Sunday, November 29, 2009

Raya Haji dan pengorbanan

Aktiviti Raya Haji adalah dengan menghabiskan masa menonton 50 episode dokumentari The Arrivals* back-to-back. OK, sebelum ni dah tonton but never been so serious - tengok-tengok gitu jer. And kali ini, selepas tonton The Arrivals terasa seperti di-brainwash.

Sangat-sangat-sangat sesuai dengan tema pengorbanan, aku tanam niat, nak korbankan apa-apa kegiatan 'feeding the body' dan melebihkan aktiviti 'feeding my soul', sebab soul adalah far more important than the body itself. Soul akan dibawa bertemu dengan Pencipta di akhirat walhal body will remains with the dunnia.

Tapi kalo diikutkan (compare tu kejadian sebelum chemo), aku memang dah less involve dengan hal-hal keduniaan: dah tak join forum (yang mana selalu meng-influence aku untuk bersaing dengan yang lain untuk memiliki a atau b atau c); dah less bloghop (especially kat tempat kerja baru yang limited internet access); dah tak international internet shopping (sebab CC dah tiada dan insyaAllah tiada intention pun nak renew atau ada CC lain); dan dah less tonton tv jugak (sebab menjahit lagi best). So, everything datang dengan hikmah. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah.

Mungkin lepas ni aku perlu lebih semangat untuk bangun bersolat malam. Actually bole dikatakan hampir setiap pagi (around 2-3pg) aku memang akan terjaga, samada untuk urinate atau just simply terjaga untuk melihat jam pukul berapa. Suatu ketika dulu memang aku bangun bersolat malam (waktu sakit memang semangat untuk dekat dengan Pencipta adalah tinggi [semangat ada makna]) namun kini (apabila dah sihat), jadi alpa dan riak(?) pula. Astagrafirullahalazim.. sungguh manusia mudah lupa..

Maka, di sini, aku juga rasa bersalah jika cerita-cerita yang aku tulis ini bersifat takabur (I bought this&that, I have this&that, I went to this&that), meng-influence orang lain (eh, cantikla dia punya ni, nak beli jugakla), menimbulkan rasa 'menyampah' dia hati orang (banyak nye duit dia beli bende ni...) juga secara tak langsung mengguris perasan. Sebab kadang-kadang dalam seronok kita nak bercerita, kita lupa cerita kita lebih kepada hal-hal dunnia (yang bole memporak-perandakan kehidupan orang lain) dan terlupa untuk menyelitkan kisah-kisah akhirawi (yang lebih kekal abadi).

Blog ni mungkin berubah wajah. Cerita akan lebih berat kepada feeding the soul comparing to feeding the body, sebab melebihkan jasad sama seperti mengejar dunnia: suatu yang illusi lagi mimpi. Aku bukan condemn korang yang bercita-cita tinggi ingin jadi kaya atau menakluk dunnia.. tapi just fikir sejenak, untuk apa jadi kaya? untuk apa menakluk dunia? ..sebab semua ni tak kekal. But once in a while aku akan cerita juga my own activity, weol pergi jalan mana, my parenting experience (especially the new one is on the way), dan lain-lain hal dunnia yang diceritakan sekadar untuk berkongsi dan sebagai kenangan kami sekeluarga.

OK, akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Apakah pengorbanan anda (menuju ke kehidupan yang lebih bermakna)?

*The Arrivals- This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ. A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qoran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truthseekers Noreagaaa and Achernahr.
= you can get each series at YouTube or sesiapa berminat in flv format bole email saya.

I leave you with this: pt23-Materialism & The Battle Within. (kena tengok kat You-Tube sebab I'm having problem uploading video)
http://www.youtube.com/watch?v=9SUhmupiiYw
Happy watching :-)

Wednesday, November 25, 2009

Kosong


adalah gambaran ofis pada hari ini. Hanya aku je pegawai gred41 yang tinggal bekerja. Semua dah cuti. Memember tak de, boss pun takde, nak mengulor, kete pulak takde. Hohoh.. Supposingly esok adalah hari kerja juga, sebab weol plan cuti after raya next week but taska plak halfday esok. Mana plak nak campaknya Si Zahra kalau kami berdua bekerja. Maka jadinya, esok bercuti and most probably akan bergerak balik ke Tganu dalam tengahari gitu.

OK. Selamat Hari Raya Haji. Kali ketiga berturut-turut raya di Tganu.. missing lemang and nasi minyak mama pagi raya haji very very much!

