Selasa, 27 Februari 2018

Kisah business dan NeezaNeedles

Bismillah..

Hari Ahad lepas kami ke Shah Alam, hajat hati nak makan tengahari di restoran kegemaran - Nyonya's Kitchen. Malangnya, sampai di hadapan kedai, kami dapati kedai nya sudah tiada lagi. Alahai, kecewa nya. Hilang satu tempat kenangan zaman bercinta dulu.. hehee..
Selesai di Shah Alam, kami singgah ke Klang rumah kakak ipar. Menurut beliau, lama dah restoran Nyonya's Kitchen tu tutup. Tahun ni memang dah tidak beroperasi langsung.. Erm, makna nya lama juga la kami tak ke sana. Last mungkin masa Amina masih baby. Cerita kemudiannya berlanjutan tentang kisah kedai-kedai yang turut ditimpa nasib yang sama dan terpaksa gulung tikar. "Letih business macam nilah - perniagaan untung ke, rugi ke, - gaji pekerja dengan sewa kedai tiap-tiap bulan kena prepare. Yang tu tak boleh miss," ujar kakak ipar yang juga punyai business sendiri.

Berbicara pasal business, tahun ini merupakan tahun ke-8 NeezaNeedles berada di arena pembikinan baby carrier, Alhamdullillah. Sepanjang 8 tahun, banyak juga improvement yang NN telah lalui. Walaubagaimanapun, carrier yang versi1 masih lagi digunapakai oleh customer. Bangga juga apabila ada customer yg berkongsi gambar carrier versi 1, yang mulanya dibeli untuk si abang, kini dipakai untuk mendukung adik-adik yg seterusnya. Alhamdullillah..

Saya menerima soalan seperti tak nak maju ke hadapan ke? Hire pekerja, buka kedai..
Erm, tipu la jika cakap tak teringin. Masa NN menginjak ke tahun ke4, di mana sambutan begitu menggalakkan, saya memang rasa bersemangat sangat nak mengembangkan business ni. Tengok pula kawan-kawan lain yang mengambil langkah ke hadapan, saya rasa tidak mahu ketinggalan.  Saya mula susun rancangan: nak ambil pekerja asing untuk bantu jahit menjahit, nak ke China beli bahan mentah secara borong, dan menyewa kedai untuk memberi fokus yang lebih. Siap google-google mencari lokasi kedai sekitar Putrajaya untuk disewa, dan kemudiannya turut mengintai-intai peluang pinjaman perniagaan yang diberi oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan. Hajat hati dinyatakan kepada suami, namun beliau tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengambil pinjaman sebagai modal.
"Business belum untung, hutang dah jalan"
.. katanya, yang saya setujui tanpa bantahan.

Lama kemudian, semasa saya sedang sarat mengandungkan Amina, saya ambil seorang pembantu. Terasa juga peritnya bila ada pembantu. Carrier terjual atau tidak, gaji pembantu mesti dibayar. Namun, sudah rezeki saya dan pembantu, setelah 4bulan bekerja, dia mohon berhenti, dapat offer kerja tempat lain yang saya fikir lebih lumayan gajinya. Alhamdullillah ala kulli haal.  Sedih juga dia pergi, tapi sedikit sebanyak lega juga sebab tak perlu memikirkan tentang bayaran gaji dia lagi.

Selepas kelahiran Amina, saya mulanya merasakan ingin bersara dari menjahit baby carriers. Mahu menumpukan perhatian yang lebih kepada pengajian Quran dan kelas-kelas online saya. Namun bila fikir semula, belajar ni pun perlu wang juga. Suami memang ada beri duit poket setiap bulan, Alhamdullillah, tapi saya rasa, adalah lebih berkat jika yuran pengajian saya datang dari hasil titik peluh saya sendiri. Pertengahan tahun 2017, saya terserempak dengan iklan pertandingan CraftMaster. Dalam hati terdetik, jika menang, dapat 10k boleh la berhenti menjahit. Berkobar hati untuk ikut berlumba. Makanya saya design Neat OSFA (one size fit all) - ssc yang boleh digunakan dari bayi berusia 4bulan ke kanak-kanak 4 tahun. Customer juga yang bagi idea sebenarnya ni. MasyaAllah quwataillah billah.













Unfortunately (or fortunately) saya tidak menang pertandingan tersebut. Tak tersenarai pun untuk saringan seterusnya. Alhamdullillah, pertolongan Allah swt, walaupun tak menang, tetapi OSFA is a hit. Rata-rata order yang masuk sekarang semua OSFA and I also enjoy making OSFA. Walaupon ambil masa sikit disebabkan proses menjahitnya yang agak details, namun ada kepuasan setiap kali selesai menjahit, dan customers beri feedback yang memuaskan hati. Alhamdullillah.

Dan dengan ini, saya masih menjahit baby carrier.
Masih soloprenuer. Masih home-based.
Tahun 1 mula business, dan kini tahun 8, kebanyakannya masih sama - beza hanya pada design carrier yang sudah semakin mantap dan lebih praktikal.
Alhamdullillah, saya gembira - malam tidur sangat lena.
Tentang expanding, brick store dan pembantu.. biarlah dulu. Saya masih mahu menikmati tidur malam yang nyenyak itu.
Rezeki buat masa sekarang adalah cukup - cukup untuk bayar yuran kelas TMEAG, Ribaat Rabata dan Al-Huda. Cukup juga untuk berbelanja beli buku.

Alhamdullillah..
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Ahad, 25 Februari 2018

Tumpuan

Bismillah..

Perbincangan di meja sarapan pagi ini dengan suami adalah berkenaan subjek fokus. Bagaimana memusatkan fikiran kepada sesuatu pekerjaan? Kerana diri kadangkala secara tidak sedar selalu tersasar. Contohnya, macam anda, mungkin melayari internet untuk mencari satu bahan untuk satu tugasan, namun 'terserempak' dengan blog ini, dan sedar-sedar 30 minit telah berlalu lantaran terleka membaca postings (harapnya tiada yang seperti itu ya..).

Well, saya rasa ini adalah 'penyakit zaman sekarang'. Lantaran terlalu banyak distraction - beribukan Internet, berbapakan Social Media.

