Khamis, 31 Disember 2015

Book 2015

Books that I read from cover to cover for the year 2015. Tak bnyk mana, half from the total amount of books that I read for 2014 (huhuu..), and tahun ni bnyk baca buku fiqh as I was preparing for our Hajj journey.

Nota Dari Madinah - Prof Kamil
Dhuyufurrahman, tetamu Allah - Mohammad Zaki
Pulang Bersama Haji Mabrur - Mohammad Zaki
Bahagianya apabila Hajmu diterima Allah - Fahrur Muis
Agar Haji tidak Sia-sia - Misbah Majidy
Masa dalam Kehidupan - Dr Yusuf Qaradhawi
Trying to be Muslim - Norhafsah Hamid
Berjalan.. Melihat.. Mentafsir.. - Abdullah Bukhari
Hebatnya Bangun Awal Pagi - Muhammad Suhadi
Larangan dan Perintah dalam Solat Tahajud - Ust Yazid Bustomi
Solat Dhuha dan manfaatnya - Dr Zulkifli Al-Bakri
SoalJawab tentang Taharah/Bersuci - Modh Azrul, Azhar Mohamed
Kesalahan Solat Tahajud yg Membuatkanmu Tidak Bahagia dan Mulia - Masykur Arif
Hati ini milik Mu - Yasmin Mogahed

dan Alhamdullilah, managed to khatam Quran (baca dan terjemahan), once in 2 month. Semoga apa yang dibaca dan ilmu yang diperolehi menjadi amalan. Ameen.

More books to read insyaAllah for 2016.



Sabtu, 21 November 2015

Klinik Usahawan - Dr Azizan Osman.

Sedikit perkongsian: Klinik Usahawan - Dr Azizan Osman.

Pasang niat kenapa nk buat bisnes - jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan keluarga - jangan sombong dengan Tuhan, keluarga dan org ramai - cari keberkatan dalam bisnes, keuntungan dunia akhirat. Perniagaaan yg boleh tolong ramai orang.

Mulakan TINDAKAN - perkara paling susah is to create action. 80% of success is action. Fokus, Sabar, Belajar, Buat kerja betul-betul - consistency. Apa yg kita tahu menentukan tahap kewangan kita - sebab itu perlu tambah pengetahuan - Belajar selok belok dunia perniagaan dari mereka yang berpengalaman teori dan amali.

Konsep LUCK:
Logistik - ubah dengan siapa kita berkawan - berada dgn mereka yg lebih baik daripada kita, cari kawan yang positif, berkualiti. Tukar environment - face the real world.
Upgrade - 1. understanding - pemahaman kita berhubung dengan bisnes. Nak bawa bisnes pergi mana? 2. Kualiti emosi - be postive, hati kena sungguh-sungguh dengan bisnes. 3. Tindakan - Nak dapat hasil yg luar biasa, kena buat perkara di luar kebiasaan. Fokus!.
Control, Commitment, Consistency - tepis perkara yg ganggu fokus.
Knowledge - always seek knowledge. Kaedah perniagaan berubah mengikut masa.

Ubah cara hidup:
1. Yakin boleh berjaya: i. ilmu kena ada, ii. lihat kejayaan org lain (ambil contoh), iii. bertindak, iv. dh buat dan jadi - kena ada confident utk jual.
2. Buat keputusan nk tingkatkan tahap kewangan.
3. Do it NOW!!! Jangan bertangguh. Everything is NOW!
4. Jangan takut gagal jika kita ada ilmu. Ilmu penting!
5. Jangan takut/peduli apa org kata jika apa yg kita buat adalah betul.
6. Kena ada longterm perspective - dunya dan akhirat. Perniagaan yg kita buat boleh bantu di akhirat bukat setakat kehidupan dunia sahaja.
7. Continuos learning to move forward.

Keep in mind: InsyaAllah BOLEH. Tukar cara fikir kepada POSITIF. Keep on berdoa, dan bersangka baik dengan Allah swt.



Ahad, 15 November 2015

Path to HEREafter - Sisters seminar


Take home message : 
To find the right path-
1. Knowledge of being a muslim.
2. Find right person to guide.
3. Do not compare our journey with other people.
4. Be proud of Muslim identity.
5. Help others too.
6. Choose your friends well.
7. Doa and be patient.
8. Staying in right path is bigger struggle -Istiqomah.

Walking in footsteps of Rasullullah -
1. Have knowledge. Learn the sirah.
2. Follow sunnah with imaan.
3. Istighfar always.
4. Re-do intention everyday.
5. Be kind to our neighbours.
6. Learn to obey the Shahadah in fullest.
7. Be the best in character.

‪#‎straightpathconvention‬

Isnin, 26 Oktober 2015

Hatiku, janganlah kembali berkarat...

Suatu ketika saya pernah ketagih kepada channel FoxCrime - Dexter, Psych, CSI, Law & Order, adalah antara cerita yang saya follow sehingga ke episod yang terakhir. Selepas merasakan betapa tv dan rancangan-rancangan seperti ini tidak mendatangkan faedah bagi saya, saya berhenti menonton. Tidak lah mendadak berhenti secara terus, tetapi saya dapati masa saya tidak cukup. Pelik sebagai seorang surirumah, yang tidak lah terlalu cerewet dengan kerja-kerja rumah, mempunyai kekangan masa. Order-order dari customer banyak tak dapat disiapkan mengikut jadual. Dan saya struggle untuk menghabiskan bacaan Quran mengikut piawaian yang saya sendiri tetapkan (nak khatam setiap 3bulan, pada waktu itu). Setelah disemak, saya dapati saya banyak me-lagho, dengan televisyen. Ya, masa yang saya ambil untuk menonton televisyen dahulu, hampir 5jam setiap pagi. Adakala baju berbasuh tak berjemur, dah berjemur, berhari baru diangkat, gara-gara saya sibuk dengan aktiviti menonton tv. Astaghfirullah, may Allah forgive me, too messed up..

Saya berhenti menonton secara terus apabila mula menghampiri Ramadhan tahun 2014. Gara-gara saya mulakan hobi baru iaitu membaca, dengan target #1buku1bulan. Alhamdullillah, saya gembira dapat meninggalkan televisyen. Hidup terurus, kerja tepat pada masa, Quran juga terjaga, begitu juga dengan amal-amal yang lain. Alhamdullillah.

Setelah sekian lama, entah macamana semalam saya menonton, channel FoxCrime, sesambil lipat kain. Mulanya anak-anak menonton kartun, kemudian mereka bermain di luar. Biasa nya bila mereka tiada saya tutup tv, tetapi semalam saya flip ke channel FoxCrime, dan on-air adalah cerita CSI-Miami dan saya tonton dari mula hingga habis - 2 episode, back to back. Allahuakbar.

***

Pagi tadi seperti biasa jam telefon berbunyi pukul 5pagi. Masa untuk bangun mengadap Ilahi. Berat nya la mata ni. Sepuluh minit kemudian saya kembali sedar. Kejutkan suami kerana katanya nak berpuasa. Subuh awal sekarang, 540pagi. Bimbang jika tak bersahur dia tak bermaya pula. Selepas suami bangun entah bagaimana saya kembali terlelap. Sedar-sedar sudah jam6. Allahuakbar. Perkara pertama muncul dalam ingatan adalah CSI-Miami. Allahuakbar, astaghfirullah.. Hatiku, janganlah kembali berkarat...

Semoga malam ini boleh kembali bangun seperti biasa. Dan kamu televisyen, selamat tinggal.



Rabu, 21 Oktober 2015

"Jewels of Islam: The Story of Maryam (a.s.)" by Shaykh Dr. Ahsan Hanif



Alhamdullillah di atas peluang untuk ke taman syurga, malam semalam.
Berikut adalah antara ilmu yang sempat saya notakan:

- We must have an establish relationship with the Quran. Quran will come as our attorney during the day of Qiyamah.
- How to understand the Quran?
--- Learn the meaning of the THEME of each chapter -> understand the theme.
--- Quran is unique becos each chapter comes in specific theme
--- However, each topic is connected, there's a chain that move from one chapter to the other chapter.
--- study the text and analysed.

