Isnin, 28 April 2014

Islamic Parenting - Pendidikan Anak Metode Nabi



Saat banyak tindak kekerasan orangtua terhadap anak mencuat dimana mana, kita bisa menyaksikannya setiap hari di media massa atau media elektronik. Seiring waktu ada baiknya kalau kita merenung sejauh mana pengetahuan kita tentang interaksi Rasulullah saw Terhadap anak-anak. Pernahkah terbayang tubuh besar yang mulia itu tergulung-gulung di tanah disertai derai tawa anak-anak kecil yang ceria? Atau, saat bersama pasukannya nan gagah perwira pulang usai peperangan, tiba-tiba berhenti di gerbang kota sekedar untuk menaikkan anak-anak kecil ke kuda tunggangan beliau? Atau bagaimana khotbah yang demikian agung dapat berhenti oleh langkah kecil yang beralan tertatih mendekat mimbar sewaktu beliau berkhotbah?
Banyak hal semacam ini yang diungkap dalam buku Islamic Parenting (Pendidikan Anak Metode Nabi). Adegan demi adegan dipotret dengan jelas oleh penulis, membuat kita seolah hadir langsung bagaimana beliau mendidik anak-anak kaum muslimin. Mengagumkan, mengesankan, akan memaksa keharuan kita meleleh yang akan bermuara pada kesimpulan. Beginilah cara beliau melahirkan generasi terbaik. Suatu fragmen yang sering kita lupakan, karena menganggap generasi terbaik hanyalah para sahabat yang bertemu beliau dalam keadaan dewasa, tidak termasuk anak-anak yang hidup semasa dengan beliau.
Kejelian penulis untuk membidik proses pendidikan dari sejak janin hingga pra-nikah, merupakan keistimewaan buku islam ini. Fase sangat menentukan dan berpengaruh yang menjadi tanggungjawab orangtua untuk menghitam-putihkan anak-anak mereka. Seperti inilah Nabi mendidik anak-anak!
Another April's book. My 1st ever book on parenting. I always thought that I need no book for parenting because this process (of parenting) will come naturally. However, I was wrong. This book have gave me a new perspective on roles of the parent in order to raise a Muslim. 

Overall, this book allowed me to see some of the mistakes that I've made, things that I don't want to fall into, and things I want to improve as a parent. Not only is it worth the read, but it is worth taking every piece of advice and working to apply it in our lives. Alhamdulillah, Never too late to read one.

5 stars. Recommended.

#book

xoxo: neeza

Ahad, 27 April 2014

Observations of a Heart Seminar.

Alhamdullillah, di atas kesempatan untuk menghadiri another taman syurga.



Some of the notes that I've tweeted:
We'll trust someone that we know. To trust Allah, know Him. - Dr Halima.
If we think happiness is to get what we want, we'll end up havin issues after we get them - Dr Fadila Grine.
"If u love something that is worldly, happiness will be temporary. If Allah swt is your goal, happiness will be eternity."
"Read and Get Connected" - to healing heart, and to be happy.
Dont under estimate the power of doa. Doa utk kabahagian akhirat. InsyaAllah, ikhlas doa, Allah akn hantar 'seseorg' utk menolong kita.
And as in my case, utk 'kebahagiaan akhirat', Allah swt hantar anak-anak utk menolong. MasyaAllah, Alhamdullillah… :)
Sekian, tweet rohani hari ini, chewahh. Yang baik dtg dr Allah swt, yg buruk dtg dr hamba yg hina ini :)..

Bazar:


I bought these books- about parenting. I've finished reading my first ever parenting book (review coming, insyaAllah), so I am pump to read more. Alhamdullillah. A set of 6 books, priced RM70. :)


xoxo: neeza



Jumaat, 25 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

#pbakl2014

from 24April-4Mei.

Alhamdullillah, we were there on the 24th April. Punya teruja, I was like menghitung hari for the day to come. Anak-anak pun telah dipesan, di-doctrine-kan pemeikiran mereka, not to do anything ridiculous yang bole membahayakan kesihatan sebab kita nak pergi Pesta Buku hari Khamis. Hahaa.. So, when Khamis came, kami semua teruja: I was excited to buy books, Zahra kinda excited sebab tak perlu pergi sekolah and Hamza for sure excited sebab nak pergi Kay-El. Dia suka je kalo ajak pergi kay-el walaupon tak ketahuan KL tu di mana.. hehee..