Monday, November 23, 2009

Chinese Book Fair

Is on Now till 29Nov2009 @ Mines Convention Centre.

And Yes, I've been there and bought another books. Yeay!


These are the books that I bought. Cheap -all having 20% discount- total for me to pay was less than rm130 (for all 5 books). I like :)

Ada jugak buku about quilting, crocheting, knitting but since I've already bought those books from Acmamall.com, I'm satisfied to just settling with sewing books.

What I did during lunchour

Disclaimer: Entry yang poyo dan menunjuk-nunjuk. Read at your own risk.

OK. Hari ini hari Gaji. Saya suka.. siapa tidak.
Pagi lagi, seawal bangun tido, dalam hati dah ada misi. Lebih-lebih lagi bila Mat cakap, 'Kita tak pool ari ni. Saya ada meeting di KLCC.'

So, pagi datang kerja.. buat buat busy apa yang patut, and by 12.30 cabut gi Mines. Tujuan utama pergi Mines (bukan Alamanda atau Jusco Equine) adalah sebab nak pergi Pesta Buku - 11th World of Chinese Book Fair. Pesta buku ni sebelum ini dah pernah diadakan di KLCC (KL Convention Centre) somewhere in August, which aku memang nakkk sangat pergi but bila ajak Mat, dia jadi confuse. 'Awak bukan bole baca Cina pon buat pe nak gi Pesta Buku Cina ni?'. So malas la nak bersoal jawab panjang lebar, I'll wait the November punya Pesta Buku sebab dia dekat skit ngan rumah (dan aku bole pergi during lunchour) compare to those in KL. Btw, nak masuk kena bayar rm2 ye.




So apa yang aku buat dekat Pesta Buku kaligrafi cina itu? Well, pergi mencari buku dan membeli buku la.. heheheh. I love books especially when it comes to craft and sewing books. Tak kira la dalam bahasa apa sekali pon, buku-buku ini memang mengujakan. Overall, pesta buku itu sangat best. Masa satu jam untuk mencari buku adalah tidak cukup. Pertama sebab lost in translation and kedua most of the sales person tak begitu membantu. I guessed mereka adalah pelajar lepasan SPM yang hanya cari makan untuk pesta buku itu sahaja - bukan sales person from the shop. So kena pandai cari sendiri, rack by rack - gigih kan. Dan Alhamdullilah, dapat la 5 biji buku menjahit (pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, beg and such, magazine cotton friend [magazine Cotton Friend ni memang aku suka sangat dan kat sana ada banyak sangat version but I opt for spring and summer collection: ikut nafsu rasa nak beli semua]) dengan harga yang sangat aku puas hati (semua 5 buku adalah lebih kurang rm130 setelah ditolak 20% diskaun). SAYA SANGAT SUKA!!! Satu lagi, buku-buku seperti ini walopon dalam bahasa yang sangat asing, dia tetap best sebab ada free pattern di samping cara menjahit step by step.

OK sesapa yang berdekatan yang minat jugak jahit menjahit dan tengah nak mencari buku (yang murah) for references, sila cepat ke Pesta Buku Cina, last day exhibition adalah pada 29Nov09.

Then, tujuan kedua nak pergi Mines jugak sebab nak cari kasut. Spesifiknya kasut Scholl nak menggantikan kasut Clarks yang baru pakai less than 4 months & dibeli dengan harga yang mahal koyak. Hari Jumaat hari tu dah gi cari kat Parkson Alamanda but pattern sumer pattern lama. Jumpa dan sangat berpuas hati lalu beli.


Lepas tu rasa tak syiok la plak kalo tak beli apa kat Zahra. So, ended masuk FOS dan beli pyjamas untuk dia. Bole pakai raya Haji di kampung nanti.


Dan sebab dah pukul 2, and I have to rush back to Office, tapau Subway untuk lunch.


Yeay, saya sangat suka hari ini. Bershopping memang satu therapy. Ngeeee.....

Kata-kata perangsang..

People are often unreasonable, illogical, and self-centered.
If you're kind, people may accuse you selfish, ulterior motives.
If you're successful, you will win some false friend and some true friends.
If you're honest and frank, people may cheat you.
What you spend years building, someone could destroy overnight.
If you find serenity and happiness, they may be jealous.
HOWEVER, give the world YOUR BEST anyway.
In the final analysis, its always between YOU and GOD. It was NEVER between you and them.

