Isnin, 30 April 2012

The Birthday dress

Agak lewat beberapa minggu sbb Ummi too bz for bazaar prep. But at least still in her birthday month. Kain tu dia pilih sendiri kat Etsy. Hehee…



About the dress: simple design I traced from her previous dress cuma besarkan skit and add lengan sbb the prev dress is sleeveless.



Glad she loves it :)



-----

Neeza Zaini

www.fb.com/NeezaneedleS

Rabu, 25 April 2012

Comot..

Me @GCDC. Hehee..
*Picture taken from Liza SNUGGbaby and Nuha MOMBasics FB album. Thanks guys :)

Isnin, 23 April 2012

The Gcdc bazaar

Penerangan gambar:
1. On the way to SU, Sg Buloh. Thanks to parent that went to back to kampung and left their big car with us. Hehee :)
2. My booth (second setup). First set up, mannequin pakai Merak but that Merak went to her new family so I put a ringsling instead.
3. Close up booth. Pictures as a display items.
4. Customer trying the baby size Meraks.
5. End of the day. Having lunch at 5pm. With the love of my life.

Alhamdullillah. All went well. In fact it went beyond expected. Syukur-syukur. Alhamdulillah.

Sejujurnya: Ia merupakan keterujaan yang melampau. Dan kecuakan yang terlebih-lebih. Sebab semuanya kali pertama- The bazaar / craft show itself, me meeting customers in real life and having to prepare stuff for sale. Stuff was prepared in a very last minutes. Started all on Tuesday- I set it to be the ring slings day, and from Wednesday onwards jahit Merakss. Konon nk jahit Nuri jugak. But time is too tight, however, alhamdulillah I managed to bring 10 ring slings and a dozen Merak ssc: a baby size, a pre-school size, two toddler size and the rest is standard size. So, I have a total of 22 items up for sale. All prepared by me. Alone. In 4 days. Gila.

Sebab bazaar adalah kali pertama, punyala pecah otak fikir mcm mana nk hias table and display items. My items is not small btw. Takan nk letak seketul-seketul carriers atas table plak kan. So, I decided to take pictures and display the pictures of the carriers instead. Meraks was perfectly done on that morning so, after Suboh, kelam kabut nak menangkap gambar then baru nk set up printer (that I just bought purposely for the event), nk edit gambar and mempackaging kan the Meraks. Yada-yada, 845am gerak dr rumah and arrived at 930am. So, I think just nice as event starts at 10am kan. Btw, Saujana Utama Sg Buloh tu agak jauh jugak. Thanks to Google Maps, jadi kami tidak sesat, walaupon tertanya sesama sendiri, 'boleh pakai ke tak ni' (referring to GM directions).

And sales begin right after I set up the booth. Dan terus menerus. Alhamdulillah. Customers came from my FbPage most of it. Terima kasih sangat-sangat! Sungguh saya terharu. Yang dtg seawal mungkin sbb nk cop pattern, yg hantar wakil sbb tinggal jauh, yg dtg naik teksi dengan anak2 sbb suami kerja, yg dtg right after hari sukan sekolah, yg sms bnyk kali minta disimpankan carrier sbb nk dtg after Zuhur, dan ada tu ckp 'sy nk cuba je tau, tak nak beli' but then end up buying one ;); sungguh, sungguh saya terharu. I din expect such a support. And all one dozen of Meraks fly away to their new home. Alhamdullillah… syukur sangat-sangat!!

Terima kasih pada team Gcdc for the opportunity given even pada mula nya I was a bit reluctant (sbb memikirkan tak de readymade items), Terima kasih pada customers yang ada tu datang dr jauh jugak, Terima kasih kepada suami yang menjaga anak-anak dan redho dengan masakan kedai dan kelamkabutnya rumah for the past 5days, dan syukur pada Allah swt atas SEMUA: peluang, kesihatan dan semua.