We arrived at 1030 cm tu, bertolak dari rumah 945am. Hujan Kl sepanjang jalan sampai kami balik pun hujan. We stayed up til 230pm. Ikut hati nak je duduk situ lagi, but I have to kejar my poslaju-man sebab ada parcels nak hantar. 

Seperti biasa kalau berjalan dengan anak-anak ni, kalau jenis berjalan lama kena bawak stroller for Hamza, and Yahya di-babywore. Lagi pun strolller tu juga berkepentingan untuk sangkut all the books yang diborong.

Tak bnyk ambil gambar, sebab orang bole tahan ramai, so I dont want to get hook with my phone kang tercicir anak-anak atau buku atau barang-barang lain. Tempat bersesak-sesak ni, kena lebih berhati-hati, bimbang akan pick-pocket. 

Here's some:

Kat pintu gerbang Karangkraf, tak beli apa pun kat sini, sbb less interested, heheee..

Booth MPH Distributors. Sini je dah dekat sejam. The kids enjoy it so much. Btw MPH Distributors will be having their warehouse sale next month. I'm looking forward jugak.. kot... heheheheee... ;)

Booth Edukid. Borong banyak jugak dekat sini, ada 25% diskaun most books.

Galeri Ilmu! Buku baru Prof Kamil dan Kak Roza. Beli!!

Salesperson Groliyer. MasyaAllah, diorang ni memang tekun nak menjual barang, each and every salesperson sibuk la nak approach kita suh tengok product diorg. Sabarrr jela..


Ok, ni buku-buku yang diborong:

Kat DBP, beli buku Ahli Sains Muda, RM70 the whole set (20 books) and lain is RM5. Booth diorang cam biasa jela tak happening, unlike ITBN. Banyak jual buku-buka lama, dengan harga murah seperti ini.


Mine. :D Alhamdullillah suka, got some from my wishlist dan yang lain yang rasa best lalu beli..


Kids.. 



Alhamdullillah, our mini library. Muntah dah sebenarnya. Sampai ada customer dtg cod barang tanya, "Akak nak pindah ke?".. Mungkin sebab tengok buku dalam kotak, plus rumah yang kosong takde apa sangat. hehee.. Tak sabar nk tunggu our custom-made library, insyaAllah :)


Thanks for reading this.

xoxo: neeza



Selasa, 22 April 2014

Masalah manusia

We are ignorance. 

Sangat suka terima sesuatu tanpa selidik kesahihan nya. Astaghfirullahulazim...

I got this from hubby this morning:

‎Berikut adalah keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996 mengenai Zikir Munajat yang dipopularkan oleh sesetengah pendakwah dan disiarkan oleh media massa yg berbunyi "Hasbi robbi jallallLah, maa fii qolbii ghairullah, Nur Muhammad Sallallah. . . .Laisalahaa minduunillahi kaasyifah. . ".
 Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam.  Di antaranya mengenai konsep "Nur Muhammad" yang meragukan. Mesyuarat bersetuju agar zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.
 Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai . Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik dan ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat tersebut  Oleh kerana itu 'hasbi rabbi disarankan agar ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam surah at- Taubah ayat 129.
 Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi.  Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah Islam.  Oleh itu, disarankan agar ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'. Manakala ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu.  Sedangkan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm ayat 58.
Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah". Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. http://fatwa.islamweb.net/fat


Yup, antara zikir yg suka dinyanyikan time nk tido kan anak and such. Astaghfirullahulazim.. Jujur ckp selama ni tak penah bother nk tahu apa maknanya. Setiap bait kata ditelan bulat-bulat assuming it's means good, sebab zikir tu pon dibelajar masa zaman sekolah dulu. 