~ Mother Theresa


Dalam erti kata lain, hanya Allah swt sahaja yang akan menjudge aku. Bukan kamu, kamu dan kamu.

Selamat Hari Isnin semua.. today Gaji.. yeay!

Little Picaso in d house..

I bought Zahra a small magnetic white board which comes with free white board markers at the K4. She was as usual memang happy and teruja with what ever things I bought for her. But with this white board, dia main almost every day - lukis, padam, lukis, padam. I tough her to draw human faces, fish and cat, and she's indeed a very quick learner. This is what she drew:


Paling kiri adalah fish, and the other two are belon (she called the faces as balloon). She did drew cat but tak sempat nak snap picture dah padam.

Sunday, November 22, 2009

Big Apple bedsheets

Its been months my sewing corner was left alone with dust. And its kinda sad when you really want to sew but losing the mojo. I did sew few baju kurung(s) for Raya Haji but only managed to finish the baju but never the kain.. been so malas and out of mood.

So in order to start back, I did something that is quick to sew, simple (just sew from one end to the other, no renda and such), nice and practical that is the bedsheets and pillow cases. And YES, this is indeed a very quick sewn projects which I managed to do it within 2 hours. And of course, I'm happy with the outcomes.

Btw, the fabrics was bought in pasar malam in Ipoh for rm3 per meter.

Before:


After:


And now, I'm currently doing a new project made with leftover fabrics. (YEAY, I think I've got back my mojo).

Thursday, November 19, 2009

Kasut oo kasut..

Pregnancy baru masuk 12 minggu = 4 bulan. Takan kaki dah kembang kot..

Kasut baru ni: 4 bulan pon tak sampai. Dengan jenama yang 'hebat' dan harga yang mahal.. erm. Tobat, next time beli Scholl atau Bata jer..


Educate THEM..

Tak semua orang bole access internet dan ada pengetahuan tentang internet.
Ya, memang benar, dalam era 21 ni, pengetahuan di hujung jari anda. But some people they don’t learn that fast. They do not stand together with the technology, they don’t find it important to catch up with new technology. Ada orang masih guna IE for browsing, which is sooo 2006, sebab sekarang orang dok pakat pakai Mozilla, Safari, Flock dll.

Samala jugak dengan breastfeeding (boring topic for some of you izzinit?). Tak semua orang tahu susu badan boleh diperah, bole disejukkan dan dipanaskan kembali, bole disimpan dari tiga hari hingga ke setahun. I remembered when I was bf Zahra, at her age 17 months, my boss pernah tegur – bos yer: seorang perempuan, berkahwin dan mempunyai anak (tapi dah besar la), berpangkat 52 ke atas –

U buat apa tu?
Saya tengah perah susu untuk anak (remember I told u that I pumped at my cubicle)
Eh, anak u kan dah besar kenapa nak perah lagi?
Susu saya ada lagi. Lagipun dia tak minum susu formula.
Bagusla. Zaman sekarang ni macam-macam. Zaman saya dulu mana la nak ada. Habis pantang 45 hari terus sumbat susu formula kat anak. Mana la nak tau pasal perah-perah ni.
Saya baca kat internet Puan pasal semua ni..
Betulla sekarang ni ilmu senang. Tapi budak-budak lain (other co-workers) tu tak de la pulak saya tengok memerah susu. Diorang pun ada anak-anak kecik jugak kan?


Well, bagi aku tak semua orang tahu. So kalau ada orang yang bersikap sinis dengan kita tentang penyusuan susu ibu ni, jangan la nak tempelak dia pula dan kata kita ni bagus sangat sebab bagi anak susu ibu, apa yang lebih patut kita buat adalah EDUCATE mereka. Mereka tidak tahu. Sebab itu dia ketawa, menyindir, perli dan sinis terhadap kita. Dan kalau rasa mereka ni makhluk tak makan diajar, just ignore them. Tak rugi pon. Pada aku, orang-orang yang beraura negative (bersikap pessimist) adalah orang yang aku takan kawan. Dari sendiri sakit hati, baik aku tak payah kawan dengan dia. Dan sama la jugak, kalau ada sesiapa tanya, ‘susu formula apa ye yang bagus untuk baby?’ Jangan la terus terjah cakap, ‘Eh, bagi susu badan la. Buat apa nak bagi susu formula.’ Kita tak tahu apa masalah dia: poor latch, lack of knowledge, no support.