And before I end, I wanna share some tips (for setting a booth) that I got from the net:
Craft Show Tip
#01: First impression is everything. Stray from the ordinary when designing your display.
#02: Let your name be heard (or seen). Invest in a banner with your logo.
#03: Don't annoy your neighbors.
#04: Network. Meet other artists and have fun.
#05: Be friendly. Smile and say hello to potential customers.
#06: Be confident. Take pride in telling shoppers about your work.
#07: Observe shoppers. Talk to them about products they're interested in.
#08: Let shoppers sample and try on your products.
#09: Take business cards. Lots of them.
#10: Enjoy urself.

Ok. That's all. Again to family, friends and customers, thank you very much. Terima kasih yang tak terhingga. Syukur, Alhamdullillah! :D




-----

Neeza Zaini

www.fb.com/NeezaneedleS

Selasa, 17 April 2012

NeezaNeedles Debut bazaar

Yes, NeezaNeedles will be joining its first ever bazaar in conjunction with the Great Cloth Diaper Change (GCDC) event at Moms Basic, Saujana Utama Mall, Sungai Buloh this Saturday 21 April.

Do come and support me. Thanks!!! :)



Ahad, 15 April 2012

DVD Konvensyen bidadari

Ok, Konvensyen Bidadari yang saya pergi tempoh hari dah keluarkan DVD dia- 2 hari konvensyen tersebut. Harga Rm200 bole tengok kat FbPage diorg or go to this link.

So, ada yang tanya sebab saya asyik bercerita tentang Konvensyen ni, worth atau tak untuk beli DVD ni, sebab harga pun tak murah kan..

Well, bagi saya yang berada di dalam dewan secara langsung, I would say worth your money, sebab penceramah bukan calang-calang orang. But penerimaan ilmu tu, I cant assure. Macamana ilmu itu bole menembusi hati dan benak seseorang bergantung pada diri seseorang itu juga. Sebab all this while, I am searching food for my soul, titik tolak untuk suatu tindakan: pencetus momentum. I have Mat actually kat rumah yang dah lama berkecimpung serius dalam mencari Nur Ilahi, but I have to say that he is too fast, aku tak dapat nak kejar. Untuk orang yang memang bukan background agama, keluarga pun setakat menitikberatkan yang surface sahaja, untuk sampai ke tahap cinta Allah swt secara hakiki tu susah. Serius waktu tu, aku tak dapat konsep tu sebenarnya.

And Alhamdullillah, sebab niat aku pergi konvensyen ni (2 hari tinggalkan anak-anak) untuk ilmu, aku dapat rasa yang konvensyen ni serba sedikit meninggalkan kesan dalam hati. Banyak la ceramah yang meremang-remang rasa, like the first sesi: Uztazah Fatimah Syarha, dia cakap pasal Wanita Solehah Bidadari Syurga je: 4 orang: Asiyah as, Maryam as, Khadijah as dan Fatimah as. Cerita part Asiyah je aku dah menangis tersesak2. I think orang sebelah pun mesti heran, 'kenapalah dia ni teresak2'. Sebabnya, I am so small, compare to these women, in fact I am tiny compare to Ustazah Fatimah Syarha herself. Muda, tapi ilmu tinggi, masyaAllah. Banyak benda yang dia tahu, yang aku tak tahu, sampai rasa macam kalau la mati esok lusa, apa yang aku nk bagi kat Allah swt ni. Kosong.. takut sangat. Tapi taknak la jadik Al-wahnu- Golongan yang cinta dunia dan takut kematian. Kematian itu pasti, malah patut bersyukur dengan kematian sebab ia menandakan 'exam' dah tamat, dan cuma menunggu 'keputusan' sahaja. Sebab kita nak lulus cemerlang kan - nak dapat Jannah, maka kena ada usaha. Perlu buat sesuatu.. bukan menunggu (hidayah).