Fikir-fikir balik zaman sekolah dulu banyak jugak dapat ilmu agama yang 'terpesong'. Like lagu 1Muharram detik permulaan, permulaan tahun Islam hijrah... teeettttt.... hijrah BUKAN start 1Muharram. Umar as. declared 1Muharram as awalan tahun Islam sbb ianya after Hajj, after bulan yang sibuk ibadah, so let's start a brand new beginning as a brand new Muslim, gitu. 

Banyak lagi yang rasa cm celaru agama aku. Wonder what happen sebenarnya?? Siapa yang cuba menyebarkan dakyah yang tak ketahuan kebenaran ini, pada budak sekolah di tahun 90-an. Astaghfirullahulazim... 

Maaf kalau ada tuduhan melulu di situ. 

Alhamdulillah hirrabil alamin. Kerana Allah membuka mata hati untuk mencari kebenaran, dan juga untuk kebenaran itu datang mengetuk kalbu. 

‎Sesungguhnya tugasan setiap kita yang paling berat adalah mencari ilmu, dan ilmu yang sahih. Jangan hanya mengikut-ikut. Kelompok yang suka mengikut-ikut ni kerapkali dinyatakan di Quran, bakal menghuni Naar. 

Seperti yang telah dirakamkan Allah s.w.t di dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah: ayat 170.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutlah apa yang diturunkan Allah!" Mereka menjawab: "(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami". (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?"

Firman-Nya lagi menerusi surah al-Maidah: 104

"Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan mengikuti Rasul!" Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami warisi dari nenek moyang kami!" (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk"‎. 


Selidik ilmu kita, ya kawan-kawan. 
Peringatan untuk sendiri juga. 

#selfreminder 

Xoxo : Neeza

Jumaat, 18 April 2014

Anekdot Madinah

April book.
Alhamdullillah, in between Quran and other stuff, berjaya juga menghabiskan bacaan.

Anekdot Madinah - Benar DIA Maha Mendengar -Another karya dari Prof Muhd Kamil.




If you have read, Bersyukur Saat Diuji, you will know that Prof Kamil berhijrah ke Madinah to serve with Universiti Taibah. So buku ni secara relatifnya berkisar tentang kehidupan Prof sekeluarga di kota Nabi, suka duka, susah payah di negara orang with language and culture barrier.

Seperti biasa karya Prof Kamil, sangat humble - I think I can say that its a slap on my face jugak - menyedarkan kita yang kita ni kerdil, lemah, tidak mampu KECUALI dengan pertolongan Nya. And how to reach pertolongan Allah, adalah dengan berdoa.

Personally, I really enjoy reading pengalaman Prof, sebab cerita dia bukan cerita kosong, ianya disusuli nasihat dan situasi yang memerlukan kita untuk berfikir dengan mendalam on how to react.




Lima bintang, and recommended. :)

xoxo: Neeza



Zahra dan solat

Zahra dan solat

By to date, Alhamdullillah. Thanks to Allah dan tenaga pengajar di ADH, Zahra dan solat so far so good. Tak de masalah. Kira dia lekat jugak each waktu nak solat. Bacaan pun ok, for budak 7tahun, i think the bacaan is good. Alhamdulillah. Dan biasalah, kanak-kanak ni ikut mood jugak, kadang she solat serius, berdiri tegak dan tertib, dan adakalanya solat agak main, baca nya betul tapi pusing sana pusing sini dan laju je nk cepat selesai. Had tu, mak tak tegur sgt, biarla, perkara pokok, she knew masuk waktu tertentu, dia kena berdiri mengadap Ilahi.