Penyusuan susu ibu itu adalah tuntutan. Bukan wajib. Menutup aurat adalah wajib. Jom kita fikir sama-sama.

Sekian.

Friday, November 13, 2009

Something worth to fight for..

I've told you about the problem that I've encounter when dealing with Acmamall.com here. And they finally made THIS DECISION:


Now, I can buy more books without being calculative on the shipping cost. YEAY!

Thursday, November 12, 2009

Baby gadget - what worth, what not..

Being tag by DD Lala.

In my opinion:

What worth:
1. Breastpump: be it Medela Freestyle, Medela PISA, Ameda Lactaline, Spectra3, or even AventIsis - semua pon BEST. Lagi best sebab semua pon ada secondhand value. Hehehe..
2. Stroller: specifically P&T. Best sebab bole tolak Zahra sambil berjogging.
3. Ergo Baby Carrier: need no further explanation.
4. Mothercare carseat: dari baby sampai sekarang Zahra masih menggunakannya.
5. Hotslings: sangat la practicalnya.

Not worth:
1. Moses basket: guna sampai umur Zahra 2 bulan je kot. Dah la bagak.
2. Avent microwave sterilizer: 2kali je kot guna. After that aku rebus je semua botol- lagi senang.

OK.. that's all I can think by now. Kalo ada lain nanti tambah.

Now, nak tag:
- zerol_iwan
- yummylicious yumyum
- mask of zoora
- cloud9 ira

Inspired by..

Mango - Unique crafter that carved rubber.



The workmanship adalah sangat Comot -cannot beat Mango la, of course, but I like sebab sangat comel (approximate size: 15 x 10 mm).. hehehe (puji diri sendiri.. ekekek)..

Books.. I love books

Yes. And since I love them very much, I bought another. Again from acmamall.com (last month their having 30% discount on selective books). But this time around I was a bit offended with their services. I was about to buy 4 books but 2 was out of stock, thus wanted to change the books which is out of stock to other books BUT unfortunately that method was NOT PERMITTED. But tak pela, at least they refund back my money however I was a bit upset because being kiasu if the out of stock books can be replaced with other books then I can safe on the shipping cost. Hahaha..

Ok.. ok, enuff of craps, these are the books that safely delivered to me:

1. Natural Crochet for babies and toddler by Tina Barret


2. Adorable Crochet for Babies and Toddler by Lesley Stanfield


Yup, I'm buying the crochet books' as I am hooked to do lots and lots of crochet projects for Zahra and the upcoming baby. Wah, tak sabar rasanya nak kait baby booties, baby hat and others. Ngeee...

Wednesday, November 11, 2009

Sooo itchy..

I'm talking bout my stomach. Gatalnya cannot help. Menyesal pakai baju kurung today.

Oh.. I hope it don't turn ugly like this.. urgh.. (gambo digoogle - obviously its not my belly)

Crochet Dress

My activity in the sewing room has been very very slow. In fact, I've not been seeing sewing since after Aidilfitri. I blame the hormonal changes (Yes, I'm expecting a new member in the family next year). However, despite of having a queasiness sensation each time I came close to my sewing corner, I found out that I fond to do crocheting. I can lay in front of the tv and do crocheting like nobody business.

My latest project is to make a dress for my DD. Something that look like this (picture courtesy Google):


But I've been crocheting for two weeks now and the outcome still like this - only managed to finish the collar.


This seems to take ages but I'm trying (so slow yet very addicting). Wish me luck, friends.

Tuesday, November 10, 2009

Macam comel..

Situasi masa mandi tadi (ye, kami masih mandi bersama-sama.. sebab kalo mandi asing, time aku mandi dia akan tetap sibuk nak mandi sama..):

Tengok, perut Umi - buncit..
Baby la..
Hahaha.. ye ada baby.. Come, sayang baby
(hoping that she'll come and kiss my buncit belly, like usual)
(she did come BUT) Bluek :p

LOL

Buku merah, langsir runtuh

Kami cuti hari ni. Aku cuti sebab (pertama kalinya setelah kandungan ke-4)nak buka buku merah (maternity progress book) di Klinik Kesihatan, manakala Mat cuti sebab dia malas kerja (huh?). Well, kalo dah cuti tu bangun nyer pon idakla awal sangat so I off to the KK at 10am. Alhamdullillah, semua adalah baik-baik belaka: no HIV, Urine ok, gigi OK dan Alhamdullillah, baby juga OK dengan heartbeat telah pun kelihatan, and obviously NO KEMBAR.. hahahah.

