Ahad, 30 Mac 2014

Cincai




Sebuah artikel dr Saifulislam.com. Membuat aku terfikir dalam-dalam...
Adakah tahajud aku selang beberapa malam diterimaNya, kerana tahajud itu:
1. Sekadar memenuhi sunnah dimana aku bangun malam mengepam susu.
2. Dua rakaat dengan bacaan surah yang pendek.
3. Zikir yang ringkas dengan harapan cepat habis nk sambung tidur semula.
4. Doa yang 'default'.

Astaghfirullahulazim.. Maaf Allah, hambamu ini beribadah sambil lewa. Moga keupayaan utk bangun melawan bisikan syaitan masih memberi sisa pahala dan keberkatanMu. ‎Dan semoga aku berubah selepas ini. InsyaAllah. LahawlawalaQuwataillabillah.

Jumaat, 21 Mac 2014

Pusat Sains Negara

Ini cerita Ahad lepas.

Kami ke Pusat Sains Negara.

Menarik keseluruhannya. Masuk la jugak Pameran 1001inventions tu. How interesting! For us: Mat and me. The kids maybe too young to understand the whole thing. Few concepts they enjoyed, but rasanya jika mereka besar skit, Hamza dah sekolah, lawatan ini mungkin akan lebih bermakna.



Balik dari PSN, kami singgah ke BSC. ‎Jujur cakap, ini adalah kali Kedua selepas beranak (4 bulan umur Yahya) kami ke shopping compleks. Yang Pertama kali ke Alamanda hujung bulan lepas, utk membeli kasut sekolah Zahra. Kali ni ke BSC konon nak pergi makan di Tarbush but unfortunately the restaurant closed for renovation. Apa yang nk cakap ialah, ya Allah, sebab lamaaa sangaattt tak pergi shopping complex, rasa macam Ya Allah, serabutnya kepala: dengan orang yang ramai, dengan BSC yang tempat dine dia agak selamba menjual arak secara terbuka, dengan pakaian orang yang 'summer fashion-wear', dengan musik yang gedung-gedang.., I felt like out of place. Seperti rusa masuk kampung!! Entah la, maybe I am too old dah utk kehidupan seperti itu, which I am so happy and in peace dengan kehidupan yang sekarang ini. Dalam hati berdoa sahaja, mohon pada Allah, semoga my kids, tak terjerumus ke dalam kehidupan dunya yang serba indah tapi ilusi semata (ya, bunyi macam Ustazah, tapi itula realitinya.. ya anak-anak, ingat pesan Ummi yang satu ini). Fikir balik, am glad harga barang mahal sana sini, sebab ia menyebabkan kami mengubah cara hidup, dari melepak di shopping complex each weekend ke aktiviti lain seperti kelas agama, beriadah di Taman, visiting museum and other educational places to fill our family weekend activities. Alhamdulillah.


Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallambersabda:
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا
"Tempat yang paling dicintai oleh Allah adalah mesjid, dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar." [Sahih Muslim]

xoxo… Neeza

Pesta Buku lagi..

Sebab love to the max!! Alhamdullillah...

Selepas Ekspo Buku Islam, Putrajaya dikunjungi lagi dengan pesta buku: kali ini - Putrajaya International Book Fair 2014 anjuran MPH bertempat di PICC. Ouuhh.. how I love.. Suka sgt pesta buku sebab the discount deal with other offers. Best, best, best..



Tarikh PIBF is 19-23March, tahu awal-awal lagi based on the kain rentang yang merata kat bandar Putrajaya ni. Seawal pagi 19, dah set mind pagi ni kena pergi Pesta Buku. Buku yg nk dibeli dah survey kat kedai buku kat Warta minggu lepas (tergiur sgt rasa nk beli, but of course la tak beli sebab tak de diskaun). Semua dah set dalam kepala. Nak beli kat Hamza buku stickers, sebab dia tengah fasa buku aktiviti esp buku sticker, Zahra nk belikan buku cerita yang pendek-pendek tu, dan Yahya nak belikan buku kain, bole dia "makan" buku tu sambil baca.. hehee....

