Selasa, 30 Jun 2009

Preloved-icon

Heheheh.. my other blog.

Pre-loved adalah barang second hand: yang dah digunapakai. Sesuai dengan nama, ianya menjual barang-barang terpakai daripada almari, stor mahupun ceruk dapur aku. Ada kelapangan korang jenguklah ye. Mana tau, kot-kot my breastpumps (read: Medela freestyle and Medela PISA) up for grab.. ekekek..

So, enjoy browsing. :-)

http://preloved-icon.blogspot.com

Isnin, 29 Jun 2009

Percutian 'sekangkang kera'

Ini adalah aktiviti kami hujung minggu lepas.

Hari Sabtu pagi pergi openday ofis Walid. Punya la ramai orang.

Event dia menarik. Ada konsert (weol sempat catch Mawi, Ajai, Khadijah Ibrahim, Jozan), game stuff for kids, Petronas merchandise sale @ 80%, dll. But cuaca too damn hot: Zahra eventho dia tak cranky tapi she was soo masam merosot.. Heheh

12 noon kitaorg pun balik rumah. Nak meneruskan our weekend vacation.. heheheh.. Ke mana kitaorg, dekat je (refer tajuk 'sekangkang kera') - we stayed overnight @ Pullman Lakeside, Putrajaya. Actually, I booked the room secretly on 6th June, but suddenly Walid cakap dia nak kena gi outstation plak (which at d end tak pergi pun), terus terbocor rahsia sebab nak dapatkan tarikh yang sesuai. Heheheh..
Inside our room

@ d reception counter

Zahra's favorite spot: Swimming pool

Breakfast @ Bistro Cafe

Kiddy Club: she loves the Little Tikes car so much - rasa nak gi cari beli satu tuk Zahra.. huhuh


Ronda-ronda snap pict before balik

Dan yang paling menarik adalah man-made beach - macam real: pasirnya sungguh mulus gitu

Sebenarnya weol rancang nak gi jalan jauh skit like going to Malacca, but rasa cam not really worth (toll & fuel) sebab Zahra too little to explore Malacca. Lagi plak Pullman tengah ada promotion, so gi dekat-dekat jela. Apa pun, percutian kali ni memang best - seronok duduk hotel especially Lil Zahra.

And for Pullman, I give you 5 star. Hehehe..

That's all, Happy weekdays, people :-)

Sabtu, 27 Jun 2009

Tag: Kekasih hati

2 persons tagged me on this. Wawa & Syigim. Maknanya kena buat la ni. Heheheh..

1. nama kekasih anda
Mat

2. umur kekasih hati
33 by end of this year

3. insiden pertemuan
orang lain kawen, weol pun nak kawen gak la.. heheh. No, I met him at his classmate wedding ceremony. Titik pertemuan yang sangat menarik kan.. Cheh cheh..

4. kelebihan dia di mata anda
ke'kerek'an nya sungguh menawan hati.. kahkah.. tapi betul ni.

5. harapan
kekal bersama hingga ke syurga. wah wah..

6. gambar kekasih hati















******

Here's a another tag i guess.

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
dedek, zha, an

ANDA SEORANG YANG:
serius lagi selamba

INSAN TERISTIMEWA? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA:
cinta tidak memerlukan sebarang penjelasan.. uhuk uhuk

LAGU KESUKAAN ANDA:
iLUVu - ctnurhaliza.. giler best, dengar bnyk kali pun x jemu.. heheh

MAKANAN KESUKAAN ANDA:
pecal

WARNA KESUKAAN ANDA:
dark color like grey or black

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
cakap belit-belit: straight to the point jelah.. argh..

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA :
purse, hp, camera

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA :
Semalam, bumped to this story about a lady yang kena terminate her 6 months old twin due to TTTSyndrom via D&E (dilate and evacuation).

TAG 7 RAKAN ANDA:
Didie, Zerol_ewan, UmmiKhayra, Munira, Scudmami, Nuroll, Shakeymirza

New baby is on d way..


*Grin*

How heavy is ur blog?

Bloghop and i found this.
The verdict said : bawah 200KB memang ok laa... kalau 150kb kebawah lagi laa cantik.. laju!~ cepat loading :)

And mine:

Menarik-kan..
Apa kata korang cuba jugak :-)

Jumaat, 26 Jun 2009

Pengembaraan bermula

Backdated story. Happen on 24th June 2009.
Oh, I was so lazy too update: I need extra time perhaps. Nak urus rumah and bersama keluarga lagi. Prioritize bebeh, prioritize. Internet no 2.. Heheheh..

Ofis Mat is having their family day and one of the activity was watching movie outdoors – kira macam starlight cinema la. The movie chosen was Geng Upin Ipin. Frankly said, weol dah lama sangat tak tengok wayang. The last time when I was pregnant Zahra, we watched ‘Cinta’. So, this is quite an experience especially for Zahra – first time tengok wayang. Movie started at 8.30 and ended at 10 – tekun dia tengok, tak tidur langsung. Umi yang lenguh sebab kena tampu Zahra dok atas peha.