Surah Maryam:
The only surah after a woman name.
So what is the theme?
-- solat, sabr and Allah will help.
>>> Zakaria as wants a pious zuriat - solat, sabr - Allah give Yahya
>>> Maryam, in her journey to give birth, alone, - solat, sabr - Allah give Isa, who is very special, a baby that can talk and backing his mother
>>> Ibrahim, in his dawah to his father, got rejected - solat, sabr - Allah promise that all of the rasul that came after is in his progeny
-- solat, sabr and the reward is pious zuriat.

Conclusion: In difficult time, establish connection with Allah - Solat, keep on praying - Sabr  - Allah will give Good News.

Subhanallah, Alhamdullillah.



Selasa, 20 Oktober 2015

Anugerah Allah

Antara perkara yang paling merisaukan untuk bermusafir menunaikan fardhu Haji ini adalah masalah wanita - menstruasi. Mengikut perkiraan bulanan, saya akan didatangi haid pada sekitar 25-28hb setiap bulan.
Musim haji tahun ini bermula pada 23hb Sept. Ritual Haji seperti wukuf di Arafah, mabit di Muzdhalifah dan Mina, melontar jamrat tidak memerlukan seseorang untuk berada di dalam keadaan suci, namun, ritual terpenting, tawaf ifadah adalah sama seperti solat, perlu dalam keadaan suci dan berwuduq. Tanpa tawaf ifadah seseorang itu dikira gagal untuk mendapat taraf Haji kerana tawaf ini termasuk dalam rukun Haji. 
Makanya pada awal bulan Ogos, setelah kembali suci, suami bertanya, adakah patut kita mencuba untuk saya terus berkeadaan suci tanpa haid sepanjang Haji atau bagaimana. Memandangkan kami memang bercadang untuk menambah anggota keluarga pada tahun hadapan, saya memberi persetujuan. Alhamdullillah, ini anugerah Allah. Memudahkan perjalanan ibadah saya. Benar, sepanjang Haji dan sepanjang berada di Mekah, saya giat beribadah kadangnya hampir terlupa yang saya berbadan dua. Namun semasa di Madinah, saya telah mula merasa efek kandungan - mual. 2 kali juga terlepas berjemaah di masjid, sebab keadaan saya yang mabuk, saya hanya ingin berbaring dan berehat. 
Alhamdullillah, setelah pulang baru sempat ke klinik dan memeriksa keadaan bayi. Dia sihat, nampak cukup aktif semasa scan dibuat. Semoga selamat segalanya, Ameen..

Terima kasih Allah atas hadiah terindah.. terkenang akan doa tetamuMu yang paling, paling, paling istimewa :)  .. Alhamdullillah.




Kisah kami pergi Haji (part2)

Konfirmasi untuk menunaikan haji pada tahun ini telah dibuat seawal akhir bulan March. Kami suami isteri sangat teruja. Segala urusan berbentuk pasport, salinan sijil nikah, dokumen lain yang berkaitan, kami selesaikan seawal mungkin. Perbualan kami suami isteri juga banyak berkaitan dengan persiapan dan ekspektasi kami terhadap seluruh perkara haji ini. Namun memandangkan kami akur pada segala kemungkinan (menurut syarikat pengurusan, permohonan visa Haji hanya akan dibuka pada penghujung Syawal), maka kami simpan sahaja berita gembira ini pada diri kami dan Papa Mama. Tidak diwar-warkan secara umum.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ramadan pergi, Syawal disambut meriah dan akhirnya, tibalah Zulkaedah. Menurut syarikat pengurusan, tarikh pemergian kami ke tanah suci telah ditetapkan pada 19 September 2015, Sabtu,  3.30petang mengikuti penerbangan Saudi Air. Alhamdulillah, hujung minggu maka mudah untuk papa dan mama datang mengambil anak-anak dan menghantar kami ke airport tanpa perlu mengambil cuti dan sebagainya. Apabila ditanya berkenaan dengan perihal visa, syarikat memaklumkan bahawa segala dokumen berkaitan telah pun dihantar ke kedutaan, dan sedang diproses untuk kelulusan.


3 minggu sebelum berlepas.
Kursus Haji.
Sejujurnya saya risau. Melalui pembacaan, dinyatakan bahawa, Haji yang dikira, dinilai kemabrurannya adalah haji yang dibuat pertama kali. Haji yang kedua, ketiga dan seterus nya hanya merupakan perkara sunat, yang efeknya tidak sama dengan yang pertama kalinya. Maka, kami harus memaku ketat perjalanan haji pertama dan mungkin kesekian kalinya ini.  Pelajaran melalui maya, youtube, tidak sama dengan pelajaran secara realiti. Saya fikir yang realiti lebih meresap ke sanubari. Usai berakhir Syawal, saya google sehabis mungkin mana-mana kursus Haji yang akan dilaksanakan pada masa terdekat yang berhampiran. Alhamdullillah, terserempak dengan iklan Kursus Haji Intensif 2 hari kelolaan Masjid Besi, Putrajaya. Wah.. hampir sungguh dengan rumah. Segera saya hubungi pegawai yang berkaitan. Malang sekali respon yang diterima menyatakan pernyertaan untuk kursus telah lama ditutup. Sudah penuh, maklumnya. Oh, hampa rasa. Tidak berputus asa, saya hubungi semula pegawai berkenaan bertanya apa mungkin akan ada ulangan kursus yang berkaitan dalam jangka masa terdekat? Pegawai tersebut bertanya kepada saya, pernah pergi kursus haji yang lain atau tidak? Jika pernah, isi kandungan kursus sama sahaja. "Tidak. Dan saya sangat terdesak", respon saya. 2 jam kemudian dia hubungi semula, "Saya tukar venue ke bilik yang lebih besar. Puan buat bayaran pada akaun ini untuk confirm kehadiran".  Subhanallah, Alhamdullilah.
Pada 22 dan 23 Ogos, kami hadiri Kursus Haji Intensif di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdullillah. Banyak ilmu yang kami perolehi. Memang berbeza kelas maya dengan kelas realiti.




2 minggu sebelum berlepas.
2 minggu sebelum berlepas kami pulang ke Ipoh. Mama menyarankan agar kami menggunakan sahaja kain ihram, beg, dan barang-barang lain kepunyaan mereka. Tak perlu membazir membeli, katanya. Papa turut mengajar suami bagaimana memakai kain ihram dengan betul. Mama menghadiahkan saya 2 helai telekung, satu berwarna hitam dan satu berwarna putih. "Yang putih ini untuk dipakai waktu di Arafah. Arafah jangan pakai hitam", ujarnya. "Kenapa tak boleh pakai hitam ke, di Arafah?", saya bertanya. "Kepanasan kau nanti", balasan mama disambut dengan derai ketawa dari saya. Hahah.. tapi, serius, betul sangat apa pesan mama. Di Malaysia saya ketawa, di Arafah, terduduk saya menangis... huh, tak tipu panasnya, Subhanallah! Cerita lanjut tentang Arafah nanti di chapter akan datang, insyaAllah.


Petang Ahad kami pulang ke rumah dengan 2 beg besar, kain ihram dan lain-lain kelengkapan. 1/3 daripada barang-barang yang akan kami bawa ke Tanah Suci telah tersedia, tinggal lagi 2/3 sahaja yang merupakan kelengkapan harian kami seperti baju, seluar, telekung, baju tidur dan lain-lain. Keesokkannya, Isnin hingga Khamis, suami berkerja di luar daerah. Anak-anak masih kami hantar ke sekolah dan ini diuruskan oleh saya.

1 minggu sebelum berlepas.
Suami dah mula bercuti. Memandangkan pakej Haji kami cuma 25 hari dan kelayakan cuti haji untuk syarikat tempat dia bekerja adalah 40 hari, maka dia mengambil cuti genap 40hari, extra cuti seminggu sebelum pergi dan seminggu selepas balik. Bagus juga dia sudah mula bercuti sebab dapat la serba sedikit dia menolong menguruskan rumah yang akan ditinggal kan ini.