Sampai seawal pintu dibuka sebab I have few overdue orders need to be settled, so pergi cepat dengan harapan balik cepat. And Ya Allah, heaven sangat!! Sukaaaa.... masyaAllah. Susunan buku, dengan tema magical book kingdom, dengan orang-orang yang berpakaian seperti tentera di zaman kegemilangan English, awww... best!!! Jatuh cinta!!! Sejak kecil, aku memang suka sangat kalau dibawa ke kedai buku, atau ke perpustakaan. Kedai buku jarang kami pergi, mahal, kata Papa. Zaman kecil dulu kami tak la mewah sangat, priority penggunaan wang kepada perkara lain. So, kami (kakak and me) dihantar ke library Tun Razak di bandar Ipoh. Hampir setiap minggu kami pergi. Masuk sekolah menengah dah jarang pergi library awam. Papa bimbang dengan konsep menggunakan library sebagai tempat berpacaran. So, I make full use of our school library. Buku agak lama, tahun 1975, aku tak beranak lagi pun ada, but jadilah. Antara buku yang aku rasa aku pinjam bnyk-bnyk kali : Novel Syornagar, Tiga Tahun Lapan Bulan, Di Tepi Pagar, dan Badai Semalam. Seronok bergelumang dengan tempat penuh buku ni, tak rasa masa berjalan. Pernah, berkali-kali jugak, I skipped my recess duty menyorokkan diri di library :) . Hehee.. terimbau kisah lama plak, now, my aim, our aim (Mat and me) actually, is to build small library at home dan menerapkan tabiat membaca to our kids, insyaAllah.

Berbalik kisah Pesta Buku, so we bought few books. Jalan-jalan, dengan ada aktiviti bercerita, which we lepak for an hour to listen, pergi makan semua, masa spent was almost 3hours juga. Times did flies when you having fun, kan.



So, kepada korang yang dok dekat Putrajaya, do come and bring along your kids and family. Tak beli buku pon tak pe, sebab bnyk aktiviti menarik. We might be dropped by again this weekends sebab ada aktiviti pertandingan mewarna etc. Am happy when the kids happy. :D

#pibf2014

xoxo: Neeza




Rabu, 19 Mac 2014

Impian

Sebenarnya tanpa kita sedari,‎ Impian itu adalah satu doa. Dan doa, lambat atau cepat, akan diperkenankan oleh Allah swt. 

Masa zaman sekolah menengah, I always interested dengan Subjek Sains. Especially yang akan menggunakan apparatus microscope. Rasa mcm 'nerd' sgt godek2 alatan mikroskop tersebut. When form4, I learnt that my Biology teacher, Mrs Ho, adalah graduan Microbiology University Malaya. Cara dia mengajar tak la best sgt, jujurnya, tapi aku sgt interested dengan "mikrobiologi" itu, lantas I aim to become one, and masyaAllah it did happen. Subhanallah, kerja Tuhan sgt misteri. ‎Bagi korang yg pernah baca entry-entry lepas, sejarah awal aku masuk Uni, bukan amik course Mikrobiologi, amik lain. But end up jadi microbiologist jugak. Allahuakbar. 

‎Masa zaman sekolah jugak, form 2 kalau tak salah, I loved watching Little House on the Prairie, ditayangkan petang-petang kat tv2, slot cerita-cerita lama seperti Bionic Woman, 1001 Million Dolar-man, etc, and was so attracted to the life style, kehidupan ala-ala Amish. Gigih jugak g library (masa tu mana ada internet) dok research cari kehidupan golongan Amish, and rasa Ya Allah, seronoknya la kehidupan, simple je tak serabut, nak jugak life macam tu. 

Baru-baru ni kat channel NatGeo Person, tertengok la rancangan Live with Amish (reality tv show). A bunch of modern urban kids, dihantar utk duduk dengan golongan Amish ni for few days. So, dalam cerita tu, a few things that I can't help but to notice, the Amish mother: 1. Stay at home. 2. Doing most of the house work. 3. Ada la menjahit serba sedikit and sells the quilt cover to help on the economy of the house. ‎4. Malam2 dok baca buku dengan anak2. 5. At her free time, she will sit and read the bible. 6.  Masak dan suap anak-anak makan. 7. Rumah very minimalist tak de apa barang sgt pun. 8. When going out, they wore those simple old fashion gown kaler biru. ..... Tengok, tenung dalam-dalam, the mother is very similar to.. me! MasyaAllah. What she do, what she wear, and I was like, Ya Allah, that simplicity of life is what I always wanted and I am actually having it now.  Allahuakbar!! Tanpa disedari Impian itu sedang dikecapi. Alhamdulillah... 

Jadi janganlah give up berdoa, berharapan. Allah swt dengar, insyaAllah Dia makbulkan. Soal masa, itu pembolehubah tak bersandar. Bukan kerja kita. Kerja kita: jangan give up berdoa, ok :)

#prayforMH370 

Xoxo: Neeza



Rabu, 12 Mac 2014

#prayforMH370

‎Day 5 and still missing. 

