Jumaat, 30 Oktober 2009

dot com

Tak de makna nya.. I'll stick to blogspot.. forever as long as its free. Kalo nnt blogspot kena charge, then it'll be bye-bye blogging.. heheheh..
*cheapskate*

Rabu, 28 Oktober 2009

NO.. no heartbeat..

Pregnancies are deemed successful if a heartbeat is detected.


And nope, at 7 weeks checking up, I still do not see any baby heartbeat. If you see the sonogram picture, you’ll notice only the sac, right? Yup. That is what I saw, too. No heartbeat.. YET as the Dr confidently said to me that I’m not going to see any heartbeat till 9-10 weeks, unless I am doing vaginal ultrasound – ‘Tak nampak heartbeat ke Dr?’.. ‘Belum lagi ni, baru 7 minggu. Kulit perut tebal pulak ni’. Heheheh..

I wrote this because I’ve read a blog saying that she has to undergo DnC because no heartbeat was seen at her 7 weeks of pregnancy. Weird… as that is what I would say – but of course I didn’t know the whole story behind the picture.

But believe me, if you don’t see any heartbeat at 7-8 weeks of your pregnancy, do not upset. And if the Dr did say about DnC, please go and take second opinion. Like my previous pregnancy, the 2nd gravida, we did not see any heartbeat at 9 weeks but the sac was there and the clear classical bunch-of-grapes appearance or snow-storm appearance was only seen at my 12 weeks of pregnancy (the day I have to undergo DnC). As for the 3rd gravida, where I experienced natural missed miscarriage, I did the ultrasound, but nothing was there: not even the sac. And when I did the beta-HCG blood test, the result showed a decreased level (instead of it should double for approximately every 2 days for the first four weeks of pregnancy). Beside the blood test result, I also experienced stomach cramp with a slight stain and believing my guts I know that I’m having a miscarriage.

We are going for second check-up on another 3 weeks time and I pray and hoping to see something which can makes me smile.

*thanks friends for the wish.. :-)*

Selasa, 27 Oktober 2009

Breaking the news

Dengan lafaz Bismillah.. akhirnya aku nak umumkan yg cerita dua garisan halus itu telah disahihkan oleh Pakar OnG. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi.. walopon masih terlalu awal (untuk membuat sebarang penilaian), tapi apabila dikhabarkan (dengan dibuktikan oleh bacaan titer beta-hcg dalam darah) ‘Insya Allah, I can assured that your kandungan ni normal, no more Molar’ by the Pakar, masa tu memang rasa tak tau nak cakap apa – air mata bergenang, dengan dalam hati tak putus-putus lafaz Alhamdulillah, terima kasih Allah swt.

This is the sonogram:


Jadi ikut kepada perkiraan, aku sekarang adalah dalam fasa 7 minggu and according to babycentre.com :


Now about half an inch / 1.25 centimetres long, the size of a grape, the embryo has distinct, slightly webbed fingers and toes. It's a jumping bean, moving in fits and starts. The liver is churning out large amounts of red blood cells until the bone marrow forms and takes over this role.

The eighth week marks the beginning of a very busy developmental stage. Between now and 20 weeks, your baby will be growing rapidly, and body parts that formed in the first few weeks of life (such as the heart and brain) will become more specialised and complicated. Right now, the teeth and palate are forming, while the ears continue to develop. The fetus' skin is paper thin, and veins are clearly visible.

You're in the throes of the first trimester, when many women complain of common pregnancy aches and pains. Keeping food down may be next to impossible, thanks to morning sickness, caused in part by the pregnancy hormones in your body. You may also need to urinate a lot more often than usual - your growing uterus is pressing on your bladder, and hormones are affecting the balance of fluid in your body. All will diminish as your pregnancy continues.