Nak hantar mesej pada si polan di Whatsapps.
Buka Whatsapps.
"Eh group ni (yang telah dimute-kan) ada new notification," buka baca.
"Eh tak faham cerita apa ni." Scroll pulak past convo to know what the story is all about.
"La, cerita pasal ni ke? Aku pun ada pengalaman." Taip pulak pengalaman peribadi berhubung topik perbincangan.
Si A, Si B reply mesej. Bermesej-mesej pulak dengan mereka.
---- at the end, 30min GONE.
Mesej untuk si polan, masih tak berhantar.

Nampak? Macamana fokus utama telah tersasar. Haa.. tu baru cakap pasal Whatsapps, belum lagi cerita Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat.. yang semua ini, SEMUA ini, bertujuan untuk mengambil masa kita tanpa kita sedar. Dia ambil, dia tak curi, Sebab kita sendiri yang menadah diri merelakan masa diambil --"Lagi setengah jam baru start meeting, tengok FB la dulu". Pada yang merelakan dan memang merasakan "tak boleh hidup" tanpa socmed ni, saya tiada sebarang komen buat anda, TETAPI pada mereka yang sedar diri selalu terhanyut, dan ingin kembali kepada "dunia nyata", saya syorkan langkah-langkah berikut untuk anda ambil, hasil daripada pengalaman saya sendiri:

#1
Pada mula jadi surirumah dahalu, saya memang fail bab pengurusan masa. Masa siang dihabiskan berjam-jam menonton tv, dari satu cerita ke satu cerita. Asal melayan tv adalah sambil menyusukan anak. Anak dah habis menyusu, dah tidur, mata emaknya masih terpaku di layar tv. Banyak kerja tergendala, terutamanya kerja-kerja menjahit, yang menyebabkan saya terpaksa berjaga malam pula untuk menyiapkan upah jahit. Alhamdullillah, Allah swt cepat bagi kesedaran, maka perkara pertama saya buat, saya susun jadual - malam dah buat perancangan, esok kena siapkan carrier A, dan B. Pagi bangkit dari tidur, saya lihat jadual, perkara apa saya perlu capai pada hari ini. Alhamdullillah, banyak perkara yang berjaya diselesaikan apabila ada jadual waktu. Kerja sendiri duduk rumah, memang masa akan mudah terbuang jika tidak disusun dengan molek. Masa ni, saya masih lagi menonton tv. Setiap hari dalam jadual saya, masa 4-5ptg akan dikhaskan untuk menonton rancangan tv rancangan kegemaran.

#2.
Sambil menjahit saya suka mendengar lecture - Shk Hamza Yusuf, Bro Nouman, Sis Yasmin Mogahed, etc. dan hasil tarbiah, saya bagai tersedar bahawa menonton tv ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan rohani - banyak perkara maksiat. Yang berlakon suami isteri, di luar bukannya suami isteri pun, perempuan yang mendedahkan aurat, watak pendengki dengan kata-kata kesat, semua ini boleh menimbulkan titik hitam pada hati. Maka, saya berhenti menonton dan beralih kepada aktiviti baru: membaca buku. Alhamdullilah. Aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi diri ini. Sedari kecil saya memang suka membaca cuma bila usia telah berinjak dewasa, buku yang ada di pasaran tidak menambat hati. Terima kasih kepada Prof Kamil dan kak Roza, di mana tulisan mereka telah menyebabkan saya menemui kembali keasyikan dengan aktiviti membaca.

#3.
Kadang tu, apabila kita mula melibatkan diri dalam socmed, kita menjadi 'jakun' - seronok sangat dapat berhubung dengan ramai orang, orang 'mendengar' hasil tulisan kita, orang 'like' gambar kita, orang memberi komen yang positif. Secara tiba-tiba, kita bagaikan selebriti. Yelah, kalau sebelum socmed, kita ni cuma orang-orang biasa yang tak ada siapa nak ambil tahu, tak de siapa kisah atau peduli - orang biasa yang stale. Jadinya, apabila terdapat 'spotlight' yang tertumpu pada kita, kita jadi seronok - mula la asik nak berselfie sahaja, tunjuk setiap gambar yang ada, semua benda nak tulis nak cerita supaya orang like, orang share. Jadilah kita ni hidup bertuan kan socmed.
Saya juga pernah ketagih Twitter suatu masa dulu - semua benda nak update dalam Twitter. Sehingga la saya dengar ceramah Imam Suhaib Webb (jika tak silap) bila mana semua benda nak report di socmed, jadi di mana peranan Allah swt. Bila masa nak mengadu pada Dia? Saya hentikan terus aktiviti Twitter dan supaya tidak jatuh ke dalam 'lubang' itu kembali, saya deactivate acc tersebut. Begitu juga dengan instagram. Seawal kemunculan iG, saya rasa best sgt platform socmed ni. Alhamdullillah, semakin lama. keseronokan nya semakin hilang. Kemunculan istory mengeruhkan keadaan, di mana hampir semua orang yang saya follow, sibuk untuk mempamirkan story masing-masing. Saya mula mual apabila story yang dimuat naik sungguh tidak berkualiti, eg. Derap kaki perjalanan ke kantor juga nak di-story. Apa ni? Buang masa saya yang menonton. Untuk itu, I took an iG break during Ramadan last year. Dan Alhamdullillah, selepas itu, rasa untuk kembali semakin tawar. Mula tahun ini, saya undur diri dari iG. One word: Lega. Lapang rasa kepala.
Sekiranya hidup sudah terlalu bernafas dengan socmed, pendekatan yang terbaik adalah berpuasa. Puasa zahir dan batin. Puasa diri juga berpuasa daripada social media. Seronok sebenarnya hidup tanpa socmed. Masa menjadi semakin banyak dan boleh memfokus kepada perkara lain yang lebih berfaedah.

#4
Socmed juga mempengaruhi untuk kita menjadi fomo - fear of missing out. Apa berita sensensi terkini, apa yang berlaku sekarang, siapa kawin, siapa bercerai, dia pergi mana.. sebab tu tangan tu asyik nak melekat je dengan telefon dan scroll scroll scroll selagi boleh. Ini turut boleh menjatuhkan diri kita ke kancah ghibah. 'Dari mata turun ke hati' kata pepatah - sudah dilihat-dilihat, dalam hati mengata. Rugi la kita apabila bersendirian, masih berupaya mengumpul dosa tanpa sedar.
Di sini, kena selalu ingat balik tujuan hidup - dari Allah swt, untuk Allah swt, dan akan kembali kepada Allah swt. Hentikan narsistik, kerana ini melalaikan kita daripada landasan hidup. There're so many thing outside the socmed box, keluar dan nikmati hidup yang sebenar, berhubung dengan jiran, saudara mara secara realiti, bukan berlindung di sebalik dunia maya. Suka saya nak tulis, jika rasa ada banyak sangat masa, cuba lah hafal Quran. Kerana itu lah yang seafdalnya perkara yang patut kita buat buat untuk 'mengisi masa lapang'. Quran adalah sebaik-baik dzikir. Dan sememangnya tugas kita untuk sentiasa ingat pada Allah swt setiap masa.