Mak ni la yg kena set balik mind supaya bersabar. Kisahnya kami outing last weekend, ke Shah Alam. She's wearing her normal attire- long sleeves shirt and jeans, Alhamdullillah, sejak masuk sekolah last year dia memang dah tak pakai short sleeves, pakaian singkat atau pendek kalau nk keluar (hopefully sampai dewasa la dia praktiskan perkara ni), dan tudung yang bila dalam kereta dia bukak. So masa nak keluar tu, entah macamana, dia tertinggal tudung dia dalam kereta. Mak tak kisah pun sebab ingat dia memang tak nak pakai tudung.. Hari hujan lebat so kami agak stuck jugak dalam mall, so decided to solat je kat surau.. Part ni, mula la cerita mak sakit jiwa... Dia pon nk solat jugak, but refuse to use telekung surau, insisted kami gi kat kereta amik tudung dia.. And one thing about this girl, bila tak puas hati starts la nk sulking and end up nangis. Mak malas nak layan, orang nk g solat (kita memang perkara wajib, as for her not yet wajib) but she insisted nk jugak ikut gi solat. Suruh pakai tudung surau dia x nk. Seriously, situasi tu agak stress bagi aku. So aku bebel-bebel la jugak, dah pakai tudung pergi tinggal dalam kereta kenapa ? Tah mcmana ada plak makcik kat surau tu menyampuk. "Budak-budak memang cam tu, cucu makcik pun bla bla bla...". MasyaAllah. Stress mak! Alhamdullillah Allah kasi idea balut kepala dia ngan kain pelikat kat situ and she solat together with me. Alhamdulillah.

Point kat sini nk cerita:
Didik anak kena sabar.
Jangan cut her will to do good. Alhamdullillah i dont pour the word Zahra tak payah solat, tak wajib etc, etc.. Sbb itu akan patahkan kemahuan dia. This is Bad motivation.
Sabar,sabar,sabar,sabar. Ya Allah moga diberi kekuatan itu.

Xoxo: neeza


Khamis, 17 April 2014

Cita-cita

Perkara rutin sebelum tido adalah borak-borak dengan anak atas katil. Ya, mereka masih co-sleep dengan kami. Tak pasti lagi bila la nk suruh Zahra sleep in other room, sebab seronok sebenarnya tido ramai-ramai ni. But sooner or later must asingkan the kids jugak so that they have their own privacy kan.

Ok, berbalik kepada cerita, Hamza ni banyak bertanya soalan, macam-macam - dalam tanah ada apa? kenapa butterfly duduk dalam kepompong, macamana ada kilat, dll - soalan yang menguji jugak la pengetahuan mak dia ni.

So I said, Hamza nanti dah besar jadi scientist, macam Umi - banyak sangat tanya soalan masa kecik-kecik dulu and I end up jadi mikrobiologist.
"Tapi Umi dah jadi tukang jahit sekarang ni.." balas Zahra.
"Ya, ya, sebab seronok kerja sendiri, lagipun Umi nk jaga anak-anak Umi".. uh, terkena pulak mak dengan anak yang sulung ni.. hahaaa..

Then I ask Zahra, Zahra nak jadi apa dah besar nanti? I was hoping jawapan dia 'nak jadi macam umi', but to my surprise dia jawab, "Zahra nak jadi penulis. Zahra nak tulis buku." My reply, "Alhamdullillah"...

For the record, me myself pernah bercita-cita nak jadi penulis. It happened when I was in Form4 - aktif masuk pertandingan menulis cereka sains, pertandingan essei Esso, dan kemudian dilantik sebagai chief editor for sidang redaksi majalah sekolah. All pertandingan yang diceburi itu, mak tak menang.. hehee.. Dan sebab cita-cita tu pon tak mendapat galakan keluarga, so ianya terkubur.. I still have a hope on producing a book one day, tapi masih macam kabur nak menulis pasal apa sebab ilmu pun takat panjang sejengkal. Tulis blog jela.. tu pon kadang tertanya ada ke orang baca.. heheee....

Ok, for you out there, thanks for reading this :)

xoxo: Neeza








Rabu, 16 April 2014

Khatam #1

Alhamdulillah. LahawlawalaQuwataillabillah. 
Berjaya khatam Quran utk kali ke-satu for 2014. 


Target tahunan adalah nk khatam Quran at least 4 kali setahun, sama target macam tahun lepas, which Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan pertolongan Allah swt. 

Patutnya early April dh pusing balik ke Al-Baqara but tersasar skit (busy baca buku lain, konon -ini alasan yg tak bole diterima pakai sepatutnya.. heheee).

Apa pun aim ni mungkin la minimal. Sebab sepatutnya 30juzuk Quran bole dihabiskan dalam masa paling cantik 2bulan, dengan membaca 1/2juzuk = 10muka Surat sehari. ‎Lepas ni maybe kena tingkatkan target, less tv and kerja lagho yang lain. 