Btw, ini adalah kandungan ke-4 untuk baby no-2 (gravida 2 jd molar dan gravida 3, I’m having normal missed miscarriage). Dan kandungan kali ni memang sangat berbeza dari mengandungkan Zahra – entahla kekadang aku rasa, mungkin aku tak ingat kot macamana aku waktu preggy kan Zahra but this time around I’m having quite bad morning to evening sickness. Macam minggu lepas 3 hari jugak la aku mc, dan setiap masa rasa gelombang beralun macam duduk dalam sampan, and I hate my saliva very much, sebab rasa pahit sangat sampai nak telan pon terpaksa pejam-pejam mata. Yang lain-lain, masih sama- I still cook, kemas rumah, lipat kain – cuma takde mood nak menjahit (projek dalam kepala banyak, each time nak start, mesti rasa maleh nyer).

Yes, I am excited tapi semua ni masih jauh sebenarnya: lagi 33 minggu. Harapannya, perjalanan ni selamat la sampai ke pelabuhan. Ameen…

Ok peeps, anything, will update later.. :)

Pemimpin 'berjiwa rakyat'

Hehehe.. Pemimpin ni (spesifik cakap: perdana menteri) walopon tak best (not going into that further as politic is not my cup of tea) tapi sebagai penjawat awam, ada gak la yang best nya terkena tempias:

Pak Lah:
Menda paling best adalah meminda waktu kerja dari 6 hari seminggu ke 5 hari je seminggu. Heaven.. kena plak waktu tu aku baru je join the service (join 18 Julai 2005; kuatkuasa 5 hari bekerja adalah pada 1 Julai 2005). Best.. memang best. Keje kilang sebelum tu pon 6 hari seminggu.. huhuh.

Pak Jib:
Cuti bersalin menjaga anak tanpa gaji up to 5 tahun. Best! Walopun cadangan ini dikecam hebat oleh Cuepac (Presidennya, Omar Osman berkata, selain boleh menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam yang mengambil cuti itu, ia juga akan membebankan petugas lain serta menjejaskan pendapatan sesebuah keluarga), tapi aku sebagai seorang ibu, merasakan cadangan ini sangat brilliant.

‘Bravo’ PM.. huhuh

** kawe tengah buat homework ngan pekeliling ni: tahun depan if ada rezeki adik Zahra, plan nak amik cuti sampai hujung tahun. 2011 baru naik keje balik.. miahahah..

Isnin, 26 Oktober 2009

Little House on the Prairie

Minggu-minggu lepas, bergolek depan tv dengan Zahra – enjoying my MC, I bumped into this documentary (tak ingat la showed at discovery channel atau national geographic): cerita tentang kehidupan di perkampungan pendalaman kecil somewhere in Russia. Perjalanan nak masuk bandar tu je memakan berjam-jam – berjalan kaki. Amazingly, bandar tu cantik macam perkampungan Shire dalam LOTR. Obviously no electricity la sebab remote sangat. Kegiatan penduduk kampong adalah bertani dan mengembala haiwan. Air diperolehi dari pergunungan dan aktiviti malam adalah berkumpul bersama, kaum lelaki bercerita pasal ternakan dan tanian, para perempuan berjahit atau berkait dengan kanak-kanak berkumpul membaca bible. Dalam tahun 2000 ni, they live like 1930s.

Ok, mesti orang akan cakap lame nye hidup, tak de life langsung, but to be frank, aku macam jelez plak ngan kehidupan mereka yang bagi aku sangat best. Tak de la terkejar-kejar macam sekarang. Kehidupan betul-betul kembali kepada alam – back to nature – kaum lelaki membanting tulang di ladang, kaum ibu menjaga ternakan, menguruskan rumah dan anak-anak, anak-anak pon tolong gak kat ladang. Dan bila kita lebih dekat dengan alam, kita akan kembali kepada pegangan. Macam tok nenek kita dulu la. Tak de electricity tapi setiap bulan pon bole khatam Al-Quran, macam sekarang terang benderang setiap malam, setahun nak khatam Quran pon payah.