Sabtu, 12 Sept.
Syarikat agensi memaklumkan akan adanya taklimat khas berkenaan perjalanan Haji dan perkara berkaitan pada hari ini. Taklimat bermula jam 10pagi di Masjid Al-Hidayah, Shah Alam. Sedang kami sibuk bersiap untuk menghadiri taklimat, Mama telefon, "Ada wakil daripada Tabung Haji call. Dia tanya kamu nak pergi Haji ke tak?". Aik, saya merasakan kepelikan di situ. Kenapa pula Tabung Haji hubungi? Setelah talian dengan mama diputuskan, saya nyatakan kepada suami. Suami juga merasakan pelik, namun disebabkan kami akan berjumpa dengan pengurusan syarikat maka kami ignore sahaja perkara tersebut. Dalam kami sibuk-sibuk nak keluar rumah, telefon saya berdering semula. Ia panggilan wakil daripada Tabung Haji. "Puan memohon untuk pergi Haji, tetapi Puan dah batalkan pendaftaran Puan", maklum beliau. Ya, pertengahan tahun ini, saya batalkan pendaftaran Haji saya dengan Tabung Haji disebabkan telah yakin akan pergi melalui agensi swasta. "Ada masalah ke?", saya tanya. "Semua urusan masih melalui Tabung Haji, jadi kami tidak dapat mengeluarkan surat panggilan Haji Puan. Begini lah, Puan pergi ke pejabat Tabung Haji yang terdekat untuk selesaikan masalah ini". Saya terus menjadi keliru. Suami menyarankan agar kami segera ke Shah Alam dan berjumpa terus dengan wakil syarikat dan bertanya berhubung dengan perkara ini.

Sampai di Masjid Al-Hidayah, Shah Alam, kami bergegas bertanya kepada wakil syarikat, Hajah Raz berhubung dengan masalah yang berbangkit. "Tak de apa tu, jangan risau," ujar beliau. Menurut beliau, Tabung Haji dapat kuota tambahan sebanyak 5ribu untuk tahun ini. Maka, semua agensi swasta yang memohon visa melalui kedutaan disaran untuk memohon secara terus dengan Tabung Haji. "Tabung Haji telefon sebab pasport kita semua ada dengan mereka, Mereka nak isu kan visa Haji tu", tambah beliau lagi. Walaupon masih keliru, tetapi kami berpuashati dengan penerangan yang diberikan.

Di penghujung taklimat, Haji Harun, pemilik syarikat berkenaan menyatakan dengan tegas, "Ok, kita jumpa semula, minggu hadapan, 19 Sept di KLIA. Flight jam 3.30 petang, mesti berada di sana dalam jam 12 tengahari ya". Kata-kata terakhir beliau disambut dengan separa sorak dari kami, bakal hujjaj sekalian. Masing-masing kelihatan teruja dan seronok.

Selasa, 15 Sept.
Hajah Raz telefon. Ada masalah sedikit katanya. Berdebar sangat hati ini. Allahuakbar. Masalah adalah berkenaan visa. Kena pergi Tabung Haji selesaikan. Tabung Haji masih mahukan kami mendaftar sebagai mereka yang mahu pergi haji pada tahun ini. Memandangkan kami ke Klang, melawat kakak ipar yang juga pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini, maka kami singgah terus ke Tabung Haji Klang. Sampai di sana, ketika sedang menunggu giliran, kami terserempak dengan Hajah Raz, yang juga sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan kaunter Tabung Haji. "Hajah buat apa di sini?", suami menyapa. "Masuk duit, 10ribu. Kena masuk duit 10ribu. Tabung Haji nak tengok, nak lepaskan visa. Kalau tak diorang tak nak isu visa", jelas Hajah Raz. "10ribu? Allahuakbar", respon saya secara spontan. "Alamak, mana nak cari", balas suami. "Takpe, korang daftar dulu haji lepas tu baru fikir pasal 10ribu ni," Hajah Raz mencadangkan. Makanya, kami berdua daftar untuk pergi Haji dahulu. Tarikh giliran haji kami mengikut kepada pada surat tersebut adalah pada tahun 2088. Subhanallah, dah seratus lebih umur tu.. kami berdua ketawa. Namun di sepanjang perjalanan pulang dari Kelang ke Putrajaya, kami masing-masing berdiam. Masing-masing memikirkan mana nak cari 10 ribu, atau jumlahnya 20ribu dalam masa yang sangat singkat ini.

Rabu, 16 Sept.
Hari ini cuti umum Hari Malaysia. Memandangkan anak-anak tidak bersekolah, selepas syuruk saya kembali tidur. Jam 9pagi bangun, dan dikejutkan dengan soalan daripada Zahra, "Ummi tak jadi pergi haji ya?" "Ha.. kenapa pulak?" "Walid yang cakap." "Walid cakap macam tu ke?" "Erm tak tahu.." "Walid kat mana?" "Ada kat bawah tengah buat kerja." Saya ambil masa bersihkan diri, mengemas bahagian atas, seketika kemudian baru turun. Kelihatan suami sedang tekun menaip sesuatu pada kekunci laptop. Saya terus masuk ke dapur, seketika suami datang menyertai saya di dapur. "Esok saya masuk kerja balik. Saya tak boleh cuti lama-lama, leave dah tak ada", ujar dia. "Jadi kita tak jadi pergi ke?" tanya saya. "Tak tahu", jawab suami. "Saya tak ada sumber 20ribu", tambahnya lagi. "Tapi kita tak boleh putus asa. Tiket kapal terbang semua kan dah ada. Macam mana tu?"saya cuba menyangkal. "Masalah nya visa tak ada, macamana nak masuk Saudi." "Tak. Kita tak boleh putus asa. Siti Hajar berlari 7 kali Safa-Marwah nak dapat kan air untuk Ismail. Kita tak bole give-up macam ni je", balas saya yang disambut diam oleh suami. Saya naik ke atas dan meneruskan mengemas barang-barang. Suami pula meneruskan kerja-kerja pejabat dia.

Saya cuba menjadi positif tetapi memandangkan respon suami yang seperti berpatah harapan, hati saya jadi tidak tentu hala. Saya ingat akan ceramah Imam Suhaib Webb berkenaan dengan solat Tahajud, mereka yang melakukannya ikhlas kerana Allah swt, dan meminta sepenuh hati tidak akan disiakan permintaan nya. Hampir setiap malam saya minta agar dijadikan kami tetamu yang paling, paling, paling istimewa, mana mungkin Allah menghampakan permintaan saya nan satu ini. Saya yakin kami akan pergi, tetapi mengenang akan nilai 20ribu itu, mana pulak nak dicari..

Untuk tenangkan hati, saya baca Al-Quran, dan bagai kan Allah sedang berbicara dengan saya, saya dipertemukan dengan ayat ini:
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal. - Surah Ali Imran, ayat 160.

Tawakkatullah. Kata kunci di situ. Di luar pengetahuan suami, saya hantar mesej kepada Papa. Saya  mahu Papa dan Mama berdoa, berdoa supaya semuanya dipermudahkanNya. Doa, selain di buat oleh diri sendiri pada waktu-waktu tertentu, doa ibu bapa juga adalah mustajab.



Seketika kemudian, mama telefon, "Dedek, kenapa?". "Ada masalah sedikit la Ma", kata saya dan saya pun menceritakan selanjutnya masalah yang kami hadapi. "20ribu tu untuk apa sebenarnya?" "Entahla Ma, kami pun tak faham. Tabung Haji nak tengok baki akaun untuk diorang isu visa. Kena ada 10ribu dalam akaun sekurang-kurangnya." "Tabung Haji ambil ke tak?" "Tak. Parking je katanya. Dia nak tengok balance. Entahla.. kami pun pening. Dah la singkat sangat waktu nya ni." "Macam tu pulak. Banyak juga 20ribu tu. Dah tu nak buat macamana ni?" "Wallahua'lam Ma. Doa je kami ada sekarang ni. Mohon Mama Papa doa jugak la. Supaya permudah semua." "Ok, nanti Mama call Sya suruh dia berdoa jugak.". Talian dengan Mama diputuskan. Lega serba sedikit selepas dapat berkongsi masalah dengan Mama.