The sonogram:


Segala prosedur di KK habis dalam masa 2 jam. And YES aku sangat berpuas hati dengan tahap menunggu sebab bagi aku sangat la bearable nyer (dah la FOC). Previously, buat check up di APSH dan di AnNur sangatla menyesak jiwa sebab dah la kena bayar mahal (luckily we dont have to pay a single cent sbb ada panel), tunggu plak sampai berjanggut - kalo Dr kena buat op, lagi la mau tumbuh taring menunggu.

And since KK adalah sekangkang kera dengan rumah, I just went there walking. Sampai rumah (at noon) rasa nak luruh jantung. Railing langsir RUNTUH!


Need no introduction: tau kan sapa punya kerja. Haiiiii la...

Monday, November 9, 2009

My own theory on morning sickness

Pembetulan: my sickness is not in the morning but in the evening- from 7.00pm to midnite (tido baru hilang).

Teori 1: Kalau loya dan muntah (di malam hari), maka keesokkan paginya, proses perkumuhan akan berlaku secara autorefleks. Previously, aktiviti muntah-muntah macam hilang sekejap, 3 hari aku tak membuang.
Kesahihan teori: Proved.

Teori 2: Masa Zahra hari tu, tak de perkara sickness ini (siang malam semua OK sahaja). I asked my mom regarding morning sickness and she said that she had none: semua anak perempuan tak de anak lelaki, katanya. Konon teorinya, pregnant anak perempuan tak de sickness but kalo anak lelaki mungkin ada sickness. But recently, Anne (my sis) yang baru deliver baby previously was also hit with severe sickness, dia pon ingat dapat baby boy, sekali keluar baby girl. Dan setelah dikaji selidik, I came into conclusion, my sickness is not to due to the baby gender, but most probably the baby blood group. Like my mom said she never has any morning sickness, because all of us have the same blood group with her that is B group (papa is O blood group). Zahra have the same blood group with me, that is B, while Mat is A. So I guess the baby might have the same blood group with Mat regardless what gender the baby is.
Kesahihan teori: Tunggu sampai baby ni lahir. Heheh

Teori 3: Ini based on pembacaan di internet. I might have multiple pregnancies. Heheheh.. tak agak-agak.
Kesahihan teori: Hahahah Hahahaha.. *gelak guling-guling*

Teori 4 Fakta 1: Asal Umi muntah jer, Zahra akan bukak baju nak mandi. Biasanya, balik sekolah jam 6 tu dia dah mandi petang, but when I start to puke at around after maghrib, dia akan mandi sekali lagi, dengan keadaan aku yang setengah mati nak mengeluarkan isi perut di hadapan mangkuk tandas. At a time aku rasa ok jugak dia ada bersama (she’ll come and rub my back) but at a time rasa annoying sangat bila ‘Umi nak shampoo, gosok gigi Umi, nak shower Umi’.. sabo jela…

Friday, November 6, 2009

November: antara kenangan dan realiti

My next visit to my gynae was scheduled on this coming 17. I’m really looking forward for it: I wanted to know what should I know and see what I should see.

I really hope that this year November is a total different from the last year. Last year was a mess: full of sad weeping stories. No.. I’m not going into that further.

Somebody was asking me: something like did I put myself and the pregnancy in stake? Well, I don’t have any answer for it: not till 17 or until the baby born.

Thursday, November 5, 2009

This time around:

1. I hate baju kurung. Tak suka getah kain menjerut di perut. So, from the day I know I'm going to be a mum for the second time, I started to wear jubah and the previous maternity maxi dress. Nasibla baju mengandung dulu was custom made and design by me, and it doesn't look like maternity dress at all.

2. The perut is so itchy, makes me garu-garu macam beruk - that's one of the reason I hate baju kurung.

3. My sickness is quit bad (compared to carrying Zahra) but these few days I realize its subsided. Unfortunately, when the nausea gone, the constipation comes.

4. I hate asam, jeruk, kekacang and such (masa Zahra dulu, I loved these very much). It tastes so pahit. But, I love green apple to the fullest. Sedap giler rasanyerrr...

5. Benci sangat dengan rumah yang bersepah yet so malas to kemas.

6. Besides green apple, I also fancy eating meat - be it beef or mutton. Suka sangattt.. and I don't like ayam and ikan. Udang can still be accepted.