So, apa yang aku nak cakap, pada aku, teknologi tu tak la best mana sangat – membuatkan manusia menjadi individualistic – pentingkan wang untuk mengejar teknologi tersebut. Dan sedar tak sedar, **bagi aku kita la Yakjud dan Makjud – kerana kita telah melakukan kerosakan di muka bumi ini (with all the waste and heat produce) kerana bersekongkol dengan teknologi. Wallahu’alam.

**sekadar pendapat peribadi.

Khamis, 22 Oktober 2009

Delicious hotdog

I am not a big fan of hotdog, prefer makan burger lagi sebab previously keje kat kilang food processing, I knew that hotdog ni ingredient dia mostly kulit ayam+usus ayam, senang cakap dibuat dari lemak la - that's why dia kenyal dan crunchy. However, once in a blue moon tu, makan jugakla hotdog ni, menambah kandungan lemak dalam badan.. hehehe.

Well, dalam banyak-banyak hotdog yang aku penah makan, ini yang paling sedap - lebih sedap dari 1901, A&W dan hotdog Projet yang dah takde lagi dah (Hotdog Projet ni best sebab sendiri buat- so bole letak sos n mustard sesedap rasa.. heheh).




Gerai dia kat Alamanda - aku tak tau la plak apa nama kedai dia sebab tak de signage. Try la korang.. bagi aku sedap la hotdognya - fat, juicy, crunchy dan rotinya pun sangat lembut. (Tapi, malam tadi makan, roti sebenar dah habis, but since I insisted nak makan gak hotdog, the seller substituted it with roti burger). Well, Mat kata burger dia pon best gak. I never try the burger, later la.

Yang tak bestnya, balik rumah, tetiba tertengok AFC with the host eating a fried alligator. Terusla rasa loya, and its end up with half of the hotdog being flushed into the mangkuk tandas. Alahai..

Rabu, 21 Oktober 2009

Kuetiau kontot

I avoid myself from going to the café because its smell and it makes me feeling squeamish. Tapi tadi pegi jugak, and suddenly bump into kuetiau kontot goreng dan tiba-tiba terus rasa nak termuntah kat situ jugak.

Ini adalah gambar mee tersebut. Argh, tengok gamba pon dah rasa kembang tekak..


Sorryla readers, if this is your favorite delicacy sebab aku rasa rupanya macam cacing yang digoreng.. uh..

Selasa, 20 Oktober 2009

New family members

My sis, Anne, baru je bersalin jam 9.00pg tadi. Another baby girl.

Congratulation on the new addition. Maybe nnt hujung minggu (not this week la sebab aku ada class) weol dtg visit ok. Take care, happy confinement and happy breasfeed your DD. :-)

I am a FTWM

I have to state it clear.. very, very clear. Bukan apa, lately while blog-hopping, I was influenced by some mothers yang plan to be SAHM or WAHM. Ada yang memang dah resign from their day work and some of them planned to resign by a year.

Well, aku sebagai penjawat awam memang la sepatutnya bersyukur. Gaji ok, kerja lagi ok tak keras mana pon – for a person macam aku ni yang sungguh la tak ambitious nya, gaji tu sememangnya cukup dan setara dengan kerja yang aku buat yang langsung tidak memeningkan kepala. Serius, kerja aku memang tak pening kepala (atau aku yang beranggapan sedemikian, tak tahula plak kan) sebab prinsip aku memang kerja adalah di tempat kerja: tunggang terbalik ke hapa ke semua di tempat kerja – tepat jam 5 punch out and that’s it: Masa untuk bergolek-golek dengan Zahra (dan adik-adiknya).. YEAY!