So, bagaimana dengan target anda? 
Hv u read your #Quran today?
‎:)


Xoxo: Neeza

Gift for Zahra

‎So she got what she wanted for birthday- camera yg bole masuk dalam air tu Umi - gara-gara terpengaruh dengan org yang bawa gopro guna kat swim pool. Heheee ;)  Nk beli gopro tak mampu la plak so beli aje point and shoot yg murah but reliable brand. Jadila. Sekali ngan hadiah dpt no3 dlm kelas and hafazan dh half Juz Amma. Alhamdulillah. 

Umi sayang sgt ngan kakak. Walopun Umi suka nk marah-marah, ‎tapi Marah tu bukannya Umi benci. Nak mengajar, so that, u can bring yourself in proper manner, insyaAllah. 

Xoxo : Neeza


Diari Celik Saya

‎Setelah membelek-belek buku kecil bersaiz comel ini, I came to a conclusion that every Muslim kids should own this book. ‎MasyaAllah bagus sangat isinya, starting from the ayat "Alhamdulillah, hari ini saya...." mengajar anak-anak supaya mensyukuri nikmat Allah pada hari tersebut. Ada jadual solat jugak, dan ada ayat apa dalam Quran saya baca hari ini. Brilliantly design, Subhanallah. Template dia sama je cukup utk 40 hari so after 40days must use new book. I will buying more for cousins Zahra jugak. Harga Rm12, boleh dibeli di website As-Sohwah atau Butik Modest Culture di Putra Kajang. 

Btw, gambaran minda impian, ada conversation berbunyi begini:
Me: Apa yang Zahra lukis?
Z: Ini Yahya.
Me: Napenya Yahya mcm Abu (the cat)?
Z: No, ni bila dia dh pandai merangkak. Now, dia pandai menyusur je, kalau pandai merangkak kaki dia akan naik ke atas macam gambar tu..
Me: Ooo.. (wow, real imaginatif.. heheee...)

Alhamdulillah

#review #book

Xoxo : Neeza

Selasa, 15 April 2014

Diary

Zahra ni dia suka jugak tulis-tulis perkara yang dia buat. Tulis atas Kertas which at the end, mak kumpul masuk tong sampah (maaf, but I can't stand Kertas cebis-cebisan yang dibiarkan bersepahan). 

So I gave her a note book so that bole la dia tulis-tulis. Alhamdulillah, she loves the idea. Eager je nk ada 'good thing' happen so that bole tulis dalam buku. 

So I was thinking buying her a proper diary book. Cari la high and low until terperasan yg Prof Muhaya ada mention pasal journal harian dia. So went to Modest Culture to buy the book, and realize ada yang the one suitable for kids- Diari Celik Saya. Alhamdulillah. Menarik.


Lagi menarik ialah, I bump onto Prof Muhaya and she gave me a long dress and a hand-socks. MasyaAllah terharu! Alhamdulillah. :) suka..
Xoxo : Neeza  

Isnin, 14 April 2014

Weekend with the parents

‎Alhamdulillah. Bless. :D 

Neeza Zaini
www.NeezaNeedles.biz
Facebook, Instagram, Twitter : NeezaNeedles

Jumaat, 11 April 2014

Buku lagi..

‎Ya Allah, semoga diberkati masa untuk membacanya. Ameen. 

Xoxo: Neeza.

Taman Rama-Rama

#1 son is into the world of bugs phase sekarang ni. MasyaAllah suka sangat, mostly everyday tengok metamorphosis butterfly kat youtube. So I break the news thats there is a Butterflies Park in KL, and insyaAllah ada masa kita pergi. But knowing Hamza, dia punya pushy tu, sampai tak bole nk buat kerja lain sebab he kept on asking me, bila nk tengok butterflies, bila nk tengok  butterflies, bila nk tengok butterflies?????? over and over..