Time ni tak start lagi. Zahra muka blur.. 'Kita nak buat apa ni?'

Semua pun sabar menunggu..

Semua pun tekun menonton..

What happen at thirty

Hari ni dah masuk era baru. dulu-dulu kalo dengar jer umur 30-an.. erm.. dah tua la.. hehehe.. so sekarang, aku dah tua la.. ekekek..

Thanks for those wishing me:
Via eml:


In facebook:



In this blog:



Tru sms: Asmatul n Wani.. :-)
Terima kasih banyak-banyak korang sebab wish me turning old.. ekekek.. LUV uol so much!

Later in the evening, we had dinner at the Johnny’s.

I simply love candid pictures.. hehhehe

This is only pre-celebration: yang 'sebenar' adalah pada hujung minggu ini.. ekekek.. Can’t hardly wait.. Mana kitaorg nak pergi nanti I story-mory..

Btw, dapat tahu MJ RIP today. Innalillahiwainnalillahirojiun..

Selasa, 23 Jun 2009

Our dinner tonite

Life's lame. I have nothing interesting to write.
However, it seems an oblige to connect with the world (oh ow, its an addict symptom..)
Thus, I present to the world you our dinner tonite. Udang goreng tempura: we barely eat nasi nowaday.. jaga badan.. ekekeke.


Sedap. Sampai menjilat pinggan. Huhuhuhu..

Hiatus mode

Ahad, 21 Jun 2009

Mari membina masjid

Ya, kawan-kawan.. Mari bersama kita membina masjid.. Nope, bukan kawen, tetapi yang betul punya. Not really a masjid la, it's a surau.

Our taman P9B, masih belum punyai surau, but we've already have the JawatanKuasa Pembinaan Surau, and this jawatankuasa have been bergiat cergas dalam mengumpul fund untuk pembinaan surau tersebut. Kos pembinaan surau diestimatekan sebanyak RM900000 (RM sembilan ratus ribu) and now we still lacked of RM80000 (RM lapan puluh ribu).

So, for my reader out there, marilah kita bersama membina masjid: pelaburan untuk akhirat. :-)

If you wanna to throw some money, the detail is:
Bank: Bank Islam Putrajaya
Nama akaun: Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint 9B
No Akaun: 16018010013718




Semoga jasa baik pihak anda akan diberkati oleh Allah swt.

:-)

ps: this is not a scam. bukan paksaan jugak.

Me n my teddy: goin 2 school



Jumaat, 19 Jun 2009

Quicksilver afternoon

Petang yang sangat tak dirancang.. except for Walid yang memang planned nak naik bukit dengan basikal.

After coming back from work, aku tukar baju and off to send Walid to Extreme Bicycle Park kat Precinct 20. Since Walid said that he's ain't going to take longer than an hour, instead going back home, aku rasa better aku lepak-lepak je ngan Zahra. So first we went to Precinct 6 - ingat nak pegi ke man-made beach, tapi tengok cam ramai orang, so I just brought Zahra to the pool. Mandi kolam: sebab semua adalah tidak dirancang, so she's butt-naked in the kiddy pool. Hahahaha.. tak de orang pun, so selamba je la.. ekekek.. (bad mama.. shake your head, people.. hehehe)


Hampir 1/2 jam, we left the pool. Walid still tak call cakap dia dah habis main, so jalan-jalan dalam kereta, I brought her to the Equestrian Park. Wah, tak sangka kat Putrajaya ni macam-macam ada. And just at the right time, from 18-21 Jun ni ada Eques-Tournament, so ramai gak la orang kat situ. And we managed to see lots of horses. Besar-besar kuda tu. Zahra was excited yet terrified. Suruh pergi dekat ngan horse (sebab Umi nak tangkap gambar), dia nanak, tut (tak nak, takut). Heheheh..
Sedang bz taking pictures, Walid pun call- That's the end of our quicksilver afternoon.



Ooo.. I love Friday.
Selamat berhujung minggu, people. :-)

Khamis, 18 Jun 2009

Rindu..



Giler siyes dia sangat comel.. Uh..

Exclusive breastfeeding

Extracted from the course that I went yesterday.

Exclusive breastfeeding is giving your child with only breastmilk for at least 6 month:
1. without any addition with any other food or water ... checked
2. giving milk with unlimited of time ... checked
3. no pacifier or teat ... ops (kantoi)

So, basically I don't follow the rules.. heheheh (ilmu masih x cukup.. ekekek)

Rabu, 17 Jun 2009

Kalut sekejap..

Malam ni malam laundry baju kitaorang. Basically memang tiap-tiap malam basuh kain, but rotate antara baju kitaorang ngan CDs. Like yesterday dah basuh CDs so malam ni nak basuh baju. Baju kali ni memang banyak bcoz hari Isnin aku ngelat tak basuh, so I have two bakul of baju to be wash.

Fisrt round, basuh macam biasa. Nak masuk yang second round suddenly, mesin tak nak function. Aik, nape pulak. Aku dah gelabah takut rosak: tak kuasala kawe nak basuh tangan wei.