Cuti* plak, wah memang heaven la.. I’m glad I’m not an educator (cikgu atau pensyarah [sesiapa berkenaan jangan terasa plak]) sebab macam semalam aku rasa tak larat je nak pergi kerja, aku boleh terus call my boss and said that I’m not going to work sebab MC atau EL. Cuti tahunan plak banyak – 30 hari equal to 1 bulan cuti tu; cuti sakit up to 200 days; cuti tanpa gaji boleh amik straight 3 tahun; cuti bersalin tanpa gaji plak boleh terusan ke 5 tahun. GILER - kan!!!

Dan aku rasa, benefit paling besar kerja gov ni, seperti semua orang tahu adalah pemberian taraf pencen*. Memangla orang cakap, KWSP pun ok apa, tapi tak sama. Pencen dapat sikit-sikit tapi setiap bulan ada, KWSP dapat segelubuk, tapi kalau esok habis, lusa nak makan apa?. Dan.. dan.. dan menarik tentang pencen (mengikut Akta Pencen 1980, seksyen 12) seorang yang telah berkhidmat lebih daripada 10tahun, berumur 45tahun bagi perempuan LAYAK untuk memohon persaraan awal dan LAYAK untuk menerima pencen dengan amaun yang tidak lebih daripada amaun yang sepatutnya. Menarikkan statement itu.. ngeee…

Makna nya di sini, aku akan berkerja up til umur aku 45 tahun. That means, I’m going to serve for the public for another 15 years. Erm, tak la lama mana, Zahra pun tak habis SPM lagi.. heheheheh.

Ok, enuff of berangan-rangan, lets continue to work (for another 15 yrs).. Hahah..

*based on Pekeliling atau Akta yang berkenaan. Kalau silap, mungkin sebab tak habis khatam.. hehehe

Isnin, 19 Oktober 2009

Seminggu yang senyap

Sebab tak de apa cerita menarik.. accept aku yang luga. Luga adalah perasaan loya atau mabuk (kepada yang bertanya.. heheheh). Luga sampai kalau mahu ke mana-mana I have to drive myself sebab kalo Mat drive aku akan komplen pening la, itula, ini la dan radio pun tak bole bukak - serabut dan menyebabkan aku rasa nak muntah.. hahahah.
Tapi so far, luga nya adalah jenis yang ok - bearable la.. unlike molar yang aku rasa memang macam berkampung je dalam toilet. hehehe.. I’ve check the beta-hcg levels (mine was 1669miu/ml @ 5weeks) and it’s within the range.



Scan masih lagi belum dibuat.. sebab baru 6 minggu (baru? rasa macam dah lama giler), tunggu 8 minggu baru ok nak buat sonogram (according to my SIL la). Aku mc hari ni.. hehehe (bila lagi nak mc kan diri.. ekekek). Lepak-lepak baring depan tv, tgk internet je.. owh, tak bole nak menjahit la - alah.. wakakaka..

Khamis, 15 Oktober 2009

The first crochet

Baru nak upload - been very malas these few days.

I did bottle case for my DD, and she likes it very much :-)


Isnin, 12 Oktober 2009

Hiatus mode


Dear Reader, Do come back, later (like next week or next month.. uhuh).

Jumaat, 9 Oktober 2009

Gugur

Rambut aku la.. bikin aku jadik tension jer, bukan sebab rambut menipis (aku suka gak rambut ni gugur: my rambut is like Kajol punya rambut- sangatla hitam dan melebatnya) tapi sebab habis sepah-sepah lantai ngan rambut yang bertebaran.. Sampai semalam mandikan Zahra, dia bole lak cakap, 'Ummi, tuh rambut Ummi' - tunjuk pada segumpal rambut kat lubang air tu (yang memang kena bersih everyday). Haish..

Tiba-tiba aku teringat plak ngan iklan Pantene - korang ada tengok? Dia tanya 'apakah pelaburan anda?'
Well, my pelaburan would be pakai tudung. Insya Allah, selamat dunia akhirat.. heheheh..