Malam tu selepas isyak, saya baring-baring di atas katil. Anak-anak masih ligat bermain. Suami datang lantas bertanya, "Dah habis kemas barang?" "Ada sikit je lagi", jawab saya. "Pergi ke?" tanya dia lagi. "Pergi", jawab saya disambut dengan ketawa kami berdua. Sedang kami berdua berborak hal yang tidak berkaitan, telefon saya berdering. Mama di talian. "Dek, kat mana? Mat ada kat situ tak?" "Dalam bilik. Ada ni Abg Mat." "Ha.. pasang speaker. Kami nak cakap sikit." Selepas loud speaker dipasang, mama berbicara, "Kami baru balik masjid ni. Ada ngaji Quran tadi. Kami dah bincang-bincang hal korang. Rasa sedih pula jika kamu berdua tak dapat pergi haji. Papa decide untuk bantu dengan 20ribu tu. Esok kami sampai KL, nanti kita pergi Tabung Haji sama-sama transfer duit. Yang ini kita usaha, yang selebihnya kita doa lagi supaya Allah permudahkan." Putus je talian dengan Mama, berderai-derai air mata saya. Allahuakbar, sejujurnya saya tak pernah menyangka yang Papa dan Mama akan berusaha membantu. Saya ni seorang anak yang degil, selalu melawan kata. Acapkali juga saya merasakan yang saya ini umpama kambing hitam dalam keluarga, sebab pendapat saya jarang diambil pakai. Sungguh, saya amat-amat terharu. Melihat saya sedih menangis, suami berkata, "Tahu tak apa, perjalanan Haji kita sebenarnya dah bermula. Ini adalah antara ujiannya..."

Khamis, 17 Sept.
Kami ambil Papa dan Mama di KL Sentral, kemudian bergegas menuju ke Bangunan Tabung Haji Jalan Ampang untuk urusan pemindahan kewangan. Selesai transfer, suami menghubungi Hajah Raz memaklumkan bahawa kami telah selesai melakukan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk mengeluarkan visa - daftar Haji dengan jumlah 10ribu dalam setiap akaun. Hajah Raz memaklumkan jika semua syarat telah dipenuhi, maka sekarang kita tunggu sahaja. InsyaAllah, visa akan sempat dikeluarkan paling lewat pagi Sabtu.

Jumaat, 18 Sept. 
Masih tidak ada sebarang berita tentang visa.

Sabtu, 19 Sept.
Tunggu dan masih menunggu. Hajah Raz kata jika visa dapat dalam jam tengahari, dia akan uruskan perubahan flight penerbangan kami dari jam 3.30petang ke jam 6.20petang. Ada satu lagi penerbangan Saudi Air ke Jeddah jam 6.20petang pada hari yang sama. Namun jika masih terlewat, urusan penerbangan akan dibawa ke hari esoknya.
Tengahari dan kami masih belum menerima sebarang berita. Saya masih menangis mengenangkan jika kami tak jadi pergi. Suami ajak keluar untuk makan tengahari, tetapi saya menolak. Tak rasa nak keluar, tak rasa juga nak makan. Makanya, dia keluar berempat dengan anak-anak. Peluang berseorangan saya manfaat kan dengan bersolat. Solat dan solat, akhirnya saya sujud memanjat doa. Jika selama ini saya berdoa semoga Allah swt permudahkan perjalanan kami, jemput kami suami isteri menjadi tetamu Nya yang paling, paling, paling istimewa, tetapi pada saat dan tika itu, saya mohon akan keredhaan hati. Dalam esakan, saya pohon agar Allah swt beri saya kekuatan untuk redha di atas segala ketentuanNya, andai kata kami tak jadi pergi, jangan la hati ini bersu'uzon, bersangka buruk terhadapNya, saya mohon untuk melihat situasi ini sebagai satu rahmat yang terbesar dariNya, pelajaran untuk memantapkan iman saya. Usai berdoa, Alhamdullillah, hati kembali menjadi tenang.
Lewat petang, dalam jam6, kami dapat mesej dari Hajah Raz. Visa telah selamat diisu! Allahuakbar. Sekali lagi berderai-derai air mata saya. Airmata kesyukuran. Lahawlawala quwataillabillah, tiadalah dayaku tanpa pertolonganMu, Ya Allah. Hati tidak putus-putus berzikir, Alhamdullillah. Hajah Raz turut memaklumkan bahawa waktu penerbangan adalah jam3.30 petang, melalui pesawat Saudi Air, mohon untuk berada di airport seawal jam 12 tengahari esok.


Malam itu, Mama, Papa, Sya dan suami datang tidur di rumah kami. Esok kami akan menempuh satu perjalanan yang panjang, setelah satu sesi pra-perjalanan yang tidak kurang panjangnya.

Ahad, 20 Sept.
Alhamdullillah atas rahmatnya. kami 'dijemput' ke Baitullah dengan menaiki pesawat Saudi Air jam 330 petang. Kami mungkin lewat sehari dari jadual asal. Tapi untuk berada di dalam perut pesawat dan membayangkan akan impian kami yang bakal menjadi kenyataan, Subhanallah, tak tergambar perasaan, tak terungkap dengan kata-kata. Kegembiraan untuk pergi menyambut panggilan Allah, LabaikAllah, melebihi perasaan sedih meninggalkan anak-anak kerana kami tahu anak-anak akan dijaga baik oleh Mama dan Papa.




Perjalanan mengambil masa 7 jam, dari Kuala Lumpur ke Jeddah. 5 jam pertama diisi oleh kami dengan membaca, suami sibuk membaca kembali nota-nota manasik Haji, manakala saya membaca Al-Quran. 2 jam kemudiannya kami isi dengan tidur. Alhamdullillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah pada jam 830 malam waktu Saudi. Jika di Malaysia waktu tempatan adalah 130 pagi.



Urusan immigresen untuk kemasukan kami jemaah Haji mengambil masa 5jam. Usai jam 2pagi baru kami dapat keluar daripada airport, menaiki bas munuju ke penginapan kami di Aziziyah. Di dalam bas, saya duduk bersebelahan dengan jemaah Haji yang pada mulanya saya fikir daripada kumpulan yang sama. Setelah berkenalan, saya dapati dia daripada kumpulan Haji yang lain, menumpang dengan bas kami, memandangkan mereka hanya 8 orang sahaja (yang tertinggal, selebihnya telah selamat tiba dengan penerbangan hari sebelum). Kumpulan kami juga terbahagi kepada dua, 30 antara kami telah selamat sampai semalam, menaiki penerbangan asal, manakala kami, yang lambat diisu visa nya juga seramai 30 orang, selamat tiba pada hari ini.
Berbual dengan dia, yang saya terlupa bertanya akan namanya, kelewatan dia berbanding dengan ahli kumpulan yang lain adalah disebabkan dia juga menghadapi masalah yang sama dengan kami. Alhamdullillah, seperti kami, lewat petang juga mereka dikhabarkan bahawa visa telah selamat diisu. "Alhamdullillah, datang dari mana, dengan siapa?" mendengar dia berbicara dengan loghat utara yang pekat, saya bertanya. "Kami datang dari Taiping. Dari Khamis hari tu dah ada kat KL. Sebab ingat pergi semalam kan. Kami berlima, saya, suami, makcik 2 orang, dan abang ipar." "Alhamdullilah, semua pergi sekali la ni?" "Tak jugak, patutnya kami berenam, dengan kakak ipar. Tapi dia tak dapat pergi." "Ha, kenapa dia tak dapat pergi?" kehairanan saya bertanya. Terperanjat juga mendengar ada yang tak dapat pergi. "Agent kami cakap masa nak print visa tu sistem down. So tak dapat la nak print had kakak ipar tu punya. Tak dapat la dia pergi, visa takda." "Allahuakbar. Belum rezeki lagi tu," balas saya perlahan. Kedua kami kemudian terdiam. Dalam hati saya berzikir sebanyak-banyaknya, memanjat kesyukuran. Betulla kata orang, Haji ni tiket jemputan dari Allah. Ada duit, sihat tubuh badan, namun jika belum mendapat jemputan, maka belum boleh jadi tetamuNya.