Dan tulah, saya rasa Konvensyen ni membuka mata. Tengok budak2 Universiti, so young and so eager with majlis ilmu. Compare to me zaman Uni dulu mana ada. Subhanallah. So, all I can say is, you will get the ilmu (from the DVD) tapi perasaan dia tak sama. Aura berkumpul beramai dengan cas positif semua mahu jadi baik, lain, dengan dok sorang dua depan tv kan.. but you will get the ilmu for sure. InsyaAllah.

Sapa rasa nak beli, beli la. Rm200 compare to the ilmu.. Support product Muslim, dan dapat ilmu jugak. OK. Sekian, iklan tak berbayar.. hehee ;)

Sabtu, 14 April 2012

The new bag



I bought a new bag: a sling bag or also known as a cross body. A cheap one, of course.. hehee.. I am not a bag person, so mmg tak terlintas pun nk beli bag baru. But demi menyahut seruan, mempraktiskan ilmu yang telah dipelajari: untuk hati dekat dengan Quran, bring the Quran where ever you go, so I bought a mini terjemahan Quran and sebab bag yg sediada itu terlalu kecil untuk memuatkan Quran yg juga kecil comel, I ended up buying a new bag. Tak mahal. Beli kat FOS je. And I am so happy with the bag, sbb more to kandungan dalam bag itu.



I know dlm telefon pun bole download apps Quran terjemahan, but the feel tak sama. Serious. Its like reading via televisyen. Feel dia tak sama kan.. Mebe we (or it just me) has put focus that television is for entertainment so when we wanted to put it as a knowledge item dia tak jadik. I view my phone as an entertainment tool, so reading Quran or any other things rasa tak sampai. And with me yang mmg ada rabun dekat, lagilah susah nak membaca via phone.

So, buku jugak yang lebih berkesan. And Alhamdulillah, when I know that I have Quran in my bag, I have a high tendency to flip it tru. Like recently, we went out, and while waiting, I can basically finish one chapter. Alhamdulillah.. And I feel happy with it; sebab kalau biasa, while waiting I tend to play with phone (sbb kalo tengok2 orang lalu lalang, hati ni cepat je nak berkata2), and biasalah bila masuk phone, I'll go to twitter/fb and dekat situ pun hati akan berkata2 jugak-kan, and I will end up playing sudoko/solitaire yang tidak berfaedah itu.

--Nak add skit: Ayat 31, Surah An-Nur yang menyuruh kita berhijab/bertudung, dimulai dengan menyuruh kita menjaga pandangan (jaga mata kita dahulu) sebab mata ni punca nafsu: Lihat, kita nak, Lihat, nak mengata, Lihat, hati berkata-kata; baru lah susulannya diikuti dengan syariat pemakaian hijab.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)


And balik kampung baru ni pun, because I have my Quran, so I can finished 1juzuk in two day (which normally kalo kat rumah will took 5days) and I am happy with that. Thanks to Wardina yang stress benda ni sangat2 in KonvBidadari hari tu. Jazakillah to her. [I like her, seriously. Suka betuk dengan perubahan beliau :D].

And of course,  I know, some people has done this long before, and as for me, I just started. Bukan nk mengecoh, but I just want to share, that this tiny little thing is soo seronok, and it works on me, and I now can slot my time to read Quran, especially while waiting. Masa tu jadi berisi. And I know antara kita ramai yang kesuntukan masa esp utk 'perkara seperti ini' so I guess this can be a tips, to cut of some crappy activity, to clean our heart, to get closer to Allah swt.

Semoga apa yg dikongsi ini akan menyebarkan yang terbaik untuk kita semua, insyaAllah :)

Khamis, 12 April 2012

She turn 5

Last Monday: 9 April.

Happy Birthday to my big baby girl.



She requested house as her birthday gift. And since the kids stay home 24-7, we bought the house. Cos we know they will be utilizing those toys. Hopefully, insyaAllah.