So, pagi khamis, before sending Zahra to school, we went to dentist dulu, and on the way, Hamza tanya lagi, hari ni bole tak kita pergi tgk butterflies? Penat dan kasihan dengan soalan yg diulang setiap hari, so I asked Zahra, nak pergi tak tengok butterflies? She replied, NO, I dont want, tak suka. Zahra ni memang geli skit dengan creepy crawler. Tempohari pergi muzium zoologi pun dia kurang berminat, takut sampai nangis-nangis nk balik, which agak membantutkan program lawatan. So, I decided baik pergi je masa weekdays ni, Zahra ke sekolah, and only me and the boys.

After sending Zahra to school (lepas chk gigi dia), we went to KL. Semangat berkobar sangat, but on the way approaching Bangunan KTM and Masjid Negara, tiba-tida drizzling. Argh, nk hujan plak, I said to Hamza kalau hujan we go another day, sbb takut nnt Yahya demam pulak. Hamza dah kecewa dah, so I said, Ok, ok cepat kita doa kepada Allah swt, supaya tak hujan supaya Hamza bole tengok butterflies. Beria dia berdoa, Alhamdullilah, upon reaching Taman Rama-rama, memancar-mancar matahari bersinar. Alhamdullillah hirabbil alamin!!

Tiket adalah Rm10 for dewasa and Rm5 for kids. And ya, this is my first ever trip to Taman Rama-rama. Tak pernah pergi sebelum ini. MasyaAllah seronok!!! Fun in capital letter F! Seriously suka sangat tengok Hamza suka. We spent like 2hrs there, itu pon sebab Umi dh rebeh bahu ringsling Yahya, kalo tak bole je rasanya sampai petang dok kat taman tu. There's no interactive communication or whatsoever but the mini zoology muzium is better that the Muzium Zoologi, UKM. Sebab ada life bugs, not just the one yg preserved dalam frame tu. Dekat situ, I can see that Hamza suka sangat-sangat. Alhamdulillah :)




We reached the park by 11 and went back at 1pm. Seriously, rebeh bahu mak carry Yahya via ringslings for 2hrs. Huhuu..

xoxo: neeza


Rabu, 9 April 2014

7 tahun

‎9 April: 7 years of laughter and cry. 
Alhamdulillah hirrabil alamin :) 
Love u Zahra each and every year. 

Xoxo: Neeza

Selasa, 8 April 2014

Cuti sekolah semester 1

An overdue post, sibuk baca buku sampai xde masa nk update.. :)

Cuti sekolah was due starting 22 - 30 March 2014.

Not going anywhere far because Mat was so busy with his work, so I just plan a visit to nearby place to occupy the kids' time.

Zahra went to overnight at her cousin house on Saturday, and on Sunday when we went there to fetch her. Her cousin Sofiah, decided to follow us back to Putrajaya. So I have an extra kid to look after, hehee..

On Monday, we went to Muzium Zoologi, located in Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Tempat jatuh lagi dikenang.. I left UKM 12years ago but this place masyaAllah, its like going into a capsul of time travelling.. x berubah, x berubah langsung-langsung. We spent like an hour there, the kids enjoyed very much.


In the afternoon, we went for a swim at Presint11 swimming pool.



Tuesday: Just leisured around, as the kids play all sort of game at home: Little Pony, Little Pet shop, reading etc, and in the afternoon we went to another swimming pool at Marina Putrajaya.



Wednesday: Sofiah decided to go back home. So on the way sending her home, we went to Muzium Negara for a short visit. Lama tak pergi Muzium, I remember the last time I went the was 12 years ago for the Pameran Mistik dan Hantu (?), heheee. And the kids requested to watch the 6D motion picture, since the van was parked outside the muzium.

And ya, visiting muzium ni ada rasa syahdu jugak la di hati, esp bahagian Muzium EtnoMelayu, di mana ada bahagian, permainan tradisional seperti galah panjang, timbang bulu ayam, seremban, congkak, which thats was the game we used to play when we were young, and nowadays, anak-anak tengok kat muzium je.. huhuuu...


Thursday: Hot Air Balloon. Kids wake up early so I just dragged them to watch the balloon. Wee...



Alhamdullillah for the opportunity to fill in the week with great thing with the kids :)

xoxo: Neeza