Dan timbul pulak perkara syirik dan khurafat kebanggaan budaya Melayu ni... ish!

‎Bertaqwalah kepada Allah semata-mata; cukuplah Allah sebagai pentadbir urusanmu - Al-Ahzaab, ayat 3.

;'(

Rindu Bau Pohon Tin


Buku karya Ust Hasrizal berlatar belakangkan pengalaman Beliau ketika menuntut ilmu di Jordan. Kisah suka duka beliau turut disertakan dengan sejarah tempatan Jordan diselangi ayat-ayat motivasi mengajak pembaca berfikir akan tindak tanduk yg perlu diambil bila berhadapan dengan satu-satu situasi. Best, seperti biasa, aku kalo baca buku memang beremosi skit, ada part gelak terkekeh-kekeh, and ada part memang berjurai-jurai air mata menangis. Heheee..

8 bintang out of 10. And I recommended this book, together with Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari - Ust Zaharuddin, should be read by all pre-University students so that they have clear vision what should they achieve as a Student and later as a ‎graduan. 

Ok, stop sekejap bacaan ringan as we are less than 3months to welcome Ramadhan and I am now at Juzuk 22. Nk habiskan baca Quran, as my aim is to get done the Al-Baqara by reaching Ramadhan and hoping to khatam by reaching Syawal. InsyaAllah. LahawlawalaQuwataillabillah. :) 

Xoxo : Neeza 


Isnin, 10 Mac 2014

Kandil di Kaki Gunung


‎By Roza Roslan. 

Antara buku yang dibeli semasa Ekspo Buku Islam Putrajaya last week. 

Alhamdulillah. Done reading. One thing when u starts to read, there'll be no space for television, which is Alhamdulillah, I feel great actually. Not only television, but activity lagho di social network juga dapat di-limit-kan. Best, best, sebab sometimes rasa apa saja la yang dihebahkan ini (status fb, twitter, gambar iG)- berulang-ulang, bertanding-tanding dan kosong. That's what I viewed la, sbb tu kawan iG ada less than 80. Sbb rasanya diri ini x mampu nk load and digest segala mcm 'update' untuk lebih daripada 80 orang. 

Anyway, berbalik kepada kisah buku:
Buku setebal 735 mukasurat ‎ini adalah kompilasi 3 travelog Penulis: Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi. I love reading travelog, travelog tauhid terutamanya: kerana Pertama nya sebab ‎ia cerita benar bukan reka reki Penulis, dan Kedua, relatasi dengan kehidupan, bersandarkan kepada hikmah Allah. 

KdKG mengisahkan perjalanan hidup Penulis, Kak Roza dari zaman kanak-kanak, menginjak dewasa. Bahasanya santai, bersahaja, mudah tapi setiap cerita ada point, relatasi hikmah Allah. Ada cerita yang menyebabkan aku sendiri terkenang akan zaman kanak-kanak - ayah garang, nk beli barang tak punya uwang, ; dan ada kisah kelakar yang bersahaja. One word about this book is: Comel! Tak sangka Kak Roza juga pandai menulis dan bercerita seperti Prof Kamil. Santai dan tak bosan membaca nya. Hubungan satu chapter ke chapter yang seterusnya menimbulkan debaran, menyebabkan tak sabar-sabar rasa nak tahu lepas tu apa jadi. Banyak juga doa dan kata2 kiasan yang perlu kita renung untuk memahami dalamnya makna.

I give 8 half out of 10 for this book. Recommended untuk mereka yang gemarkan bacaan santai bersahaja. 

InsyaAllah, will resume dengan buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ust Hasrizal after this :)

Xoxo : Neeza 


Rabu, 5 Mac 2014

sambungan kisah Rezeki

Dua tiga hari dok berfikir, akhirnya I made the decision: tarik diri saat akhir untuk bukak booth for Women International Day @ Tropicana Hospital, this coming Saturday. Bagi that booth to other vendor. Sebab di saat-saat akhir ini, yang berjaya siap adalah 3 carriers sahaja, satu dah dicop oleh pembeli. Takan nak jual 2 je kot. Baik jual di website je.. I know ada 3 hari lagi before the event, but I dont feel like forcing myself to sew more carriers. Serabut rasa berkerja dalam tekanan.

Alhamdullillah, as I wrote earlier, rezeki itu sentiasa ada, cuma terfikir ttg buka booth ni sebab nak beramah mesra dengan pembeli / pengunjung di samping melebarkan sayap perniagaan kan.. but next time perhaps, insyaAllah.