Jam 4pagi masa Saudi, kami selamat tiba di penginapan sementara kami di Aziziyah. Sampai sahaja, kami terus Subuh berjemaah bersama ahli kumpulan yang lain. Selepas Subuh ada sedikit tazkirah, kemudian berehat. Hari ini telah Isnin, esok Selasa merupakan permulaan perjalanan ibadah Haji kami, di mana kami akan bergerak ke Arafah. Kami memilih melaksanakan Haji Ifrad, sesuai dengan tempoh masa berihram yang tidak begitu panjang.



Kisah perjalanan ritual Haji kami akan disambung pada episod seterusnya, insyaAllah.


Sabtu, 17 Oktober 2015

Kisah kami pergi Haji.. (part1)

gambar ehsan google.com


Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas jemputanNya, kami, suami dan saya, telah selamat sampai ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardhu Haji dan Alhamdullillah telah juga selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta, Khamis lalu.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit pengalaman Haji kami. Yang mana yang baik datangnya dari Allah, dan dimana yang silap dan salah, itu dari khilaf kami sendiri.

***

Impian.
Menunaikan fardhu Haji bukan sekadar impian bagi kita yang beragama Islam, ia satu tanggungjawab. Perlu dilunaskan bagi mereka yang berkemampuan. Seperti firman Allah pada ayat 97 , surah Al-Maidah,

Bermaksud: "Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah. Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk".

Impian peribadi saya adalah untuk pergi menunaikan fardhu Haji seawal usia 35 tahun. Pada pendapat saya, penting untuk melunaskan Rukun Islam yang terakhir ini pada usia muda berdasarkan kepada faktor tenaga. Rebut lima sebelum lima, waktu muda sebelum tua, waktu sihat sebelum sakit. Ibu dan ayah saya mengerjakan Haji pada tahun 2007, dan mereka menyarankan agar kami suami isteri untuk mengerjakan fardhu ain yang satu ini pada usia muda. Haji merupakan ibadah fizikal dan rohani, lebih mudah jika pergi pada usia muda, pendapat mereka. Setiap kali tiba musim Haji, saya selalu terinspirasi dengan kisah-kisah Haji yang dibaca dan ditonton di kaca tv, dan semestinya kisah-kisah travelog haji Prof Kamil dan Puan Roza banyak memberi dorongan untuk kami berusaha agar dijemputNya pada usia yang segar bugar ini.


Bagaimana ianya bermula?

Alhamdullillah, Allah beri kami rezeki lebih awal tahun ini. Macam-macam perancangan yang dibuat dengan lebihan rezeki tersebut, antaranya, renovate rumah serba sedikit dan selebihnya kami rancang untuk menukar kereta kepada kenderaan yang lebih besar untuk keselesaan anggota keluarga. Kami merancang, Allah yang menentukan. Kereta mpv yang ditempah, yang sepatutnya tiba sebelum sambutan Tahun Baru Cina, tidak kunjung tiba. Apabila ditanya kepada pengedar, jawapan yang diterima agak terapung, maka kami yakin, belum masa untuk kami menukar kepada kenderaan besar yang baru. Lantas suami bertanya, "Nak tukar kepada jenama kereta lain atau bagaimana?". Entah bagaimana, saya menjawab, "Kalau kita pergi Haji, ok tak?". Suami terdiam, memandang saya dengan pandangan yang berteka-teki. Seketika, dia menjawab, "Anak-anak bagaimana? Yahya kan masih susu badan?".
"Yahya akan berusia setahun sepuluh bulan, cukup besar untuk putus susu. InsyaAllah, papa mama boleh jaga anak-anak kita. Saya rasa kalau kita nak pergi, tahun ini adalah yang terbaik. Sebabnya, tahun depan kan kita plan nak tambah baby, lepas tu mama papa kuat lagi nak jaga anak-anak. Kalau lambat kita tangguh, alamatnya kita kena tunggu anak-anak habis sekolah baru dapat pergi." Saya memberi jawapan dengan penerangan yang panjang lebar. "Kita daftar Tabung Haji dulu. Pas tu kita buat surat rayuan. InsyaAllah, jika ada rezeki kita, kita pergi tahun ini", saya menambah penjelasan selepas melihat kepada respon suami yang diam.
"Ok, jika betul kita nak pergi, kita pergi pakej jela, senang. Ikut Tabung Haji, peluang kita mungkin nipis. Ofismate saya ada pergi dengan pakej tahun lepas. Nanti saya tanya dia agensi apa, prosedur bagaimana", suami akhirnya memberi kata putus yang positif. Masya Allah, tiba-tiba rasa berdebar seluruh jiwa raga. Kami akan pergi Haji tahun ini? Persoalan yang memberi dua rasa, seronok dan takut.. seronok atas tercapainya impian selama ini, dan takut, adakah kami bersedia untuk menjadi tetamu-Nya.

Persediaan awal.
Setelah mendapat maklumat terperinci berkenaan dengan syarikat yang mengelolakan pengurusan Haji secara swasta, kami hubungi syarikat berkenaaan - Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn Bhd. Seperti sediamaklum, menunaikan Haji secara swasta, bayaran nya adalah berganda mahal berbanding dengan pakej muasasah Tabung Haji, namun kami teruskan juga memandangkan kedudukan syarikat yang kukuh, yang berjaya menghantar jemaah Haji ke Tanah Suci setiap tahun, dan bagi kemudahan pihak kami juga- penginapan yang berhampiran dengan masjid, bilangan jemaah yang kecil memudahkan untuk berinteraksi dengan mutawir dan tempoh waktu yang lebih pendek (25 hari) berbanding dengan muasasah Tabung Haji (40 hari).

Syarikat memaklumkan untuk booking, kami perlu membayar sebanyak amaun tertentu. Suami dengan segera membuat bayaran tersebut, dan di sini kami telah selangkah menuju ke target kami iaitu menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Hati saya sangat berdebar-debar. Pertamanya saya risau, jika kami tidak berjaya melunaskan pembayaran, maka harapan itu terkubur; kedua, saya hampir tidak dapat membantu suami langsung untuk menjelaskan pembayaran - kerja saya tidaklah lumayan dan wang simpanan juga tidak banyak. Alhamdullilah, antara latihan Ramadan yang berbekas sehingga ke saat ini, adalah bangun awal sebelum fajr. Waktu yang sangat berharga itu saya manfaatkan sepenuhnya melalui solat tahajud, dan memohon supaya Allah swt menjemput kami ke Baitullah, memudahkan setiap urusan perjalanan ke sana dan menjadikan kami tetamu yang paling, paling, paling, paliiinggg istimewa. Ya, saya memohon agar dijadikan tetamu yang paling, paling, paling, paliiinggg istimewa, mengambil contoh dari doa yang ditulis oleh Prof Kamil melalui buku Travelog Haji nya.

Memandangkan kami telah membatalkan niat untuk membeli kereta baru, maka suami mengambil keputusan untuk membuat bayaran penuh kepada syarikat tersebut. Dengan ini, seawal akhir bulan March, secara tidak langsung, kami telah confirm tempat untuk menunaikan haji pada tahun ini. Allahuakbar, Subhanallah, maha suci Allah, tak tergambar bagaimana perasaan saya ketika itu. Gembira semestinya, takut dan terharu bercampur baur.