Kesimpulannya, hidup ni bagai boleh dibahagi kan kepada dua - Alam maya dan Realiti. Hati-hati dengan kehidupan alam maya kerana ia yang banyak mengambil masa kita tanpa sedar. Fokus point kita mesti harus dilaras sentiasa agar tidak tergelincir dan tersasar daripada target asal. Fokus pada akhirat adalah yang sebaik-baiknya. Dan mereka yang *fokus adalah mereka yang berjaya (Surah Hud, ayah 23).

*fokus = kusyuk

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Khamis, 22 Februari 2018

Nasihat-nasihat penting

Perjalanan Penghafaz Quran.

1. Milikilah teman hafiz
Berusahalah memiliki saudara seiman yang Anda mencintainya dan dia pun mencintai Anda.
Anda menjadi penolong/penyemangatnya dan sebaliknya untuk senantiasa menghafal al-Qur’an. Anda memperdengarkan hafalan Anda dan sebaliknya dan saling membetulkan.

2. Memiliki Syaikh ahli tajwid.

3. Mengikuti Halaqah/Perkumpulan al-Qur’an.

4. Menjauhkan diri sesegera mungkin dari teman-teman yang selainnya.

5. Menjaga pandangan dan pendengaran.

6. Memperbanyak shalat sunnah dengan membaca hafalan al-Qur’an.

7. Mengajarkan menghafal al-Qur’an kepada orang lain.

8. Selalu minta tolong kepada Allah سبحانه وتعالى dan tawakkal.

9. Tanyakan pada diri Anda, kapan saya menyelesaikan hafalan harian yang telah saya rencanakan.
Pilih waktu yang tepat untuk menghafal, seperti pada pagi hari.
JANGAN LALAI walau sebentar, bahkan pada saat Anda istirahat, sedang makan, bicara, hati Anda harus terus selalu bersama hafalan al-Qur’an.
Manfaatkan waktu sebaik-baiknya.

10. Jangan menghafal saat marah. Jangan menghafal saat sedih. Jangan menghafal saat emosi tidak stabil.

11. Jaga pemakanan:
Jangan makan terlalu banyak / jangan menghafal saat kekenyangan,
Jangan minum terlalu banyak setelah makan kenyang,
Jangan tidur terlalu banyak,
Jangan menghafal saat perut keroncongan.
-- Saya menemukan saat yang paling mudah menghafal (termasuk juga mengulang-ulang hafalan/muraja’ah) pada saat perut saya tidak lapar, tidak juga kekenyangan, tidak capek, saat malam jam 1 hingga sebelum shalat subuh maupun sesudahnya di saat subuh. Semua itu hanya bisa dilakukan kalau Allah سبحانه وتعالى menghendaki.

Banyak-banyaklah berdoa supaya Dia سبحانه وتعالى jagakan kita sambil juga kita berusaha.

Sumber: Penghafal Al-Qur'an

Isnin, 19 Februari 2018

On mission

Bismillah..

Was about to update the 500 words challenge (but I am facing some difficulties to construct the words) and suddenly bumped into this article.

ON MISSION - beingminimalist.com

Quoting some statement that I think would reflect on my situation right now:

“People are effective because they say ‘no,’ because they say, ‘this isn’t for me’.” —Peter Drucker
In his book, Essentialism, Greg McKeown reminds us of an important truth, “You can do anything, but you can’t do everything.
Successful people are adamant about saying ‘no’ to things that do not align with their mission. Staying on mission is about learning to say ‘no’ to the urgent requests, the popular requests, and the countless opportunities in front of you to make an extra dollar.
What is your purpose? What goals do you have for your life? On what mission do you desire to live? And what plan have you developed to help you get there?
Go, pursue it with your heart and your life. And learn to say ‘no’ to all the countless opportunities that will only distract you from it.

Reminding myself about my purpose and mission:
I want to memorise the Book of Allah before I reach 45 years old, which is approximately, I have 6 more years to reach my target. It been said that if someone memorise a half page of the Quran every day, by 4 years he/she will memorise the whole book, insyaAllah biithnillahi taala. And it is also said the time needed to memorise half page of Quran is about 2hours. I can do this, insyaAllah.

For the sake of Allah swt, I can do this.

May He make this journey easy and success. Ameen.

Ahad, 18 Februari 2018

#1: I remember

Bismillah...


Ikut serta dalam challenge ini sebab: pertama, asah bakat penulisan, dan kedua, insyaAllah akan ada update harian di blog ini berhubung dengan topic yang diberikan. Oh, saya akan menulis dalam bahasa ibunda. Lebih selesa berkarya dengan bahasa tuturan seharian.

#1: I remember...

Bismillah..

Seingat saya, semasa zaman persekolahan menengah dahulu, mata pelajaran yang paling saya tak suka adalah subjek Pendidikan Agama Islam. Masa tu, saya rasa mata pelajaran ini, sukar dan bosan. Sangat tidak membantu untuk menarik minat apabila buku teks di tulis di dalam tulisan jawi. Terkial-kial nak membaca satu perenggan Sirah Nabi. Ustazah pula seorang yang garang dan sinis. Pantang buat silap, suka nak memperli. Sebab tak suka dengan subjek tersebut, saya dapat C semasa PMR dan C3 semasa SPM. Tapi masa tu tak rasa sesal atau ralat pun. Cuma sekarang setelah bertahun masa berlalu, dan setelah dibukakan hati oleh Ilahi, baru terasa bersungguh nak kembali belajar berkenaan Islam, belajar Quran terutama nya. Alhamdullillah kerana diberi kesempatan, walaupun terlewat, namun pada saya kelambatan ini bermakna. Saya lebih menghargai apa yang saya pelajari, dan lebih bersungguh untuk turut mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Alhamdullillah, atas rahmah dan hikmah.