Terima kasih Allah swt atas rezeki. Alhamdullillah.

xoxo: Neeza

Klinik gigi


Another trip to klinik gigi for Zahra. Menakjubkan gigi cik kak ni, gigi yg baru dh sibuk nk keluar but yg lama masih teguh berdiri. So, kena la cabut secara paksaan di klinik gigi. 

A trip to dental ni mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Kami tak pernah langsung ke klinik gigi swasta, malahan ke klinik gigi kerajaan pun tak pernah sebabnya kami ada klinik gigi di sekolah. Yup, antara sekolah yang ada fasiliti lengkap klinik gigi - bole cabut dan tampal amalgam. Tapi dentist (jururawat pergigian rasanya) tu, orang nya agak garang. Takut jugak la, dan tika itu rasa peralatan pergigian sungguh mengerikan. Especially masa tampal gigi, kena nganga lama-lama dan bunyi alatan dalam mulut yang sungguh mengilukan. Hahaa..

Setiap tahun dari Darjah satu hingga Darjah tiga akan ada pelajaran penjagaan gigi: duduk ramai-ramai tepi longkang pegang berus dan cawan sambil nurse ajar kaedah betul gosok gigi. Best, seronok sbb dapat sekotak ubat gigi Colgate dan berus percuma. Masa Darjah 4 pula, ada pertandingan gigi siapa yang cantik, Alhamdulillah, saya menang untuk kelas 4M. Hehee... bangga kejap sbb ada gigi yang cantik :B. Dan setiap tahun mmg akan ada yearly visit to the dentist check gigi. I went there until masuk Form One. Form one masih pergi, but lepas tu sbb gigi dah tak Sakit maka tak de dah melawat klinik gigi tersebut. 

At this time I wonder ada lagi ke tak klinik kecil tepi tangga itu. Kedudukannya di tingkat 2, di tingkat 3 ada koperasi. Kalau awal tahun, masa rehat ramai orang berbaris sampai ke pintu klinik gigi membeli belah di koperasi. Hehee..

I hope to go back to MGS, ipoh one day. Melawat-lawat kenangan 6 tahun tempoh pembesaran. 

Xoxo: Neeza


Selasa, 4 Mac 2014

Sahabat-sahabat Nabi saw

‎These are the books in order to know who they are.. 
Sebab bnyk kali jugak bila pergi ke kelas agama, the lecturer will mentioned certain names like Anas ibn Malek, Abdullah ibn Jahsy, etc etc, and I will be blanked, tak tahu siapa kah mereka ini? Apa significant mereka dalam pembangunan Islam? Mengapa nama mereka disebut-sebut?

So, lepas kelas Protect this House, terpanggil rasa nak tahu siapa itu Anas ibn Malek, and when I read about his story, masyaAllah, berlinang air mata, teresak menangis. Beliau ada lah merupakan antara sahabat Nabi yang paling akhir meninggal dunia, lantas, banyak merekodkan hadith.

After read about Anas ibn Malek, rasa ‎mcm malu dengan diri sendiri, sebab mereka ni tokoh Islam, tapi diri ni tak kenal. Huhuu..

Lepas ni insyaAllah nk baca buku tentang 4 imam. I saw the book at Expo Buku Islam tu, but hold for now, too much book and yet too little time. Alhamdulillah, momentum tengah tinggi tapi kita tolak pelan-pelan. :)

Xoxo: Neeza 



Rezeki

Sebenarnya, sepanjang hiatus, banyak sangat benda yg berlegar-legar diminda yg mohon untuk dicoret kan. Nk review kelas AlMaghrib - Protect this House, review kelas ibrah Al-Kahf, nk kupas isu PBS, perubahan cuaca yg mendadak, milestone Yahya yg dh boleh turn-over.. dan kesemua akhirnya hanya linger around in mind dan dibiarkan begitu sahaja. Kekangan masa menjadi foktor pertama untuk dipersalahkan. Kedua sikap sendiri yang malas. But then again, menulis bukan kerja mudah, at least for me la - nak kena karang ayat bagi molek, ambiance yang sesuai supaya idea tak tersekat dan masa yang diambil perlukan pengorbanan pada kerja yang lain.

Well, apa yang nak ditulis pada pagi ni, adalah isu berkaitan rezeki, dalam erti kata lain, order yang masuk. Alhamdulillah, syukur sangat, order so far adalah cukup.. berlebihan sebenarnya sehingga ada order yang terpaksa di-turn down atas kekangan masa dan tenaga. Terutamanya order daripada vendor, yang nk ambil bulk orders to put into their physical store. Tawaran memang lumayan, Alhamdulillah, tapi diri sendiri harus sedar: faktor tenaga dan masa. Yang menjahit sekarang ni mak sorang je, masa plak kena dibahagi kepada anak dan kerja-kerja rumah yang lain. And I need my own time too, to feed my soul and do some reading.

