My hobby
I wish
If you think this is interesting, than do it and post it into your blog. :-)
Langgan:
Catatan (Atom)