Hamza seperti biasa dapat little excavator. Hehee…

Selasa, 10 April 2012

Doa Nabi Ibrahim

Surah Ibrahim. Ayat 40-41

Jom kita hafal doa ni. Bagus utk dibaca semasa sujud dan juga doa selepas solat. Jelas tapi dalam maknanya :)

Tips nk jahit bulatan bg cantik

1) Jahit dengan kadar yang perlahan, tekan pedal kaki berhati-hati (I like my hand paddled sewing machine when sewing bulatan sebab jadik cantik bersih bulat)
2) Jahit perlahan, tangan tolak kain perlahan-lahan jugak.
3)Kalo jahitan sandwich atau top-stitches, iron dulu so that ia kemas dan lebih senang utk dijahit.
4) Again, if top-stitches, make sure the allowance (margin jahitan ke tepi itu tetap). Untuk mudah jahit, mata fokus pada hujung jahitan instead of keseluruhan kain. Bila mata fokus kat situ, kita akan ikut je margin jahitan, jahit laju pun insyaAllah takan tersasar.
5) Finally, praktis make perfect. Sekali tak jadik, kita cuba lagi.

Harap ini dapat membantu. :)
-----
Neeza Zaini
www.fb.com/NeezaneedleS

Isnin, 9 April 2012

Kem Tahsin Solat (sharing notes)

Alhamdullillah, again last Sunday I was able to attend another Majlis Ilmu. This time around dekat je dengan rumah, jalan kaki jer. Anyway, this is my notes, yang mana sempat amik. Kuliah mainly tentang solat, bagaimana mahu mencapai kusyuk dan diajar praktikal jugak- cara betul angkat takbir, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dll. Alhamdullillah, seronok sangat sbb bnyk jugak ilmu baru (dan diperbaharui) yang diperolehi. Dulu Penghayatan Solat ni ada dibuat di Masjid Putra, sambutan hebat and I miss that, Alhamdullilah diberi peluang kedua untuk belajar :).

Berikut antara nota yang sempat disalin untuk dikongsikan:
Dalam solat, bacaan kena tartil (bacaan betul dari segi tajwid) Tinggal tartil → Makruh.
Baca laju dlm solat → Makruh.
Bacaan surah lepas AlFatihah: rakaat pertama, surah panjang. Rakaat kedua, surah pendek. Kalau terbalik, pertama pendek, kedua panjang → Makruh.
*Solat sah tidak batal.

Kenapa kita nak perbaiki solat: bacaan, tatacara betul- supaya solat itu 'tinggi markahnya' dan diterima. Tujuan solat adalah untuk membersih diri, menjadikan benteng dr melakukan perkara yg dimurkai Allah swt. Hasil solat itu yg kita mahu, bukan bilangan solat/rakaat. Ada orang solat masih buat perkara mungkar, sbb nya solat tidak sepenuh hati, solat ala kadar, solat sekadar buat, jadi solat tidak dapat menjadi benteng. Tak dapat apa2 di dunia, akhirat lagi la.

Orang yg meninggalkan solat sbb malas menjadi kufur/kafir, boleh dikenakan hukum bunuh mengikut Islam (mazhab Shafiee). Mazhab Hanafi: menjadi orang fasiq bole dihukum disebat dgn kuat dan dipenjara smpi mati.

Solat jika Perbuatan X betul → Bacaan jadi X sempurna → Hati X kesampaian ⇛ X dapat Apa-apa.
X dpt apa2 means Solat tersebut tidak dpt jadi benteng untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt. Sbb tujuan utama kita bersolat adalah supaya hati dekat dgn Allah, cinta, takut dan gerun. Dan menundukkan nafsu ikut kehendak Allah swt.

Makruh berfikir ttg hal dunia semasa bersolat. Untuk mendapatkan kusyuk fikir tentang makna bacaan yang sedang kita baca. Sunat kosongkan hati (dr hal duniawi) ketika bersolat.
Kusyuk- faham dan teliti dengan apa yang kita baca.

Solat adalah munajat. Munajat adalah bercakap/berbisik-bisik dengan Allah swt. Stp ucapan kita dlm solat, Allah akan ucapbalas.