For you Quran..
I want to remember,
Every letter, the page number, 
and the location of the words in my mushaf.
I want to remember every details,
I want to remember the ayahs,
I want to remember the meanings, and 
I want to remember the command, and act on it.
I want to remember, for the sake of Allah swt.
May He make my memory strong,
May He make this journey easy,
because
I want to remember...
Ameen.

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Jumaat, 16 Februari 2018

Ulasan buku - Menghafal Al-Quran dalam Sebulan

Bismillah...

Target buku untuk dibaca pada tahun ini adalah 50 buah buku. Masa mula susun target, perasaan nya berkobar. Namun setelah 2 bulan pertama hampir berlalu, timbul keraguan dalam diri sendiri, entah kan mampu atau tidak untuk mencapai target 50 buah buku dibaca untuk tahun 2018. Masa agak mencemburui - dengan jadual kelas yang padat - tmeag, rabata, alhuda, quranmn; kegiatan menghafal, menjahit, kerja kolumnist lagi.. macam-macam. Saya berdoa agar Allah swt memberkati masa saya dan meredhai setiap apa yang saya lakukan untuk berada hampir dengan Nya. Ameen.

Ok, Saya baru selesai baca buku ni: Menghafal Al-Quran dalam Sebulan.


Sekarang ni memang giat mencari dan membaca buku-buku bertemakan hafalan sebab saya betul-betul mahukan motivasi yang berterusan.

Anyway tentang buku ini, melihat pada tajuk rasa macam tak logik kan.. tapi apa pun content buku ni memang best. Penulis memberi tips kaedah yang terbaik untuk menghafal dan terus mengingati, yang pada hemat saya sangat praktikal dan lain daripada apa yang saya tahu dan praktikkan sebelum ini.

Ok, sebagai contoh, kita ingin menghafal 10 ayat pertama surah Al-Balad:



Kaedah yang biasa kita pakai (yang saya gunakan sebelum ini):
Menghafal ayat per ayat.
Ayat 1 baca sekurang-kurangnya 33 kali, hafal, dan move ke ayat ke2. Ayat ke2 baca sekurang-kurangya 33 kali, hafal, dan cuba combine ayat 1 dan ayat 2, baca secara hafalan 10 kali. Jika hafalan mantap, move ke ayat ke3, dan method yang sama berulang kembali. Ringkasnya:
Ayat 1 - 33 kali baca dan hafal
Ayat 2 - 33 kali baca dan hafal
Combine ayat 1 dan 2 -- baca 10 kali dalam hafalan
Ayat 3 - 33 kali baca dan hafal
Combine ayat 1, 2 dan 3 -- baca 10 kali dalam hafalan. Jika hafalan mantap teruskan ke ayat berikut dan jika hafalan sangkut ulang semula mana yang sangkut.
... dan seterusnya sehingga habis ke ayat yang ke10.

Cara begini, Alhamdullillah, akan tetap terhafal jika dilakukan dengan bersungguh. Namun, kekurangannya:
1. memakan masa yang agak panjang. 10 ayat diatas mungkin memakan masa berjam-jam jika setiap ayat dikehendaki dibaca sehingga berkali-kali.
2. menyambung satu ayat ke satu ayat yang berikutnya mungkin menimbulkan kesukaran atau kekeliruan, lebih-lebih lagi untuk ayat yang panjang. Ini kerana, penghafalan kaedah ini memisahkan satu ayat dengan yang lain, maka sekiranya kita mahu menghafal 10 ayat, maka kita kena ingat 10 rasul-ayat (permulaan ayat).

Kaedah yang diajar di dalam buku ini, untuk penghafalan yang mudah dan cepat tetapi tetap berkesan, adalah - Menghafal secara berperenggan, dengan melihat kepada intonasi ayat. Dalam contoh ini, kita boleh cuba untuk menghafal surah Al-Balad ayat 1-10 dengan membahagi kepada 2 bahagian - ayat 1-7 dan ayat 8-10, berdasarkan kepada penghujungnya - ayat 1-7 berakhir dengan qalqala (kecuali ayah5) dan ayat 8-10 berakhir dengan mad lin aridh lissukun. Jadi di sini kita telah memecahkan perenggan kepada 2 bahagian - maka hanya ada 2 rasul-ayat yang perlu diingati (berbanding 10 jika menggunakan method sebelumnya) dan masa yang diambil juga lebih singkat berbanding sebelum.

Saya suka apa yang diajar dalam buku ini sebab:
1. praktikal
2. mudah

InsyaAllah akan cuba untuk menerapkan method ini semasa menghafal kelak.

Lain-lain isi kandungan buku ini menerangkan teknik berkonsentrasi, kaedah murajaah secara berkesan, yang saya suka cara ulasannya, sebab menampakkan perjalanan proses menghafal ini menarik dan tidak membebankan.

Terima kasih kepada penulis di atas buku yang sangat bermanfaat. Semoga kehidupan dunia dan akhirat dirahmati Allah swt.

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Selasa, 13 Februari 2018

Tasbih kecil

Bismillah...

Ini adalah cerita kecil tentang sebuah tasbih kecil. Saya perolehi tasbih ini, sejak 4 tahun yang lalu di rumah Mama, ada tetangga yang baru pulang dari Umrah menghadiahkan sebentang sejadah, tersisip dengan tasbih kecil ini. "Comelnya..,' pandangan pertama saya lalu jatuh suka. Lalu saya minta izin Mama untuk simpan tasbih tersebut.

Tasbih ni biasanya saya letak dalam tas tangan. Digunakan semasa bersiar dan menunggu - saya cuba menjaga pandangan dengan memain-mainkan bebola tasbih sambil berzikir. Tasbih ini turut saya bawa ke Tanah Suci, peneman setia di Arafah, ketika mabit di Mina, di Haram, Mekah dan Madinah. Hampir tercicir ketika di Haram Mekah, gara-gara saya letakkan tasbih kecil ini di peha, usai membaca Al-Quran, saya bangun dan ianya jatuh tidak berbunyi. Alhamdullillah.. saudari di sebelah menyedari akan keciciran tersebut, bergegas dia bangun dan berlari hanya untuk memulangkan tasbih kecil, mungkin di hatinya bimbing akan kehilangan saya di celah-celah manusia yang ramai. Alhamdullillah.

Seketika kemudian, saya mendapat ilmu baru, bahawa berzikir dengan menggunakan jari adalah lebih afdal, lebih sunnah, Rasulullah saw melakukannya dan ruas-ruas jari kita mungkin kelak menjadi saksi akan kegiatan kita yang sentiasa mengingati-Nya, tak kira masa dan ketika. Saya suka kaedah  berzikir dengan jari - discreet, hanya kita dan Dia sahaja yang tahu. Maka, tersimpanlah tasbih kecil di tas tangan hampir tidak terusik.