Khamis, 8 Oktober 2009

Parcel with full of surprise

Previosly, I've joined Exchange Gift from MyMamaMadeIt.
And today, I've received the gift from Flynn. *grin*.. Thank you very much..



And above all the stuffs she gave me, I am so in love with this snap fastener - been looking around for this kind of fastener (butang baju romper.. I called it). Kat sini tau tak mana bole jumpa?

Kasih sayang bukan duit

Pagi ni macam semalam Zahra tak nak pergi sekolah. Mula nak ajak dia ikut aku gi ofis, tapi lepas dipujuk-pujuk dia pun terus ok nak gi sekolah. Tapi lama jugak dia berdiri depan pintu tadi – teragak-agak nak masuk ke dalam. Well, kalo ikut hati (yang memang malas nak pergi kerja) nak je cakap, jom la kita balik rumah atau jomla kita pergi breakfast kat kedai depan tapi cuti pun tinggal berapa kerat je lagi so tak bole la nak bersenang lenang dok kat rumah.

Ni yang buat aku terfikir nak berhenti kerja asap – tapi sapa plak la nak bayar expenses and cost of living yang sangat mencekik di golden triangle ni. Jeles plak la aku ngan kakak ipar yang dok kat kampong, tak kerja tapi menanam sayur dan bela ayam dan puyuh. Sumber makanan dia segar dari ladang.

Terkenang zaman kecik-kecik dulu, aku pon bukanla berasal dari keluarga yang senang. Papa cikgu dan mama plak surirumah. Sebab nak hidup senang macam sekarang I remembered mama pernah kerja cuci rumah orang dan papa pernah jadi driver prebet sapu. Until when I was in form3, Cikgu Sofian nak pergi haji dan minta papa ganti kelas tuisyen dia, itula titik tolak pertama kalinya papa berkicimpung dengan dunia tuisyen dan akhirnya kami mewah macam sekarang. Itu pun sebenarnya aku tak la suka sangat papa buat tuisyen. Sebab bila buat kat rumah, ruang rumah tu jadi terhad – rumah kan suppose jadi tempat untuk kita melepak-lepak tapi tak lagi. Students dah la ramai satu-satu masa, hampir setiap malam pulak tu ada kelas, dan aku ada envy skit la ngan bebudak tuisyen tu sebab aku rasa macam ayah aku sayang diorang lebih dari kitaorang (me and my kakak). Yelah, ada satu malam tu aku nak makan nasik sambil tengok tv, tuisyen kan kat ruang tamu, pas tu ayah aku bole marah halau aku masuk dapur. Dan aku pon pernah kena tempelak ngan papa sebab marahkan bebudak tuisyen tuh.. hahah.. yelah ko dah habis belajar, gi la dok luar tunggu parents ko kat luar, sibuk nak duduk tengok tv apsal.. aku sound je la sekali. :p

Heheheh.. apa yang aku nak cerita sebenarnya, ialah aku rasa aku dapat membaca perasaan Zahra. Dia bukan nak kaya atau nak hidup senang. Tapi yang dia nak adalah kasih sayang aku. Aku main dengan dia, aku golek-golek ngan dia depan tv, layan main basikal atau main ball. Sebab aku juga pernah kecil dan pada masa itu, aku tak harap pon, mama papa bawak gi jalan time cuti sekolah, beg sekolah baru setiap tahun dan lain-lain. Aku ingat aku memang pakai beg yang sama dari form3 ke form5, kasut sama sepanjang tahun, baju kurung yang besar supaya boleh bertahan dari tingkatan satu ke tiga. Aku ingat waktu tu apa yang aku nak ialah mama ada kat rumah bila aku balik sekolah dan makanan juga dah siap (tak de la aku akan bertekak-tekak dengan Anne yang bising balik-balik aku masak taugeh goreng dan ikan bilis goreng), dan aku juga nak mama bangun pagi kejut weol dan buat sarapan, sebab dari form2 sampai form5 memang aku yang bangun sendiri (then kejutkan Anne) dan weol pergi sekolah jarang sekali dapat nak cium tangan mama atau papa. Aku cuma nak mereka ada di situ pada masa itu, supaya bila dikenang ia adalah indah dan bukan tak best macam sekarang.