Untuk memantapkan persediaan ke Tanah Suci Mekah, pertama kali nya, saya baca kembali buku Travelog Haji Prof Kamil. Kemudian, seiring dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung, saya beli banyak jugak buku berkaitan dengan perjalanan Haji dan Umrah, secara ringkas juga secara detail. Antara saranan penulis-penulis buku berkaitan adalah memulakan, membiasakan gerakan fizikal, senaman, dan yang paling penting adalah berjalan/berjogging kerana kebanyakan ritual Haji melibatkan pergerakan fizikal berbentuk berjalan seperti bertawaf, bersaie, perjalanan dari Mina ke Jamrat untuk melontar. Jika seseorang tidak biasa dengan aktiviti berjalan, makanya, ritual tawaf, saie ini akan kelihatan amat berat dan membebankan. Penat saya memikirkan bagaimana saya perlu bergiat aktif dengan aktiviti senaman. Suami menyarankan agar pergi berjalan di taman berhampiran dengan rumah setiap petang, namun, saya selalu merasakan, aktiviti senaman di khalayak ramai adalah tidak bersesuaian dengan saya, yang memakai tudung labuh dan berjubah hitam setiap kali keluar rumah. Takkan saya nk berjogging dengan pakaian seperti ini. Untuk mengubah kepada pakaian senaman yang bersesuaian, meskipun mengikut kehendak muslimah, lagi la saya rasa janggal seperti berhipokrasi pula lagaknya, kerana saya pakai apa yang saya pakai untuk Allah swt, bukan untuk saya, makanya merubah penampilan untuk kepentingan diri rasa seperti tidak kena. Sekurang-kurangnya, itu apa yang saya rasa. Saya ada membeli basikal, dimana berjubah dan bertudung labuh tidak lah begitu awkward apabila berbasikal, namun masalah yang timbul pula adalah masa dan anak-anak. Payah untuk beraktiviti luar apabila ada anak-anak, yang perlu diperhatikan sentiasa. Akhirnya solusi yang saya capai ialah bersenam di rumah. Dimana saya bebas berpakaian senaman dan anak-anak bisa disibukkan dengan aktiviti biasa mereka seperti bermain lego. Saya mohon kebenaran pada suami untuk membeli treadmill. Alhamdullillah, permintaan diluluskan, dan dengan duit simpanan serba sedikit (yang saya simpan untuk menyertai Program Quran Intensive Bayinnah with Ust Nouman Ali Khan) saya laburkan membeli treadmill. Walaupon hati sedikit sayu, mengenangkan saya mengorbankan kelas yang saya berkehendakan sangat untuk pergi setelah sekian lamanya, namun Alhamdullillah, membeli mesin treadmill tersebut merupakan satu pelaburan yang tidak saya sesalkan. Saya manfaat sepenuhnya mesin tersebut, hampir setiap petang saya berjalan dan berjogging sejauh 3km, dan Alhamdullillah sangat membantu stamina saya ketika di Tanah Suci Mekah. Alhamdullillah.

Selain daripada persediaan fizikal, saya teruskan juga dengan aktiviti Tahajud, terusan berdoa supaya Allah swt permudahkan segala urusan kami di sana, dan menjadikan kami sebagai tetamuNya yang paling, paling, paling istimewa dan terusan membaca, dan mendengar ceramah youtube tentang perihal Haji dan bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik daripada ibadah ini.

Penting untuk ada pengetahuan berkaitan Haji dan persediaan stamina kerana ini adalah bekalan. Sesesuai dengan firman Allah pada Surah Al-Baqarah, ayah 197:

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats (berkata lucah), berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.” 

Perihal anak-anak, kami segera memaklumkan kepada mama dan papa akan hajat kami untuk menunaikan fardhu haji dan memohon jasa baik mereka untuk menjaga anak-anak kami. Alhamdullillah, mama dan papa sangat gembira dengan berita akan kami ingin menjadi tetamu Allah dan berbesar hati untuk menjaga cucu-cucu mereka.

Alhamdullillah. Selesai perkara yang kecil-kecil ini.  Timbul pula perkara besar, yang hampir saja merengut impian kami ke untuk ke Baitullah.  sambungan episod 2 insyaAllah ...

Jumaat, 4 September 2015

Kelas ngaji Quran

Kelas ngaji Quran.

Sedar tak sedar dah hampir setahun saya belajar mengaji Quran melalui online di bawah @TMEAG. Alhamdullillah. Seronok.. I learn a lot! Convenient jugak sbb belajar di rumah. Ada anak kecik ni leceh nk ditinggal atau bawa ke kelas mengaji secara bersemuka.

I started in November 2014, kelas intermediate level 4. After assessment in April tis year, I was promoted to level 5. Alhamdullillah. 

Today, I've to change class to different time. Sebab waktu sekarang clash dengan my Aalimah classes. Tak sangka la plak, perasaan nya sedih. I almost cried to bid goodbye.

InsyaAllah kita jumpa di Jannah nnt.




Back2School

Yes. Its me. I am back to school, taking an Aalimah Program, 4 years via online.

So whats is an Aalimah program?

The Alimah Program is principally designed for students who wish to study the Islamic sciences in-depth, attain reading fluency in classical Arabic, and are motivated to commit about 12 hours per week.
The program is based on the traditional curriculum of the ‘Alimah course’, and provides a firm and broad basis in all of the main disciplines of classical Islamic scholarship:
Arabic language and its various sciences, Commentary of the entire Qur’an, Hadith, Islamic Law (Fiqh), Principles of Legal Methodology (Usul al-Fiqh), Beliefs (Aqeedah), SeerahShamail, Contemporary Issues, and Islamic Spirituality.
Though the program itself is for English-speaking students, students will be moved slowly to Arabic reading fluency so that they can study the different disciplines in the language of the scholars. This will typically involve covering various classical Arabic manuals in each Islamic discipline, thereby giving students a taste of the rich academic tradition.

I dont know about you, but for me menakutkan jugakla bunyi nya. But I guess being at home, this is the opportunity not to be missed. I always wanted to learn this deen deeply, so Alhamdullillah for the opportunity.

Actually there's fews institute that offer this free Aalimah course.. yes, its a free course. There's Maryam Institute, Zaynab Institute, Nawal Academy. I chose Hannanah Academy simply because the timing is right. Waktu belajar is from 12-330pm. Maryam Institute kelas adalah malam starts at 11pm, while Zaynab Institute kelas starts at 3am.

The classes just started last week. Alhamdullillah. So far so good. I like tafseer and Tajweed classes. Mungkin sbb Ada basic so senang Faham. Hadith is so interesting, tapi mengenangkan konsep exam kena hafal dan explain terus jadi kecut. Fiqh is about ruling, puasa solat etc, yg uniknya adalah based on mazhab Hanafi. Pening la jgk but bole je terima. Mcm Hanafi, solat Witr is waiib. They hv they own stand why is that so, makanya, interesting jgk. Kata nak belajar kan.. Arabic, morphology and grammar is huhuhuu.. But this is like a dream come true la. Nk sgt belajar so Allah makbulkan.

For this 1st semester, only 5 of us registered. Classmate are all from Australia, 3 are Pakistani, one Dutch, from Netherland but stay in Australia. All of us are housewife, tapi semua pon ada master. Hebat jugak masing-masing.. hehee.. Teacher plak, for Alimah Maryam, she's an MD. Lepas jadi Doc, dia take a break and study Islamic. She still practice but partimely Dr, and fulltime teacher.. Kagum-kagum... Exam will be in January. May Allah make ease in this journey to learn Deen in depth. Ameen...




Rabu, 2 September 2015

My journey with Quran...

#ceritangaji
#malaysiangaji
#ceritaQu
#myQuranstory

Bismillah..
Alhamdulillah, hari ini, genap 4 kali khatam membaca Quran dan terjemahan untuk tahun ini. Alhamdullillah, Lahawlawala Quwatailla billah.

Cerita saya dengan Al-Quran:
Hubungan saya dengan Al-Quran pada awalnya boleh diibaratkan sebagai hubungan yang hadir tanpa perasaan. Ia umpama kewajiban yang perlu saya lunaskan sebagaimana kewajiban solat dan berpuasa di bulan Ramadan. Semasa menuntut di Universiti, saya membaca Al-Quran hampir setiap hari selepas solat maghrib (sementara menanti masuk waktu Isyak), namun begitu, sejujurnya, saya tidak faham apa yang saya baca kerana saya membaca mushaf tanpa terjemahan. Pada bulan Ramadan ketika di tahun 2 pengajian, saya membeli Quran terjemahan, Alhamdullillah, berjaya menghabiskan bacaan nya namun, disebabkan membaca tanpa referral dengan sumber yang lain, saya masih tidak dapat memahami apa yang saya baca.  Namun saya terus kekal membaca al-Quran, kerana saya ingat sangat dengan pesan Ustazah saya di sekolah menengah, jika mahu ketenangan jiwa, bacalah Al-Quran. Makanya, saya baca, dan semakin dekat dengan musim peperiksaan, makin banyak saya baca. Sepanjang 5 tahun pengajian, Alhamdullilah, hampir 5 kali juga saya khatam Al-Quran. Namun begitu, memandangkan saya tidak faham apa yang saya baca, saya tidak dapat beramal dengan Al-Quran tersebut.