Setahun berlalu, tasbih kecil kini kembali menjadi peneman setia. Kerana saya pelajari untuk mengingati ayat-ayat al-Quran secara utuh adalah mengulangkannya berkali-kali (minima 33 kali). Alhamdullillah kaedah mengulang 33 kali x 3:
i. baca sambil tengok mushaf 33 kali, 
ii. baca dari memory sambil intip-intip mushaf 33 kali, dan 
iii. baca dari memory 33 kali
dalam sekali duduk untuk setiap patah ayah banyak membantu otak tua saya untuk mengingati dan masyaAllah, quwataillah billah, hafalan tersebut lekat di minda. Ya, method nya memang perlahan dan memakan masa - dalam 1jam, saya mungkin mampu untuk menyelesaikan hanya 2 baris ayat, tapi Alhamdulillah, saya ingat apa yang saya mahu ingat dengan gambaran yang segar, Alhamdullillah.




Terima kasih tasbih kecil. Di suatu ketika saya rasa, tasbih ini hampir tidak berguna lagi dan hari ini juga hari-hari seterusnya, dia kembali berjasa. Alhamdullillah.


---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Khamis, 8 Februari 2018

Mushaf pt2

Bismillah..

Ini adalah kisah saya mencari Quran yang betul-betul sesuai dengan jiwa.

Panjang tak panjang lah kisah nya, selesai satu juzzuk dan bilamana masuk ke juzuk 29, barulah saya ketemu Quran yang menambat hati dan melekat di ingatan. Semoga berkekalan-lah ingatan tersebut sehingga badan dikandung tanah, hendaknya, Ameen.

Saya bermula dengan Quran mushaf madinah berserta terjemahan. Comel Qurannya, mungkin saiz A7. Berzip, sekali pandang macam purse. Sebab dia comel macam tu, dengan terjemahan sekali maka tulisan nya halus kecil amat. Perit mata tua saya memandang tulisan nya yang cenonet itu. Maka saya tukar dengan Quran saiz besar sedikit - A5. Masih mushaf madinah, tapi kali ni tanpa terjemahan. Pure mushaf, jadi kena jaga wuduq jika mahu menyentuhnya, dan kena dalam keadaan suci. Ok Quran nya tapi tak menambat hati. Border pada ayat setiap muka surat nya punya motif kerawang yang saya rasa agak terganggu, rasa macam serabut. Quran saiz A5 tapi sebab border dan ruang tepi yang luas, tulisannya masih kecil bagi pendapat saya.

Jadi saya tukar semula ke Quran terjemahan, tapi kali ni saiz nya lebih besar, saiz A5. Quran ni adalah kegemaran, ditambah pula ia nya hadir dengan juzzuk yang bercerai - (ada 30 jilid: 1 jilid untuk 1 juzuk) jilid juzzuk 30 hampir lunyai saya bawa ke mana-mana. Namun ketika memasuki surah-surah terakhir, saya decided untuk bertukar mushaf ke mushaf lengkap sebab saya fikir nanti senang jika saya sudah habis hafal juzuk 30 dan masuk ke juzuk 29 dan seterusnya, untuk melakukan murajaah, tak perlu menggagau membawa 2 atau lebih jilid ke mana-mana.


Kesayangan ni - nearly 3/4 of the juzuk was read and hifz using this mushaf.



Saya bertukar ke Quran Mushaf Malaysia, yang diterbitkan oleh Yayasan Restu. Jujur cakap, saya suka sangat dengan Quran ini:
1. Setiap surah bermula pada muka surat baru - tidak bersambung dengan surah lain, eg Surah Yusuf, pada muka baru berbanding dengan mushaf madinah di mana permulaan surah Yusuf di bawah surah Hud berkongsi muka surat.
2. Softcover - ringan dan design cover yang ringkas jadi nampak macam note book tak macam Quran
3. Tulisan besar penuh satu muka surat, ruang kosong yang kurang dan kerawang border yang tidak berlebihan.
Punya la jatuh cinta dengan Quran ni, saya siap tulis lagi pada helaian pertama Quran tersebut yang saya berharap untuk menghafal seluruh isi kandungan 'buku' ini menjelang 2030. Biidznillahi taala. Ameen.

Namun, masalah muncul:
1. Quran ni rare - tak widely use macam mushaf madinah - jadi jika baca Quran tru apps, kedudukan ayat berubah sama sekali. Especially bila baca Suraf Al-Kahf setiap Jumaat, terasa sangat perbezaan nya.
2. Muka surat pun tak sama dengan mushaf madinah. Saya cuba sedaya upaya to get use with mushaf malaysia ni, so masa kelas recitation memang akan baca tru this Quran but since others are using mushaf madinah, so terpening jugak nak mencari ayat mana yang sedang dibaca sebab Ustadza suka refer kepada muka surat compares to refering on surah and ayah.
3. Kita ni menghafal sambil dengar Qari baca kan ayat. Apps kegemaran adalah Ayat KSU - ayat yang nak dihafal boleh diulang berkali-kali dan ada delay setting, maknanya lepas Qari baca ada silent moment untuk kita ikut serta baca pula. Alhamdullillah, I love this apps so  much, as it does help me a lot in my memorisation. So masalahnya kembali kepada surface susunan ayat dalam Quran mushaf malaysia yang tak standardised, tak sama macam Quran pada apps Ayat tersebut. So my photographic view tak dapat nak capture ayat yang nak dihafal tu dengan sempurna sebab yelah kejap "gambar" nya begini, sekejap lagi "gambar" nya kedudukan ayat berbeza pula. Seriously memang susah sebab gambarannya mengelirukan. Its hard for me to capture the first word of the ayah, di mana itu yang paling penting, sebab jika dah dapat beginning ayat tu, biasanya the rest of the ayah will flow.


I love the soft-plastic cover of the mushaf menjadikan ia nipis dan ringan.

Setiap surah bermula pada muka baru dan berakhir pada hujung muka surat (contoh gambar adalah surah Yusuf). Design yang kemas, font yang jelas penuh semuka - saya suka Quran ini cuma ia tidak standardize. Sedih sangat nak bid farewell dengan Quran ni, tapi perjalanan harus diteruskan, saya tidak mahu perjalanan kerap sangkut dan tersungkur gara-gara otak saya pening memikirkan gambaran muka surat yang berbeza.