Nasib ada my Mr Mat-gyver. Dia godek-godek and suddenly tengok ada coins lekat dalam mesin tu. Maybe dah lama kot coins tu lekat- dah berkarat seh.


After that, mesin pun function macam besa. Alhamdullillah. :-)

Kursus ..oo.. kursus

Desperate mode.
Tahun dah habis separuh, kursus belum pergi lagi: well, dah pergi 2 hari and berbaki lagi 5 hari - for gov officer we are compulsory to go for courses at least 7 days in a year. Kalau tak achive 7 days, masaklah peratus LNPT nanti. Huhuhuh..

Kat sini tak macam kat kementerian. Kat sana best, ada je kursus, sesuai atau tak, bole je pergi: tak kira fee nya berapa. Here, main barrier adalah fee: kalo free ok je but yang berbayar have to consider benefit ke tak, related ke tak, dengan bidang tugas.

So, hari ni aku telah berjaya menghadiri satu kursus (percuma) anjuran HSdg. Hehehe.. Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu.. Hahah - desperate enuff rite.


Okla tu, 3 down, another 4 days to go. Fuh.. berpeluh jugak nak cari kursus apa nak attend ni.

Penawar stress

Semasa ubah mengubah meja: jumpa pamphlet ni – Tangani Stres Anda.




Jadi anda stress? Amalkan sepuluh B.


Semoga ceria, people.. :-)

Selasa, 16 Jun 2009

Ubah angin

At first, I wanted to put the title as 'Takde kerja punya pasal', but bohongla bila kata kat ofis ni tak banyak kerja: dengan system yang masih down lagi.
Tapi gigih jugak aku ubah kedudukan meja. Hahah.. Nak amik mood.. ekekek


Btw, dulu dia macam ni. Hehehe..

Sampai jugak..

CDs itu akhirnya. Bayangkan lah, dah penuh dah 2 baldi soiled CDs Zahra yang aku tak basuh: tunggu semata-mata nak basuh sekali dengan CDs baru ini.

I bought Thirsties fitted L size 4 pcs and 2 pcs Thirsties Diaper Cover juga L size. Ya, ya, ya.. CD ni CD mahal, and how cheapskate mommy like me, end up beli CD mahal ni? Well, ini adalah CD 'fitted' yang paling murah: aku dah kaji. Ekekeke.. Btw, beli di tinytapir.com.
New CDs - yummy

Pre-wash together with 2 pail of soiled CDs.. huh

Dengan terbelinya CDs ini, harapannya semoga malam-malam kami tidak kebanjiran lagi. Heheheh..

Isnin, 15 Jun 2009

Cerita minggu lepas dan hari ini

Minggu lepas:
Balik kampong: Ipoh. Sebenarnya tak rancang pun nak balik sebab ada part-time work on that Saturday morning. Tapi sebab dah lama tak balik, and next week pun still ada kerja part-time itu, so we chose to balik Ipoh this weekend.

Dan menarik juga balik minggu ini sebab semua pun ada: means my elder sis pun balik juga (sempena cuti sekolah yang dah nak habis itu).

Oh, tujuan balik juga adalah hendak meng’claim’ barang yang Mama beli tuk Zahra semasa berada di Bandung awal cuti sekolah hari tu. Seronok makcik tu ngan kasut baru. Sampai tidur pun nak pakai itu kasut. Hehehe..

Last week jugak aku beli CDs for Zahra (again?). Hehehe.. Kali ni beli CDs ‘fitted’ untuk dipakai pada waktu malam. Zahra pee sangat banyak la sekarang ni. Mothercare cd tu dah tak dapat menampung komposisi cecair yang dihasilkan- mesti bocor. At first, I’ve planned nak guna CD waktu siang je and malam guna dispo. We did that, surprisingly, dispo pun bochiok – tiga malam berturut-turut. Jenuh, nak kena basuh cadar and suchs. And I figure-out that using fitted would be the best solution: sebab I did tried using Mothercare cd wrapped with Thirties diaper cover – from 10pm to 6am: voila, no leak. Lega hati sebab tak perlu cuci cadar.
Masalahnya dah beli and dah buat payment on last Wednesday, till today masih tidak ada lagi bayang parcel menjelma. Lambat pulak service tinytapir.com ni. Erm..

Tentang my spontaneous abortion, aku tak kena admit, juga tak kena DnC. Sekadar kena bebel ngan Mama sebab ‘tak menyabor nak dapat anak’. Heheheh..

Some of the pics taken in Ipoh:
Zainal's 3rd generation get together

Zainal's 2nd generation gossiping together

The Zainal

Hari ni:
Dah kerja (uhh..) tapi terasa sangat lemau dan tidak produktif. System down – bayangkan lah apabila sebuah ‘Hospital IT’ terjebak dengan masalah system down, terkial-kial semua nak kena buat manually.
Harap semua ok semula esok supaya aku dapat menjadi seorang pekerja yang active, beneficial dan dapat memberi impak kepada penjanaan economi negara ke arah Malaysia Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Cheh.. temberang.. orang dah tak guna slogan tu lagi dah la.. Heheheh…