Setelah tamat pengajian, dan masuk ke alam pekerjaan dan rumahtangga, Al-Quran semakin jauh dengan saya. Alasannya, saya sibuk. Saya hanya meluangkan masa membaca Surah Yaseen pada malam Jumaat, dan surah-surah pendek yang lain bila berkelapangan. Kondisinya masih sama, membaca tanpa mengambil tahu apa makna bacaan tersebut. Membaca sekadar ada. Di penghujung tahun 2009, saya jatuh sakit. Berbulan berulang alik ke hospital untuk rawatan. Sakit itu mengembalikan roh saya kepada Pencipta, Allah swt. Saya sedar hanya Allah swt tempat mengadu dan memohon pertolongan. Saya mula kembali membaca, bukan sahaja Al-Quran, tetapi juga buku-buku agama lain untuk menambahkan ilmu yang telah sekian lama saya pinggirkan. Saya juga mula menyertai program-program keagamaan dan bermula dengan penyertaan saya ke Konvensyen Bidadari 2012, saya sangat terinspirasi untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat baik saya. Saya ingat sangat pesanan Sis Wardina Saffiyah, salah seorang daripada pembentang pada konvensyen tersebut, yang menyarankan agar kita wanita, yang suka membawa tas tangan ke mana-mana, agar memasukkan satu Al-Quran kecil supaya ia boleh dijadikan bahan bacaan di mana sahaja kita berada dan kita tidak membuang masa dengan perkara sekeliling. Selesai konvensyen, perkara pertama yang saya buat adalah membeli sebuah Al-Quran terjemahan bersaiz mini, dan Alhamdullillah, Al-Quran itu saya bawa sentiasa di dalam tas tangan saya.

Bermula tahun 2013, saya berazam untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dan terjemahan sebanyak 2 kali setahun. Alhamdullilah, Allah izinkan, bukan 2 tetapi 3 kali pada tahun tersebut. Saya juga berazam untuk menghafal surah-surah di Juzzuk Amma, namun hajat untuk menghafal surah-surah pada Juzzuk Amma itu seringkali tertangguh. Sukar betul rasanya. Pada perkiraan saya, mungkin menghafal adalah sukar kerana saya tidak faham Bahasa Arab. Lantas, harapan baru dalam hati adalah untuk belajar Bahasa Arab Al-Quran.

Tahun berikutnya 2014, saya berazam untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dan terjemahan sebanyak 4 kali setahun, iaitu khatam setiap 3 bulan sekali. Saya masih menanam azam untuk mempelajari Bahasa Arab Al-Quran, dan Alhamdullillah, hajat hati dimakbulkan Allah, saya berkesempatan untuk mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab Al-Quran yang dianjurkan oleh Bayyinnah Institute di Masjid Al-Falah, Subang Jaya. 10 hari, banyak juga yang saya pelajari, namun usaha untuk menghafal surah-surah tertentu masih juga tidak berhasilan. Saya cuba menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan setelah ditasmik, didapati bacaan saya agak lemah dari segi tajweed. Setelah itu saya tekad, saya mesti belajar tajweed untuk melancarkan bacaan dan memudahkan saya menghafal. Alhamdullillah, seperti kata hadiths riwayat Bukhari dan Muslim, jika kita berjalan menuju ke Allah swt, Allah akan berlari menuju ke kita.. saya dipertemukan dengan Kursus Intensif Tajweed 5 hari kelolaan Tajweed Made Easy Academy (@TMEAG). Alhamdullillah, saya sangat bersyukur dengan akademi ini. Kelas tajweed tidak tamat pada 5 hari itu sahaja tetapi diteruskan dengan kelas pengajian Al-Quran secara online. Kelas ini adalah untuk muslimah, dengan tenaga pengajar yang bertauliah dan saya banyak belajar untuk mempercantikkan bacaan mengikut hukum tajweed yang betul. Tahun 2014 ini juga, saya berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran dan terjemahan sebanyak 5 kali, iaitu lebih 1 kali daripada target asal.

Tahun ini saya berazam untuk khatam Al-Quran dan terjemahan sebanyak 6 kali, iaitu khatam setiap 2 bulan. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih mengikut schedule yang ditetapkan. Lahawlawala quwatailla billah.

Saya juga telah mula menghafal ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran dan sekarang telah mula kembali untuk menghafal Juzzuk Amma. Masalah yang saya hadapi adalah perkara tasmik. Apa yang saya lakukan untuk menghafal ialah, saya akan hafal, kemudian merekodkan bacaan saya dan mendengarkan kembali dan menyemak samada bacaan saya itu betul atau tidak dari segi hukumnya. Kaedah ini mudah dan efektif, tetapi kurang memotivasi. Saya rasa saya perlu kepada guru yang sebenar untuk membantu saya menghafal Al-Quran. Setiap kali selepas bersolat, saya selitkan du’a agar perjalanan saya untuk menghafal Al-Quran dipermudahkanNya, dan Alhamdullillah, baru-baru ini saya bertemu dengan Akademi menghafal Al-Quran untuk muslimah secara online. Alhamdullillah, syukur sangat. Saya harap saya akan berjaya untuk menghafal Al-Quran.

Sebagai seorang surirumah, dengan 3 orang anak yang sedang membesar, cabaran utama saya adalah masa dan mobiliti. Alhamdullillah, dengan kemudahan internet saya manfaatkan untuk mendekatkan diri saya dengan Allah swt dan Al-Quran. Saya percaya Al-Quran adalah satu-satunya sumber yang mampu untuk melembutkan hati dan membentuk sahsiah diri. Pengalaman saya sendiri: Di suatu petang, seusai selesai membaca Al-Quran setelah solat Asar, saya masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam. Tiba-tiba pintu diketuk dan anak-anak yang membukanya menyatakan terdapat seorang peminta sedekah di muka pintu. Saya menyuruh anak sulung saya untuk pergi mengambil dompet, dan memandangkan saya baru sahaja ke pasar pagi itu, duit berbaki adalah RM7, RM5 dan 2 keping RM1. Saya beri semua wang yang berbaki, dan sebelum dia beredar, saya teringat akan kisah di dalam Surah Al-Insan, lantas bertanya kepada beliau adakah sudah makan atau belum? Beliau menjawab, belum, dan memandangkan saya sudah selesai memasak, maka saya bungkus sedikit makanan kepada beliau. Beliau kelihatan sangat bersyukur dan gembira, dan saya berharap anak-anak juga mengambil pelajaran daripada situasi tersebut. Alhamdullillah atas ibrah daripada Al-Quran, saya merasakan jika saya tidak terdedah kepada pelajaran dalam Al-Quran saya yakin, saya hanya akan memberi peminta sedekah itu RM2, dan selebih nya menyimpan untuk diri sendiri.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi inspirasi dan motivasi (terutamanya kepada anak-anak saya sendiri) untuk kita kembali kepada Al-Quran, membaca dan beramal melaluinya. Saya juga berharap untuk terus istiqomah dengan perjalanan saya bersama Al-Quran dan semoga Al-Quran kelak akan menjadi saksi saya di akhirat kelak. Yang terbaik datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk datangnya daripada diri saya sendiri.






Selasa, 18 Ogos 2015

Keep it halal

Bismillah..

Pelajaran drpd Ustadza Aisha from AlHuda Int, how to have barakah in life, in whatever we do. Take this example, we have two good healthy cows, need to be slaughtered. One we said Bismillah, and the other one not, before slaughtering. So what happen to the cows? Alhamdullillah both died but one would be halal and the other one would be not. Even both cows is in its best form, but the one without saying bismillah before slaughtered has become non-halal.