So, I've been thinking maybe kena cari jugak la Quran lain - rancang masa PBAKL nanti la jalan-jalan cari Quran.

And I believe Allah swt is helping me to make ease in this journey, I've found the 'right Quran' sooner than I planned. Menariknya, budget tak ada masa nak beli Quran ni, and then, the seller dah letak siap-siap kat website dia yang Quran ni - Out of Stock. Itchy me, pergi tanya stok display pun saya ok jika ada, mahu beli. And he said that he will look if there's any. He added that this Quran, memang cepat habis sebab maahad tahfiz beli borong. Harapan tak la tinggi sangat sebab budget memang tight. Suddenly seller reply ada satu je lagi tinggal, the next thing I did is do the istikharah, should I change mushaf or stick with the Quran mushaf malaysia Yayasan Restu. Sudah tertulis rezki nak dapat Quran tu, ada pulak customer order carrier and buat immediate payment. Alhamdullillah .. MasyaAllah, quwataillah billah. I took that as a sign. And 3 days later, the Quran is mine. Alhamdulillah, suka nya, subhanallah.

About the Quran Hafazan:
1. Sleek surface, tak de border berkerawang - minimalism sgt.
2. Madinah mushaf font - exactly like the Ayat KSU apps. Susunan baris, patah kata serupa saling tak tumpah. Subhanallah.. Masa terima, buka dan selak page satu per satu rasa macam baca dari app Ayat, suka la.. Subhanallah.
3. Ada penanda permulaan ayat di tepi border - untuk memudahkan proses hafazan. Dan terdapat penanda buku yang disertakan bersama untuk menutup muka surat so that kita boleh fokus pada ayat permulaan untuk melancarkan hafazan. MasyaAllah, brilliant sangat cara ni: i. boleh cepat dapat hafal, tangkap ayat pertama, dan ii. mengelak kekeliruan terbalik ayat atau termiss ayat. Subhanallah, yang ni memang best la.. saya suka!!
4. Penanda juzuk pada ruas buku. This is good, just like dictionary, senang nak cari kita kat juzuk mana tak menggagau selak-menyelak muka surat.

So far so good. I really like the inner of the Quran. Cover dia jelah, too bold- dari jauh orang boleh nampak, 'akak ni tengah ngapal Quran nampak gayanya'.. hehee.

The Quran - permukaan yang kemas, font standardised dengan Quran mushaf madinah dan juga apps Ayat by KSU. Rona warna yang tidak menyakitkan mata. Permulaan ayat di-highlight dengan red font, dan di sisipkan pada tepi margin untuk mudah mengingati permulaan ayat (rasul ayat) tersebut. 


Jika nak murajaah di awal hafalan, boleh ttup muka surat dan hanya melihat pada 'rasul ayat' dan teruskan mengingat keseluruhan ayat tersebut. Bagus untuk memperkukuhkan ingatan terhadap sequence ayat. Tapi bila dah complete hafal, jangan refer lagi sebab nanti jadi terlalu bergantung, jika tak lihat tak dapat baca pula. 


Cover nya.. huhuu.. but I like it nevertheless.


So, this is me and my mushaf story. Semoga kekal la yang satu ini, sehingga tamat hafalan, insyaAllah dalam satu dekad yang akan datang.

Semoga Allah swt permudahkan perjalanan ini. Ameen.

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.


Selasa, 6 Februari 2018

Quranic divisions: Surah, Juz, Hizb.

Bismillah..

Copy paste from : http://arabic-daily.co.uk/quran-surah-hizb-juz-ayat-manzil/
---

How is the Quran divided?


1. The Quran is divided into 114 Chapters called Surahs.
The first Surah is called Fatiha (The Opening) and the final Surah is called Nas (Mankind).
The shortest Surah is Surah al Kawther (108) and the longest Surah is Surah Baqarah.
The other shortest Surahs are Al Asr (103) and An Nasr chapter 110.
The Surahs are known as Medina or Mecca Surahs due to the place where they were revealed.

2. A Juz, also known as Siparah in Urdu, is another part of the Quran.
There are 30 Juz in the Quran. This division is used for readers of the Quran to be able to complete a reading of the Quran in a certain period of time, like during Ramadhan or over 30 weeks. So a Juz can be completed in one day or in one week.

3. There is also a division based on finishing the Quran in 7 days called Manzil.
i. Al-Fatihah (chapter 1) through An-Nisa' (chapter 4) consisting of 4 surahs.
ii. Al-Ma'ida (chapter 5) through At-Tawba (chapter 9) consisting of 5 surahs.
iii. Yunus (chapter 10) through An-Nahl (chapter 16) consisting of 7 surahs.
iv. Al Isra' (chapter 17) through Al-Furqan (chapter 25) consisting of 9 surahs.
v. Ash-Shuara' (chapter 26) through Ya-Seen (chapter 36) consisting of 11 surahs.
vi. As-Saaffat (chapter 37) through Al-Hujurat (chapter 49) consisting of 13 surahs.
vii. Qaf (chapter 50) through An-Nas (chapter 114) consisting of 65 surahs.

It is recommended that a reading of the Quran should be done at least once in every year.

3. A Hizb is a part of the Quran which is half the length of a Juz.
Each Hizb is made up of four quarters, known as Rubu3. There are 60 Hizb in the Quran.

4. An Ayat is a verse or sign of the Quran.
There are some 6348 verses in the Quran (including Bismillah at the beginning of each Surah).
It has been recommended for one who wishes to Hafiz (memorise) the Quran that they should memorise 5 Ayats at a time. This would take just under 4 years to complete the memorisation of Quran.

The longest verse in the Quran is found in Surah Baqarah verse 282, which is a whole page long.
The shortest verse in the Quran in terms of words is found in Surah Rahman 55:64 which is one word.
The shortest verse in the Quran in terms of letters are found at the beginning of Surahs Ta Ha (20), Yaseen (36), and Ha Meem, they comprise of only two letters.

You can use any of these divisions not only to read the Quran but also to memorise the Quran. Depending on your age, schedule and how organised you are, memorisation of the Quran can take anything from 3 to 10 years.

And Allah (Subhanahu wa Ta'aala) Knows best.

Ahad, 4 Februari 2018

Mushaf

Bismillah..