Sebab itula, bila aku kat rumah I’ll make sure Zahra (and Mat) get my full attention. Menjahit mungkin berlaku pada masa-masa lain. Aku harap Zahra tak rasa aku tak sayang dia sebab campak dia dok taska instead of kita bergolek ketawa di depan tv. Ummi perlu kerja untuk melunaskan hutang (yang sendiri cari). Kaya memang bukan main objective dalam kehidupan sebab semua harta tu tak kemana di akhir cerita kita akan tinggalkan jugak tapi bila dah jadi macam sekarang ada rumah besar, kereta besar dan hutang pula keliling pinggang nak berhenti kerja pun kena fikir seratus ke seribu kali. Arghh..

Selasa, 6 Oktober 2009

Current obsession


Sampai sakit-sakit jari semua. But I like.. compare to sewing sebab bole kait-kait sambil baring-baring tengok tv melayan Zahra dan semasa lunchour break. Heheheh..

Btw, mesin jahit tepi Butterfly sudah di-claim oleh someone. And Kak Ina, hope you like it. Sorry la tak dapat nak entertain sebab nak keluar sangat-sangat. Thanks for the kerepek pisang :-)

Ahad, 4 Oktober 2009

Berbasikal ke Mekah



Heheheh.. Nice eh?

Actually kami nak night picnic kat dataran pjaya, later to realize yang dataran was close due to Kursus Haji Perdana. But, sebab dah sampai dan Zahra pun eager sangat nak naik basikal so, kami lepak jugak, sambil dengar la biji butir ceramah yang sedang disampaikan. Best la dengar ceramah, terpanggil-panggil rasa hati ni nak pergi.. :)

Bakal jemaah haji bergerak beramai-ramai nak menjalankan kegiatan melontar sambil bertahmid.

Insya Allah one day - kita sampai jugak kat sana - tanam niat dulu..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Zahra dan baby

Kat kampong ada baby baru, but not so baru la sebab umur dia dah 5 bulan – anak kakak ipar. Mula dulu, kalo aku dukong je Hadi (baby tu) atau mana-mana baby, Zahra mesti akan menangis terlalak-lalak – kononnya, sedih sebab Ummi ada baby baru.

Tapi balik hari raya hari tu, dia memang suka bila aku pegang Hadi dan ajak Hadi main sekali ngan dia – sayang kat pipi la, itu la, ini la dia ngan baby tu. Kena plak baby memang tak meragam bila orang lain pegang dia. Zahra memang suka sangat la kalo aku pegang Hadi sebab dia pun bole main ngan baby. Sampai satu ketika, Hadi dah nak balik, menangis plak la Zahra suruh aku amik baby Hadi, claiming that baby tu dia yang punya. Hahahah.. jenuh pulak berpujuk time tuh.

So, tu yang bila tanya, ‘Zahra nk baby tak?’, sepantas kilat dia akan jawab, ‘Nak.. nak Ummi’. And then aku pon akan reply, ‘Haa.. kalo nak baby, Zahra kena la tido awal..’ Ekekekekek…

Sambutan raya di ofis

Hari ni weol ada sambutan raya peringkat hospi. Setiap jabatan wajib buat satu menu- our jabatan buat lemang and rendang. But tak pergi pun gerai jabatan sendiri- lalu pon idak.. sebab aku dok target makan kambing golek ngan sate jer.. hahah..



Sikit je gambo sebab malas nak mem-picasa-kannya.. yang penting kambing tuh.. hahahah..

Khamis, 1 Oktober 2009

Kerja hari ini

Hari ini menarik sebab berbeza skit ngan hari-hari lain - gi ICU buat survey skit (selalu terperap je dalam lab).