So same goes to what ever we do, to have barakah, its as simple as Bismillah.. in the name of Allah. Starts everything with bismillah and insyaAllah we will see good thing in everything.

‪#‎sharingilm‬

Rabu, 17 Jun 2015

Du'a workshop pt2

Alhamdullillah for the opportunity.

Ini perkongsian secara ringkas, jika dengar live is better sbb Ustadza akan menerangkan kisah nabi, hadits secara details.
Mana yg baik datangnya dari Allah, dan silap salah itu dari saya. ‪

#‎duaworkshop‬ ‪#‎sharingilm‬

***
Du’a Workshop day2.

Etiquette of du’a
1.ask for dunya once, and twice for the hereafter.. because akhirah is our main purpose. Albaqarah, ayah 201 - Rabbana attinna fiddunya hasanah - one for dunya; wafil akhira ti hasanah - one for akhirat; wa qina azabanar - another one for akhirah.
2.Ikhlas- comes from the heart. know what you’re saying. not just in tongue.
3.Having positive thought towards the du’a. Husnuzon towards Allah. Everything is in His knowledge, He response.
4.Praise Allah in the beginning of du’a (use the asmaul husna - Ar-Rahman, Ar-Raheem). salawat towards Rasullullah, and again praise Allah at the end of the du’a.
5.Face qibla, sunnah but not a must.
6.State of purity - clean, wuduq
7.Perform a good deed to increase the chance for the du'a to be accepted
8.Make same du'a repeatedly - showing seriousness
9.Recommended to say Ameen
10.Make du’a in firm conviction - DONT say “Oo., Allah forgive me if you will”.

Mustajab time for du’a - important so that our du’a will be answered by Allah
-Last one third of the night
-First 10days of Zulhijjah, the day of Arafah
-Time during adzan and iqomah
-During sajdah, prostration
-There is a moment on Friday (very short moment of time) - scholars opinion: i. right before Maghrib, ii. the imam sit between the two khutbah, iii. between iqomah and Friday prayer.
-the month of Ramadan - the month of Quran, the month of forgiveness (the gate of heavens is open)
-the last 10 night of Ramadan
- Lailatul Qadr
-at MasjidilHaram, while looking at the Qaabah

Type of people that their du’a never rejected by Allah:
i. fasting people that about to break the fast - NOTE THIS!!! == FOCUS on seeking forgiveness (very crucial time but people tend to take for granted - chitchat, gossiping at the dining table, focus on food - rather than making du’a - prepare list of du'a beside you so you not forget to make du'a)
ii. just ruler
iii. the one who is oppress iv. du’a of a traveller v. du’a from a father to his son - mother by nature is loving - father is hard to have a consistency relationship with children - so this hadis is to encourage the father to appreciate his children.
vi. a righteous off-spring for his parents - Hadis Rasulullah; When a man die, he left everything except 3 - one of it is the righteous child that pray for them. vii. the du’a of the one who’s Allah love = living your life based on how Allah want. Obligate to Allah to obtain Allah love. Albaqarah ayah 186.

Du’a not accepted
- indulge in haraam life-style asking for sin not hasty in making du’a
- losing interest of making du’a when do not seeing any progress, do not give up in making du’a, - normally worldly matter - Allah know what is the best for us. The result of the du’a is based on Allah knowledge - which is the BEST for us.

How Allah response du’a: Allah will gave exactly how one is asking Allah save for the hereafter Not exactly what you want but Allah protecting us from harm/calamity, remove evil from you.

Ask Allah more - do not give up - everything belongs to Him. He will not go out of penny due to our request.
Make du’a every steps that we take. He definitely response as long it is sincerely and properly. Delay in response: During calamity, most of us make du’a. The result might be delay as it is the test - Albaqarah, 214. how content are we with the du’a our firmness, patient..

== remain steadfast. never despair - Allah is rewarding you for that. Story of Nabi Yaakub. Fasobruljameel, Allahumasta’an.

***

InsyaAllah will continue with the final part of Du'a Workshop tomorrow.

Selasa, 16 Jun 2015

Dua workshop pt1

Alhamdullillah. I love online class, especially when it is free. smile emoticon
And thank you Allah for the oppurtunity.
Dua Workshop- day1 notes.
Believers are unique as we turn to Allah all times. We make dua not only during hardship but also during pleasure.
If you see yourself making dua only when calamity comes, this shown you’re in the state of weakest of imaan.
When you turn to Allah during ease and pleasure, He will listen to your pray during your hardship.
Firauns make dua during a hardship but his prayer was rejected because all his lifetime he refuse to worship Allah - Yunus, ayah90.
Dua should be part of our life because that means we are connected to our Creator all the time. We are relying to Allah all the times, good or bad.
What is dua?
Linguistic - is to call out to someone for something, to request
Religiously - dua is only to Allah. Asking, pleaded Him, cannot be request from other than Allah.
Dua is an act of worship. The essence of solat is we read Al-Fatihah, which is a dua.
Can we asking from other people for help:
if something to do for akhirat - Jannah, success . MUST only ask from Allah.
if only Allah is in control - rain, sunshine. Must only ask from Allah
if regarding dunya, this is permissible but they are only means not for us to depend on. but still hv to make dua so that Allah will provide the means to help us.
Dua teach us about the Laillahaillallah. We depends in Allah alone, not other.
Benefit making dua:
A. Nobel indication of tauhid.
Making dua is a perfection of tauhid. Tauhid - oneness of Allah.
i. tauhid rubudiah - Allah is the Rabb, He sustain everything, so we wanted Allah to provide for us.
ii. tauhid uluhiyah- demonstrating we worship Allah alone.
iii. tauhid al-asmaul husna- affirming the beautiful names and attributes of Allah swt
One of effective way of making dua is using the names of Allah.
Low your self while making dua. Be humble.
B. Emotion to Allah
Fear - knowing His punishment, fear of not getting what we wants, so we will ask more, and make more dua.
Hope - His rewards, respond.
Love - combination of fear and hope. You call out Him, during ease and pain due to love.
C. Showing our true nature - that we are weak, faqir.
The more we show our nature to Allah, He’ll show His nature to us - His power, His greatness.. He will answered our prayers.
We need Allah - all times - this life and the next life.
D. Reminder of our limitation as human being and a reminder that Allah is limitless, His greatness.
Lahaulawalaquwataillahbillah.. Allah control everything. whatever we want in life - taufiq, hidayah, must make dua ask from Allah. Only He can give. He is the King of kings.
E. Dua makes everything possible. Increase conviction of dua - we look on power of Allah. Increase imaan as we depend on Allah.
F. Affirming our believe of qadr. Everything is in His hand.
Conclusion: Dua - sunnah of anbiyak, practise of the believers, increase our imaan.
Will continue tomorrow same time 1215pm for day2 Dua Workshop. InsyaAllah.

Isnin, 15 Jun 2015

Quran intensive

Life ni sometimes very magic. Quran intensive is coming this August. I remembered tweeting about the course somewhere last two years-- "best nya rasa nak join".

But now I am not sure myself, bole join ke tak. May Allah give the best, as He knows what's the Best for me. Btw, regarding poster di atas. Thats is the purpose. When I came back to Quran, I am so inspired to be able to memorise the Book. I've tried but failed a few times. Givap sekjp, lepas tu rasa pump balik nk hafal few surahs. And now, insyaAllah I am clear with the mission and really hope can hafal those targeted surah.

Cabaran pertama masa mula nak menghafal dulu, is I think I dont understand the languange - taraa... Bayyinah 10days understanding the basic of Quranic Arabic pun muncul. I joined, Alhamdulillah. Semangat kembali utk menghafal, then Mat said, tajweed need to be improved, huhuu.. - taraa... 5days Mega Tajweed course pulak muncul. I joined, Alhamdullillah. And it did improved my way of recitation, Subhanallah. And finally, I think I am all prepared to hafal the Quran.. and taraa.. this class happen to hit me. Subhanallah.. macam magic sangat. InsyaAllah, I will join this class. Jauh skit. But this is the purpose. May Allah make ease. Ameen. ‪

#‎perjalananUmmidenganQuran‬ ‪#‎kisahUmmiuntukanak‬