Hampir semua tips mudah menghafal akan menekankan perkara yang satu ini:
- tetap dengan satu mushaf jangan bertukar-tukar
- punya mushaf fizikal, jangan terlalu bergantung dengan eQuran
- punya mushaf peribadi sendiri JANGAN berkongsi

Menghafal Quran melihat kepada mushaf adalah sangat efektif kerana cara ini lebih mudah dan mengesankan, dan mudah dirujuk apabila ada hafalan yang lupa.

Metode menghafal dengan melihat mushaf menuntut pemfokusan pada satu jenis mushaf, TIDAK BOLEH berganti-ganti mushaf kerana akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan pada gambar yang telah terakam di otak kerana posisi ayat dan corak permukaan pada lembaran tidak sama di setiap mushaf.

Seorang penghafal Quran harus menggunakan mushaf milik sendiri dan tidak berganti-ganti untuk melatih tanggungjawab. Perlakukan mushaf dengan sebaiknya kerana mushaf itu umpama hatinya sendiri, menyimpan mushaf di tempat kotor atau sembarangan sehingga terlupa, hilang atau tercicir, memberikan rasa tidak betah untuk ayat-ayat Quran tersimpan lama di dalam hati. Selain itu, khatam Quran dengan satu mushaf membuat berkahnya kian terasa.

Walaupun sebahagian ulama berpendapat boleh memegang mushaf tanpa wuduq, namun adalah terbaik jika kita berwuduq terlebih dahulu kerana wuduq bukan sahaja membersihkan kotoran zahir tetapi kotoran batin juga. Bawalah mushaf peribadi anda kemana-mana, selama bukan ke tempat najis dengan niat untuk membawa firman Allah swt.

*perkongsian daripada buku Rahasia Nikmatnya Menghafal Al-Quran oleh DM Makhyaruddin.

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Sabtu, 3 Februari 2018

Minimalist to unbusy

Bismillah...





I like minimalist lifestyle so so much.. that I hope everyone around me practise the same. I secretly hope my mom practise minimalist, able to see the beauty in less, but maybe not, as she was long enough to live in a house like a museum, and I can sense that whenever she comes to my house I know she have this itchiness to decorate my house so that it become like 'a normal proper house'. Hahaa.. thank you Mama, I love you so much.

I think I began to love this minimalism lifestyle because of you, Mom. I was form4 at that time, and mostly every Saturday, I have to wake up (you woke me up) early in the morning just to wipe all the frames that are hanging on the wall. Why la why, huhuu? And few days before raya is alway days full of tense due to cleaning up the house, ironing the old curtains, changing the sofa cases, this and that, where I just want to sit or sleep, and enjoy my few last days of fast with doing nothing. And I did asked mom why we have to do all these, and she replied, "Nanti orang nak datang, takkan rumah nak sepah." Yup.. when you do thing for other people. But Alhamdullillah Mama, you teaches me a lot of things, one of them is not to become like you, and Alhamdullillah.

So, I guess being minimalist is natural to me. I never like to have so many things. During my uni year, where I changed room like every semester, I have a very little things, a suitcase with half of them is my bajus and half of them is my books. One pillow, and a blanky. A bagpack, containing my laptop (thanks papa for giving me a small computer compares to other students who have huge hunk of computer's set - it was 1998 ya..) and my notes, and if I have to leave the room immediately, I can leave within 10min of packing. I even leave the wall empty (you know some put their timetable, notes, pictures, birthday cards etc) as I don't like anything on wall except for a wall clock (still doing this to my current house).

And then as I grew older, with so much things had happen to me, it makes me realise more that this life is temporary, and fragile. We tend to put so much energy on something that is not worth for - eg. you furnished your house beautifully, and is might damage in a second due to caught in fire, or you put lots of effort on work, but with this fluctuant economy, you might get fired just like that. Not that we can't beautify our house or work hard, but not too much on it - thats what it meant by minimalism.  Nothing is permanent in this life, nothing - except for Allah swt.. He supply the energy, so the energy must return back to Him.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. I have only created Jinns and men, that they may serve Me.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

What is important is to serve Him--- Read our "life manual" daily, learn the Book by heart and practise it in life. That's it.

Living minimalism also lead me to choose an un-busy lifestyle. This year, insyaAllah, I will accept only maximum 7 carriers to be sewn every month, with just enough profits to support my education fees (rabata, tmeag, alhuda and qalamconnect) and do some charity. Alhamdulillah. I will say NO to unrelated carrier sewing, like minta tolong jahit kain langsir, sarung bantal, sarung buku.. etc. I will also have to say NO to group gathering, school/uni reunion, invitation to un-related whatsapps group, and such, insyaAllah.

Time is very precious. In fact, there truly is no such thing as “free time”. My time with my children is sacred, just as my time with my family and my husband are. Minimalism also means that I have very few friends, intentionally. A few very good friends that lift me up when I'm down and motivate me in what I am doing. I want to spend time by learning the Deen, reading more good books, writing, and enjoy moment with my family.

Because I live with less, I leave room in my life, my heart, and my day for the things that truly matter.
May Allah swt bless and make it easy.


---
May this sharing brings benefits.
Salam alaik.

Jumaat, 2 Februari 2018

Kenapa perlu hafal Quran #3

atau kenapa perlu berdamping dengan Quran..

Bismillah...

Lepas balik dari Langkawi minggu lepas, saya sakit-sakit lenguh badan. Posture badan ketika tidur yang tidak betul gara-gara menyusu si Amina. Mungkin juga sebab berlamaan di dalam kenderaan. Badan bila dah tua macam ni, sakit sana sini. Sakit nya itu tak la teruk sangat, masih boleh nak bend badan, cuma lenguh nya itu minta diurut. Alhamdullillah, lepas bagitau pada suami, dia pun cakap, "Pergi la berurut. Anak-anak saya jaga. Berapa bayar urut tu, saya belanja.." Wah, suka la saya... Alhamdullillah..

Saya call tempat biasa saya berurut. Alhamdullillah ada offer mengurut whole body and foot massage, total Rm100 untuk 2.5jam. Offer yang berbaloi. Booked tarikh dan masa, and I had my me-pampering-time. Alhamdullilah.. Masa dah habis sesi mengurut dan kembali untuk menukar baju, entah macamana saya terpatahkan hanger di spa tersebut. Patah hujung cangkuk nya, jadi hanger tersebut masih boleh digunakan. Namun sebelum keluar untuk membayar, saya nyatakan kepada pekerja spa tersebut, yang saya terpatahkan hanger, mungkin perlu dibuat bayaran ganti rugi. Alhamdullillah, pihak spa memaklumkan tak perlu dibayar ganti rugi sebab sikit saja tu. 