7. Perfumes is something that a must. Rasa cam nak sembur satu rumah dengan perfumes.

8. My stomach is soo big (macam dah 4 bulan) that I fell like I'm carrying twins or trips. Hahahah - over..

Dia belajar 'ini' di taska (?)

She was playing, and I moved one of her toys, she replied:
Hoi, ni Zahra punya...

She was watching tv, and suddenly I stand. She said:
Hoi, tepila skit. Tak ampak...

I was watching tv when she came out from the room. I said, "Zahra..", she replied:
Bluek :p

Wednesday, November 4, 2009

Weekends activity

An old story but now baru ada mood to update.

As usual, we did something that Zahra like - that is going swimming.

*watermark kena clear skit because nowaday people loves to steal other people picture

Fresh brand new start

Need no further explanation.. heheh

Monday, November 2, 2009

Grrrr....

Edisi lepas geram (read at your own risk)


Minggu lepas adalah minggu marah. No, no.. bukan la marah macam volcano tapi marah tahap geram jer.

Pertama: aku hangin ngan taska nyer si Zahra ni. Dulu ok, semenjak dua menjak ni tak ok: penjaga dia ramai yang berenti, sekarang tinggal 2 orang (sorang jaga baby, sorang jaga toddler (yang boleh tahan ramai gak tu)) dan penjaga baru ni plak mcm blur jer. Yang aku geram, bekas susu selalu diorang lupa pulangkan, tapi ni takpe- what I did, before balik after amik Zahra tu aku akan tanya, bekas susunya ada? Kalo later esok pagi baru aku realize yang bekas susu tiada, pon tak menjadi masalah, sebab after aku anto Zahra aku bole je lari balik rumah top up kan susu dia (dah taska tu selang 4 buah rumah kan). Tapi yang menjadi hangin naik ke kepala, suka benor la bagi baju tah sapa-sapa ke aku, then baju Zahra will be lost in nowhere. I’ve to admit baju Zahra pon bukan la baju yang mahal berjenama, aku beli baju pasar malam je- rm12 sepasang.. BUT most of it adalah baju yang dia suka – baju UpinIpin, Wonderpets, Ben10, MikiMos, so bila baju macam ni hilang, aku jadi emotionally sedih, more on terkilan la. Huh..

Kedua: jiran rumah no2. Pertama sekali,nak minta maaf dulu la kak- kita tak penah bertegur sapa apatah lagi berborak panjang. Masing-masing sibuk kerja kan. Lagipon, akak baru pindah, kalo dah lama sikit mungkin kita akan kenal bertegur sapa. Akak tinggal mana ye dulu? Seronok tak tinggal Putrajaya, sekarang? Putrajaya ni lain sikit kan.. tak macam kawasan perumahan tempat lain – yelah kita kan tak de pagar. Tapi walopun tak de pagar, kawasan rumah saya tetap kawasan rumah saya kak, and akak punya territory remains as akak punya territory. Saya tahu akak suka kucing, banyak jugak kan kucing akak bela tu – empat lima ekor tu. Terus terang saya cakap saya tak berapa suka binatang- paling gagah kalo saya nak bela binatang pon, maybe bela ikan dalam akuarium, sebab utama dia tak gi merata dan dia juga TAKAN BERAK MERATA. Ha, itu la dia nyer. Kucing akak tu berak kat kompaun rumah kitaorang. Masuk ni dah dua kali. Saya bukan nak cakap apa, anak saya Zahra tu weol tak toilet-train kan dia lagi. Ramai gak la college saya kat ofis ni suruh ajar Zahra membuang di toilet, katanya ‘budak-budak besar ni punya berak, busukk..’. Tapi terus terang saya cakap, saya rela sepuloh kali basuh berak si Zahra tu lagi dari sekali basuh tahi kucing. Ya, Allah, busukkkkk nya tahi kucing…. Dah habis basuh pon, melekat lagi bau nya. Haih…

Ketiga: Kita berbeza.. plain different. You work from seven to six, I work from eight to five. You have aim and target, while I work what is wajib, NEVER the sunat. They awarded you with APC, and I’m just a mum. Enuff said.. we’re totally unlike.

Ok, itu sahaja edisi lepas geram. I hope penama-penama di atas BACA luahan perasan ini. Yes, I really hope they read.

*Picture courtesy Google Image.