Solat tidak boleh diulang. Hukumnya Haram. Maka tetapkan hati dan niat sebelum memulakan solat. Jika terlalai dalam solat (teringat hal duniawi), istighfar dan teruskan bersolat.

Suruh suami solat jemaah di masjid/surau. Isteri di rumah akan dapat pahala yang sama.

Bacaan dalam solat kena betul (eg. Malikiyau mid din Bukan Malikiyau midin). Jika bacaan tidak betul solat boleh terbatal. Sunat berdoa dlm sujud. Sujud shj, rukuk dll tidak boleh. Tidak boleh bercakap dalam bahasa lain dalam solat. Maka kalau mau berdoa, make sure hafal doa dlm Arab untuk lafaz atau doa saja dlm hati (bahasa melayu).
Bacaan dalam solat wajib tahu. Rugi sungguh kalau kita solat dan tak tahu langsung apa yang kita ucapkan. Perkara sia-sia. Solat tak sampai, maka tak dapat jadi benteng untuk elak perkara mungkar.

Jangan lupa doakan ibu bapa setiap kali habis solat. Ajar anak2 kita doakan kita selepas bersolat. 'Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi kami ketika kami masih kecil. Tempatkanlah mereka di kalangan orang yang soleh.'

Nabi Muhammad saw bersabda, orang yang mandul bukanlah orang yang tidak punya zuriat. Tapi orang yang punya anak tapi anaknya tidak langsung mampu berdoa untuk nya.

Doa lah apa saja ketika dalam solat dan selepas solat. InsyaAllah, jika diperkenankan, akan dimakbulkanNya. Namun 'ikat doa' dengan statement "jika ini terbaik untukku dunia dan akhirat". Contoh 1: kita doa agar Allah melimpah rezeki dengan memajukan perniagaan. Jika tak 'ikat doa' khuatir Allah makbulkan, perniagaan maju smpi takde masa utk beribadat kemudiannya. Tak berguna akhirnya.
Contoh 2: Parents kalo nk doakn anak. Doa terbaik dunia akhirat. Eg:Aku doakan anak dpt straight As SPM jika itu trbaik dunia akhirat.Jgn utk dunia je. Kalo utk dunia, sat g Allah bg straight As. Dia pi UK, dia kawen matsaleh, convert agama sana. Tak dapat dah apa2 kita.

**Praktikal dan lain2 banyak related dengan buku Mari Menghayati Makna dan Bacaan dalam Solat (which I think a very good reference book).

***

I think that's all perkongsian notes yg sempat sy catit semasa dengar kuliah. Yang mana yang baik datangnya dr Allah swt. Yang mana tersalah atau silap kata tulisan, itu dari saya. Semoga kita semua dapat manfaat insyaAllah.

Sabtu, 7 April 2012

Kuliah agama sekitar Putrajaya

Ada 3 kuliah menarik hari Ahad ni je (8 April) sekitar Putrajaya.

1) Ust Hasnan at Surau P9B bicara tentang pemantapan solat. 9pg-5ptg.

2) Ust Hasrizal @saifulislam di Masjid Besi kuliah dhuha khusus utk wanita bicara tentang Gadis Semasa. 9pagi.

3) Uztazah Fatimah Syarha di Usrah di Auditoriom Masjid Putra. 9 pagi.



All talk is Free. Do grab the chance to go. Semoga mendapat ilmu yg manfaat dunia akhirat. InsyaAllah ☺



*I do tweet about this at my twit acc neezaneedles. Sumber2 kuliah juga bnyk sy dapati dr tweeter (which then I will retweet to spread the news).

-----

Neeza Zaini

www.fb.com/NeezaneedleS

Zikir berteraskan AsmaulHusna

Selama ni kalau berzikir, saya selalu hanya menyebut Alhamdullillah, Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah.