Actually aku tak suka pergi wad: tengok orang sakit menyebabkan aku rasa sedih.. serius, tertitik jugak dua tiga titis airmata ini dan insaf betapa jadi sihat ni satu nikmat yang tak ternilai. Sebab ni la aku tak jd doktor (walopun hakikat nya belajar tak pandai.. hahaha).

Apapun dah alang-alang ke ICU aku pon snaps la few blur picts:




Luas ICU kat sini. I remembered when working in HospSriM*njung, ICU amatla cinonet - 5 beds je kalo tak silap.

Apapun, harapannya lawatan ke ICU ini adalah sebagai pelawat sahaja. Nauzubillah, tak nak la sebagai pesakit. Dan sekali lagi nak cakap, nikmatnya jadi orang sihat. Alhamdullilah Allah swt. Terima kasih sangat-sangat.

Strikethrough sentences / word

Senang je nak buat ni. Kat new post, guna edit html, instead of compose.

Dan mana-mana ayat yang nak di strikethrough, guna code < s > ayatnyer < / s > (semua ni kena disambung).

Sama jugak kalo kita nak bold ayat, bole guna code < b > ayatnyer < / b > dan kalo nak italic bole guna < i > ayatnyer < / i > dan nak underlines, bole guna < u > ayatnyer < / u > - semua ni kena dekat yer.

Hope tis tips help. Ok sekarang ce korang try plak.. :)

Dua garisan halus

Selamat bulan Oktober semua.. Wah, lagi 2 bulan je nak masuk tahun baru..

Nak tanya la, korang tengok tak citer ni, kalo tak silap aku title dia, Dua Garisan Halus, yang ditayangkan di astro prima time bulan pose tempoh hari. Cerita tentang kuasa Allah, seorang GRO bole bertaubat ke jalan benar dan Ustaz pulak bole terjerumus ke jalan mungkar. Em, aku tak la suka sangat cerita nya, tapi pelakon dia not bad. Ada sharifah amani, nor khiriah dan esma yusuf. Kelakar nyer, dalam cerita ni isma yusuf jadi 'konon orang alim' ar, alih-alih next week ada lagi cerita dia jadi tukar identiti plak (zoey dan joey), which secara tetiba aku macam jadi fan plak kat dia.. hahahah. Eh chop, aku rasa title dia bukan Dua Garisan Halus la.. tapi Antara Garisan.. kan..

Wateverla, potong semua itu repekan, apa aku nak cerita ini adalah tentang dua garisan halus yang baru aku discover, iaitu:



Hehehe.. *grinnnn*.. ekekek.

Tapikan, tah yah la korang ucap tahniah dulu- sementelah ini belum lagi disahihkan oleh mana-mana doktor dan sonogram (wahh.. ayat). Niat nak bagi adik pada Zahra memang sangat meluap-luap, tapi still dalam hati, taknak la tragedi lalu berulang kembali. So, lemme confirm-kan dulu, then will breaks to you the good or the bad news. Jika benar ada berita gembira, Alhamdulillah.. sangat-sangat la aku bersyukur.. :D Zahra pun aku rasa dah mentally prepared nak adik, sebab kalo tanya, 'nak adik tak?', terus dia jawab, 'nak.. nak Ummi'.. heheheh.

Apa pun sangat berharap kali ni smooth sailing, pray for us ye korang.. :)

Terfikir sangat, kalu barang tu kita nak, kita simpan duit je, bulan depan, tahun depan insya Allah kita bole beli (like me and the mesin jahits). Tetapi bab anak, kalau Allah swt kata 'Tak, aku takan bagi', cuba macamana pun, berhabis duit hatta berjuta sekali pun takan berjaya dapat anak. Betul la orang cakap anak tu rezeki, rezeki dari Allah. Wallahua'lam.