Sebenarnya syukur sangat. Tak tahu nak lafaz syukur dalam bentuk macamana lagi, sebab Alhamdullillah, hidup so far adalah cukup. Berlebihan mungkin. Anak-anak membesar depan mata, rumah, walaupon bersepahnya, ya ampun.. tapi masih rumah sendiri, dan lain-lain nikmat Allah swt yang mana mungkin mampu dibalas.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pagi yang basah, dengan kicauan burung yang gembira, dan kerja yang berlambak menanti ;) .. its good to breath the air again, today.

xoxo.


Isnin, 3 Mac 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya

‎Sedang berlangsung sekarang smpai 9March. 

Alhamdulillah, sebab dekat sgt dengan rumah, 3 kali berpeluang untuk pergi. 3 kali jugak la memborong buku. Hehee..

Booth yg best:
For Zahra- Booth Ana Muslim. Berbaloi adalah pembelian majalah lama- 8 naskhah for Rm10. 

Booth Iqra-Asia. They came all the way from Singapore. Buku dia label Iqra International which berpusat di Chicago. MasyaAllah, very beautiful Islamic Books mostly for children and also for homeschooling. Borong banyak jugak buku kat sini. 

Best nya Pesta Buku adalah, semua buku ada diskaun. Lepas tu macam2 jenis Quran terjual- nk tajwid, dengan makna, musyaf sahaja, insyaAllah semua ada. 

19March ni plak starts Pesta buku Antarabangsa kat PiCC. Simpan duit nk Borong buku lagi. Heheee ;)

Xoxo: Neeza


Sebarkan CintaMu


Alhamdullillah. Menginjak March 2014. Maaf sebab lama menyepi.. February was masyaAllah, penuh dan padat. Seems that the weekends starts from hujung minggu Thaipusam was filled with lotsa activity: balik Ipoh, balik Terengganu, famili gathering, Almagrib class - Protect the House and finally Akademi Sinergy class - Ibrah Surah AlKahf.
And the last week of February was spent lying on bed, feeling unwell. Alhamdulillah, now dh ok skit but still sisa-sisa batuk masih ada.

Ok, back to topic: Sebarkan CintaMu adalah novel karya Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan my bahan bacaan for bulan Februari. My third attempted to finish reading this book and Alhamdullillah, berjaya! The first two attempted was lack of motivation. Bukan apa, novel nya sangat tebal- 870 mukasurat and being a slow reader, I was more worried that I might hooked up on the book and neglected other important matter but Alhamdullillah, dengan iltizam yang tinggi I managed to have time to read the whole book. Memandangkan ini adalah novel tauhid, maka setiap penceritaan adalah berasaskan nas dan hadith dan ceritanya turut mengepilkan relatif ayat Quran, kisah-kisah teladan Rasullullah dan para sahabat, juga info-info fiqh.

Buku ini mengisahkan 3 watak utama dengan cerita hidup masing-masing: Ibu Dhiya, berpengetahuan agama dengan adab yg tinggi tetapi punya permasalahan hubungan dengan anaknya, Sarra dengan konflik keluarga berpoligami, Ibu Satri dengan permasalahan suami yang mahu berpoligami dan watak-watak sampingan seperti Madam Zeema yang berfikiran islam Liberal.

Keseluruhan jalan cerita adalah teratur dengan disusuli dengan hujah-hujah berlandaskan hukum Islam, dan turut disertakan bersama pandangan jumhur ulama, berkenaan dengan perkara berkaitan. Permainan emosi juga mengesankan (adalah bab-bab yang menitiskan air mata sedih, dan terharu). Sangat disyorkan kepada mereka yang mencari-cari akan hujah Islamik berkenaan dengan isu poligami, hijab, dan hidup kekeluargaan dan berumahtangga. I give 4 out of 5 stars- sebab ada jugak chapter yang mengulang-ulang, dan banyak arguments (bagus.. but it bores me).

My March book would be travelog by Roza Roslan, wife Prof Kamil, buku bertajuk Kandil di Kaki Gunung. Yang ni pon tebalnya 700 lebih jugak. Semoga diberikan kelapangan masa untuk menghabiskannya. Ameen. #OneBookOneMonth
xoxo. Thanks for reading this :)