Baru ni saya ada baca buku 99Q- Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna. Secara amnya buku menceritakan 99 nama Allah secara terperinci - menandakan kebesaran dan keesaan Allah swt. Setiap satu perkara terjadi adalah melalui kehendakNya, tidaklah mampu kita menghalang atau mengawal.



Diakhir setiap chapter (chapter based on nama Allah, eg: Ar-Rahman, Ar-Rahim) ada diselitkan zikir nama tersebut utk kita jadikan amalan, beserta fadilatnya.



Baru ni, masa pergi Konvensyen Bidadari, Ustazah Fatimah Syarha turut menyentuh pembacaan dzikir nama Allah ini secara surface. Katanya, kalau mahu dimurahkan rezeki sebut Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki) 1000x sehari, sebut dengan mata hati, sambil buat kerja dan sebagainya. Jika kita hantar anak kita pada jagaan orang dan khuatir sesuatu buruk menimpa, dzikir dengan menyebut Al-Hafidz atau Al-Wakil (Yang Maha Pemelihara).



Semoga dengan meletakkan segala nya ke tangan Allah swt, menjadikan kita insan yang lebih tawadduq dan bersifat kehambaan. InsyaAllah.

Isnin, 2 April 2012

Seminar Celik Momz (sharing notes)

Antara intipati yg disentuh oleh Prof Muhaya dlm Seminar Celik Momz:

Tujuan kita punya anak: Kenapa mahu anak? Sebab anak adalah pencen akhirat. 3 perkara yg kita tinggalkann apabila mati adalah harta, sedekah jariah dan anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan kita.Maka didik dengan ilmu agama, jangan terlalu menerapkan keduniaan kepada anak (mesti dapat straight As, kerjaya bagus semua) sehingga melupakan terapan agama yang mana lebih penting. Banyak anak2 derhaka sekarang sebab keterlaluan menerapan duniawi - maka mereka sibuk kejar dunia dan menganggap ibu bapa yg tua ini jadi gangguan/beban. Jangan bandingkan anak-anak dengan orang lain - sifat berbanding ni akan menyebabkan kita berlumba-lumba mahu anak kita lebih bagus dari orang lain, akan menyebabkan anak-anak turut berlumba antara satu dengan yang lain untuk menjadi yang terbaik. Sistem kekeluargaan bole musnah sebab 'perlumbaan ego' ini.

Hubungan dengan suami: Walau tinggi mana jawatan, pendidikan, dengan suami jangan ego. Jangan memperkecilkan suami. Hormat lelaki yang bernama suami ini. Syurga isteri di kaki suami. Kalau suami tak redho, maka apa yang kita buat tak berkat.

Sebagai wanita: Jaga aurat, jaga tingkah laku dan adab. Jaga mulut, jangan bercakap perkara yang tidak baik dan sekiranya berkumpul dengan kawan-kawan, kalau ada yang mula nk bersembang perkara tidak baik (mengumpat) tukar tajuk perbualan atau keluar dari kumpulan tersebut. Mulut kalau suka bercakap perkara 'kotor', hati juga akan jadi 'kotor'. Hati yang kotor (dengki, iri hati, ego, macam bagus) susah nak dibersihkan kemudiannya. Cakap perkara yang elok-elok, perkara yang positif. If we give good thing, good thing will come back to us. Kehidupan adalah untuk memberi bukan untuk diri sendiri.

Kesimpulan: Apa yang kita buat, agama jangan lupa. Allah swt jangan lupa. Sebagai wanita, keluarga adalah penting. Berkat suami, ayah ibu. Dunia sementara, mati itu pasti. Maka, dahulukan mana yang utama. Kita kat dunia sebagai ujian, dan kita mahu lulus cemerlang dalam ujian ini untuk mendapat jannah Allah swt.

Ahad, 1 April 2012

Seminar Celik Moms

Attend this today. Talked by Prof Dr Muhaya. Alhamdullilah, another great majlis ilmu. Syukur kerna dapat menyertai nya.