Cerita 2: Di Langkawi, semasa menunggu bot untuk island hopping, anak-anak mengadu lapar. Maka kami singgah makan di McD, nak cepat dan itu je tempat makan yang kelihatan berhampiran. McD sekarang sistemnya dah baru (sebab lama tak pergi), order dulu kemudian dia akan bagi nombor, dan bila nombor naik baru kita ambil makanan yang telah diorder. So, saya buat order, nombor dipanggil, dan saya pun ambil makanan tersebut. Sebelum beredar, saya checked makanan yang diorder betul atau tidak, dan saya perasan ada extra burger BigMac dalam beg plastik kami. Rasa nya tak de order Big Mac. Lantas nya saya bagitau adik kaunter tersebut, dan pulangkan semula Big Mac itu. Terkaget jugak dia, "Oh silap beg plastik pula saya ni. Terima kasih banyak-banyak ya Kak sebab bagitau." 

Apa saya nak cerita adalah, jika dulu, semasa hidup saya berjauhan dengan Islam dan Al-Quran, perkara-perkara di atas saya akan diamkan sahaja. Misalnya dalam kes hanger patah tu, kejahilan  saya akan berkata, "Alah, sikit je ni, tak perlu dibagitau" dan dalam kes extra burger pula saya akan riang seronak sebab dapat burger free. Taqwa itu hilang jika kita jauh dengan Al-Quran dan sementelah kini saya sedang dalam perjalanan proses menghafal, perkara seperti ini amat saya titik berat kan. Sekelumit alpa, bakal memberi titik pada hati, sekaligus menyukarkan proses menghafal.

Inilah antara sebab kenapa kita perlu mentadabbur Quran, menghafal Quran. Quran menjadikan kita manusia yang berprinsipal - tahu dan teliti akan dosa dan pahala, sedar bahawa setiap masa Allah swt sedang memerhati dan mencatit segala perilaku kita. Dan Allah swt sendiri yang bagitau, dalam surah Al-Zalzalah, ayah 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Zarrah - In an atom level tu.. sekecil-kecil kuman: dosa dan pahala akan tercatat! Subhanallah... Jika kita tidak baca dan tadabbur Al-Quran adakah kita akan tahu tentang perkara ini? Tidak, bukan. Maka ambil waktu, baca dan renung akan maksudnya. Dan praktik kan dalam kehidupan.. Itu yang paling utama. 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Khamis, 1 Februari 2018

Kenapa perlu hafal Quran, #2

Bismillah...

Pertengahan Januari lepas, kami ke Langkawi. Anak-anak cuti sekolah, bawa la mereka berjalan-jalan. Alhamdullillah, seronok juga bila cuti anak-anak tak sama dengan cuti sekolah public school, sebab orang tak ramai, tak la bersesak-sesak.

Perjalanan dari rumah ke Kuala Perlis memakan masa lebih kurang 6jam. Hampir sama jarak masa jika pulang berhari raya ke kampung, Kuala Terengganu. Biasa nya apa yang saya lakukan sepanjang 6jam duduk di dalam kereta adalah, tidur, atau meresah. Hahaa.. ya meresah, sebab saya ada motion sickness. Maybe a moderate motion sickness but if I read something even messages on the phone, the 'moderate motion sickness' can become 'severe motion sickness' that can lead to vomiting. Mama pernah cerita, "Masa kecil-kecil dulu, letih kalau berjalan dengan dedek (me). Suka muntah dalam kereta." Hahaa..  itu la dia. Memang terseksa la jika kena berlama-lama dalam kereta. Tidur, bangun, tidur, bangun, masih tak sampai destinasi tujuan. Sangap.

Alhamdullillah, bila dah start 'kembali', saya mula mempraktikkan dzikir untuk membunuh masa.
"Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar"
"La ilaha illallah"
"Astahgfirullahu wa atubuilaih"
"Lahawlawala quwataillah billah"
... antara bacaan yang saya praktikkan untuk mengisi masa terluang.

Alhamdullillah, sebab dah mula menghafal al-Quran, saya isi masa terluang dengan cuba menghafal ayat-ayat baru yang sedang dihafal atau memperkukuhkan hafalan-hafalan lama dengan mengulang bacaan. Alhamdullillah.. Perjalanan hampir 3 jam dari Kedah ke Kuala Perlis, dengan sawah padi saujana pandangan terbentang indah di sepanjang jalan, dan perjalanan hampir 2jam menaiki feri dari Kuala Perlis ke Langkawi, ditemani deruan ombak laut, pecah dipukul asakkan feri, langit yang luas membiru, dihiasi dengan beburung terbang bebas, saya menikmati semuanya dengan melafazkan kalimah-kalimah Allah swt, MasyaAllah tabarakAllah. Subhanallah, saya dapat merasakan  sebuah ketenangan dan sekaligus merasakan betapa kerdil nya diri ini kelilingi oleh kebesaran-Nya, masyaAllah quwataillah billah..

Sedikit perkongsian berkenaan yang mana lebih utama: Al-Quran atau berzikir?

Syaikh (Ibn Utsaimin) –rahimahullah- ditanya: Manakah yang lebih utama, dzikir atau membaca al-Qur’an?
Beliau menjawab: Perbandingan keutamaan antara dzikir dengan al-Quran: Al-Qur’an secara mutlak (secara umum) lebih utama dari dzikir. Tapi dzikir ketika ada penyebab-penyebabnya lebih utama dibandingkan membaca (al-Quran). Contohnya: dzikir (yang sesuai sunnah) setelah selesai sholat, lebih utama di waktunya dibandingkan membaca al-Quran. Demikian juga menjawab seruan muadzin lebih utama pada waktunya dibandingkan membaca al-Quran. Demikian (seterusnya). Adapun jika pada dzikir itu tidak ada penyebabnya, maka membaca al-Quran adalah lebih utama.
(Majmu’ Fataawa wa Rosaail Ibn Utsamin (14/242))

Wallahua'alam.

Semoga di atas nikmat Nya, kita semua diberi keizinanNya untuk berada di jalan para hafidz, mempertahankan keutuhan Al-Quran di dalam hati masing-masing. Semoga dipermudahkan Nya. Ameen.


---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.